JIKA MAWAR PUDAR WARNA 6
~ jangan lupa ikuti en3 di bab 5 sebelum baca bab 6 okey mrs n mss darling ~
“Selamat datang ke rumah aku! dan rumah kau juga.... itu pun kalau kau nak anggap yang rumah flat ni rumah! Kalau kau nak anggap reban ayam atau kandang kambing sekalipun, aku tak kisah. Terpulang,” ucap Taufiq sebaik menghempas beg pakaian Amira yang sarat dengan pakaian yang pelbagai. Berpeluh hingga basah belakang bajunya tatkala mengemas kesemua pakaian milik Amira sebaik tiba dari Lumut, Perak tengahari itu.
“Selamat datang ke rumah aku! dan rumah kau juga.... itu pun kalau kau nak anggap yang rumah flat ni rumah! Kalau kau nak anggap reban ayam atau kandang kambing sekalipun, aku tak kisah. Terpulang,” ucap Taufiq sebaik menghempas beg pakaian Amira yang sarat dengan pakaian yang pelbagai. Berpeluh hingga basah belakang bajunya tatkala mengemas kesemua pakaian milik Amira sebaik tiba dari Lumut, Perak tengahari itu.
Setelah memastikan Amira dari kejauhan sudah selamat menaiki
bas, kereta dipecut laju menuju ke Cheras iaitu rumah ibu bapa isterinya.
Kedatangannya di sambut mesra oleh pasangan itu lantas masa yang bersisa di
habiskan untuk mengumpul dan menyusun pakaian isterinya ke dalam beg bagi
memudahkan kesemua barang-barang milik Amira diangkut ke rumah sewanya nanti.
“Weh Mira, apasal kau pakai benda tu?” soal Taufiq menutup
kembali pintu rumah. Langkah kaki di atur cermat menuju ke kusyen di tengah ruang tamu. Lantas tubuhnya dihenyak
ke kusyen yang sudah kelihatan nipis spannya. Alat kawalan jauh digapai, lantai
punat-punat kecil ditekan laju-laju. Tiada rancangan yang menarik! Butang merah
di picit geram. Amira enggan bersuara, bibir dikunci rapat! Membiarkan Taufiq
menyoal itu ini sedang dia langsung tidak berminat untuk membalas bicara lelaki
kasanova itu.
“Huh,” nafas di hela pelahan.
“Oit... yang kau termenung depan pintu tu apasal? Sini aku
nak sampaikan tazkirah!” gumam Taufiq sejak tadi tidak berhenti membebel itu
ini. kedua tangganya di letakkan di pemegang sisi kusyen tersebut sambil mata
di hala ke arah Amira yang hanya mengenakan t-shirt hampir ke paras lutut dan
berlegging hitam. Fesyen yang entah apa-apa!
Amira dekati Taufiq, hanya berdiri dan enggan turut serta
duduk di sisi lelaki itu, apa yang pasti dia tidak berminat mendengar bicara
Taufiq yang sudah berkomplot dengan kedua ibu bapanya. Mereka semua sama! Tidak
adil dan kejam pada dia yang tidak mengerti apa-apa.
“Pertama sekali, rumah kita.. maaf!” Taufiq hentikan
kata-katanya seketika sebelum kembali menyambung bicaranya. Amira pamer riak
tidak mengertinya sedang dia mendengar Taufiq yang tersasul menutur bicara.
“Hermmm... Pertama sekali, dalam rumah ni ada peraturannya
sendiri. Aku nak kau follow semua peraturan tu?” bibir dimuncungkan ke daun
pintu yang tertutup rapat. Amira menoleh, membuntang matanya saat sekeping
kertas bewarna putih dan dicetak dengan dakwat bewarna hitam kemas di dalam
bingkai bercermin yang kemas tersangkut di situ.
Amira melangkah mendekati daun pintu, bingkai bercermin yang
megandungi sekeping kertas di dalamnya di sentuh lalu di bawa rapat ke hadapan
mata. Seketika dia terdiam, minda ligat berputar akan kemestian yang termaktub
di dalam perihal peraturan yang dicipta oleh Taufiq. Mengarut!
Satu persatu peraturan ditelitinya hingga ke peraturan
terakhir iaitu perihal peraturan ke 30. 30? Gila banyak!
“Jangan harap saya nak ikut peraturan mengarut awak ni!”
bingkai itu disangkut kembali. Wajah Taufiq dikerling sekilas. Terlalu banyak
peraturan mengarut dan tidak masuk akal di wujudkan lelaki itu. Dan ada
diantaranya hanya menjaga kepentingan lelaki itu semata-mata.
“Amira, ingat.... kau
berada di rumah aku. Jadi setiap rumah pasti ada peraturan tersendiri, dan
mulai esok..” Taufiq bangkit kemudian tubuh Amira didekatinya. Memandang Amira
atas bawah atas bawah hingga membuatkan wanita itu mengundur setapak kebelakang.
Tidak selesa diperhati sebegitu oleh lelaki yang cukup asing dalam hidupnya
sebelum ini.
“Dengar sini!” bahu Amira disentuh dengan hujung jari
telunjuk lalu wajah itu sengaja dirapatkan ke wajah bujur sireh milik Amira.
“Mulai esok, kau mesti bangun pukul enam pagi! Sediakan
sarapan untuk aku dan pukul lapan ikut aku ke pejabat! Jangan mimpi nak
bersenang lenang dalam rumah ni!” gumam Taufiq kemudian menjatuhkan jari
telunjuknya, berpusing lalu mehempas tubuhnya kembali ke atas kusyen.
“Awak jangan memandai-mandai mengatur hidup saya, saya bukan
orang suruhan awak apatah lagi hamba
abdi awak!” bentak Amira marah diperlakukan sebegitu oleh Taufiq.
“Whatever Amira, perjanjian tetap perjanjian. Kau hidup
bersama seorang lelaki yang berpegang pada janji dan peraturan. Maka kau harus
menurut!” sinis nada suara Taufiq saat menghamburkan bicaranya. Ada tawa halus
mengiringi ayat yang terluah.
“Terpulang! Sekarang kau pilih, kau nak duduk di bilik mana?
Bilik aku atau bilik yang lagi dua dekat hujung sana tu. Yang sebelah kiri aku
dah jadikan stor, dan di sebelah bilik tadi aku jadikan zoo yang simpan binatang berbisa.
So, kau pilihlah bilik yang paling kau berkenan? Bilik aku..? stor..?
.... atau kau nak rasa hidup di hutan rimba bersama flora dan fauna?”
Taufiq tersengih kemudian dia berdiri sambil mendekati bilik yang dikatakan mempunyai
aura hutan khatulistiwa itu.
“Aku cadangkan kau ambil bilik yang aku jadikan zoo,
macam-macam binatang berbisa aku bela dan aku simpan di bilik ni.” Unjuk Taufiq
dengan jari telunjuknya. Berniat mahu menyelak daun pintu itu namun kerutan di
dahi Amira menjadikan Taufiq menghentikan tindakannya.
Taufiq tersenyum sinis kemudian dia dekati Amira sekali
lagi.
“So, bilik yang mana paling kau suka?” tanya Taufiq bersama
kening yang dijungkit tinggi.
“Semua bilik saya tak berkenan! Saya nak keluar, saya nak
stay di hotel!” bahu Taufiq dilanggar kasar hingga tubuh itu sedikit bergerak
ke belakang.
“Silakan Puan Amira, tapi Megat Taufiq sama sekali tidak
akan menaja segala perbelanjaan Puan selama puan berada di hotel sana nanti.
Hurm... mungkin puan belum jelas akan satu perkara ini,” bicara Taufiq
menghentikan langkah Amira yang tadinya agak tergesa-gesa mahu pergi. Seketika
dia berhenti lalu berpaling mencari wajah Taufiq yang kelihatan beriak selamba.
“Ehermmm,” Taufiq berdehem perlahan.
“Puan Amira, untuk pengetahuan puan..” Taufiq hentikan
bicaranya lalu liur ditelan sekali.
“Segala kad kredit dan perbelanjaan Puan Amira berada di
tangan saya, dan mulai esok puan perlu ikut saya ke pejabat. Ada kerja ada
gaji. Tak ada kerja, tak ada duit! Mengerti!”
ujar Taufiq tegas.
“Apa lagi yang awak dan family saya komplotkan hah? Saya tak
faham, apa tujuan awak semua menyekat hidup saya? Kekang kebebasan saya dan kacau kehidupan
saya! Saya tak faham!” jerit Amira hilang sabar dengan semua yang terjadi sejak
dia dikahwinkan dengan lelaki yang tidak dikenali.
Jika dahulu perbelanjaan dan wang sakunya ditaja oleh ibu
bapanya, namun kali ini disekat di tangan lelaki bernama Taufiq. Dan amat menjengkelkan,
dia dikerah ke tempat kerja hanya semata-mata untuk mendapatkan wang!
Amira sakit hati, Taufiq pergunakan kedudukan sebagai
peneraju Kristal Property untuk menyekat kebebasan hidupnya pula. Perbuatan yang cukup melampau!
“Suka hati puan untuk katakan apa sahaja, jadi bersiap sedia
untuk hari esok. Sarapan, ofis dan kerja!” gumam Taufiq lantas menuju masuk ke
dalam biliknya. Amira ketap bibir, untuk melarikan diri mustahil sama sekali
angkara pintu rumah yang sudah dimagga dari dalam oleh Taufiq. Untuk menginap
di hotel dia kekurangan wang tunai, dan untuk meminta pertolongan
rakan-rakannya, dia takut andai peristiwa hitam itu berulang lagi.
“Tidur di lantai!” arah Taufiq kasar saat Amira mengheret
beg besar itu ke dalam bilik yang dihuni lelaki angkuh dan tidak
berperikemanusiaan itu. Amira ketap bibir, marah namun dia terpaksa sambil mata
liar memerhatikan ruang bilik yang agak kecil berbanding biliknya yang tiga
kali lebih besar dari bilik yang sedang dilihat ketika ini.
“Apasal kau pandang aku?” soal Taufiq tanpa nada. Sekejap
kasar dan seketika kemudian bagai tiada berperasaan lagak lelaki di hadapannya
ini. Amira jeling lelaki itu, tidak puas hati dengan tingkah laku Taufiq.
“Mana katilnya?” soal
Amira pendek. Sedari tadi dia tidak melihat katil yang dimaksudkan oleh Taufiq.
“Bilik aku tak ada katil!” serentak itu Taufiq berlalu
keluar dari kamarnya meninggalkan Amira terkulat-kulat dengan jawapan yang
terhambur keluar dari bibir merah basah itu.
P/S: terima kasih :)
update: susahnya utk hasilkan jalan cerita yg serius. sbb sya lebih sukakan jln cerita yg santai n lucu. huhu...
update: susahnya utk hasilkan jalan cerita yg serius. sbb sya lebih sukakan jln cerita yg santai n lucu. huhu...
Comments
Taufiq kalau bercakap tak boleh ckp elok2 ker asyik nak marah jer...
Cpt2 la diaorang berbaik...
awak memnag ada talent hasilkan karya yang kelakar romantik. best sangat cerita tu aulia. saya pun suka kan cerita tu.
awak buat la cerita untuk along n angah pulak. cerita tu best tak ingat, baca pun senyum n gelak sorang2. kelakar!
taufiq pn klu nk mendidik x boleh ke cakap lembut2.
cian jadi pmpuan kan...suma org ada buat silap...
klu sya lah..buat pekak jer..
amira g cri keja kat luar jelah..
-miss A-
tapi lebih elok dengan cara lembut seperti ibu Taufik bercakap dengan Amira...
Taufik diupah oleh ayah Amira untuk merubah cara pergaulan Amira ke arah kebaikan ..... mungkin...
tapi Taufik cuba dengan cara lembut..... Insyallah...
hiiikalo saya jadi amra saya pilih bilik stor hehe
Smpi taufik bnci sgt kt dia.....