JIKA MAWAR PUDAR WARNA 5
“Kau buat apa ni Amira?” gemersik suara itu membuatkan tidurnya
terganggu. Amira celikkan matanya seketika, wajah Taufiq berada hampir dan
rapat ke wajah bujur sirehnya. Dalam keadaan terkejut, Amira bangkit lantas mengesot
ke tepi dinding.
“Awak buat apa ni?” soal Amira cemas. Tubuhnya dipeluk erat, terasa dingin dan sejuk malam bagai menggigit permukaan kulitnya kali ini. Selimut yang terlondeh tadi kembali di tarik menutupi seluruh tubuh sambil anak mata tidak lepas dari memerhatikan raut wajah Taufiq yang tampak tegang menahan baran.
“Aku tanya kau! Kau buat apa dekat dapur ni? Sengaja nak
buat aku marah?” tebak Taufiq hilang sabar dengan karenah Amira yang tidak
mendengar kata.
“Bila pulak saya buat awak marah?” soal Amira selamba. Wajah
dipalingkan ke sisi enggan menatap Taufiq yang duduk berteleku di hadapannya.
Dalam dingin malam, Taufiq merasakan suhu badanyya naik mendadak dengan
perbuatan Amira yang bagai mencabar kredibilitnyai sebagai seorang lelaki.
“Apasal kau tidur dekat dapur ni? Aku suruh kau tidur di
bawah, bukan tidur dekat luar bilik! Kau memang sengaja nak buat ibu aku
marahkan aku! konon-kononnya aku tak berperikemanusiaan pada kau! Kau memang
sengaja kan!” bentak Taufiq keras. Dari duduk, Taufiq kini sudah tegak berdiri
sambil bercekak pinggang. Amira palingkan wajahnya ke arah lain, enggan
melayani amarah Taufiq yang datang menyerang tiba-tiba.
“Kau dengar ke tidak!” bicara Taufiq keras.
“Dengar!” sepatah Amira menjawab namun wajah masih tidak dipalingkan
ke arah Taufiq.
“Kau memang sengaja buat aku naik angin! Nak sakitkan hati
aku dan nak buat keluarga aku porak peranda!” tuduh Taufiq yang menyangka
perbuatan Amira hanyalah sekadar membalas dendam dengan menjadikan ibunya
sebagai jalan pintas untuk dendam itu dilaksanakan.
“Dan kau memang mahukan ibu marah dan bencikan aku! kau
memang....” Taufiq unjuk jari telunjuknya di hadapan Amira dan seketika
kemudian kata-kata itu terhenti lalu jari jemari itu dijatuhkan semula ke sisi.
“Eh tolong sedarkan diri awak tu! Bila masa pula saya suruh
ibu awak marahkan awak? Awak jangan pandai-pandai menuduh dan memfitnah saya!”
gumam Amira bertegas
“Habis, apa benda semua ni!” selimut dan bantal milik Amira
dirampas kasar lantas di hempas semula ke lantai. Pandangan tajam Taufiq bagai
tembus membelah ketakutan Amira waktu ini, seketika dia tertunduk, lutut dirapatkan ke perut lalu dipeluk erat
keduanya.
“Kau memang.....” Taufiq hampiri Amira, bahu itu ditolak
kasar.
“Astaghfirullahala’zim, Taufiq! Apa ni nak? Ya Allah....”
Salmah datang ke dapur lalu mendekati Amira, menenangkan menantunya yang
terkejut dek layanan kasar anak lelakinya ketika ini. Taufiq diam tidak
terkata, terkejut juga terpaku dengan kehadiran ibunya ke dapur bersama Firdaus
yang sedari tadi hanya diam menjadi pemerhati.
Tidur yang sepicing itu terganggu dengan patah bicara dan
suara keras milik Taufiq. Dan kali ini dia tidak menyangka sama sekali terhadap
kelakuan Taufiq yang sudah berubah laku sedangkan sebelum ini anak lelakinya cukup dikenali dengan sikap
hormat dan punyai budi pekerti yang baik. Namun malam ini, kesemua itu bagai
telah lama hilang dari diri anak yang sudah menginjak angka 27 tahun itu.
Salmah kecewa dan dalam hati seorang ibu, perubahan Taufiq
cukup membuatkan hatinya dipagut gusar andai Amira tinggal bersama anaknya nanti. Dan dia tidak sanggup sekiranya Taufiq mengapa-ngapakan Amira pula.
“Ibu....” panggil Taufiq perlahan. Salmah diam membisu.
Hatinya masih kecewa!
“Bu... Maafkan Fiq,” gumam Taufiq memohon kemaafan dari
ibunya.
“Kenapa minta maaf pada ibu! Fiq bukan bersalah papa ibu!”
ujar Salmah enggan melihat raut wajah Taufiq. Anaknya itu wajar diajar!
“Ibu...” Taufiq bersandar ke dinding. Amira pula mengesot
menjauhi Taufiq yang berdiri berdekatan dia yang sedang tunduk menekur lantai.
“Kenapa berkasar dengan Amira? Ibu tak faham dengan sikap Fiq,” soalan bersama keluhan
keluar dari bibir Salmah. Dia tidak
percaya namun matanya sendiri menangkap kekasaran yang dilakukan oleh Taufiq dan jika dia lambat ke dapur tadi, entah apa lagi yang akan
dilakukan oleh anaknya itu ke atas menantunya itu.
Salmah geleng kepalanya sekali, kesal dengan sikap Taufiq
yang ketara berubah sejak akhir-akhir ini tambahan pula, anak lelakinya ini
bukanlah seorang yang gemar berkasar dengan wanita. Namun mengapa kejam benar Taufiq dalam melayani Amira? Entah salah apa yang Amira lakukan hinggaTaufiq jatuh benci pada isterinya sendiri!
“Ibu tanya Fiq, kenapa Fiq berkasar dengan Amira? Apa salah
yang Amira buat pada Fiq?” soalan bertalu-talu dihambur kepada Taufiq. Lelaki
itu hanya diam tidak bersuara!
“Ibu tak faham, hanya
Fiq seorang je yang faham!” gumam Taufiq perlahan.
“Amira, masuk.... aku ada hal nak cakap dengan kau!” ucap
Taufiq sambil berlalu pergi dari ruang dapur. Salmah hanya mampu menggeleng kepala
dengan perbuatan Taufiq yang sudah banyak berubah!
Seketika kemudian,
salmah menunduk lalu bahu Amira disentuh lembut membawa diri itu berdiri
menghadapnya.
“Maafkan anak ibu, ibu pun
tak faham mengapa Taufiq berkasar dengan Amira. Pergilah masuk, dengar
apa yang nak disampaikan.” Gumam Salmah menyedapkan hati Amira yang mungkin
kerisauan dengan perbuatan Taufiq sebentar tadi.
Amira angguk sekali, mahu melangkah menuju ke bilik di mana
Taufiq menghuni, namun langkah yang baru di atur terhenti dengan sentuhan
lembut ibu mertuanya.
“Taufiq baik... percayalah cakap ibu.” Ujar Salmah tersenyum
lalu mengisyaratkan agar Amira meneruskan langkah itu masuk ke kamar milik
Taufiq.
Sebaik melangkah
masuk, Amira menoleh ke arah Taufiq yang sedang berdiri di jendela. Lelaki itu
termangu sendirian, Amira teruskan langkahnya lalu duduk di birai katil dan
hanya diam menanti patah bicara Taufiq.
“Aku tak suka kau libatkan keluarga dalam urusan kita, lepas
ni aku nak kau tutup mulut dan jangan sesekali cuba libatkan sesiapa pun dalam
hal berkaitan dengan kita.” Gumam Taufiq masih lagi berdiri di jendela.
Rintik-rintik hujan yang baru turun membasahi bumi, direnung sekali imbas.
“Mulai esok, kau ikut aku ke KL. Dan aku akan bawa kau jumpa
mama dan abah, mereka akan jelaskan semuanya! Semoga kau bertabah nanti!” ucap
Taufiq lagi yang sedang bersandar di dinding papan.
“Saya tak nak balik,” ucap Amira pendek.
“Apasal?” Taufiq berpusing
“Suka hati saya la..” jawab Amira selamba lantas berbaring
di atas katil. Selimut ditarik hingga ke paras dada, mata cuba dipejamkan namun
sentuhan tangan Taufiq di jari jemari kakinya membuatkan Amira bingkas bangun
dari terus berbaring.
“Aku tidur atas ni, kau turun ke bawah!” gumam Taufiq menekan
suaranya sedikit perlahan bimbang di dengari oleh ibunya lagi. Kini dia sudah berdiri berdekatan hujung katil sambil memerhatikan Amira yang tiada tanda untuk menurut katanya.
“Tak mahu!” balas Amira tegas.
“Turun sekarang!” bisik Taufiq sambil mengetap bibirnya. jari telunjuk di unjuk ke arah lantai beralas tikar getah.
“Tak nak!” Amira masih berdegil.
“Kau nak turun sendiri
atau aku humban kau ke lantai?” amuk Taufiq tidak mampu bersabar lagi. Amira telan
liurnya, kata-kata Taufiq kedengaran bersungguh lalu perlahan-lahan kaki
dijatuhkan ke lantai.
“Cepat!” sergah lelaki itu membuatkan bahu Amira terhinjut
akibat tersentak dengan suara Taufiq yang bergema kuat.
Laju-laju langkah kaki di atur menuju ke sudut hujung bilik,
bersandar sambil mata masih menancap wajah Taufiq yang beriak selamba.
“Nah ambil ni!” sebiji bantal di baling laju, mujur sempat
disambut oleh kedua tangan Amira, bibir diketap geram namun Taufiq hanya
tersenyum sinis sebelum terus berbaring tanpa memperdulikannya lagi.
“Hei kau sumbat apa dalam
beg ni hah? Angkut sendiri, tak kuasa aku nak heret beg kau!” beg beroda
bewarna merah jambu di humban ke tepi koridor. Orang ramai yang lalu-lalang di
sepanjang laluan jeti Lumut yang menghubungkan Lumut dan Pulau Pangkor tidak
lagi dipedulikan. Taufiq naik angin setelah beg beroda milik Amira terpaksa di
jinjing akibat roda yang sedia ada telah tertanggal dari kedudukannya, lalu
menyukarkan pergerakan dia yang ingin segera pulang ke KL.
“Tunggulah!” jerit Amira sebaik Taufiq berjalan jauh ke
hadapan namun jeritan Amira sengaja tidak diendahkan bahkan langkah kaki terus
di atur laju menuju ke tempat meletak
kenderaan di bangunan tiga tingkat itu.
“Terhegeh-hegeh!” selar Taufiq setelah langkahnya
dihentikan, wajah berpeluh Amira dijeling tajam. Menyusahkan!
“Awak tak nampak ke beg ni besar dan berat!” Amira tolak beg
yang sedang dipegang ke lantai lalu disepak sekali.
“Memang aku nampak. Tapi sengaja aku buat tak nampak! Cepatlah
perempuan! Aku dah lambat!” Taufiq seluk
poket seluarnya lantas memandang Amira tanpa perasaan.
“Kalau kau lambat, kau
balik sendiri!” gertak Taufiq lagi.
“Eleh, awak ingat saya hadap sangat nak tumpang awak? Tak kuasa!”
Amira bercekak pinggang melawan pandangan lelaki itu. Orang ramai yang
memandang tidak lagi dipedulikan bahkan, mereka masih lagi berkeras tidak mahu
mengalah.
“Okey fine!’ gumam Taufiq lantas berpusing lalu bergegas
meninggalkan perkarangan kawasan jeti. Amira diam terpaku melihat tubuh itu
terus berlalu meninggalkan dirinya keseorangan bersama sebuah beg beroda yang
agak besar dan sarat dengan pelbagai pakaian dan alat soleknya!
“Tak guna! Tak guna! Tak guna!!!!” jerit Amira sambil sepak
beg rodanya berkali-kali. Dadanya kini berombak kencang menahan amarah yang menggunung tinggi dengan
layanan Taufiq yang tidak bertimbang rasa.
Hatinya sebal, dalam mengheret beg ke hentian bas ekspress
itu, matanya masih liar mencari kelibat Taufiq namun batang tubuh itu sudah
tidak kelihatan lagi. Pasti sudah memandu keretanya pulang ke KL meninggalkan
dia terkulat-kulat di sini!
“Mama... abah! Mira dah balik!” suara jeritan Amira
kedengaran nyaring bergema di perkarangan rumah mewah milik Dato Amri.
“Anak mama dah balik, sini peluk mama!” sambut Datin Hamidah
tersenyum mesra. Amira hanya diam sambil mengetap bibir. Panas hatinya saat
ditinggalkan Taufiq sendirian, dan akhirnya dia terpaksa memilih perkhidmatan
bas ekspress sekiranya mahu pulang ke Kuala Lumpur.
“Tak perlu peluk Mira, sekarang Mira nak mama dengan abah
jelaskan semua ni. Kenapa mama tawarkan jawatan peneraju Kristal Property pada
Taufiq? Dia tak layak! Dan apa kaitan jawatan tu dengan perkahwinan Mira. Mama peralatkan
Mira!” tebak Amira bersama air jernih yang bergenang di tubir mata.
“Mira... jangan cakap macam tu pada mama dan abah! Mama buat
semua ni demi kebaikan Mira juga.” Gumam Datin Hamidah cuba memujuk hati anak
perempuan yang sedang hangat dihambat perasaan amarahnya.
“Mira... dengar dulu cakap abah!” ucap Dato Amri yang sedang
tegak berdiri di anak tangga.
“Apa lagi bah? Abah gadai maruah Mira dengan beri jawatan
pada Taufiq. Apa kepentingan yang abah dapat dari perjanjian yang Mira sendiri
tak tahu apa-apa?” dalam amarah air mata Amira tumpah membasahi pipi mulusnya. Laju
sahaja diseka dengan belakang tapak tangan!
“Abah buat semua ni demi menjaga maruah Mira, apa Mira dah
lupa perkara tu?” ucap Dato Amri berharap Amira menyedari kejadian yang amat
memalukan tempoh hari hingga memaksa dia serta seluruh isi keluarganya berpakat
untuk mengahwinkan Amira dengan Taufiq lelaki yang sudi menerima Amira secara
bersyarat.
“Mira tak kisahlah bah, kalau tak kahwin sekalipun Mira tak
peduli!” hambur Amira bersama tangis yang masih enggan berhenti.
“Mira jangan cakap macam tu
nak, percayalah semua ni demi kebaikan Mira.” Pujuk Datin Hamidah menyentuh
lembut bahu Amira yang sedang dirundung kesedihan yang menggunung. Namun sentuhan itu ditepis kasar oleh Amira, dia
tidak sudi diperlakukan sebegitu setelah diri dan maruahnya diserahkan serendah
itu kepada Taufiq yang sememangnya jijik
pada dia yan g kotor dan hina ini.
“Mira... mama minta maaf! Semua ni demi kebaikan Mira...” Datin Hamidah sudah sebak bila mana Amira
enggan disentuh dan dibelai seperti selalu.
“Mama... mulai hari ni jangan cari Mira lagi. Abah pun
jangan cuba jejak kemana Mira pergi! Perbuatan abah dan mama sudah keterlaluan,
Mira tertipu dan Mira diperguna!” air mata berlinang bersama esak tangis yang
sudah tidak dapat dikawal lagi.
“Amira jangan macam ni nak!” pujuk Dato Amri mendekati tubuh
itu, wajah basah Amira di tatap dalam-dalam, walau anak perempuannya ini tidak
sudi lagi membalas pandangan dari seorang lelaki bergelar bapa. Namun apa yang
sedang dilakukan ini akan memberi sinar harapan kepada anak perempuanya pada akan
datang. Biar Amira tidak nampak semuanya pada hari ini, dan apa yang ingin
ditunjukkan akan diperoleh pada masa hadapan. Dia yakin dengan kata hatinya!
“Jangan mengakui Mira sebagai anak kalau abah hancurkan
hidup anaknya sendiri!” bentak Amira berundur sedikit kebelakang.
“Mira, apa yang Mira cakapkan ni!” tegur Datin Hamidah mengingatkan
Amira tentang bicara yang terlafaz tadi. Dia tidak mahu Amira menjadi anak yang
tiada akhlak dan budi pekerti yang baik hanya kerana mengikut kata hati yang
marah. Emosi sudah mengatasi akal fikiran hingga apa yang terluah bukan lagi
datangnya dari akal yang waras.
“Mira tak nak jadi anak abah dan mama lagi!” Amira undur
langkahnya lalu berpusing ingin segera meninggalkan rumah yang baginya sudah
tiada ketengannya lagi.
“Opppssss...” Amira panggung wajahnya seketika. Senyuman
sinis Taufiq pertama menikam pandangannya dan kali ini Amira sudah terperangkap di dada
lelaki yang cukup dibenci!
“Mira dah balik?” Kedua tanganya kemas di dalam pegangan Taufiq yang
masih lagi tersenyum –senyum. seketika kemudian, Taufiq kalihkan pandangan matanya lalu kedua ibu dan bapa mertuanya di pandang penuh hormat.
“Maaf mama, maaf abah... Fiq balik dulu. Semua baju dan
barang-barang milik Mira, Fiq dah kemaskan! Ada masa mama dan abah singgahlah
ke rumah kami.” Gumam Taufiq tersenyum mesra namun tidak bagi Amira nyata
terpempam dengan patah bicara Taufiq.
P/S: terima ksaih memberi komen. tq pada kak ida, akak2, para anonymous, kak nz, kak norihan, dan adik2 sekalian. komen anda amat berguna utk memperbaiki jalan cerita ini. sekian ~
Comments
Disini akak melihat sisi Taufik yg lain ..dimana dihadapan kedua ibubapa Amira..dia melakonkan watak suami mithali ..penuh tanggung jawab dan penuh kasih sayang pada Amira..
Kenapa pulak kedua ibubapa nya merelakan satu satu anak perempuannya dinikahi dan membiarkan Company bapa Amira diterajui oleh Taufik..dan apakah sebenarnya trajedi hitam yg menyebabkan keluarga Amira mengambil tindakan drastik untuk mengahwinkan Amira dan Taufik menjadi kambing hitamnya..