JIKA MAWAR PUDAR WARNA 13
“Amira, bangunlah.” Taufiq sentuh kedua pipi Amira lantas
dibawa rapat ke wajahnya. Melihat keadaan Amira tidak bergerak walau sedikit
pun, Taufiq bertambah bimbang lantas tubuh Amira di cempung lalu di bawa masuk
ke dalam bilik. Perlahan-lahan tubuh Amira diletakkan di atas tilam. Sesekali
Taufiq diam memikirkan sesuatu, kewajaran tindakannya saat ini. Perlukah atau
tidak dia mengambil keputusan sebegini. Dalam benak yang berperang antara satu
sama lain, Taufiq nekadkan diri. Dia tidak mahu Amira bertambah sakit kerana
kesejukan yang dialami wanita itu. Perlahan-lahan sweater yang tersarung
ditubuh itu ditanggalalkan, lalu dicampak ke lantai.
Sesudah itu Taufiq diam tidak berkutik! Hanya pandangan mata
sahaja yang tidak bergerak memerhatikan seluar yang dipakai Amira sudah basah
hingga ke paras peha. Kepala di garu perlahan, bagaimana harus dia menukarkan
pakaian bersih untuk wnaita itu. Mujur juga sweater yang dipakai tadi tidak
telus air. Sleeve yang tersarung
disebalik sweater yang ditanggalkan masih kering seperti biasa. Taufiq bungkam,
haruskah atau membiarkan sahaja Amira dengan pakaian yang basah seeprti itu. Kepala
yang tidak gatal di garu sekali lagi! Lama berfikir, akhirnya Taufiq yakin
dengan kata hati. Pakaian Amira perlu diganti, jika tidak pasti wanita itu akan
jatuh sakit kerana kesejukan sebegini.
“Amira, maafkan aku! aku nak tukarkan seluar kau!” gumam
Taufiq perlahan walau dia tahu Amira masih tidak sedarkan diri.
Sekurang-kurangnya dia sudah meminta izin walau hakikatnya Amira tidak
mendengar bicara yang terluah.
Taufiq bangkit, merapati almari lantas dikeluarkan sehelai
tuala bersih lalu kembali semula mendekati Amira. Lama dieprhatikan seraut
wajah yang masih tidak sedarkan diri, seketika kemudian tuala yang masih kemas
dalam pegangan tangan di perhatikan lama. Perlahan-lahan helaian tuala itu dihamparkan
di bahagian kaki Amira. Sesudah tuala dihampar, Taufiq duduk di sisi Amira lalu
jari jemarinya di arahkan menyentuh seluar jeans yang dipakai wanita itu.
Taufiq telan liur, terasa tersekat di kerongkong. Sungguh ini pertama kali
keadaan seperti ini harus dilalui olehnya. Entah bagaimana rupanya saat ini?
jari jemari yang menggigil digenggam erat, masih mengumpul kekuatan untuk
meneruskan tingkahnya pada Amira.
“Amira, maafkan aku!” sekali lagi Taufiq mengungkap kata
maafnya. Wajah dipalingkan dan jari jemari sudah menyentuh butang seluar jeans
yang terselindung disebalik tuala yang dihampar tadi. dengan berhati-hati
Taufiq berusaha untuk menanggalkan butang yang melekat di seluar yang dipakai
Amira dan Taufiq menghela nafas yang panjang setelah butang itu dapat
ditanggalkan dari kedudukan asalnya.
Kini dia terpaksa pula menangalkan seluar yang melekat di
kaki itu dengan berhati-hati agar tidak menampakkan sesuatu milik Amira. Nafas ditarik
lalu dihela perlahan dan diulangi perbuatan itu beberapa kali. Setelah dada
yang bergetar sedikit berkurangan, Taufiq mulakan langkah keduanya.
Dengan berhati-hati seluar yang tersarung di tarik
perlahan-lahan, tuala yang terhampar di atas sepasang kaki milik Amira turut
tertarik sama. Taufiq tekup wajahnya, terkejut dan terkesima seketika. Lantas kedua
tangan yang sedang menarik hujung kaki seluar jeans milik Amira di tarik laju. Dadanya
berombak kencang!
“YA Allah, apa yang aku rasa sekarang ni?” bisik hati kecil
Taufiq tidak keruan. Wajahnya masih dipalingkan dari memerhati raut wajah Amira
yang tidak sedarkan diri.
Dengan sebelah tangan, Taufiq sentuh tuala yang sudah
melorot kembali terletak di sepasang kaki milik Amira. Laju tangan kanannya
diangkat!
“Maafkan aku!” gumam Taufiq lagi. Sesudah tuala diperbetulkan
kedudukannya,Taufiq gapai selimut yang berlipat kemas lalu dihampar ke seluruh
tubuh Amira. Dia ingin segera keluar dari kamar itu, entah apa lagi yang perlu
dirasakan saat ini andai terus terusan memerhatikan Amira dalam keadaan
sebegitu. Cukuplah andai jantungnya berdegup kencang kerana terpandang peha
putih gebu milik Amira. Entah apa pula yang berdegup jika dia melihat lebih
dari itu!
“Amira, bangunlah.... dari semalam lagi kau tidur!” gumam
Taufiq sambil memperbetulkan tali leher yang dipakainya. Pagi-pagi lagi Amira
di dalam bilik itu dilawati dan wanita itu masih tidur tidak bergerak.
“Amira, bangunlah!” ujar Taufiq lagi. Tubuh di arah agar
mendekati Amira yang masih berselimut.
“Amira, kau okey ke tidak?” persoalan Taufiq tiada
jawapannya. Lantas kedua tangan dilekapkan di dahi itu. Panas!
“Kau demam ni!” ucap Taufiq cemas. Briefcase yang baru
sahaja dipegang dicampak ke atas lantai. Tubuh Amira dihampiri lalu punggung
dilabuhkan di sisi katil. Perlahan-lahan kepala Amira diletakkan di atas
ribaannya.
“Amira, kau demam. Aku bawa kau ke klinik!” Taufiq tidak
tahu sama ada perkataan yang terucap itu berbentuk arahan atau penyaataan. Dia
keliru namun apa yang pasti, dia mahu segera membawa Amira untuk mendapatkan
rawatan.
“Awak...” lirih suara Amira memanggil Taufiq.
“YA aku ada ni! Kau demam, aku bawak kau ke klinik!” ujar
Taufiq memegang erat jari jemari Amira yang terasa panas. Sekilas lengan Amira
diperhatikan, terdapat bintik-bintik merah di situ.
“Kau kena denggi ke?” pertanyaa itu tidak berjawab. Taufiq
memerhatikan raut wajah Amira, disitu juga terdapat bintik-bintik merah. Mungkinkah
Amira dijangkiti denggi? Rambut diramas kasar lantas dia cuba memangku tubuh
itu. selimut yang terlondeh hingga menampakkan peha putih gebu Amira
diperhatikan lama tidak berkedip. Liur ditelan! Sesuatu perlu dilakukan, dia
tidak seharusnya tergoda dengan keadaan Amira yang sedemikian.
“Pakai seluar dulu!” Taufiq meletakkan tubuh Amira kembali
ke atas tilam. Kemudian langkah kaki diatur mendekati almari lalu sehelai
seluar milik wanita itu di keluarkan.
“Nah kau pakailah!” Taufiq unjuk sehelai seluar ke hadapan
mata Amira. Namun tidak bersambut!
“Sorry aku terlupa yang kau demam!” Taufiq hampiri tubuh itu
lalu punggung dilabuhkan di sisi Amira.
“Aku pakaikan!” pendek Taufiq bersuara. Malu untuk memandang
wajah Amira.
“Jangan!” Amira menegah namun dia tiada kudrat untuk
menghalang perbuatan Taufiq.
“Pakailah! Kalau tak, macam mana aku nak bawak kau ke
hospital.” Tanya Taufiq sambil memasukkan kaki kanan Amira ke dalam kaki
seluar.
“Tak nak...” leret Amira bersuara mahu bertegas namun dia
tiada tenaga untuk menolak. Akhirnya Taufiq sudah memasukkan kedua kaki itu ke
dalam seluar lalu ditarik perlahan.
“Dah, jom aku hantar kau ke hospital.” Tutur Taufiq sambil
menegakkan tubuh Amira. Sebelah tangan Amira diletakkan di bahunya agar wanita itu
dapat berpaut saat dia memimpin tubuh itu.
Amira yang sudah tiada tenaga hanya mengikuti langkah itu
walau dia tahu tubuhnya bakal rebah bila-bila masa sahaja.
“Amira tahan sikit!” Taufiq bersuara tatkala terasa tubuh
badan Amira semakin memberat tiada sokongan dari empunya diri.
“Saya tak larat!” akhirnya Amira tidak terdaya lagi mengatur
langkah lalu tubuh yang hampir rebah berjaya disambut oleh Taufiq.
Taufiq kaku saat tubuh Amira melekap rapat ke dadanya,
terasa bagai ada sesuatu yang cukup berlainan dirasakan kini.
“Amira, kau.....” Taufiq telan liur bila mana wajah Amira
yang terlentok tidak sedarkan diri berada dekat di hadapan wajahnya.
“Amira, aku bawa kau ke hospital!” cemas suara Taufiq lalu
tubuh Amira dicempung keluar dari rumah. Lock pintu ditekan dari dalam dan daun
pintu ditarik dengan hujung jari jemari. Lantas langkah kaki diatur menuju ke
pintu lif, butang anak panah menuju ke tingkat bawah disentuh dengan siku lalu
tubuh diloloskan masuk ke dalam perut lif setelah pintu lif terbuka luas. Sesudah
keluar dari perut lif, Taufiq mendekati keretanya lalu Amira diletakkan di
tempat duduk penumpang belakang. Honda City dipecut menuju ke hospital.
“Hello Sue, saya tak masuk office hari ni. Cuti! Tolong inform
pada yang lain, temujanji saya hari ni awak batalkan dahulu. Mungkin esok atau
lusa saya akan masuk pejabat!” Amira menoleh ke arah datangnya suara itu. Taufiq
sedang berbual di talian, mungkin bersama setiausahanya yang cantik persis
wanita arab itu, siapa lagi jika bukan Suhaila. Seketika matanya terarah pula pada
persekitaran yang cukup asing baginya dan dia tidak mampu berfikir saat
kesakitan yang dirasakan kini bagai mencucuk-cucuk seluruh permukaan kulitnya. Entah
apa penyakit yang dihidapnya waktu ini!
“Kau dah bangun?” soal Taufiq mendekati Amira yang masih
berbaring.
“Nak makan? Aku ada belikan KFC!” gumam Taufiq lalu
menggapai kotak berwarna merah putih itu. Amira menggeleng perlahan. Taufiq memerhatikan
sahaja, dan dibenaknya timbul pelbagai persoalan. Makanan jenis apakah yang
diminati oleh Amira?
“Ker... kau nak makan MCD?” soal Taufiq meneka selera Amira.
Wanita itu masih enggan mengangguk bahkan hanya gelengan sahaja yang dilihat
oleh Taufiq sejak tadi lagi.
“Nak minum,” Amira memandang wajah Taufiq dengan pandangan
simpatinya. Dia benar-benar tiada kudrat untuk menuturkna bicara apatah lagi
untuk bertikam lidah bersama Taufiq. Dia mahukan rehat yang secukupnya!
“Sekejap aku ambil.” Taufiq bangkit lalu mendekati kepala
katil dan minuman dituang ke dalam gelas lalu seketika kemudian diberikan
kepada Amira.
“Assalamulaikum, Encik Taufiq!” Alisya sedang berdiri di
muka pintu. Taufiq hanya mengangguk pelahan.
“Maaf saya datang tak cakap, saya baru dapat tahu yang encik
masuk ke hospital.” Terang Alisya lagi.
“Bukan saya, tapi Amira!”
“Oh, mana suami dia!” pertanyaan Alisya berbaur cemburu.
“Entah!” sepatah Taufiq menjawab. Malas mahu melayan gadis
gedik yang entah terjun dari planet mana lalu tersesat di planet bumi ini dan
akhirnya menyusahkan serta merimaskan dirinya pula.
Comments
mungkinkah hati taufiq terusik.....
Adakah telah tiba masanya SiTaufik membuka mata hatinya dan mendengar kata hatinya dari logik akalnya...kerana amira halal untuknya..tetapi bagaimana pula Amira ... kerana bayangan hitam itu jelas akan mengangu gugat kehidupan intim mereka ..sekiranya berlakulah...kan...
Apahal pulak si Alisya tu..menyemak kan perasaan sahaja..mengediks sungguh...akak yg membacanya pun rimas..apatah lagi si Taufik dan Amira..Cuba cubalah si Taufik kasi sedas dua kata kat Alisya tu...Kalau si Taufik tu pandai basuh Amira..kenapa tidak si minah sotong tu kan????