JIKA MAWAR PUDAR WARNA 12
“Girlfriend awak?” soal Amira pendek. Taufiq di yang duduk
bertentangannya hanya mengangguk kecil sambil mata tidak lepas memerhatikan
Adila dari kejauhan. Kekasih hatinya sedang rancak berbual bersama teman-teman
sekampus yang datang ke Morib ini untuk menikmati makanan laut yang segar.
Tidak ketinggalan dirinya juga meminati makanan laut lantaran dibesarkan di
sebuah pulau peranginan dan mudah untuk mendapatkan makanan laut yang segar.
Jadi tidak hairanlah saban minggu pasti Morib menjadi destinasi wajib makan
malam bagi Taufiq yang gemarkan udang dan sotong bakar.
“Cantik!” puji Amira turut melihat gadis kesayangan hati
Taufiq dengan sebuah senyuman.
"Apa pun thanks,” ucap Taufiq bangga kekasih hatinya
mendapat pujian. Senyuman masih terukir indah di pinggir bibir itu membuatkan
Amira juga tersenyum kecil. Pasti Taufiq begitu cintakan kekasih hatinya, jika
tidak masakan senyuman itu masih mekar di bibir lelakinya.
Seketika Amira mengalih pandangan ke atas meja yang kosong,
tiada satu makanan pun yang kelihatan. Pelayan juga tidak datang mengambil
pesanan sedang perut sudah memberi isyarat minta diisi. Amira sentuh perutnya
seketika, lama tapak tangan dilekapkan di situ. Kemudian wajah dipalingkan ke
kanan, mereka sedang menikmati ikan bakar. Di sebelah kiri pula sepinggan besar
udang goreng sedang dinikmati oleh sepasang suami isteri dan anak kecil mereka.
Amira telan liur, lapar sungguh. Kemudian leher dipanjangkan ke meja di
bahagian hadapannya pula, di sana juga sekumpulan anak muda sedang menikmati
pelbagai lagi jenis lauk pauk berasaskan makanan laut. Amira ketap bibir,
mengalih pandangan ke arah Taufiq .
“Awak, bila kita nak makan? Lapar perut saya ni....” ungkap
Amira pamer wajah kelaparannya.
“Sekejap lagi diorang hantarlah, aku dah booking siap-siap.”
Gumam Taufiq membuatkan Amira tersenyum senang.
“Sungguh, wah tak sabar betul!” Amira betulkan kedudukannya.
Taufiq menjeling sahaja. Entah apa-apa!
Amira pemer senyumannya, ada sesuatu yang harus
diperkatakkan kepada Taufiq dan berharap lelaki itu tidak keberatan menunaikan
permintaanya itu. amira tarik nafas lalu di hela perlahan. Mengumpul semangat
dan kekutan untuk memulakan bicara!
“Awak.... saya nak pinjam duit boleh tak?” Amira susun
bicaranya. Taufiq menoleh seketika, kerutan di dahi itu sudah dapat dibaca oleh
Amira.
“Bukan apa, sepuluh ringgit tak cukup untuk saya. Saya dah
biasa habiskan seratus sehari, jadi saya tak boleh hidup kalau tak ada duit
dalam tangan.” Terang Amira berharap Taufiq memahami keadaan dirinya yang
sebegitu.
“Lagipun saya nak....” Amira berhenti seketika merencanakan
perkara-perkara yang sudah lama dirancang sebelum ini.
“Saya nak apa?” sergah Taufiq tiba-tiba. Amira tekap tapak
tangan ke dada, nafas dihela panjang. Terkejut dan tersentak dengan pertanyaan
berbentuk sergahan itu.
“Saya nak buat facial, nak cuci rambut... lepas tu nak buat
refleksiologi dengan hurmmmm buat apa-apalah!” jawab Amira teruja. Taufiq tatap
wajah keterujaan Amira dengan pandangan sinis.
“Heh, kalau kau nak habiskan duit untuk semua benda-benda
mengarut macam tu. Kau pakai duit gaji hujung bulan nanti. Aku takkan
keluarkan duit semata-mata untuk benda
tak berfaedah!” ulas Taufiq bertegas dengan Amira. Ingin diajar wanita itu agar
tahu menguruskan kewangannya sendiri agar tidak dibazirkan kepada perkara yang
tidak sewajarnya.
“Siapa kata tak berfaedah? Banyak faedahnya bila saya cuci
rambut, hilang stress.... buat refleksiologi boleh kurangkan kesakitan di tapak
kaki dan secara tak langsung saya boleh pakai kasut tumit ke tempat kerja. Ha,
facial pun bagus untuk hilangkan kedut-kedut di muka,” tutur Amira bersemangat.
Taufiq mencebik, entah apa-apa!
“Bolehlah awak, please....” rengek Amira tayang wajah manja
di hadapan Taufiq.
“Bolehlah awak....” Amira kerdipkan matanya beberapa kali.
“Tak boleh!” jawab Taufiq pendek sambil membuang pandang ke
arah pelayan yang datang membawa menu yang dipesan.
“Please... please... please......” rayunya lagi.
Taufiq beriak selamba, tidak tergoda apatah lagi terpujuk
dengan gaya manja Amira. Dalam hati, tawa cuba ditahan dari dihambur keluar.
Kelakuan Amira yang memujuk rayu dirinya dirasakan bagai menjentik hati kecil
seorang lelaki yang jarang tertawa sepertinya. Entah apa yang lucu, Taufiq sama
sekali tiada jawapan untuk persoalan itu.
“Awak...” rungut Amira bila Taufiq tidak memberi sebarang
respon. Taufiq hanya mencebik sebagai
respon terhadap pujukan wanita itu.
“Awak,” panggil Amira berharap Taufiq sudi mempertimbangkan
permintaannya.
“Makanlah, nanti dah sejuk tak sedap.” Pesanan yang dibuat
sudah terhidang di hadapan mata. Taufiq menggapai sudu dan garfu lalu nasi di
dalam pinggan di sudu lalu dibawa ke mulut. Dikunyah perlahan.
Amira hanya memerhati
raut wajah itu, geram apabila pujukan bersungguh darinya sedikit pun terkesan
di hati lelaki seperti Taufiq.
“Kedekut!” Cemuh Amira dalam hati.
“Makanlah! Kau tengok aku apasal?” persoal Taufiq saat ekor
matanya menangkap pandangan Amira yang sedari tadi mencuri pandang ke arahnya.
Amira kalihkan pandangan ke arah lain, bibir diketap dan air liur ditelan.
Terasa pahit saat perbuatan itu tertangkap oleh pandangan bening milik Taufiq.
Sesudah selesai menikmati makan malam di pantai Morib, Amira
sandarkan tubuhnya di seat kereta. Mata yang bulat semakin berat dan layu
akhirnya dia terlelap tanpa sedar.
Taufiq pula masih tenang memandu, sesekali raut wajah Amira
diperhatikan. Dalam rasa benci yang tercipta di hati itu, dia akui masih ada sisa kasihan buat seorang wanita
yang teraniya oleh masa dan keadaan silam. Wajah itu dikerling lagi, sungguh
dia tidak mengerti mengapa mudah benar menerima Amira. Nafas di hela perlahan
dan wajah dipalingkan semula menghadap ke arah jalan raya yang semakin lengang.
Kereta dipandu memasuki lebuhraya Persektuan, ingin
menikmati angin malam di Shah Alam sebelum berpatah semula ke Wangsa Maju.
Cermin kereta diturunkan, lengan diletakkan di sisi tingkap kereta lalu membiarkan angin yang
menerobos masuk menyapa wajah dan mengelus rambut yang pada awalnya kemas bersisir.
Sengaja mencari damai dan ketengan hati, Taufiq pandu kereta
bewarna putih itu memasuki kawasan flat yang didiami oleh Adila dan rakan-rakan
serumahnya.
Hujung minggu nanti, kekasih hati Adila yang masih menuntut
di tahun akhir akan dikunjungi. Rindu pada si dia sudah tidak dapat di bendung
lagi namun dalam diam dia terpaksa memedam perasaan itu angkara syarat yang
sudah terikat diantara dirinya dan Amira.
Kereta di parking sedikit jauh, memerhatikan cahaya yang
terbias keluar dari rumah yang terletak di tingkat lima di hujung bangunan. Itu
rumah yang disewa oleh Adila dan rakan-rakannya. Pasti Adila sudah tiba dahulu
berbanding dia yang sengaja mengambil jalan jauh untuk ke sini.
“Sekarang kita dekat mana?”soal Amira dalam serak suara
bangun tidurnya. Matanya digenyeh beberapa kali.
Taufiq tersentak lalu enjin dihidupkan semula dan kereta
dipandu memasuki jalan besar. Gusar andai perbuatannya dihidu oleh Amira.
Pertanyaan Amira di diamkan sahaja, enggan mengulas walau sepatah perkataan
sekalipun. Amira tidak perlu tahu atau mengambil tahu hal yang bersangkut paut
dengan kehidupan peribadinya. Dan dia juga tidak sama sekali membuka cerita
berkenaan Adila di hadapan Amira. Itu janji hatinya!
“Belum sampai ya?” sekali lagi Amira menyoal namun mata itu
masih tertutup rapat. Rasa kantuknya masih merantai mata itu dari dibuka luas.
“Belum!” sepatah Taufiq bersuara.
“Lambatnya,” rungut Amira tanpa sedar.
“Kalau lambat, kau bawaklah!” marah Taufiq bila perbuatannya
dipersoalkan oleh Amira. Sengaja menduga dan mempertikai kemampuannya pula.
“Saya mana tahu bawak kereta, kalau saya tahu.... dah lama
saya pandu ke merata-rata tempat. Tak perlu nak tunggu member datang jemput.
Tahu tak!” bentak Amira walau matanya sedang terpejam.
“Kalau kau tak tahu bawak kereta, kenapa tak ambil lesen?” Taufiq
juga naik angin. Hairan bagaimana Amira berani melawan katanya pula. Nak kena
ni!
“Pemalas!” cemuh Taufiq.
“Bukan!” balas Amira lagi.
“Habis?” persoal Taufiq sambil memandang keluar dari
tingkap.
“Takut!” sepatah Amira menutur kata.
“Sampai bila kau nak jadi penakut hah? Esok aku nak kau buat
lesen kereta! Sampai bila aku nak jadi driver kau? ” gerutu Taufiq. Kereta
dipandu tenang, masih menunggu Amira mengulas maksud bicaranya tadi. Namun
wanita ini masih diam tidak bersuara. Wajah yang terselindung disebalik rambut
panjang mengurai milik Amira membataskan pandangan Taufiq. Perlahan-lahan, jari
jemarinya dihampirkan ke wajah itu, rambut yang menutup separuh dari wajah itu
diselak perlahan. Ayu!
Taufiq telan liur. Pertama kali memerhatikan raut wajah itu
secara dekat. Ayu! Sepatah perkataan yang terlantun keluar dari hati kecilnya
diakui ada kebenarannya. Raut wajah yang ayu dan air muka yang bersih!
Itu pandangan dari
mata hatinya! Taufiq masih terleka memerhatikan raut wajah Amira yang sedang tertidur, tanpa sedar hon sebuah lori kedengaran kuat
menerjah gegendang telinga. Mata diarah ke hadapan, hampir-hampir sahaja kereta
yang dipandu tersasar ke bahu jalan. Mujur tidak apa-apa!
Amira disebelah, masih tidak bergerak. Taufiq mengomel tidak
puas hati, geram melihat begitu lena tidur Amira. Hingga bunyi hon yang kuat
juga tidak membuatkan wanita itu terjaga.
“Huh, tidur mati!” omel Taufiq tidak puas hati.
Kereta dipandu menuju
ke Wangsa Maju dan setelah setengah jam berada di atas jalan raya, mereka tiba ke
destinasi yang dituju. Taufiq regangkan urat-urat yang terasa lenguh lalu Amira
disebelah diperhatikan sekilas. Masih terlentok dan tidurnya juga lena tidak
terganggu. Wajah dipalingkan ke hadapan, rintik-rintik hujan mula kelihatan
menitis di atas cermin hadapan Honda City miliknya, pasti sekejap lagi hujan
lebat akan turun.
“Budak ni tak nak bangun ke? Karang hujan menyusahkan aku
pulak, nak payungkan bagai!” rungut Taufiq saat terpandangkan Amira yang masih terlena. Perlahan-lahan bahu Amira
disentuh dan digoncang perlahan.
“Oi, bangun! Dah sampai!” gumam Taufiq masih memerhatikan
keluar dari tingkap kereta. Sudah banyak kenderaan di kotak parking, pasti
rata-rata penghuni rumah flat dikawasan ini sudah pulang ke rumah
masing-masing. Jam pula sudah menunjukkan angka sebelas malam manakala dada
langit sudah kelam bagai memberi isyarat hujan lebat akan turun membasahi bumi
Wangsa Maju seketika nanti.
“Amira...” bahu itu digoncang lagi.
“Oi.... bangunlah!” gumam Taufiq menolak sedikit kuat. Namun
Amira masih tidak tersedar!
“Oi anak Pak Amri, bangunlah!” ucap Taufiq sedikit tinggi!
Mengejutkan Amira dari tidur dengan melibatkan nama bapa mertuanya pula.
Amira masih tidak menunjukkan sebarang respon, lalu anak
mata dikalihkan ke arah seraut wajah yang sedang terlena keletihan.
Diperhatikan lama, dari kening turun ke batang hidung yang sedikit mancung lalu
singgah ke bibir yang merah basah seterusnya jatuh ke dagu yang berlekuk dalam.
Pranggggg!!!!! Taufiq tersentak. Menoleh ke luar dari
tingkap kereta. Bunyi guruh kuat berdentum di atas sana. Amira perlu dikejutkan
segera, pasti hujan lebat akan turun sebentar lagi.
“Oi bangunlah! Dah sampai!” bahu itu digoyang agak kuat.
Amira tersentak lalu tubuhny ditegakkan dan Taufiq disebelah diperhatikan
dengan wajah berkerut.
“Apa dia?”
“Dah sampai! Aku nak turun, kau pun kena turun. Kalau tak
nak aku lock dari luar!” tutur Taufiq perlahan
“Nak,” balas Amira perlahan.
“Kalau nak keluar, cepatlah sikit! Dah nak hujan!” rungut
Taufiq menunggu Amira keluar dari perut kereta.
“Sabarlah kejap!” gumam Amira melepaskan tali pinggang
keledar lalu keluar dari perut kereta.
“Dah hujan pun, habis basah baju aku! Ni semua kau punya
pasal.” Omel Taufiq tidak puas hati. Amira mencebik apabila dia dipersalahkan
kerana hujan yang turun lalu menyebabkan baju lelaki itu basah. Tak patut!
“Sini, jalan dengan
aku! hujan ni,” gumam Taufiq mendekati Amira yang diam tidak berkutik. Payung
dikembangkan dan Amira dihampiri.
“Cepatlah! Hujan dah lebat....!” bebel Taufiq sambil
memayungkan Amira yang kaku berdiri di pintu kereta. Amira hanya diam dan
menurut!
“Rapat sikit, basah nanti!” arah Taufiq lalu memaut pinggang
Amira rapat ke arahnya. Terkejut dengan perbuatan Taufiq, Amira tolak tubuh itu
menjauh lalu dia keluar dari payung dan berlari meredah hujan lebat menggila.
Taufiq kaget lantas dikejar tubuh Amira yang sedang berlari jauh
meninggalkannya.
“Amira, hujan! Sini aku payungkan!” laung Taufiq sambil
mengejar Amira yang sudah kebasahan.
“Amira, sini!” suaranya sudah tenggelam dalam bunyi hujan
yang mencurah. Namun langkah kaki masih dihayun mengejar tubuh yang semakin
menjauh. Kenapa dengan Amira?
“Amira, bahaya! Petir.... sini aku payungkan kau!” ucap
Taufiq dari kejauhan. Amira sempat menoleh namun melihat Taufiq semakin
menghampiri segera langkah kakinya di atur laju meninggalkan kawasan itu dengan
segera. Perbuatan Taufiq menakutkan dirinya. Dia perlu segera melepaskan diri
dari lelaki itu.
“Amira!” Taufiq masih tidak putus asa.
Namun laungan itu tidak dipedulikan oleh wanita itu bahkan
terus terusan berlari menuju ke pintu lif. Butang lif ditekan berkali-kali lalu
pintu lif terbuka. Segera tubuh diloloskan ke dalam lalu butang bernombor 15 ditekan berkali-kali berharap pintu lif
segera tertutup.
Namun belum sempat pintu lif tertutup sepenuhnya, Taufiq
menahan dengan hujung kaki dan akhirnya pintu lif kembali terbuka.
“Tolong jangan apa-apakan saya!” rayu Amira bersama air
mata. Taufiq telan liur, terkejut dan tergamam dengan perubahan mendadak Amira.
Niatnya hanya satu, memayungkan wanita itu.
“Tolong jangan apa-apakan saya, saya rayu pada awak!
Lepaskan saya,” Amira bersuara lalu berundur ke belakang hingga belakang
tubuhnya rapat ke dinding lif. Seluruh tubuh yang bersarung pakaian itu sudah
kebasahan, sekilas Taufiq melihat air mata milik Amira mengalir laju di lekuk
pipi. Mata itu kelihatan merah dan bibir basah milik Amira juga sudah menggigil
ketakutan.
“Jangan dekat! Jangan apa-apakan saya!” jerit Amira kuat
bergema di dalam lif. Taufiq mematikan langkah namun perasaan ingin tahunya
memaksa langkah kaki itu diatur mendekati tubuh Amira yang sudah rapat ke
dinding sekali lagi.
“Jangan apa-apakan saya! Saya rayu pada awak!” lirih suara
Amira semakin jelas dan esak tangsis itu juga semakin kuat menikam hati kecil Taufiq,
tidak semena-mena Amira yang sedang memeluk tubuh melurut ke bawah. Tidak
sanggup andai di apa-apakan oleh lelaki itu.
“Amira, kau kenapa?”
“Jangan dekat dengan saya!”
“Kau kenapa hah?” jerkah Taufiq sambil memaut kasar dagu
Amira. Geram apabila pertanyaan tidak dijawab wanita itu.
“Kau kenapa?” aku
tanya jawab! Jerkah dan bentak suara Taufiq membuatkan Amira ketakutan.
“Hei aku tanya kau ni! Kau pekak ke apa hah?” sekali lagi Taufiq
menengking.
“Jangan apa-apakan saya! Saya rayu awak...” lirih suara Amira
memohon simpati.
“Jangan apa-apakan saya Taufiq,” gumam Amira tertunduk
memandang lantai. Taufiq semakin baran, pertanyaannya tidak berjawab bahkan dia
diminta tidak mengapa-ngapakan wanita itu pula.
“Hei, kau dah gila ke? Dah gila!” soal Taufiq sambil sentuh
kedua pipi Amira dengan kasar. Dia mahukan jawapan mengapa Amira berlari dalam hujan dan dalam petir serta guruh yang
berdentum bagai orang hilang akal kewarasannya? Dia mahukan jawapan itu! Bukan
esak tangis yang entah apa-apa ini.
“Amira, dengar sini! Kau
kenapa?” tempelak Taufiq membuatkan Amira
yang ketakutan semakin takut bahkan menangis dengan lebih teruk lagi.
“Hei kau kenapa hah?” kenapa???” soal Taufiq hilang sabar. Bahu
Amira digoncang berkali-kali agar wanita itu sedar seketika. Namun Amira hanya
menangis dan menangis membuatkan Taufiq semakin serabut dan bertambah berang.
Dentingan dari dalam lif menunjukkan lif sudah berada di
tingkat 15 lalu pintu lif terbuka luas. Lantas lengan wanita itu ditarik kasar
agar mengikuti langkahnya menuju ke rumah bernombor 17. Mangga di buka dan
grill pintu ditolak kasar hingga kedengaran engsel yang tidak bergriss berkeriuk
bunyinya.
“Kau masuk!” jerkah Taufiq lagi. Daun pintu ditolak hingga
berdentum. Lengan Amira dipegang kejap! Marah dengan tindakan wanita itu yang
berlagak seperti orang hilang siuman. Berlari di dalam hujan dengan petir memancar
dan guruh sabung menyambung.
“Jangan apa-apakan saya, saya rayu pada awak!” Amira teresak
merayu pada Taufiq yang semakin dihambat perasaan amarahnya.
“Kau dah gila! Dah gila!!!!” jerkah Taufiq kuat lalu menolak
tubuh Amira rapat ke dinding.
“Jangan buat saya macam ni,” esak Amira tidak mendatangkan
simpati Taufiq bahkan lelaki itu semakin naik angin dek kerana Amira yang
langsung tidak memikirkan keselamatan diri.
“Jangan buat saya macam ni, jangan.....” dengan tiba-tiba Amira
rebah tidak sedarkan diri. Taufiq kaget, tidak tahu apakah yang harus dilakukan
kini.
“Amira, kau kenapa? Bangun!” ujar Taufiq pada tubuh yang
kaku tidak bergerak. Suaranya juga dikendurkan.
“Amira,” panggil Taufiq sekali lagi.
“Amira,” Taufiq sentuh wajah itu lalu ditepuk perlahan agar
Amira tersedar.
“Amira bangung, jangan takutkan aku macam ni! Aku just nak tahu
kenapa tiba-tiba kau lari dari aku!
Amira bangun,” ungkap Taufiq sambil memangku kepala itu
diatas ribaannya.
p/s: maaf lambat update. semester baru sudah bermula.
btw thanks pada yg sudi komen. anda menambahkan idea saya untuk mencantikkan plot cerita JMPW.
terima kasih komen n pandangan :)
p/s: maaf lambat update. semester baru sudah bermula.
btw thanks pada yg sudi komen. anda menambahkan idea saya untuk mencantikkan plot cerita JMPW.
terima kasih komen n pandangan :)
Comments
taufik bukan cara begitu kalau nak tahu cerita....
cara lembut untuk orang yang macam tu....
ni dah pengsan.... siapa yang susah...
bukan amira yang menyusahkan tapi taufik yang suka buat diri sendiri dan orang lain susah...
Apakah yg terbayang diwajahnya..yg menyebabkan dia lari ketakutan..adakah bayang bayang hitam yg berlaku keatas dirinya..adakah dia ternampak wajah org yg aniaya dan mengambil kesempatan keatas dirinya yg menyebabkan dia histeria ...
Apa pulak yg akan dilakukan Taufik..untuk mencungkil rahsia yg disimpan kemas oleh Amira dari keluarganya..
Apa pulak terjadi kat Adira..kenapakah gadis itu seperti tidak sabar sahaja untuk mengawininya..adakah kerana Adira tak sesuci apa yg dia potraykan kepada Taufik..
Apa terjadi pada Amira..apabila dia sedar dari pengsan...adakah dia akan menceritakan apa yg terjadi kepada dirinya atau dalam tidurnya itu dia mengingau dan menceritakan trajedi yg berlaku keatas dirinya tanpa dia sedar dan apa yg Taufik akan lakukan..selepas ini..apa persepsi Taufik selepas dapat tau yg Amira seorg gadis yg baik tapi telah diperkosa tanpa relanya...
Teruja nak tahu kesinambungan citer ni dik..
Dengan adira yg sprti penuh muslihat....
N kisah lalu amira yg hiba....
Kesian kt amira...hrp taufik byk b'sbr m'cungkil kisah amira...
Dengan adira yg sprti penuh muslihat....
N kisah lalu amira yg hiba....
Kesian kt amira...hrp taufik byk b'sbr m'cungkil kisah amira...