JIKA MAWAR PUDAR WARNA 10
Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis, ingatannya masih
menerawang ke suatu pertemuan tidak di duga tengahari itu. Kecewa dan sesal
datang menikam hati yang semakin hilang rasa dan keindahannya.
“Hai Amira, lama tak
jumpa!” Amira menoleh sewaktu namanya ditegur seseorang. Wajah manis dihalakan
kepada insan yang menegur, senyuman terpamerm indah. Namun saat mata menentang
pandangan itu, Amira kaget. Senyuman layu dan mati dengan sendirinya! Insan yang
sedang berdiri di hadapannya adalah insan yang sama sekali tidak mahu diingati
apatah lagi untuk ditemui seperti ini.
Apakah erti pertemuan ini? bicara hati menyoal diri. Amira tundukkan
semula wajahnya, tidak betah memandang wajah lelaki yang pernah mengukir derita dan sesal yang
tiada berpenghujung. Seketika dia mencari kelibat Taufiq, lelaki itu sudah jauh
ke hadapan bersama Alisya. Amira mahu segera ke sana, tidak mahu diganggu oleh
lelaki berkulit cerah dan bermata kuyu itu.
“Awak sihat?” ujar lelaki itu bersama segaris senyuman. Amira
mengangguk sahaja, bicaranya sudah tiada. Lidah juga kelu menutur kata.
“Lama tak jumpa awak, boleh kita berbual sebentar.” Pinta lelaki
itu membuatkan Amira berasa tidak senang. Dengusan kecil kedengaran menyapa
gegendang telinga. Lelaki itu tersenyum dan tetap menguntum senyum seperti di awal-awal
tadi.
“Sekejap sahaja,” pohon lelaki yang kemas dalam persalinan
kasual. Amira panggung wajahnya untuk seketika, wajah lelaki yang sudah lama
lenyap dalam hidupnya dipandang sekilas. Untuk apa lelaki yang sudah di buang
jauh dari sekeping hati miliknya, kembali ke dalam hidupnya sekali lagi?
“Maaf, saya sibuk. Lain kalilah,” gumam Amira berundur setapak
berkira-kira untuk berlalu mendapatkan Taufiq. Dia ingin bersama Taufiq, dan
dirinya rela di amuk dan dikasari lelaki itu dari berhadapan dengan lelaki yang
masih tersenyum di sisinya ketika ini. Nafas dihela keluar, satu keluhan kecil
kedengaran perlahan.
“Amira,” jelas dan nyata individu bernama Amira sedang
disapa oleh lelaki itu. Amira menghentikan
langkah, terdiam dan terpaku. Suara yang dirindu dan suara itu juga yang amat
dibenci!
“Awak masih marahkan saya lagi?” soal lelaki itu perlahan. Amira
diam membisu, angguk tidak geleng pun tidak.
“Saya minta maaf, saya mengaku kesalahan saya. Maafkan saya,”
gumam lelaki itu menapak perlahan lalu melepasi kedudukan Amira yang sedang berdiri.
Amira hentikan langkahnya, mengeraskan tubuh dan kaku tidak berganjak.
“Amira,” panggil lelaki itu sekali lagi memohon Amira sudi
meluangkan masa untuknya. Amira ketap bibir, untuk apa Edrian mencari dirinya
lagi? Kisah mereka telah lama berakhir. Tiada apa yang bersisa melainkan dosa
dan noda yang menjerut hatinya selama ini.
“Saya tak nak cakap apa-apa Edri, saya mahu lupakan semua
kisah silam kita. Tolong biarkan saya sendiri, jangan ganggu dan muncul dalam
hidup saya lagi.” Pinta Amira berharap lelaki yang di sapa Edri sudi menghulur
kesempatan agar dia tidak diganggu lagi demi memberi sedikit sisa kebahagian padanya
untuk meneruskan hidup yang tiada arah tujuannya.
“Amira,” panggil Edri mengukir senyum.
“Ya,” balas Amira perlahan. Sekilas wajah Edrian ditatap
lama. Sudah banyak berubah tentang lelaki itu, matang dan tampak elegan. Berbeza
sungguh penampilan itu berbanding tiga tahun lalu.
“Lama saya cari awak, hari ini harapan saya tercapai juga,”
terang Edrian telus dengan kata hati.
“Lupakan saya Edri, jangan cari saya lagi.” Tutur Amira
lirih. Kehadiran lelaki yang suatu ketika dahulu pernah memberi harapan, menyulam rasa bahagia
dan pernah menabur janji sehidup semati kini tidak lagi diperlukan. Tiada apa
yang berubah, yang tinggal hanya kenangan pahit dan kesal yang tiada
berpenghujung. Amira tunduk menekur lantai, hatinya mula dipagut sebak dan
sesal yang datang bertimpa.
“Amira, boleh kita berbual sebentar.” Pinta lelaki itu
lembut menutur bicara. Amira geleng kepalanya, tidak sudi memenuhi hajat Edrian.
Pujuk rayu lelaki itu suatu masa dahulu membuai hati hingga dia tersasar jauh,
lalu ditinggalkan lemas sendirian merenangi lautan duka yang dicipta oleh
mereka berdua.
Oleh kerana itu, Amira enggan peristiwa lama berulang lagi,
kesal yang bersarang di dalam hatimasih terasa hingga ke hari ini. Namun tiapa
apa yang mampu diubah! Segalanya telah menyekat kebahagian yang pernah singgah
selepas kasih bersama Edrian terlerai ikatannya. Peristiwa lama mengikat dan
merantai sekeping hati lalu menjadi ia sekeras batu di dasar lautan yang dalam.
“Maafkan saya Edri, saya sibuk. Saya ada kerja!” alasan dihulur
lantas langkah kaki diatur laju meninggalkan perkarangan tempat meletak kereta.
Edrian hela nafasnya perlahan, tidak menyangka insan yang lemah lembut dan ayu
seperti Amira berubah laku dalam sekelip mata. Hati itu keras, semuanya kerana
salah dan khilafnya dahulu.
“Amira, maafkan aku.” tutur Edrian memerhatikan tubuh itu
menjauh meningalkan dirinya sendiri.
“Kenapa tak makan?” pertanyaan Taufiq membuatkan Amira tersentak.
Wajah yang tertunduk memerhatikan pinggan yang masih tidak terusik di angkat
membalas pandangan lelaki itu.
“Cepatlah makan, aku nak balik ni!” tutur Taufiq menarik
tisu keluar dari kotaknya. Amira angguk sekali, suapan nasi yang masuk ke mulut
bagai tiada perasanya. Selera itu mati sedangkan sebentar tadi, mindanya mengatakan
dia sedang kelaparan. Sudu dan garfu diletakkan di sisi pinggan lalu di tolak
sedikit kehadapan. Seleranya mati! Gelas berisi jus oren digapai lalu disisip
perlahan. Taufiq yang menyedari perubahan Amira, sekadar memerhati melalui ekor matanya, tiada
keinginan untuk bertanya lanjut.
“Amira, dah habis makan?” Alisya yang baru tiba menegur
manja. Amira angguk sahaja.
“Lamanya awak ke toilet!” soal Taufiq dibalas dengan
senyuman menggoda.
“Lama ke? Saya rasa macam sekejap je. Sorry la, tadi saya
cuci hujung kemeja ni. Tertumpah air,” terang Alisya meliuk lentok bicaranya.
Amira menoleh ke sisi, cebikan terbias di pinggir bibir itu. Tidak berkenan dengan
kelakuan Alisya yang menggedik.
“Kalau semua dah habis makan, kita balik ofis. Petang ni
saya nak keluar, ada lawatan ke tapak projek kita di Serdang.” Gumam Taufiq seraya
bangkit. Mereka juga menurut tingkah lelaki itu, bangkit dan merapatkan semula
kerusi yang digunakan. Itu yang selalu dipraktikkan oleh Amira sejak dahulu
lagi.
“Jadi awak masuk pejabat ke tidak?” soal Alisya sudah
seiringan langkah bersama Taufiq. Amira hanya mengekori keduanya dari arah
belakang. Fikirannya masih mengingatkan akan Edrian yang tidak sengaja ditemui
setelah sekian lama lelaki itu berada di luar negara. Kasih yang cuba
disemadikan bersama duka yang pernah mencarik hatinya dahulu bagai tidak
kesampaian. Lelaki yang menabur benih kesakitan dan kesengsaraan itu muncul
sekali lagi. Dimana harus diri itu dibawa pergi , agar jauh dari seorang lelaki
bernama Edrian. Amira tertunduk menahan sebak!
“Amira,” namanya sekali lagi kedengaran dipanggil seseorang.
Air mata yang bergenang di seka laju, wajah dipanggung mencari arah datangnya
suara yang memanggil. Taufiq dan Alisya yang sudah kehadapan juga menoleh
mencari individu yang menyebut sebaris nama milik Amira.
“Edrian?” sebaris nama milik lelaki yang dibenci terlantun
keluar.
“Maaf, sekali lagi saya ganggu awak. Kalau awak tidak keberatan,
sayamahukan nombor telefon awak. Boleh?” pertanyaan dan permintaan dua dalam
satu Edrian digeleng sekali. Amira enggan punyai sebarang hubungan apatah lagi
kaitan dengan lelaki bernama Edrian jejaka kacukan Melayu-Cina itu. Taufiq jauh
di hujung sana, memerhati tanpa sebarang reaksi. Tenang sahaja lagak gayanya!
“Edri, jangan ganggu saya lagi. Saya tak mahu sebarang
hubungan dan kaitan dengan awak. Jangan cari saya,” ujar Amira meneruskan
langkahnya.
“Amira, tak mungkin awak buang saya semudah itu. Kita masih
ada ruang dan peluang untuk jernihkan keadaan. Kita masih belum terlambat
Amira,” ucap Edri menyaingi langkah wanita yang suatu ketika dahulu teratas di
hatinya.
“Maaf Edri, peluang dan ruang untuk semua tu sudah tertutup
dan tak mungkin terbuka lagi. Saya tak perlukan mana-mana lelaki, dan saya
boleh hidup sendiri!” gumam Amira tegas menyusun kata.
“Saya tahu saya hancurkan hati awak, saya rosakkan segalanya
dan saya biarkan awak sendirian menanggung beban perasaan. Tapi saya dah sedar,
saya dah insaf dan saya ingin tebus kekhilafan kita. Beri ruang pada saya
Amira, cukuplah walau sekali.” Patah bicara Edrian membuatkan langkah yang
diatur laju berubah perlahan lalu terhenti dengan sendirinya. Amira telan liur,
tidak menyangka terlalu mudah Edrian mengungkap kata.
“Buka pintu hati awak untuk terima saya dan kita mulakan
semuanya sekali lagi.” Gumam Edrian berharap wanita yang sedang dirayu kembali
semula kepada hatinya yang derita merindu.
“Mudah untuk awak! Sukar untuk saya,” pandangan tajam
dihadiahkan kepada lelaki itu lantas langkah kaki diatur semula meninggalkan
Edrian yang terpinga-pinga.
“Amira, saya mohon kebaikan dari awak. Awak yang saya kenal
bukan begini, bukan keras dan kasar seperti ini. Awak terlalu banyak berubah,
saya tahu semuanya berpunca dari silap saya. Please.... beri peluang untuk saya
tebus segalanya.” Lirih suara Edrian menutur kata tidak sedikit pun berbekas di
hati seorang wanita yang sudah lama disakiti. Tiada lagi ruang dan peluang
untuk mana-mana lelaki menghuni hatinya. Itu tekad dan janji Amira pada dirinya
sendiri! Langkah tetap di atur laju.
“Saya akan kembalikan Amira saya seperti Amira yang pernah
saya ada dahulu.” Gumam Edrian masih sempat
singgah ke pendengaran Amira. Wajah itu tegang dan sedikit keruh menahan
perasaan kecewanya.
“Saya nak balik,” ujar Amira sebaik langkah kaki yang diatur
tiba ke kereta milik Taufiq. Laju sahaja pintu kereta ditarik dari luar lalu
tubuh di henyak ke seat penumpang di bahagian belakang.
Taufiq dan Alisya yang menyaksikan adegan keduanya sebentar
tadi, hanya diam tidak bersuara. Tidak memahami punca dan sebab musabab
kedua-dua mereka bagai membalas hujah. Namun di benak kecil Alisya, keinginan untuk
mengetahui latar belakang Amira bagai tidak dapat dibendung lagi. Apa hubungan
yang tersembunyi antara Amira dan Taufiq, dan apa pula kaitan lelaki kacukan itu
dengan Amira. Alisya diam membisu! Bungkam untuk menjawab kata hatinya!
Taufiq kelihatan tenang, kereta dipandu dalam kelajuan
sederhana. Alisya masih berfikir kemungkinan yang bermain di ruang minda. Amira
pula bagai dipagut kerisauan dengan kehadiran Edrian yang pernah menyimbah duka
dalam hatinya suatu ketika dahulu. Manakala Taufiq pula sekadar menjadi
pemerhati, kisah silam Amira bersama Edrian sudah lama diketahui.
Perjalanan cinta kedua Amira yang baru disulam bersama bekas
tunangannya juga hancur saat kebenaran tentang kisah Amira dan Edrian
terbongkar lalu menjadikan dia insan yang terpaksa dalam rela menerima wanita
bernama Amira sebagai isteri. Menggantikan bekas tunangan isterinya sendiri!
Dalam kebencian yang dititip pada Amira, dia sedar akan satu
tanggungjawab yang harus dipikul. Walau benci dan amarah pada wanita itu,
Taufiq sedar itu tidak boleh mengubah takdir hidupnya lagi. Tanggungjawab tetap
tanggungjawab, Amira perlu dibimbing. Tentang perasaan, tentang soal hati
terhadap Amira, dia ikhlas dan jelas dengan kata hati. Tiada sekelumit rasa cinta
buat wanita itu! Biar masa berlalu, biar guruh berdentum... biar langit hitam
kelabu, biar hujan lebat mencurah... dia yakin dan pasti. Tiada ruang buat
Amira di hatinya melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.
“Amira, kita dah sampai! Awak tak nak turun?” soal Alisya
menyedarkan wanita yang sedang dirundung duka silam. Kepala yang disandarkan sedari
tadi ditegakkan semula, pandangan yang sedari tadi menghadap keluar tingkap
kereta dikalih lalu di hala ke arah Alisya yang sedang menoleh ke arahnya.
“Nak,” sepatah jawapan Amira bersama satu keluhan kecil. Pintu
kereta ditolak dari dalam, kaki berpijak di bumi lalu tubuh ditegakkan lurus.
“Amira, jangan lupa bawa fail yang saya suruh awak siapkan
tadi. Sekejap lagi, kita ke tapak projek!” ujar Taufiq perlahan. Terpaksa berpura-pura
baik di hadapan para pekerja Kristal Property agar syak wasangka dan curiga
tidak timbul.
“Okey,” respon Amira juga perlahan. Wajah Taufiq direnung
lama, seketika kemudian ditundukkan wajahnya semula lalu bergerak
perlahan-lahan meninggalkan kawasan parking. Amira sedar, dia tidak layak bersama Taufiq, lelaki yang bergelar suami.
“Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan menjadi
lambang sucinya percintaan”
Comments
Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...
( TAUFIQ)
Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...
( AMIRA )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan
( TAUFIQ)
Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...
( ulang dari 1 )
( aMIRA )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
(TAUFIQ )
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...
HEHEH BAYANGKAN DIORG NYANYI LAGU NI HUHUHUHU
Kenapa Taufik begitu pasti yg dia tak akan jatuh hati kat Amira dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.kerana sebagai suami dia kena kasi nafkah zahir dan batin..Tidak kah dia melihat Amira dari kaca mata yg lain..mungkin dia tertipu dengan pujuk rayu tunangannya menyebabkan dia menyerahkan dirinya pada Adrian..
Kalau Tufik melihat Amira..dia tidaklah segedik Alesya kan...
anda penentu citer ni
mcm lirik lagu ni