CINTA DI HUJUNG NODA last entry
hai semua, rindu CDN tak? okey ni entry kemuncak plot cerita ni.
lepas tu saya tak update dah cerita ni . maaf ye ;)
Episod klimaks. eh ye ke? ye kot!
“Abang... dah subuh-subuh macam ni baru abang balik, abang
kemana?” tanya Nia sebaik aku menapak masuk ke dalam bilik yang suram berteman
cahaya lampu. Aku diamkan sahaja pertanyaan Nia, lantas langkah kaki ku atur
mendekati almari. Tuala yang tersangkut kemas ku gapai laju, lalu ku pusingkan
tubuh untuk bergerak ke bilik air namun Nia menahan. Pegangan lembutnya di
lengan ini ku perhatikan sekilas sebelum ku kalihkan pandangan ke arah lain.
“Abang kemana ni?” tanya dia sekali lagi. Aku masih tetap
diam.
“Abang.... Nia tanya abang ni. Abang kemana? Abang dah solat
subuh?” sekali lagi dia masih lembut bersabar dengan karenah ku. Aku batukan
diri, tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini.
“Abang, tadi Erin ada call! Dia tanya abang dah sampai rumah
atau belum? Abang dengan dia kemana?” pertanyaan itu berbaur curiga dan aku
sedikit lega dengan keadaan sebegitu.
“Nia rasa abang kemana dengan Erin sepanjang malam?” aku
tanya dia kembali. Jelas raut wajah yang masih bersarung telekung itu kelihatan
sedikit tersentak.
“Abang keluar bual-bual dengan Erin ya? Takpe Nia tak kisah,
Erin kawan abang jugak!” dia cuba menyedapkan hatinya sendiri dan aku ketawa
sinis.
“Nia rasa setakat berbual je? Tak rasa lebih dari tu?”
sengaja membakar hati dia yang masih tenang melayani sikap dan karenah ku yang
semakin menjengkelkan saban hari. Tidak betah duduk dirumah hatta hujung minggu
sekalipun, tiada lagi masa yang ku peruntukkan buat Nia mahupun Neesa dan bayi
perempuannya. Dan tiada juga masa buat mama ataupun abah, masa yang ada hanya
ku peruntukkan buat diri ku sendiri. Mencari ketenangan dan mencari petunjuk
apa yang seharusnya aku lakukan saat ini.
“Abang, ni lipstik siapa? Nia tak pakai lipstik, dan ni
perfume siapa? Ni bukan perfume abang, ini perfume perempuan!” curiga Nia
akhirnya terserlah juga. Aku senyum sinis! Sengaja kemeja ini ku cemarkan
dengan lipstik dan perfume milik Erin.
“So, Nia dah tahu apa yang abang buat? Kenapa nak tanya
lagi?” aku tolak tangan itu dari melekap terus di tangan ini dan langkah kaki
ku atur memasuki bilik air. Nyata dia tergamam dengan perubahan aku yang makin
kasar, dan bagi ku biarlah dia berfikiran sedemikian. Aku ada sebab atas
semuanya!
Usai membersihkan diri, aku keluar dari bilik air dan
menapak mendekati almari pakaian. Semuanya sudah tersedia di atas katil namun
aku enggan sama sekali memakai pakaian yang disediakan Nia. wanita itu entah
dimana waktu ini? Mungkin di bawah menyediakan sarapan seperti biasa.
Aku dekati cermin solek, aku perhatikan seraut wajah yang
sudah mati serinya. Ya wajah ini tidak lagi bercahaya seperti dahulu.
Keputusan sudah ku bulatkan, biarlah Nia patah hati sekalipun,
ini jalan terbaik buat aku dan dia bahkan buat masa depan dia juga. Setelah keyakinan
dan kekuatan bersatu, aku gagahkan langkah kaki menuruni anak tangga. Kesemua mata
memanah tepat ke arah ku. Aku tetap selamba dan beriak tenang, sedang di dalam
hati resah dan pedih itu sudah bersatu.
Aku kini berdiri di hadapan Nia, dan seluruh isi banglo
mewah tiga tingkat ini. Aku perhatikan raut wajah mereka satu persatu.
“Nia, aku ceraikan kau dengan talak satu sebaik anak tu
lahir,” bicara ini akhirnya keluar juga dan seperti yang aku jangkakan, mereka
semua tergamam dan tersentak dengan keputusan mendadak ini.
“Apa Nia salah pada abang, abang kenapa buat Nia macam ni
bang? Apa salah Nia,” raungan Nia buat aku sebak dan sedih. Aku tidak
sepatutnya berada di sini, hati ku tidak kuat berhadapan dengan semua ini. Ini
jalan yang terbaik untuk aku dan Nia dan lebih tepat untuk Nia dan anak yang
sedang dikandungkannya ketika ini.
“Attar apa ni? Talak bukan boleh dibuat main, Nia
mengandung! Apa ni Attar,” marah mama kuat bergema di ruang tamu. Abah juga
begitu, dan Neesa yang sedang memangku bayi yang berusia enam bulan itu juga
turut terkedu. Perlahan-lahan bayi perempuan bernama Puteri Qalisya Abdullah
merangkak menghampiri ku saat Neesa melepaskan bayi itu ke bawah. Aku sambut
tubuh kecil itu dan aku kucup perlahan pipi gebu itu. Air mata yang bergenang
ku seka perlahan! Aku tidak mahu mereka melihat aku terluka dalam keadaan
sebegini. Cukuplah andai aku seorang yang menanggung pedih ini sendiri.
“Anak daddy jangan nakal-nakal, jaga mummy dengan aunty Nia.
Bila dah besar nanti jadi anak yang solehah,” ucap ku berbisik di telinga kecil
bayi perempuan milik Neesa. Bayi perempuan ini lahir pada usia perkahwinan ku
bersama Neesa mencapai enam bulan. Dan kerana tidak cukup bilangan enam bulan
sepeuluh hari, dia tidak boleh ‘berbinti’ kan aku dan haruslah begitu kerana
anak ini bukanlah anak dari benih ku. Namun aku tumpahkan kasih sayang
kepadanya persis dia adalah zuriat ku sendiri dan aku cukup menyayangi tubuh
kecil ini.
“Attar, apa yang you buat ni?” soal Neesa mendekati aku.
Neesa masih isteri ku dan mama mahukan dia terus tinggal di rumah ini setelah
melahirkan Qalisya, sekurang-kurangnya wujudnya Qalisya mengurangkan rasa sunyi
mama setelah Neesa keluar membantu aku di pejabat manakala Nia pula menguruskan
butiknya di Shah Alam.
“You tak happy Neesa? Bukan ini yang you mahukan?’ soal ku
masih tidak memandang wajah itu. hanya Qalisya yang singgah di hati dan minda
ku saat ini. Nia yang sudah lama rebah di dalam pelukan mama hanya diam dan
meratapi keputusan tiba-tiba ini.
“I tak pernah suruh you ceraikan dia, kalau dulu itu
mungkin! Tapi lepas I lahirkan Qalisya, I tak mintak semua tu Attar. Cukuplah
you tumpahkan kasih sayang you pada Qalisya! Dia perlukan kasih seorang ayah,
tentang I.. semua tu dah tak penting.
Hanya Qalisya keutamaan I, tapi kenapa you buat macam ni?” tanya Neesa saat aku
masih enggan membuka bicara. Biarlah sebab ini hanya aku sahaja yang
mengetahuinya, tak perlu sampai ke pengetahuan Nia mahupun sesiapa sekalipun.
“Kenapa I buat macam ni?” aku tergelak sendiri mendengar
soalan Neesa.
“I serius, you tak sepatutnya main-main dalam hal sebesar
ini Attar!” tegas Neesa bersuara.
“You tahukan betapa peritnya ditinggalkan orang yang
disayangi saat diri tengah mengandung! I rasa semua tu Attar, I tahu perasaan
sedih yang Nia tanggung! Please, explain! Jangan buat Nia macam tu,” pinta
Neesa lagi sambil menarik lengan ku menjauhi ruang tamu.
“Tak ada apa yang perlu I explain Neesa! I tak cintakan Nia,
dan I tak pelukan dia lagi!” tutur ku tegas namun di hati sebak ini datang
menghimpit. Cuba ku tahan sekuat hati agar tidak sekali terbias di raut wajah.
“Habis... kenapa you tak ceraikan I? You sayangkan I lah
macam tu?” soal Neesa tidak percaya. Sedikit sebanyak tutur bicara Neesa
kedengaran menegejek ku pula.
Aku diam, mati akal untuk bersuara.
“Sudahlah Neesa, I nak naik atas! Jaga Qalisya elok-elok,”
ucap ku sambil serah Qalisya ke dalam pelukan Neesa. Bayi ini merengek tidak
mahu berenggang dengan ku, namun aku kuatkan semangat agar semua ini dapat ku
tinggalkan segera.
Langkah ku atur menuju ke bilik dan beg pakaian yang
terletak di atas almari ku gapai. Kemudian, beberapa helai pakaian ku masukkan
ke dalam beg lantas beg yang kempis tadi kembali kembung. Memastikan semuanya
kemas teratur, aku jinjing beg tadi lalu aku hampiri muka pintu, tombol ku
pulas perlahan mahu mengatur langkah keluar dari kamar yang banyak menyimpan
kenangan aku bersama Nia. Seketika langkah kaki terhenti, aku palingkan wajah
menatap segenap ruang bilik, sebak dan syahdu singgah di hati namun segera ku
usir pergi agar sedih dan pilu itu dapat ku buang jauh dari hati ini.
“Attar nak kemana ni?” soal mama cemas saat melihat aku
menuruni anak tangga sambil sebelah tangan kanan kemas menjinjing beg pakaian.
“Attar nak keluar dari rumah ni, nak duduk sendiri!” tutur
ku sambil cuba pamer senyuman. Namun kosong dan hambar sahaja. Aku kerling
mama, sudah jauh dan banyak berbeza! Sejak Qalisya lahir, mama juga kembali
pulih, mampu berjalan seperti biasa dan abah pula semakin kerap datang melawat
mama dan Qalisya. Tentang Nia, perut itu semakin memboyot sedang aku tidak
betah meninggalkan dia waktu-waktu begini, namun aku terpaksa lakukan semua itu
demi dia. Aiman, lelaki ini masih meraih cinta Nia dan mungkin juga ini jalan
yang dicipta untuk mereka kembali bersatu. Aku sudah jerih dan letih melayani
keadaan seumpama ni berulang kali.
“Abang, abang tak sayangkan Nia?” tanya Nia menapak
mendekati aku. Aku geleng kepala dan aku tatap wajah itu dengan pandangan
kosong sekosong-kosongnya kerana aku tidak seharusnya tewas dalam permainan
hati.
“Kalau abang tak sayangkan Nia, tolong sayangkan anak ni
bang... dia perlukan abang!” pujuk Nia menyentuh lenganku. Air mata sudah
merembes di pipi mulus itu, namun aku yang dipagut rasa duka ini masih lagi
enggan berganjak. Biarlah ku kuatkan hati ini agar tidak mudah lemah dan
berundur dari keputusan yang sudah dibuat.
“Aku lakukan semua ini bersebab Nia bukan kehendak aku! Tapi
semua ni demi masa depan kau nanti!” aku pejamkan mata mendengar bicara hati yang
aku harapkan Nia dapat memahaminya. Namun aku tahu, semua itu sia-sia. Nia
tidak perlu tahu disebalik semua ini.
“Abang tak sayangkan Nia, cinta abang pada Nia dah lama
berlalu! Abang dah penat nak tanggung semua ni, abang harap Nia terima dan
redha dengan semua ni!’ tutur ku keras, sengaja mencipta benci di hati Nia. Dan
aku mula melangkah untuk beredar.
“Abang... jangan tinggalkan Nia bang! Kesiankan Nia bang,”
rayu Nia sudah melurut memeluk erat kaki ku.
“Sudah! Jangan menagis lagi, aku benci dengar kau menagis,
aku benci!” ucap ku semakin deras dan Nia semakin bertambah pilu dan air mata
itu juga semakin laju mengalir.
“Attar, apa ni? Tak baik cakap macam tu!” tegur mama sudah
berdiri dekat dengan tubuh ku.
“Attar, kenapa ni nak? Apa yang jadi ni?” soal abah pula.
Neesa hanya memerhati dan Aiman pula diam tidak berkutik di ruang tamu.
“Attar benci dia bah, sejak Attar kenal dia! Attar tak
pernah rasa bahagia, dia bawa malang dalam hidup Attar! Dan Attar tak perlukan
perempuan macam ni lagi! Tak perlu!” tutur ku kuat bergema namun perlahan pula pada
ayat terakhir. Sungguh aku juga terluka menutur patah bicara seumpama ini pada
insan yang benar-benar aku cintakan dirinya separuh nyawa.
“Sampai hati abang, sampai hati abang!” esak Nia lagi
membuatkan aku semakin sebak. Sungguh aku tidak tergamak mengatakan ia di hadapan
Nia namun aku tahu ini pilihan yang aku ada. Hati itu perlu ku patahkan walau
apa cara sekalipun!
“Sudah jangan nak menangis, aku benci kau Farhanatul Nadia!
Aku benci kau!” kuat suara ku bergema di seluruh ruang rumah tiga tingkat itu.
Panggg! Satu tamparan tepat mengenai wajah. Abah melayangkan
tapak tangan tepat ke wajah ku. Aku gosok pipi yang terasa pijar dek tamparan
kuat dari abah. Aku senyum sinis, cuba menerbitkan rasa benci mereka semua.
“Sedar sikit apa yang Attar cakapkan ni! Dia isteri Attar
lagi selagi talak belum jatuh!” keras nada suara abah dan aku tahan air mata
yang mahu gugur. Biarlah abah bersalah faham, biarlah mama bersalah sangka dan
biarlah Nia memikirkan yang bukan-bukan tentang aku. Sejujurnya perit ini aku
yang menangung sedirian.
“Attar, shall we move right now!”soal satu suara. Aku panggung
wajah mencari pemilik suara itu, yang lain juga lakukan hal yang sama.
Shasha dan Erin berdiri di muka pintu mungkin juga
menyaksikan adegan tadi.
“Attar kembali buat kerja lama? Betulkan?” soal Mama buat
aku tersentak, lambat-lambat aku anggukan kepala. Biarlah, mereka menyangka aku
berubah kerana hal ini. Mungkin ada sebabnya, dari bertindak tanpa sebab
musabab.
“Astaghfirullahal a’zim! Attar, apa nak jadi ni? Apa nak
jadi ni Attar!” marah mama kuat. Abah juga sudah memicit kepalanya yang terasa
sakit, hanya Neesa sahaja masih tenang memerhatikan raut wajah ku dan wajah
Shasha serta Erin silih berganti.
“Attar dah boring dengan cara hidup yang macam ni!” tutur ku
pendek. Laju sahaja mama ambil beg yang ku letakkan di lantai tadi dan seketika
dia kembali tegak memerhatikan seraut wajah ku lantas lengan ku digapai dan
ditarik hingga melewati pintu utama. Beg itu dicampak ke tengah laman dan aku
juga ditolak kasar keluar dari muka pintu itu.
“Berambus, keluar dari rumah mama! Mama tak nak tengok Attar
selagi Attar tak kembli berubah!’ gumam mama dalam nada marahnya, aku terkesima
namun aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dibenci mama dan tindakan ini
sedikit sebanyak akan menjayakan rancangan yang ku atur lama.
“Abang jangan tinggal Nia bang! Jangan bang.... Nia meluru
mendapatkan aku namun saat itu saat di mana semua mata tertumpu ke arah ku.
Shasha dan Erin datang membantu aku bangkit dan aku tolak tangan Nia yang masih
melekat di bahu ini.
“Sudah Nia, mama tak mahu Nia merayu Attar! Biar dia
teruskan hidup dia, selagi dia tak berubah! Mama takkan terima dia kembali ke
rumah ni! Nia tetap ada mama, mama akan jaga Nia walau Nia bukan isteri Attar
lagi,” pujuk mama meredakan sendu di hati Nia.
“Tapi Nia sayangkan abang, Nia mengandungkan anak abang! Mama
please halang abang, Nia sayangkan abang!” sedu sedan Nia merayu aku cukup
menyentap tangkai hati ini.
“Aku tak sayangkan kau lagi, pergilah! Aku tak nak hidup
dengan kau lagi!” gumam ku dalam sebak yang semakin tidak tertahan.
“Nia tak kisah kalau abang tak sayangkan Nia, tapi Nia
perlukan abang! Anak Nia perlukan ayah!” rayu Nia meluru ke arah ku kembali.
“Pergi, aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau! Aku benci
kau!” aku kalih pandnagan ke sisi tidak kuat untuk melihat air mata yang
semakin laju gugur di pipi mulus itu.
“Nia. Ke sini! Ikut mama,”
mama datang menarik Nia menjauhi aku. Pegangan kejap Nia di lengan ini juga
dileraikan oleh mama. Pandangan mata antara aku dan mama bertaut seketika, serta
merta aku tundukkan wajah, hati ku tercalar dan luka waktu ini.
Tidak semena-mena hujan turun selebat-lebatnya, aku angkat
wajah menatap dada langit yang hitam dan suram seperti hati ku kala ini, dan
air mata lelaki ini akhirnya tumpah bersama derai hujan yang lebat menggila.
“Nia, bangkit nak! Mari masuk, nanti sakit pulak,” mama
angkat tubuh Nia yang sudah lemah kerana terlalu banyak menangis.
“Maafkan abang Nia, abang sayangkan Nia! tapi sayang yang
abang beri sering kali teruji dan sakitnya cukup hebat. Abang tak sanggup heret
Nia bersama kesakitan ini!” hati kecil ini bicara lagi.
“Attar, mulai hari ni mama tak izinkan Attar sentuh satu
harta mama selagi mana Attar tak berubah! Mama haramkan!” ucap mama tegas. Aku
masih lagi berdiri, tubuh ini masih lagi disimbah air hujan. Kulit yang terasa
pedih ditimpa hujan ku biarkan begitu sahaja, kerana hati ini menanggung kesakitan
yang lebih dahsyat!
“Sherry, apa ni? Tak baik cakap macam tu! Attar tu anak
kita,” tegur abah melarang mama membuat keputusan dalam emosi yang tidak
terkawal.
“Sherry tak suka dia kembali kepada perangai lama dia bang,
dapat isteri baik diceraikan semata-mata nak buat kerja jahat tu! Sherry tak
izinkan!” gumam mama menyebut perkataan itu buat kali kedua.
“Astaghfirullahal a’zim! Apalah nak jadi dengan semua ni.
Neesa ambil Qalisya bawak masuk dalam, nanti demam pulak!” arah abah saat
melihat Qalisya merangkak sampai ke muka pintu. Tempias hujan juga sudah
mengenai wajah mereka yang berlindung di bawah garaj berhampiran muka pintu. Tentang
Qalisya, mungkin bayi perempuan itu mahu mengucapkan selamat tinggal kepada
daddynya ini.
Saat Neesa mencempung tubuh kecil itu, Qalisya menagis kuat,
bagai enggan melepaskan aku pergi. Nia juga sudah teresak di bahu mama meratapi
tindakan nekad ini. Aku angkat kaki yang terasa berat lantas kunci kereta ku
letakkan di sudut meja kecil di garaj lalu beg yang sudah basah disimbah hujan
ku capai dan ku jinjit perlahan menuju ke arah kereta Erin yang diletakkan di
luar pagar.
“Attar, apa yang jadi sebenarnya ni? Aku tak fahamlah!”
tanya Erin tenang memandu. Shasha yang pernah tertangkap dengan perbuatan
kejinya bersama papa tiriku dahulu sudah banyak berubah bahkan lebih baik dari
sebelum ini.
“Nah, ambillah tisu ni! Kalau kau nak sarung jaket tu
ambiklah!” ucap Shasha sambil hulur kotak tisu ke arah ku. Aku sambut namun
untuk membuka cerita tentang kisah sendiri terasa berat untuk dilafazkan.
“Tak apalah Attar, aku tak paksa! Kalau ada apa-apa yang kau
perlukan, just contact je, kitorang datang! Mana yang boleh kitorang bantu,
kitorang buatlah! Aku harap kau sabar ya!” gumam Erin tenang. Hati itu mungkin
tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi, biarlah mereka meneka sendiri. Tidak
sesekali untuk aku membuka bicara tentang hal ini lagi.
“Thanks Erin thanks Sha, nanti hentikan aku dekat sana ya!”
unjuk Attar ke arah sebuah pondok bas.
“Eh, biarlah kitorang yang hantar kau!” protes Shasha buat
Attar tersenyum kecil.
“Tak perlulah Sha. Aku rasa cukup sampai situ, selebihnya
pandai-pandailah aku!” aku tolak pelawaan Shasha denga baik.
“Up to you. Aku tak nak paksa kau!”
“Thanks Sha,” balas ku perlahan.
Setelah kereta di hentikan, aku menapak lesu menuju ke
pondok menunggu bas. Ingin mendapatkan teksi. Seketika teksi yang ku tahan
berhenti dan aku melangkah mendekati kenderaan itu.
“Encik nak kemana?” soal pemandu teksi itu saat aku sudah
duduk di tempat duduk penumpang.
“Wangsa Maju, apartment Kristal!” tutur ku dan dia angguk
sahaja lantas memecut menuju ke destinasi yang ku katakan tadi.
Hari ini 25 May 2012, aku kembali semula ke rumah ini. rumah
yang bertahun aku tinggalkan dahulu dan kini aku kembali untuk menetap di sini
lagi. Beg pakaian ku letakkan di atas kusyen yang kelihatan berhabuk, dan
dihujung deretan kusyen ini kelihatan sebuah kabinet kayu yang tersusun
buku-buku sejak zaman sekolah ku lagi.
Sedang aku membelek buku-buku itu, terasa pandangan mata ku
berpinar dan terasa bagai ada cecair mengalir melalui rongga hidung. Mungkin aku
sudah selsema terkena hujan sejak tadi lagi. Aku seka cecair yang mengalir
dengan sapu tangan yang pernah dihadiahkan oleh isteri ku Nia. apa yang ku
jangkakan meleset sama sekali. Cecair merah itu sedang mencemarkan sapu tangan
ini. Aku berpaling lantas aku dekati beg pakaian. Bekas kecil yang terkandung
butir-butir pil putih itu ku gapai.
Sedutan episod CDN ;)
anda, sorry atas kekurangan entry ni.
tentang bagaimana Neesa berubah baik, bagaimana Aiman mengejar cinta Nia, bagaimana Erin dan Shasha kawan baik Attra semasa remaja kembali menjadi baik sekali lagi dan apa yg terjadi pada shark smeua tu akan ada diceritakan sebelum n slpas entry ni. tentang heroin Nia pula yang mengandung n ditinggalkan Attar pun ada juga. sebab n punca attar buat keputusan tu mungkin menyakitkan hati tapi percayalah ada sebab yng kukuh. jgn marah ek hihi...
ada masa saya akan masukkan entry cdn ni lagi apa kata layankan Penilai cinta sementara saya tak update cdn.
oh lupa tq pada yg memberi setiap komen pada setiap entry saya. luv u much2 la.
ok. ;)
Comments
takut la tu... berjangkit kat anak bini dia. iee seram!
i guest atar ni sakit hati dgn aiman kut.
xpun dia dah betul2 menyampah dengan life dia tu... who knows?
please update cik penulis please.... sya nanges kang ;p
harap aiman x rampas nia.
actually 'ada la' mana boleh bagi tahu sakit apa... x thrill la kan...
xper nak senang n nak bersama, kedua2nya perlu bekorban n susah2 dahulu..
than.
"DISEBALIK KESAKITAN ITU, TERSIMPUL SERIBU KASIH DARINYA"
tq pengkomen semua.. luv u much2 la ;)
;) tq coz mengingati jalan cerita ni ;)
xkan kut huhu....
Suka sgt gn karya awak w/pun belum dicetak versi novel.
Teruskan menulis, sbb sy peminat setia awk.
~miraamira~
strmx da oky kah?
~miraamira~