CERPEN: KU usir Debu-Debu Noda Semalam (antalogi orang berdosa ILHAM)
“Awas, calar kereta aku.. nahas kau!” suara ku tekankan
kuat. Biar lelaki tua ini sedar dengan siapa sedang dia berurusan.
“Ya nak, pakcik buat elok-elok!” tutur dia lagi sambil
menjinjing baldi biru yang sudah pudar warnanya manakala tangan kiri itu pula
kemas memegang kain buruk untuk membersihkan Honda City pemberian mama tempoh
hari. Aku angguk sahaja tatkala
mendengar patah bicaranya, dan sesekali mata ini liar memerhati seluruh susuk
tubuh kurus kering itu. Fizikal serta penampilan itu ku analisa satu persatu! Cukup daif! Pasti dia dari golongan yang malas berusaha keras! Kesimpulan awal bermain-main di sudut hati.
Tanpa sedar, pakaian yang compang camping dan koyak rabak di hujung seluar yang tersarung buat aku tergelak sendiri. Manusia macam ni pun masih ada lagi di muka bumi ni, miskin! Papa kedana! Itulah kalau terlalu malas bersusaha, mengharap belas ehsan golongan kaya raya seperti keluarga aku. Agaknya, kalau tiada cukai yang dikenakan kepada golongan kaya, mesti orang-orang seperti lelaki tua ini sudah hidup merempat! Huh, silap haribulan boleh jadi mangsa kebuluran seperti di Afrika! Heh... itulah padah, kalau tiada keinginan untuk berubah!
Tanpa sedar, pakaian yang compang camping dan koyak rabak di hujung seluar yang tersarung buat aku tergelak sendiri. Manusia macam ni pun masih ada lagi di muka bumi ni, miskin! Papa kedana! Itulah kalau terlalu malas bersusaha, mengharap belas ehsan golongan kaya raya seperti keluarga aku. Agaknya, kalau tiada cukai yang dikenakan kepada golongan kaya, mesti orang-orang seperti lelaki tua ini sudah hidup merempat! Huh, silap haribulan boleh jadi mangsa kebuluran seperti di Afrika! Heh... itulah padah, kalau tiada keinginan untuk berubah!
Usai menganalisa penampilan lelaki itu, aku kalihkan
pandangan tepat ke arah pasar borong yang dikunjungi oleh Erin dan Zemy. Entah
apa mereka buat di sana, sudahlah panas... Huh, bau busuk usah dikata, hamis dan hanyirnya menyengat hingga ke rongga
hidung! Apalah malang nasib aku hari ni, jika tidak terlalu menurut kemahuan mereka semua, sudah tentu aku tak
perlu menghadap perkara yang menjengkelkan seperti ini. Hessy, bencinya! Aku geleng kepala kerana kesal dengan diri sendiri, kesal
kerana bersetuju mengekori mereka untuk mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Entah
kenapa, langkah kaki ini terasa berat sahaja sedangkan aktiviti mendaki gunung
dan melakukan jungle tracking adalah
salah satu minat dan kegemaran ku sejak zaman universiti lagi. Namun untuk kali ini, aku bagai tidak
bersemangat sahaja. Puas juga mereka memujuk, akhirnya aku akur demi
mencukupkan korum. Tambahan pula, mereka merasakan aku adalah individu yang paling layak dibawa bersama lantaran sudah sering kali aku menawan puncak gunung yang bakal ku daki sebentar nanti. Dalam diam, terselit perasaan bangga! Menyedari mereka masih belum muncul, telefon bimbit ku keluarkan dari poket seluar lalu nombor Zemy ku dail segera.
“Lamanya korang ni, cepatlah! Aku panas tahu tak,” rungutku di
talian ketika mengubungi Zemy.
“Sabarlah beb, kitorang beli barang penting ni! Dah tahu
panas, apasal tak lepak dalam kereta?” soal Zemi di hujung corong telefon. Aku
ketap bibir, tubuh yang sedang berdiri di bawah sepohon pokok ketapang yang merimbun ku bawa mendekati kereta yang sedang di cuci oleh lelaki tua tadi.
“Okey, cepat sikit! Busuk gila... tak tahan hidung aku!” rungut ku lagi lantas talian ku matikan. Aku mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluar, lantas alarm ku tekan. Pintu ku tarik dan aku boloskan diri ke dalam, namun mata ini masih sempat memerhatikan susuk tubuh lelaki tua yang sedang leka membersihkan Honda City ini. Lembab! sekali lagi aku menyelar tindak tanduknya. Entah apa yang membuatkan aku terlampau membenci lelaki tua itu, aku sendiri tidak pasti. Mungkin kerana ego dan prinsip diri yang lama ku tanam di dalam jiwa. Golongan seperti itu, tidak seharusnya diberi muka dan layanan yang terlampau baik. Pasti tiba satu ketika, mereka akan mengambil kesempatan!
Aku rebahkan tubuh ke seat sambil volume radio ku kuatkan. Sedang asyik melayani lagu, cermin kereta diketuk. Aku toleh ke sisi kanan, wajah lelaki tua tadi terjengul dengan senyuman yang menguntum di bibir. Laju sahaja tubuh ku tegakkan kembali dan cermin kereta ku turunkan sedikit, lantas aku bertanya kepada lelaki itu.
“Berapa?” soal ku angkuh tanpa memerhatikan raut wajah yang sedang mempamerkan senyumannya.
“Lima ringgit nak!” gumamnya perlahan dan penuh sopan santun. Aku angguk kepala, jari jemari ligat mencapai beg duit di atas dashboard. Aku belek satu persatu not yang terdapat di dalam beg duit, semuanya wang besar. Tiada satu pun not lima ringgit. Lantas aku menarik keluar not lima puluh ringgit dan ku kepitkan di antara dua jari lalu ku sua ke arah luar cermin tingkap. Wajah ku palingkan dari melihat wajah lelaki tua itu. Cukup menjengkelkan!
“Eh, banyak sangat ni nak! Lima ringgit je,” tolak lelaki
itu perlahan tidak mahu menerima bayaran lima puluh ringgit dari aku.
“Ambik ajelah!” tutur ku kasar. Sekilas, raut wajah itu ku hadiahkan dengan jelingan tajam!
“Tak boleh nak, lima ringgit je!” gumam dia lagi. Aku naik
angin, panas hati! "Kalau orang dah bagi tu, ambil ajelah, tak perlu menolak itu
berdalih ini. Hishh.... menyusahkan betul!" hambur ku membuatkan lelaki itu terkedu. Aku lihat, ada riak kesal yang terpeta diwajahnya! Ah, persetankan!
“Ni nak ambik ke tak nak?” soal ku semakin kasar.
“Pakcik tak boleh ambil lebih dari kerja yang pakcik buat
nak. Lima ringgit bukan lima puluh..” meleret tutur kata lelaki itu.
“Hei, ni nak ambik ke tak nak? Banyak cakap pulak, dah tahu
hidup tu miskin, papa kedana.... tak payah nak berlagak senang pulak! Suka hati engkaulah, kalau nak, cepat
ambik! Kalau dah rasa terlalu kaya, kau buanglah mana-mana yang kau suka! Aku peduli apa!” bentakku sambil campak not
lima puluh itu ke arah luar tingkap. Laju sahaja tingkap ku naikkan segera dan wajah
terkilan lelaki tua itu sempat singgah ke pandangan mata. Ah pedulikan dia!
Buat seketika, aku toleh semula lelaki tua tadi. Dia sedang
melangkah meninggalkan aku dengan not lima puluh ringgit di hujung jarinya.
Langkah kaki yang lemah itu ku pandang jelek.
“Ceh kata tak nak konon, at
last ambik jugak! Berlagak! Tak sedar
diri tu miskin, banyak songeh pulak. Orang dah bagi, ambil ajelah!” Cemuh ku
dalam hati. Puas memerhatikan susuk tubuh itu berlalu dengan baldi dan kain
buruknya, aku sandarkan semula tubuh. Mata terasa berat, sementara menunggu
Zemy dan Atikah ada baiknya andai aku lelapkan mata untuk seketika. Sekurang-kurangnya,
perjalanan menuju ke Gunung Ledang nanti tidaklah meletihkan jika aku
sudah cukup rehat.
Tokk..tokk.. aku tersedar dari tidur, laju sahaja aku
menoleh kiri kanan. Mata ku pisat berkali-kali saat terlihat lelaki tua tadi
berdiri di sebelah luar pintu kereta. Dia lagi, tak serik kena maki hamun agaknya!
“Nak apa lagi?” pekik ku sambil menurunkan cermin kereta.
“Pakcik nak pulangkan duit lebih anak tadi,” duit kertas
berbaki RM45 ringgit dihulurkan ke arah aku. Aku sambut dengan teragak-agak.
“Terima kasih ya nak, ada lauk untuk pakcik sekeluarga hari
ni.” Ucapnya sambil unjuk plastik berisi ikan kembung ke arah ku. Aku tekup
hidung, terasa loya tekak ini menghidu hanyir ikan laut itu.
“Sudah-sudah, bawak benda tu jauh! Busuk!” isyarat tangan ku
layangkan agar lelaki tua itu dan ikannya segera menjauhi aku.
“Berhati-hati dekat sana ya nak, kalau ada apa-apa yang
terjadi. Ingat Tuhan selalu,” pesannya sebelum berlalu pergi. Aku diam tidak berkutik,
sempat lagi lelaki ini memberi tazkirah percuma kepada aku. Hishh.... suka hati akulah! Tapi. dia tahu ke aku nak kemana? Huh, menyibuk betul! Dia ku sumpah dalam hati, namun
minda mengarahkan aku memerhatikan semula lelaki tua tadi. Tanpa berlengah, aku panggung wajah mencari cermin pandang belakang. Kedudukan cermin yang tidak berapa jelas itu aku laraskan dengan pantas, ingin melihat
susuk tubuh yang baru sahaja berlalu pergi. Namun tubuh yang ingin ku
perhatikan tiada, aku toleh pula pada cermin sisi. Sama! Lelaki itu telah
hilang bersama ikannya. Ah.... persetankan! Aku tegakkan semula posisi tubuh
lantas kedua tangan ku lekapkan di stereng kereta lalu aku sembamkan wajah ke
situ. Terasa lama benar menunggu Erin dan Zemy kembali semula ke kereta.
“Apasa korang ni lama sangat hah? Boring aku tunggu dalam
kereta ni!” bentak ku tidak puas hati. Dengan dahi yang berkerut aku soal
mereka sebaik keduanya masuk ke dalam kereta.
“Tulah kau, aku ajak turun tak nak! Berlagak, busuk la...
itulah.. Best apa pergi pasar borong!
Kau tengok berapa banyak kitorang memborong tadi kan Zemy?” ucap Erin minta Zemy menyokong katanya.
“Serius, aku teruja!
Firts time pergi pasar borong beb! Unexpexted!”
tegas Zemy yang baru pulang dari luar negara. Aku mencemik mendengar kata-kata
mereka tadi. Entah apa yang ada di sana selain sesak dan panas itu. Aku tak
suka bersesak-sesak!
“YANG lain mana weh? Dah sampai ke?” tanya Zemy pula. Aku
tenang memandu sesekali rambut yang kemas berpotongan pendek ini ku raup ke
belakang.
“Ha’ah Fiq, yang lain mana?” aku jungkit bahu dengan
pertanyaan Erin.
"Manalah aku tahu, kau calllah dia!" cadang ku tanpa rasa.
“Diorang dah nak sampai dah! Ni ha... SMS ni baru je aku
dapat!” SMS yang diterima Zemy diunjuk ke arah aku.
“Okeylah, kau drive
carefully Fiq! Kitorang nak tidurlah! Kau jangan marah ek hihihi...” tawa
Erin sudah kedengaran perlahan.
“Hmm..” balas ku pendek. Dan aku masih tenang memandu
membelah lebuhraya. Dua jam memandu akhirnya kereta yang dipandu tiba ke
destinasi yang dituju.
“Apasal lambat ni? Dah berjam kitorang tunggu,” rungut Hakim
dan Haziq serentak. Natasha dan Luqman juga turut serta. Sambil jungkit bahu
kanan aku bersuara. “Kau tanyalah Erin dengan Zemy! Apa yang diorang buat dekat
pasar borong Selayang tu!” tegas ku sambil mengeluarkan bag packer dari boot
kereta.
“Ala relaks la,
kitorang beli barang untuk camping
ni. Ha tengok, banyak tak stock
makanan yang kitorang beli?” ujar Erin tidak mahu mengaku salah.
“Whateverlah, okey
sekarang kita briefing dulu sebelum
kita naik ke pucak ni. Sekarang baru pukul sepuluh pagi, kita naik ke atas ni then sebelum petang kita turun semula.
camping dekat tepi air terjun tu! Okey? Ada apa-apa lagi nak tambah?” tanya Hakim ketua ekspedisi.
Aku geleng kepala sebagai jawapan kepada pertanyaan Hakim, mata ini
sempat lagi memerhatikan Haziq yang sedari tadi senyap tidak bersuara. Lelaki
ini baru sahaja berkahwin kalau tidak salah perkiraan ku.
“Pastikan jangan ada yang berpecah, ingat mesti jalan dalam
kumpulan. Yang di bahagian hadapan sekali aku akan guide, dekat belakang aku serahkan dekat kau Zemy! Erin dan Tasha make sure,
jangan sesekali berpecah. Lagi satu aku nak ingatkan, kita dekat tempat ‘orang’
jangan sesekali cakap besar dan tegur benda yang pelik-pelik. Ingat tu!” pesan
Hakim lagi.
“Baik bos,” serentak mereka bersuara.Hanya aku yang diam membisu tanpa suara. Apa yang hendak aku bimbangkan, gunung ini sudah acap kali ku tewaskan. Tiada maknanya untuk sesat!
“Okey, kita mulakan aktiviti kita dengan bacaan doa. Semoga
perjalanan pergi dan balik kita selamat!” ucap Hakim sambil mengisyaratkan Haziq
memimpin bacaan doa. Aku hela nafas, terasa berat sungguh hati ini untuk
meneruskan pendakian. Namun, sebahagian hati mahu aku menunjukkan segala kehebatan yang aku miliki. Hebat seorang pendaki yang sering kali menawan puncak bukit dan gunung! Dalam waktu-waktu begini, ada rasa bangga terselit di sudut hati ku!
“Hoi, doalah!” bisik Erin saat aku masih termangu-mangu. Dia
menyiku perut ku, mengisyaratkan agar aku menadah tangan berdoa
sama sepertinya.
“Kita bukan nak berperang, kita nak daki gunung je pun!”
selar ku perlahan.
“Suka hati kaulah Syafiq io! Malas aku nak cakap,” omel Erin
sambil mengalihkan pandangannya ke tapak tangan.
Pendakian bermula dan nyata aku yang selalu menjalankan
aktiviti ini tidak mempunyai sebarang kesulitan, berbanding yang lain
terlalu mudah penat dan pancit di tengah –tengah pendakian.
“Fiq, sabarlah wei! Yang lain tengah pancit tu! Relaks dulu,” gumam Erin yang mengekori
aku dari arah belakang.
“Ketua pun pancit ke?” Hakim yang sudah terduduk di akar
kayu yang melintangi laluan pendakian ini ku gelakkan sinis.
“Tak baiklah kau ni Fiq, diorang tak biasa mendaki macam
kita. Kau janganlah nak gelakkan pulak,” protes Erin sambil membuka penutup
botol mineral lalu diteguk rakus menghilangkan dahaga. Aku masih lagi dalam
mood tawa yang tak sudah.
“Belum lagi daki gunung Kinabalu, baru gunung Ledang pun dah
lembik. Pancit sana sini,” gumam ku menyindir meraka yang hampir kesemuanya
sedang terduduk kepenatan. Hanya Zemy yang sedang memegang batang kayu berdiri
di barisan paling belakang sekali turut berhenti merehatkan diri sambil meneguk mineral yang dibawa
bersama ketika memulakan pendakian.
“Woih.... agak-agaklah! Jangan cakap besar boleh tak!” marah
Erin lagi. Aku mencemik lantas mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja pendakian
gunung ini melalui denai-denai dan trek sedia ada.
“Stop Syafiq!
tunggulah yang lain dulu,” ucap Erin mengingatkan aku.
Aku tetap berdegil meneruskan pendakian keseorangan, apa
yang susahnya. Mereka pun akan mendaki dan melalui trek yang sama. Dan
mustahillah untuk aku sesat.
Sedang leka mendaki, aku memerhatikan sekitar kawasan yang
menghijau, kesemuanya tampak sama. Pokok-pokok hutan berada di sana sini,
suasana ketika ini redup dipayungi pohon-pohon merimbun walaupun mentari sedang
memancarkan terik cahayanya. Sesekali aku menoleh pula ke arah belakang mencari
rakan-rakan pendakian ku yang lain. Kosong! Yang ada hanya hutan rimba yang
berteman unggas dan bunyi kicau burung-burung. Sahutan ungka juga semakin jelas kedengaran!
Aku telan liur,
mungkinkah aku tersesat. Ah tak mungkin, aku mengikuti trek yang sama dan sudah
acap kali gunung ini ku tawan. Mana mungkin untuk aku tersesat. Dalam berkira-kira untuk meneruskan pendakian atau berpatah sahaja,
aku ditegur seseorang.
“Anak, mana kawan anak yang lain?” aku angkat wajah mencari
arah datangnya suara itu. Namun tiada satu pun yang kelihatan. Seketika aku
dengar pula tawa kanak-kanak, ya suara kanak-kanak! Terasa meremang bulu roma ini, lantas
belakang tengkuk ku gosok perlahan! Jam di pergelangan tangan ku perhatikan, baru sahaja melepasi angka
dua belas tengahari. Orang-orang tua kata panas meremang waktu-waktu begini,
apa maksud disebalik kata-kata mereka aku sendiri tidak pasti.
“Siapa?” tegur ku berani. Terlupa pula pada nasihat yang
diberikan oleh Hakim sebelum mendaki tadi. Jangan menegur sesuatu yang pelik! Riang
kanak-kanak bersuara semakin jelas pula di pendengaranku. Aku ketap bibir,
terasa pahit air liur yang cuba ku telan. Namun hati ini cuba ku kentalkan
sekuat mungkin!
“Siapa?” soalku buat kali kedua namun suara kanak-kanak tadi
terus hilang begitu sahaja.
Aku mula terasa kaget lantas tidak semena-mena langkah yang
cuba ku atur terasa berat bagai ada yang merantai kaki ini. Aku menjerit
meminta dilepaskan namun jeritan itu hanya bergema di dalam hati. Waktu ini aku
mula dipagut gusar, tidak semena-mena ada angin sejuk mula bertiup. Mungkin
hujan akan turun seketika nanti, namun itu mustahil sedang hari masih terang
benderang.
Dan waktu ini aku mahu berpatah balik, menuju ke arah
rakan-rakan ku yang lain. Menyesal kerana tidak mendengar nasihat Erin. Sedang
aku berusaha menapak, aku terpijak tanah yang licin menyebabkan tubuh ini
tergelincir dan jatuh bergolek ke bawah.
Sakit dan kesal bersatu, aku kini terdampar entah di mana!
Terasa bagai di sebuah perkampungan yang sunyi sepi. Sedang mata yang semakin
terpejam ini kembali tertutup. Pesanan lelaki tua yang mencuci kereta ku
di awal pagi tadi kembali terngiang.
“Kalau ada apa-apa
yang terjadi, ingatlah Tuhan selalu” ayat itu berulang kali menyapa
pendengaranku. Lantas aku mengalunkan kalimah syahadah dan ayatul Qursi
beberapa kali hingga mata ini tertutup sendiri.
“SYAFIQ anak mama, alhamdulillah anak kita dah sedar bang!”
aku dengar suara mama penuh lirih. Wajah ku di elus lembut sambil mama tidak
putus-putus mengucup dahi ku berkali-kali.
“Alhamdulillah Syafiq, syukur ya Allah!” bicara papa pula menerpa halwa telinga ku. Aku lihat papa meraup
wajahnya sekali.
“Fiq dekat mana ni ma?” tanya ku perlahan.
“Dekat hospital sayang, alhamdulillah Fiq dah sedar.” Gumam
mama sambil membetulkan sedikit bantal sebelum membantu aku bersandar ke kepala
katil.
“Kejap mama dan papa nak jumpa doktor, Fiq bual-bual dulu
dengan Erin dan Zemy. Kejap lagi mereka sampai!” ucap mama sambil membetulkan
selimut yang menutupi kaki ku. Aku angguk sahaja lalu aku kalihkan pandangan ke
luar tingkap hospital. Sunyi dan sepi hati ku kala ini! Terasa kosong dengan tiba-tiba!
Sedang leka memerhatikan luar kawasan hospital, pintu bilik
terkuak. Aku perhatikan sebelum wajah mereka menyapa pandangan.
“Alhamdulillah kau dah sedar Fiq, risau aku!” ucap Erin yang
baru tiba sambil duduk di kerusi berhampiran katil yang sedang ku huni. Aku
senyum sambil perhatikan Zemy yang juga turut hadir bersama, cuma Hakim, Natasha
dan Haziq sahaja belum tiba lagi. Kata Zemy, mereka sedang menghadiri mesyuarat
penting.
“Apa yang terjadi
sebenarnya Fiq?” soal Zemy tatkala aku kelihatan sedikit selesa setelah
tersedar dari lena yang panjang.
“Entah, aku tak ingat! Apa yang aku ingat, ada suara tanya mana korang? So bila aku cari orang
yang menegur tu, tak ada. Then aku tanyalah siapa? Lepas tu aku nak patah
balik, tergelincir! Nasib tak apa-apa!” tutur ku senyum senang hati namun tidak
bagi keduanya. Wajah mereka sayu tanpa perisa manis mahupun masam.
“Apasal buat muka sedih ni?” soal ku sambil tumbuk bahu
Zemy. Tawa ku hambur perlahan!
“Eh, tak ada apa-apalah!” balas Zemy geleng kepalanya
sedikit laju. Erin pula menguntum senyum hambar tika ini.
“Eh, aku lupalah! 26 haribulan ini aku nak ikut ekspedisi
daki gunung Kinabalu. Korang nak join?”
soal ku ceria.
Namun Erin dan Zemy masih senyap tidak bersuara, aku toleh
pada kalendar yang tergantung di dinding hospital itu. Terasa ada sesuatu yang tidak kena pada ku! Lama mata ini
memerhatikan nombor-nombor yang tertera sebelum aku kalihkan pandangan ke arah keduanya.
“Sekarang bulan July 2012? Betul ke?” aku soal mereka dalam
nada tidak percaya, lebih kepada meminta kepastian. Keduanya mengangguk
perlahan namun tiada sebaris senyuman di bibir mereka.
“It’s not funny!” tutur ku ketawa! Pandailah mereka bergurau
dengan aku. Setahu aku, ini tahun 2010! Sejak bila pula bertukar 2012? Ah... ingat ini dunia doremon? Boleh dilaras ke masa hadapan? Hahahah... pandai mereka bergurau.
"Tell me the truth? It is July 2012?" Ulang ku semula. Namun mereka masih senyap tidak mengulas satu pun.
"Tell me the truth? It is July 2012?" Ulang ku semula. Namun mereka masih senyap tidak mengulas satu pun.
“Hai Fiq, alhamdulillah kau dah sedar!” gumam Haziq yang baru tiba sambil
mendukung seorang bayi lelaki berusia lingkungan tiga hingga empat bulan itu.
Aku menoleh ke arah Haziq yang ceria disamping seorang wanita mungkin juga
isterinya, mereka kelihatan secocok mengenakan pakaian sedondon sedang menapak
menghampiri katil tempat aku bersandar kini.
“Salam uncle
Syafiq,” ucap Haziq lagi sambil mendekatkan bayi itu ke arah ku. Rengek bayi
itu buat aku tersentuh. Anak siapa pula yang Haziq angkut ke sini?
“Baby siapa ni
Zik?” aku soal Haziq. Bingung sudah kepala ini rasanya.
“Baby aku,
Danish!” tutur Haziq tersenyum mesra.
Hakim juga turut ada bersama Natasha, kelihatan perut itu
sudah menonjol sedikit. Mungkinkah Natasha mengandungkan anak Hakim? Tapi bila
mereka semua berkahwin dan melahirkan anak? Aku ramas rambut dengan kasar. Mungkinkah
aku koma selama ini? Haishhhh!!!!
“Jangan cakap aku koma bertahun-tahun!” keras nada suara ku
kali ini dan nyata mereka semua tersentak.
“Fiq, sabar ya! Sebenarnya dan dekat setahun lebih kau koma!
Alhamdulillah kau sedar jugak akhirnya?” ucap Zemy lembut menyampaikan berita itu ke pendengaran
ku.
“Maaf, aku tak suka gurauan yang macam ni!” tutur ku perlahan sambil meraup
wajah yang kusut. “Mana mungkin aku koma disebabkan jatuh, tak mungkin!” rasa terkejut tidak dapat dibendung lagi.
“Fiq, sabarlah.” Zemy bersuara lagi.
“Aku nak ke tandas,” selimut ku tolak kasar lantas aku yang
sedang menggerakkan tubuh untuk bangun terasa ada sesuatu yang menyekat. Aku
cuba sekali lagi namun hampa. Kaki ini tidak berfungsi lagikah? Berat benar hingga tidak mampu digerakkan lagi? Seperti ada batu yang mengikat pergerakkannya!
“Kenapa dengan kaki aku?” soal ku terkejut dan sama sekali
tidak mahu mendengar sebarang berita yang bakal membuatkan aku kecewa buat kali
ke dua.
"Kenapa dengan kaki aku ni Zemy?" soal ku merintih perlahan. Mengharapkan sebuah kebenaran darinya. Zemy telan liur, lambat-lambat dia hampiri aku. Bahu ku ditepuk perlahan.
"Kenapa dengan aku ni Zemy?" sekali lagi aku menyoal. Zemy hanya diam, Erin pula bungkam. Haziq dan yang lain-lain juga senyap membisu. Kebisuan mereka membuatkan aku berang, aku benar-benar mengharapkan sebuah penjelasan! Ya, penjelasan! Itu sahaja, mengapa mereka tidak fahm-faham! Argghhhhh!" aku tumbuk kaki ku sekuat hati!
“Kenapa dengan kaki aku?” tempik ku kuat hingga bayi Haziq
yang bernama Danish itu menangis. Laju sahaja Haziq membawa sikecil itu
keluar dari bilik yang menempatkan aku dirawat.
“Fiq, kenapa ni sayang?” soal mama datang terkocoh-kocoh
mendapatkan aku.
“Kenapa dengan kaki Fiq?” soal ku keras.
“Sabar ya sayang, doktor kata kaki Fiq tak sihat. Ambil masa
sikit nak baik!” tutur mama selembut mungkin.
“Tak sihat ke lumpuh?” soal ku dalam nada geram bila mana
mama cuba menyembunyikan fakta. Dan telahan ku benar belaka bila mama mengangguk
lemah.
“Ah.... keluar! Keluar semua! Keluar!” jerit ku tidak dapat
menerima hakikat sebegini. Bantal ku lempar ke lantai dan semua ubat yang
terletak di atas meja kecil itu ku tepis kasar. Air mata yang bergenang ini ku
seka perlahan, kaki ini sudah lumpuh. Tak guna! Tak guna! Jerit ku sekuat hati.
Mama dan papa hanya mampu memerhatikan aku yang sedang kesedihan ini begitu
sahaja. Mungkin membiarkan aku menangis semahunya sebelum peroleh ketenangan
semula.
Hari berganti hari dan aku kini sudah kembali berada di
rumah mama. Saban minggu ada sahaja pengamal perubatan tradisional datang
mengubati aku. Sudah jerih dengan rawatan moden, mama dan papa mencuba pula
rawatan alternatiif ini semoga dengan harapan aku segera kembali pulih. Namun semuanya
sia-sia belaka. Melihat aku yang tidak terurus, mama mengambil keputusan untuk
berhenti sahaja dari kerjayanya sebagai seorang pensyarah. Cukup membuatkan aku
terharu dengan pengorbanan yang ditaburkan kepada ku.
Hari ini aku kembali semua bertemu Ramadhan, terasa syahdu
dan hati ini perlahan-lahan mampu menerima takdir yang tersurat. Mungkin ini
kifarah kerana keangkuhan ku suatu masa dahulu dan Tuhan memberi pengajaran
berguna kepada aku agar kembali tersedar dengan nikmat yang dipinjamkan
sementara kepada tubuh ini sebelum terlewat. Namun aku yang terleka, dengan
nikmatpemberiannya.... aku hanyut dibawah arus kemewahan. Dan hari ini, segala kemewahan itu tidak dapat menggantikan penderitaan yang aku tanggung. Aku kehilangan kehidupan bebas yang aku dambakan sebelum ini, aku rindu untuk berlari seperti dahulu. Aku juga ingin berjalan dan bersiar-siar! Aku mahukan semua nikmat yang telah ditarik! Aku rindukan segalanya, sebelum nikmat paling besar itu ditarik dari diri ku. Ah sedihnya jika terlampau difikirkan, namun apa yang terjadi... telah terjadi! Aku harus bertabah! Ya, aku harus bertahan serta bersabar! Ini dugaan untuk membawa aku kembali ke kehidupan berlandaskan agama.
Al-Quran yang sudah lama ku tinggalkan di dalam rak kaca ku gapai perlahan.
Sedikit berhabuk lantas ku tiup perlahan, lalu ke selak helaian demi helaian.
Hampir menitis air mata ini tatkala aku tidak lagi mampu membaca ayat-ayat suci
yang tertulis indah ini dengan lancar. Ya, sudah bertahun aku tinggalkan ia.
Mama juga kerap kali mempelawa aku menghadiri kelas
pengajian agamanya, aku sahaja yang menolak kerana aku enggan dilihat lemah
berkerusi roda ke sana ke sini. Lantas mama mengupah seorang guru agama untuk
aku. Dan kali ini aku sudah mampu membaca ayat-ayat suci ini dengan lancar dan
baik sekali.
Sepuluh hari terakhir ramadhan, aku sekeluarga mengambil
keputusan untuk pulang ke rumah nenek
yang kosong tidak berpenghuni setelah nenek kesayanganku itu pulang ke
Rahmatullah beberapa bulan yang lepas.
Seperti biasa, sesudah menunaikan sunat terawih di surau,
aku tolak kerusi roda dengan kudrat yang ada masuk ke dalam bilik lalu almari
solek ku dekati. Ku gapai al-Quran ini lantas ku gerakkan semula kerusi roda ke
birai katil yang diperbuat dari kayu jati itu. Aku angkat tubuh yang terasa
berat ini duduk di situ berhadapan tingkap yang terbuka luas.
Aku alunkan ayat suci ini dengan khusyuk dan air mata yang
menitis ini ku seka perlahan-lahan, terasa diri ini cukup kerdil saat diberi
kesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat ramadhan. Helai demi helai ku
habiskan, dari satu juzuk hingga ke satu juzuk aku tamatkan dan sedang asyik
ayat indah ini ku alunkan. Angin malam bertiup lembut dan tenang memasuki kamar
yang berteman cahaya lampu kalimantang, sejuk dan mendamaikan. Aku teruskan lagi
bacaan demi bacaan, perasaan syahdu menyusup masuk ke hati ini. Sesekali aku
menoleh ke arah luar tingkap, daun-daun nyiur yang subur di tengah laman
melambai-lambai dipuput angin yang cukup tenang sekali. Belum pernah aku
merasai suasana seperti ini, dada langit yang kebiruan dihiasi bebarapa butir
bintang cukup menenangkan dan tiupan angin kembali meliuk lintukkan pohon-pohon
hingga terasa kesemuanya bagai sedang bersujud dan aku yang terpana dengan
keadaan ini bangkit dari duduk lantas al-Quran ku letakkan kemas di sisi. Langkah
kaki ku atur mendekati jendela dan aku panggung wajah menatap dada langit yang
kebiru-biruan walau siang sudah lama berlalu. Pelita yang terpasang di halaman
rumah juga tidak terpadam walau angin sedang tenang bertiup kala ini.
"Subhanallah, damainya malam ini!" bisik ku perlahan.
Aku cengkam jendela kayu dan senyuman ini tidak putus dari
bibir. Alhamdulilalah aku masih berkesempatan untuk merasai nikmat yang Tuhan
berikan kepada aku. Nikmat yang suatu masa dahulu pernah aku sia-siakan hingga
aku terlantar lumpuh sebegini. Senyuman di bibir tidak putus-putus menyerikan
wajah yang sudah lama mati dengan senyuman, ya kini aku sudah
kembali tersenyum semula. Setelah senyuman itu ku hilangkan dari bibir angakra peristiwa itu.
Peristiwa aku diuji sedemikian, dan hari ini aku sudah menerima hakikat hidup
dan takdir yang tersurat. Aku hanya hamba Allah, yang dipinjamkan nikmat untuk sementara waktu! Hanya pinjaman, bukan hak milik kekal ku! Aku milik, Pencipta ku!
Aku depakan kedua tangan ku sambil mendongak memerhatikan
dada langit dan seluruh alam yang seolah-olah sedang bersujud itu. Kalimah
Alhamdulillah tidak putus-putus meniti di bibir ini. Biar basah bibirku dengan
kalimah zikir. Kerana aku tahu, aku insan bertuah yang masih diberi kesempatan
untuk hidup di muka bumi ini. Aku tarik nafas dan ku hela perlahan, mata ku
pejamkan buat seketika. Wajah ini sekali lagi di sapa angin lembut, aku buka
mata yang terpejam tadi.
Seketika aku
tersedar, dan aku yang kaku pada mulanya kembali tersedar sesuatu. Aku sedang
berdiri di jendela? Ya aku sedang berdiri! Ya Allah aku sedang berdiri! Aku sedang
berdiri! Alhamdulillah! Kata-kata keramat ini berulang kali meniti di bibir. Ya
Allah aku bersyukur! Nama mama ku laung kuat, dan papa juga. Terkocoh mereka
datang mendekati aku dan turut sama berdiri di jendela. Mereka memerhatikan ke
arah luar tingkap. Sama-sama menyaksikan keagungan Allah. Hebat sungguh, persis alam sedang bermunajat pada yang Esa.
“Mama.. papa, apa yang mama rasa?” soal ku gembira.
“Tenang, syahdu... lain macam malam ni. Mama mengantuk
sangat, rupanya nak hujan malam ya!” Ucap mama masih belum sedar tentang aku
sepenuhnya.
“Papa rasa apa?” soal ku pada papa pula. Senyuman ini masih
menguntum di bibir. Aku bahagia, aku bersyukur!
“Malam ni rasa tenang,
belum pernah papa rasa tenang macam ni!” gumam papa sambil meletakkan lengannya di
bahu aku. Aku masih tenang memerhati ke tengah laman ketika papa bagai tersedar
sesuatu. Papa pandang aku, dan aku hanya tersenyum manis. Sejurus melihat senyuman ku, papa mengalih anak matanya ke arah hujung
kaki ku.
“Fiq dah boleh berjalan?” tebak papa seolah-olah tidak mempercayai apa yang sedang terbentang di hadapan mata."Apa bang?" mama mencelah. Aku hanya senyum sebelum berbicara. Mata ku kalih ke arah hujung kaki yang sedang tegak berdiri.
“Such a mircale from
Allah,” ujar ku dalam senyuman dan mama serta papa mengalirkan air mata
kegembiraan yang tidak terhingga tika itu. Tubuh ku ditarik ke dalam dakapan
keduanya, dan air mata ini turut tumpah kerana kegembiraan yang dititipkan oleh
Pencipta kepada hambaNya yang kerdil ini.
“Ya Allah Fiq, abang! Betul ke apa yang mama tengok ni?”
soal mama pada papa. Aku angguk sahaja. Malam itu aku dan seluruh isi rumah ini
mengerjakan sujud syukur dan mungkin malam ini adalah malam tujuh likur yang
Allah kurniakan pada aku dan seluruh hambanya yang menghidupkan malam Lailatul Qadar. Malam di mana malam yang menyamai
malam seribu bulan dan malam para malaikat memayungi seluruh alam. Dan malam
itu juga aku serta mereka tidak tidur kerana menghabiskan masa beribadah kepada
Allah sehinggalah fajar menyinsing mama tidak habis-habis melampiaskan rasa bersyukurnya! Dan diri itu, tidak jemu-jemu mengajar aku bertatih
semula. YA Allah indahNya perancangan dan rahmat dari MU.
P/S: cerpen dari saya. semoga anda beroleh pengajaran dari cerita ini. ;)
cerpen 12/072012/
cerpen 12/072012/
Comments
Women who are planning the wedding of their dreams can find plenty of fantastic information
in Bride’s magazine. This is why the said Albanian gossip thashetheme
celebrity news blog page is written in Albanian '.
My web site; latest celeb news
with this field. Passion in what you think and in
putting it into words is a real talent. Your enlightening article
includes the perfect fusion of passion and well-written,
interesting content that I’ve grown to love and respect.
my web blog: piede di porco