CINTA DI HUJUNG NODA BAB 51 52
BAB
51
Tanah
perkuburan yang masih merah ku perhatikan, batu nisan yang berbalut putih ku
tatap lama. Di sini An Neesa isteri kedua ku bersemadi, semoga rohnya
ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Dan semoga kebaikannya diterima dan
segala kekurangannya diampunkan oleh Allah.
“Attar,
jom balik nak... dah lewat ni,” ujar abah yang masih setia menunggu aku di
sini. Bapa mertua ku juga turut berada sama. Wajah itu sugul dan kelihatan
mendung menerima perkhabaran tentang pemergian Neesa yang langsung tidak
diendahkan suatu ketika dahulu.
“Abah
dan papa pergilah dulu, sekejap lagi Attar balik.” Tutur ku memohon mereka
semua meninggalkan aku buat seketika. Aku masih mahu bersama Neesa dan aku
masih mahu meluangkan masa untuknya. Untuk seketika!
“Baiklah,
kalau macam tu abah balik dulu!” Sambut abah sambil menepuk perlahan bahu bapa
mertua ku dan kemudiannya mereka seiringan meninggalkan tanah perkuburan ini.
Mama dan Nia sudah lama berlalu pergi bersama penduduk kawasan kejiranan
kediaman kami dan rakan-rakan pejabat ku yang lain. Manakala Erin dan Shasha
yang turut hadir mengiringi jenazah Neesa juga sudah berlalu pulang. Mereka
sama sekali tidak menyangka terlalu awal An Neesa yang berusia 26 tahun ini
pulang di jemput Ilahi. Sesungguhnya kematian itu tidak mengira usia dan dimana
kita berada.
Batu
nisan berbalut kain putih itu ku sentuh perlahan, bagai menyentuh seraut wajah
An Neesa yang sedang tersenyum memerhatikan diriku waktu ini.
“Neesa,
I tetap sayangkan diri you. You isteri I sampai ke syurga, semoga you tenang di
sana. Tenang bersama orang-orang beriman,” ucap ku lirih menahan sendu yang
menghimpit hati.
“Terima
kasih kerana mengajar I erti sebuah kesabaran, terima kasih menguatkan semangat
I dan terima kasih kerana menghadiahkan sebahagian hati you pada I.” Dada ku
sentuh perlahan lalu mata ku pejamkan rapat. Merasa getar dari sekeping hati
Neesa di dalam tubuh ini.
“Akan
I jaga hati you sebaik mungkin, terima kasih Neesa. Hanya Allah sahaja yang
mampu membalas segala jasa baik you.” Tenang ku luahkan rasa hati ini. Semoga
Neesa di dalam sana akan mendengar segala kata-kata dan ucapan ini.
“I
akan sentiasa doakan you, tentang Qalisya... I akan jaga diri itu sama seperti
I jaga anak-anak I yang lain. Akan I didik anak you menjadi anak yang solehah,
mendoakan you di sini!” Janji ku taburkan di hadapan pusara An Neesa. Seketika
aku tertunduk menahan sebak yang datang.
Perlahan-lahan
air mawar di dalam jug kaca ku gapai lalu ku siram ke seluruh tanah yang masih
merah. Doa ku titipkan untuk Neesa. Sesudah itu aku bangkit dan melipat tikar
yang digunakan dan kini aku sudah tegak berdiri memerhatikan pusara Neesa.
“I
pergi dulu Neesa, semoga you tenang di sana.” Bisik hati kecil ini. Lama
memerhatikan pusara Neesa, akhirnya langkah ku atur meninggalkan kawasan
perkuburan yang menempatkan jasad seorang wanita yang bergelar isteri kepada
Muhammad Fiqri Attar. Walaupun berat langkah untuk ku atur, namun aku harus
reda dan pasrah. Aku perlu gagahi jua!
***
Persekitaran
kamar yang lengkap dihiasi cadar putih bersih ku renung lama, kembali juga aku
ke kamar yang pernah menyimpan episod hitam putih kehidupan ku sepanjang hayat
di dunia ini.
Seketika
aku menoleh ke arah meja kecil di sudut hujung pintu lungsur, langkah kaki ku
hayun ke sana. Angin petang menerobos masuk menyapa wajah ini hingga dingin terasa.
Gambar
Qalisya, Neesa, Nia dan anak kandung ku Amsyar sedang tersenyum gembira bersama
datuk dan nenek mereka. Aku gapai bingkai gambar itu lalu ku dekatkan ke wajah, rinduku pada
Neesa yang sudah tiada di dunia ini datang silih berganti. Gelak ketawa dan
susah payah dirinya sepanjang aku menempuh derita penyakit yang pernah
mengancam nyawa ini, membuatkan air mata
seorang lelaki dan suami seperti aku bergenang di tubir mata. Sungguh aku terharu dengan kasih yang
dihulurkan dahulu! Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya! Kini yang bersisa
hanyalah kasih yang ditinggalkan.
Enggan
melayani kesedihan hati, balkoni aku hampiri lantas tangan ku labuhkan di birai
besi sambil dada langit ku tatap kosong. Sekosong hati ini!
“Attar, jauh termenung! Ingatkan siapa tu?
Boleh mama masuk?” suara mama memecah keheningan petang. Wajah itu ku
perhatikan tanpa lepas.
“Ma...
masuklah!” senyuman ku ukir menghiasi pinggir bibir. Ketika ini mama sedang
menghayun langkah mendekati diriku. Dan kini berdiri di belakang ku pula.
“Sudahlah...
jangan bersedih lagi! Sudah tiga bulan Neesa pergi! Attar doakan
Neesa tenang di sana! Jangan sedih-sedih macam ni, risau hati mama.” Bahu ini
dielus lembut.
“Terima
kasih ma, insyallah Attar akan sentiasa kirimkan doa untuk Neesa.” ucap ku
lirih menahan sebak bila hal ini aku ungkapkan.
“Semoga
Neesa tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan
solehah!” gumam mama lagi.
“Insyallah
ma,” sambut ku berharap serupa seperti itu. Keadaan kembali sunyi, mama tiada
berbicara dan aku juga tiada apa untuk diluahkan lagi.
“Attar...
ada surat dari Nia,” suara mama akhirnya memecahkan keheningan yang tercipta.
“Surat?”
persoal ku sepatah.
“Ya
surat! Dari Nia!” gumam mama lagi. Aku sambut sepucuk sampul surat yang tidak
bersetem.
“Surat
apa ma?” soal ku bersama rasa hairan.
“Entahlah,”
mama menyahut dalam senyuman.
“Ha,
ni dah makan ubat ke belum?” soal mama lembut.
“Sudah
ma,” jawab ku ringkas. Sambil berganjak memberi ruang kepada mama agar dapat
bersama-sama menancap dada langit yang sudah bertukar warna.
“Mama
tak mahu Attar bersedih macam ni, terima qada dan qadar Tuhan. Jangan terlupa makan
ubat ya, dan surat dari Nia tu, Attar buka dan bacalah...” pesan mama lagi.
“Ma,”
seru ku sepatah.
“Ya?”
mama memandang raut wakah ku.
“Terima
kasih ma, terima kasih kerana sayangkan Attar!” aju ku perlahan.
“Attar...
kenapa cakap macam tu?” soal mama bersama senyuman.
“Tak
ada apa-apalah ma! Attar sayangkan mama,” ucap ku hampir-hampir tidak
kedengaran.
“Mama
pun sayangkan Attar, kalau tak ada apa-apa.... mama keluar dulu ya!” Gumam mama
berganjak lalu berpusing semula menuju ke muka pintu.
“Terima
kasih ma,” laung ku disambut anggukkan bersahaja dari mama!
Sampul
surat di dalam pegangan tangan ku belek lama, lalu ku tatap dalam-dalam. Entah
apa yang terkandung didalamnya. Keinginan hati melonjak ingin tahu, lalu sampul
ku buka berhati-hati.
Assalammualaikum wtb
Semoga kehadiran surat ini menjernihkan salah sangka di
antara kita.
-NIA
Aku
buka satu sampul surat kedua, sekeping poskad tertera setem dari Mesir itu
melurut jatuh ke riba, lantas jari jemari ini menggapai dan menyentuh ia
perlahan. Dengan rasa debar dan keinginan yang melonjak, aku gagahkan diri
menatap isi kandungan tertera di kad ucapan itu.
-Nur
Farhanatul Nadia -
“Ketahuilah wahai Nia, sesungguhnya rasa cinta pada dirimu
telah lama berkubur seiring lafaz akad yang telah Attar lafazkan terhadap
dirimu suatu ketika dahulu. Sesungguhnya rasa cinta dan kasih itu sudah
lenyap di mamah masa yang berlalu, tiada
dendam mahupun amarah, yang tinggal kini hanyalah rasa kasih sesama insan.
Buat Attar...
Maafkan diri ini andai pernah menabur duka di hati mu
Sesungguhnya dahulu hati ini pernah menurut kata nafsu tanpa
dipandu akal yang waras
Bibir ini mudah melafaz kata tanpa mendengar bicara dari
hati yang memohon sedikit pengertian
Maafkan diri ini kerana menjadikan kasih kalian
berantakan....
Maafkan jua diri ini kerana mencipta jurang di hati keduanya
Dan
Maafkan diri ini kerana pernah menuntut sesuatu yang sudah menjadi
milik mu....
Akhir kata.....
Selamat berbahagia.... binalah rumah tangga yang sakinah.
Doa ku agar kalian kekal bahagia hingga ke syurga.
Aaminnnn”
_ Aiman
Kad ucapan terlepas dari
pegangan tangan! Serentak itu aku tekup wajah dengan kedua tapak tangan, mengusir rasa yang
berkecamuk di dalam dada. Nia di mana dirimu, Amsyar juga... kemana
menghilangnya. Cukuplah Neesa yang pergi jauh meninggalkan aku! aku mahu meraih
mereka kembali semula ke dalam hidup ku ini!
BAB
52
Kad
ucapan itu ku lipat seperti asalnya, dengan berhati-hati aku masukkan semula ke
dalam sampul lalu seketika kemudian ku letakkan di sisi meja. Kaki ku atur
mendekati jendela yang terbuka luas, kolam renang yang tenang tidak terusik
permukaannya ku perhatikan lama. Di situ kasih bersama Nia pernah bersemi, di
situ juga rasa cemburu dan curiga ku terhadap Aiman pernah terbias. Dan di situ
juga, kisah hitam dan kelam masa silam ku pernah terlakar. Aku hela nafas
perlahan, di mana pengakhiran kisah hidup ku ini?
Aku
kini meniti usia 26 tahun, usia yang masih terlalu awal untuk berhadapan dengan
keperitan hidup alam rumah tangga. Jika sahabat ku baru sahaja membina mahligai
impian, aku pula telah membawa dan
memusnahkan impian yang tercipta tanpa sengaja itu ke lembah kehancuran.
Aku sendiri yang mengatur kisah duka ini, dan aku sendiri yang menjadikan jalan
cerita kehidupan ku kelam tidak bercahaya. Satu keluhan kecil akhirnya
terlontar jua. Wajah ku raup perlahan sambil mata masih tidak lepas memerhatikan
persekitaran halaman banglo mewah yang sudah diselenggarakan oleh Pak Deris.
Semuanya sama, tiada satu pun yang berubah!
“Papa...
papa...” aku menoleh saat bicara si kecil yang baru belajar bertutur berlari
mendapatkan aku yang termangu di jendela. Aku tundukkan tubuh lalu mendepakan
kedua tangan menyambut Amsyar ke dalam pelukan. Tubuh itu ku ampu lalu si kecil
yang berusia setahun ku dukung dan kedua pipi itu ku cium bertalu. Ada tawa
kecil yang dikedengaran membalas perbuatan aku.
“Amsyar
datang dengan siapa ni?” aku ampu tubuh kecil itu lalu langkah kaki ku atur
mendekati birai katil. Punggung ku labuhkan di situ lalu Amsyar ku letakkan di
atas katil.
“Nakalnya
anak papa!” gumam ku bila melihat Amsyar sudah bergolek di atas tilam sambil
memunggah semua bantal yang sudah tersusun.
“Anak
papa datang dengan siapa ni?” soal ku masih galak melayani karenahnya. Si kecil
tersenyum lantas menghentikan tingkahnya lalu mengunjuk jari ke arah muka pintu.
Aku menoleh sama.
“Nia!!!”
sepatah perkataan terlantun dari dua ulas bibir ini. Wanita yang cukup ku rindu
sedang tersenyum sambil mengangguk perlahan dan Qalisya juga ada di situ.
Amsyar ku dapatkan lalu ku letakkan diri itu ke lantai berlari mendapatkan
kakaknya, Qalisya. Tanpa sedar langkah kaki ini sudah bergerak mendekati Nia di
muka pintu.
“Nia
datang pada abang,” ucap Nia perlahan tertunduk malu.
“Sungguh?”
soal ku tidak percaya.
“Sungguh,
demi Amsyar dan Qalisya..” ujar Nia mengukir senyuman manis buat aku yang sudah
dihambat selaut kegembiraan. Aku terharu dengan kesudian Nia menerima aku ke
dalam hidupnya semula.
“Nia...
abang... abang....” aku raup wajah berkali-kali. Dalam rasa syukur ini, aku
kelu untuk menuturkan ucapan penghargaan terhadap kesudian Nia menerima diriku
kembali.
“Abang...”
kata-kata ku tersekat cuba menahan rasa sebak. Wajah ini sudah tertunduk
menekur lantai, sebak untuk menentang pandangan mata Nia yang bercahaya.
“Abang...”
aku hela nafas berat cuba mengumpul kekuatan meneruskan bicara.
“Sejak
bila abang gagap?” pertanyaan Nia mengusir segala rasa debar. Tidak semena-mena
aku hamburkan tawa. Iyalah, sejak bila Attar yang macho lagi kacak boleh gagap
sebegini! Aduh, malunya!
“Abang
nak cakap apa? Cepat, Nia sibuk ni.” aju Nia perlahan namun bersama senyuman
manis.
“Sebenarnya..
abang nak cakap yang abang sayangkan Nia!” luah ku lancar.
“Nia
tahu!”
“Aik...
mana Nia tahu ni?”
“Entah,”
Nia jungkit bahu. Tersipu malu!
“Terima
kasih sayang, abang cintakan Nia.”Akhirnya terlantun juga perkataan itu setelah
sekian lama ku pendam sendiri. Namun sudikah Nia menerima aku sebagai suaminya
buat kali kedua? Aku perlukan pengakuan darinya dan aku harus melamar wanita
sehebat Nia demi sebuah kepastian. Wajah ku panggung semula, Nia yang berada di
hadapan mata ku tatap dengan pandangan berbunga. Liur ku telan, bibir sudah
bersedia melontar bicara lalu nafas ku tarik dan ku hela penuh debaran
menggila!
“Ehem...”
aku berdehem kecil. Nia menjeling manja!
“Nur Farhanatul Nadia, sudikah awak menjadi
suri dan bidadari hidup Muhammad Fiqri Attar? Dunia dan akhirat?” aku tundukkan
wajah setelah mengucapkan kata-kata lamaran buat Nia yang sebelum ini aku
sendiri tidak pernah ucapkan pada mana-mana wanita. Hatta terhadap Nia dan
arwah Neesa sebelum ini!
Suasana
senyap, tiada sebarang reaksi yang dipamerkan oleh wanita anggun berhijab itu.
Aku panggung wajah mencari wajah Nia, ada senyuman yang tersungging.
“Itu
je?” soal Nia seakan-akan tidak puas hati.
“Ha...
errr yelah!” sahut ku lambat-lambat. Nia nak apa sebenarnya? Aku tak faham!
“Takkan
itu je?” rungut Nia bersama dahi yang berkerut.
“Habis?”
“Nia
nak bunga! Nak cincin!” luah Nia seakan-akan berjauh hati.
“Oh..
a’haa.. sorry sayang! abang terlupalah pulak, tak plan nak propose!”
“What?
Tak plan?” semakin berkerut dahi Nia tersapa di pandangan mata ini.
“Eh,
bukan macma tu maksud abang! I mean.. errr... abang nervous Ha.. abang
nervous!!” aju ku lambat-lambat. Mencari alasan kukuh!
“Nia
nak bunga!” ucap Nia tegas. Aik, garangnya dia!
“Betul
nak bunga?” soal ku bersama senyuman menggoda.
“Yes,
nak bunga!” ulang Nia bertegas.
“Bunga
eh? Sekejap ya!” aku atur kaki keluar dari kamar. Mendapatkan apa yang Nia
mahukan. Lima minit kemudian, aku hampiri Nia.
“Tara....
bunga untuk Nia! So macam mana? Terima tak lamaran abang?” soal ku bersama hati
yang kembang berbunga-bunga. Nia memerhatikan aku tanpa lepas, tajam seperti pisau
belati yang baru diasah! Bunga segar itu masih dipegang, berkerut dahinya. Mampak
benar beratnya!
“Ini
bunga ya?” soal Nia lagi. Aku angguk, betullah yang Nia pegang tu bunga!
“Bunga
ke apa ni?”
“Bunga!”
ulang ku menyakinkan Nia. Takkan pokok bunga pun tak kenal!
“Ini
bukan bunga bang, ini pokok bunga! Abang bagi dengan pasu-pasu sekali! Perli ke
apa?” soalan Nia kedengaran seperti orang tidak puas hati. Aku tersengih, at
least aku beri dia bunga! Lebih menguntungkan, Nia dapat pokok bunga kertas
bersama pasu-pasunya sekali.
“So
macam mana? Sudi ke jadi isteri abang buat kali kedua?” aku hamburkan
pertanyaan itu. Nia pandang aku semula, sebelum dia menggangguk dan bersuara.
“Nia
sudi selagi abang sudi menerima Nia seadanya,” aku raup wajah bersama kata
syukur di atas penerimaan Nia yang sudi menerima aku kembali semula ke dalam
hidupnya dan kali ini aku bertekad tiada lagi air mata yang bakal tumpah di
pipi mungil Nur Farhanatul Nadia kerana aku tahu dirinya pernah terseksa jiwa
dan raga sepanjang empat tahun bergelar isteri ku.
“Abang
nak peluk Nia!” ungkap ku tanpa sedar namun Nia menolak bahu ku perlahan dan
diri itu berdiri sedikit menjauh menjadikan aku terpinga-pinga buat seketika.
“Abang
nampak tak pasu bunga ni?” soal Nia perlahan dan sedikit mengugut!
“Err..
nam.. nampak!” sahut ku lambat-lambat. Risau pula, tingkah lepas laku ku
dibalas dengan lesingan pasu bunga tembikar itu. Sah benjol dahi aku nanti!
“Kalau
nampak tak mengapalah, Nia keluar dulu! Tolong jaga Amsyar dan Qalisya ya!”
gumam Nia seraya tersenyum manja. Hessyy.. dia ni! jinak-jinak merpati!
****
Dalam
rasa teruja yang teramat sangat, aku dukung Amsyar manakala Qalisya pula ku
pimpin tangannya untuk turun ke tingkat bawah mendapatkan mama.
“Amsyar
tinggal dengan nenek ya, mama dah balik! Kakak Qalisya pun jangan menangis,
mama Nia datang ambil malam nanti.” ucap mama tatkala melihat aku mendukung
Amsyar dan memimpin tangan Qalisya mendekati dirinya.
“Duduk
Attar, mari minum petang!” panggil mama sambil menarik kerusi kosong untuk aku.
Amsyar dan Qalisya ku lepaskan bermain di ruang tamu lalu punggung ku labuhkan
di kerusi berhadapan mama.
“Mama,
Attar nak kahwin!” tanpa segan silu aku lontarkan keinginan hati. Mama yang
sedang meneguk milo suam tersedak, laju sahaja aku hulurkan sehelai tisu
buatnya.
“Apa
yang Attar cakapkan ni? Dengan siapa pula?” soal mama kehairanan.
“Dengan
girlfriend Attar la ma....” ucap ku
tersengih. Bahagia sungguh hati ku saat ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui
sejauh mana kegembiraan yang tersemat di hati. Ishhh... ishhh tak sabarnya!
“Siapa?”
berkerut dahi mama cuba meneka gerangan kekasih hati yang ku maksudkan.
“Orangnya
cun melecun, tip top mama!” isyarat thums up ku layangkan di hadapan wajahnya.
Mama ketawa kecil kemudian cebikan itu terhias di bibirnya.
“Attar,
jangan nak main-mainkan mama iya! Cuba terus terang dengan mama. Siapa
orangnya?” soal mama memujuk aku agar berterus terang sahaja dari bermain tarik
tali dengannya.
Seri
muka di dalam piring ku sentuh dan seketika kemudian ku bawa ke mulut lalu ku
kunyah penuh nikmat. Waktu-waktu bahagia
seperti ini, selera makan ku cukup besar. Apa sahaja di hadapan mata,
kesemuanya sedap dan bagai menepati selera ku. Aku sendiri tidak pasti adakah
hal ini di dorong oleh rasa indah yang dititip ke dalam hati ini? Atau aku
sudah mabuk cinta terhadap kasih seorang wanita bernama Nia hingga wajah itu
kerap kali berlayar di ruang mata. Dan tanpa ku pinta bayangan wanita itu sentiasa
berada di mana-mana hingga membuatkan aku tersenyum sendirian.
“Hai
mama tanya tengah tanya ni... dia boleh pula buat tak dengar ! Ni yang tersenyum-senyum ni kenapa?”
pertanyaan mama membawa aku kembali ke alam realiti. Aku mahu berterus terang
sahaja pada mama agar mama dapat merisik dan meminang Nia seperti yang
termaktub di dalam adat yang di amalkan. Aku mahu Nia merasai kemanisan di
risik dan dipinang oleh keluarga bakal suaminya kerana semua itu tidak pernah
dilalui olehnya lantaran peristiwa hitam yang menjerut kami ke alam rumah
tangga yang tidak diingini beberapa tahun yang lalu.
“Mama...
Nia dah setuju terima Attar semula, jadi Attar nak minta tolong mama risik dan
pinang Nia untuk Attar. Bolehkan mama?” ujar ku sambil anak mata tidak lepas dari
memerhatikan raut wajah itu.
“Oh
pasal Nia, mama dah lama tahu!” gumam mama bersama senyuman manisnya.
“Mama
dah lama tahu?” soal ku sedikit hairan.
“Yelah
mama dah lama tahu, Nia sayangkan Attar lagi. Amsyar pun perlukan papa dia,
jadi mama nasihatkan supaya Nia terima semula Attar.” Mama bersuara sambil
melepaskan keluhan kecil.
“Kenapa
mama mengeluh?” pertanyaan ku disambut dengan wajah kebimbangan mama.
“Mama
risau kalau-kalau Attar persiakan Nia sekali lagi. Mama tak sanggup tengok dia
bersedih,” aku angguk kepala. Dan aku tahu ramai pihak bagai tidak yakin dan
percaya aku sudah berubah dan bertekad untuk bahagiakan Nia setelah peluang
kedua ku peroleh nanti.
“Mama
tolonglah percaya pada Attar ma, Attar dah janji yang Attar takkan persiakan
Nia sekali lagi.” Gumam ku mengharap pengertian dari mama. Namun mama enggan
memberi sebarang respon.
“Mama...
tolonglah percaya,” gumam ku lagi sambil menyentuh lengannya. Mama pamer riak
tidak pedulinya. Aku harus mencuba!
“Ma...
takkan tak kesiankan Attar ma? Please pinangkan Nia untuk Attar! Please!” kali
ini aku benar-benar mengharap mama sudi membantu aku. Dan akhirnya mama
mengalah juga!
“Yelah-yelah
nanti mama uruskan semua tu. Bila Attar nak mama merisik Nia?” aku diam
sejenak, berfikir masa dan tarikh yang paling sesuai untuk mama pergi merisik
Nia.
“Ermm...
Kalau boleh malam ni mama risik Nia! esok atau lusa bertunang dan malamnya akad
nikah!” ujar ku sedikit teruja.
“Tak
perlu sanding ke apa ke... Attar nak buat yang wajib je ma, mengikut hukum
syarak!” tutur ku teruja. Mama nyata tersentak dengan patah bicara yang ku
lontar tadi.
“Attar,
agak-agaklah nak! Mana sempat mama nak siapkan semuanya? Ishhh... mengarut,”
mama memprotes.
“Tak
boleh ke ma? Habis berapa lama lagi Attar nak tunggu?” wajah ku sunggul.
“Sebulan!”
jawab mama pendek sambil mee goreng di kunyah perlahan.
“Hah?”
terkejut aku tatkala tempoh sebulan mama berikan untuk aku kembali bergelar
suami kepada Nia. Ah alamatnya, mati kerinduanlah aku pada Nia nanti.
“Lamanya
ma, cepatkan sikit please...” rayu ku merengek dan cuba memancing simpati mama.
“Sebulan
tu tak lama. Pejam celik, pejam celik tahu-tahu dah sampai sebulan! Sabar
sikit, tak lari gunung dikejar nak!” pesan mama bersama senyuman penuh makna.
“Gunung
memanglah tak lari mama.... ini Nia, dia ada kaki!” aku menyangkal kata-kata
mama. Wajah sudah berkerut tanda tidak berpuas hati. Mama pula memnbalas dengan
tawa kecil.
“Attar...
Attar.... sabar sikit nak! Nia dah terima Attar, Insyaallah Nia akan tunggu
Attar. Jangan takut,” gumam mama meredakan perasaan ini.
“Ala...
Attar dah tak boleh bersabar lagi.” Tanpa segan silu aku luahkan rasa hati.
“Sejak
bila anak mama ni jadi tak tahu malu? Ishhh.... dengar dek orang, tak elok!”
pesan mama bangkit lalu menuju ke arah dapur.
“Ala
ma.... Attar dah tak kisah dengan cakap-cakap orang. Apa yang Attar tahu
sekarang ni, Attar nak cepat-cepat menikah dengan Nia. Mama buat la macam mana
sekalipun asalkan Attar dapat kahwin cepat. Lagi cepat, lagi bagus!” Aku ekori
langkah mama menuju ke dapur lalu tubuh ku sandarkan di tepi kabinet.
“Ya
Allah Attar... bersabar sikit! Nia tu tak lari kemana!” mama sedikit geram
dengan karenah ku yang kelihatan seaakan memaksa dirinya mempercepatkan urusan
perkahwinan itu.
“Attar
tak kira, nak kahwin juga!” bentak ku bagai anak teruna yang pertama kali mahu
bernikah.
“Asstaghfirullahhalazim,
Muhammad Fiqri Attar... kenapa tak menyempat sangat ni?” soal mama bersama
istghfar yang agak panjang. Aku tersengih, memang aku dah tak boleh bersabar!
Gatal mahu bernikah!
“Attar
nak kahwin ma,” adu ku perlahan namun malu-malu. Mama menjeling sekilas,
seperti meluat benar melihat reaksi spontan dari ku.
“Gedik!”
selar mama bersama senyuman.
“Ala..
tak kira! Nak kahwin juga...” ucap ku lagi. Mama ketawa bersama gelengan kecil.
**
Seiring
masa berlalu. Tempoh sebulan akhirnya kunjung tiba, aku yang semakin dihimpit
perasaan debar dan getar mula tidak senang duduk. Sesekali aku perbetulkan
samping yang terletak elok, seketika kemudian aku kemaskan pula baju melayu
bewarna putih mutiara ini berhati-hati agar tiada kedut yang terlihat nanti.
Abah masih setia menemani aku, mama pula sudah tidak kelihatan sejak petang
tadi. Mungkin menguruskan Nia dan anak-anak kami manakala Pak Deris dan Mak Mah
juga segak dalam persalinan sedondon bewarna merah hati.
Nafas
ku hela berkali-kali, namun perasaan gentar semakin kuat mencengkam! Entah di
mana harus aku mencari ketenangan yang sebegini, sudah acap kali selawat dan
istighfar ku sebut namun perasaan debar semakin kuat mengikat hati. Wajah abah
ku tenung sekali, berharap ketenangan yang dimiliki dapat dikongsi bersama aku
yang keresahan!
“Attar,
bertenang! Tak lari gunung dikejar,” pesan abah yang setia menemani aku yang
sedang gelisah. Debar dan menggeletar seluruh urat di dalam tubuh. Entah
mengapa debaran di dalam dada bertambah laju saat terpandang Tok Kadi yang
sudah bersiap sedia di atas sana. Jurugambar dan tetamu jemputan juga sudah
mengambil tempat masing-masing, kumpulan marhaban dan rakan-rakan pejabat juga
sudah memenuhi ruang yang disediakan bagi menyaksikan majlis ijab dan kabul aku
bersama Nia.
“Attar
tak kisah pasal gunung, tapi Attar kisahkan pasal Tok Kadi tu! Jantung ni pula
berdegup macam nak meletup!” gumam ku sempat lagi meninjau ke dalam Dewan
Permata. Hampir kesemua tempat sudah dipenuhi dan tepat jam sembilan malam, aku
akan bergerak masuk ke dalam dewan untuk meneruskan majlis akad nikah. Ya Allah
berdebar sungguh hati ini.
“Tenang
Attar, anak abah ni bukan tak ada pengalaman!” tambah abah cuba menenangkan
hati yang sedang tidak keruan saat ini.
“Pengalaman
dulu tak menakutkan sangat berbanding hari ni bah! Tengoklah ramai sungguh yang
datang,” ucap ku perlahan. Sepanjang hayat aku di muka bumi ini, sudah dua kali
lafaz akad nikah ku ucapkan dan ini kali ketiga ia ku sebut di hadapan tok
kadi. Namun kali ini, perasaan yang ku rasakan cukup berbeza lantaran
perkahwinan ini perkahwinan yang aku sendiri inginkan.
Jika bersama Nia buat pertama kalinya dahulu,
aku diatas kerusi roda melafazkan ijab dan qabul di sebuah surau di Port
Dickson dan ketika bersama arwah Neesa dahulu, ia adalah satu pemaksaan yang
harus aku terima dan akur! Namun kali ini aku sendiri yang memilihnya. Maka
wajarlah perasaan debar sebegini yang harus ku tanggung.
“Attar
abah ke sana dahulu, sambut tetamu. Muka tu nampak pucat!” tegur abah bersama
satu senyuman.
“Pucat?”
aku ulang semula kata-kata abah dan beliau angguk kepalanya sekali.
Perlahan-lahan ku sentuh wajah yang sudah merenek peluh.
“Takut
sangat ke Attar?” abah menyoal. Aku angguk lantaran tiada lagi bicara yang
mampu ku luahkan saat ini. Rasa seperti mahu pengsan!
“Bertenang,
mengucap banyak-banyak. Ingat Tuhan dan berdoalah agar dipermudahkan segala
kesulitan,” nasihat abah sambil menepuk bahu ku seketika.
“Insyaallah
bah,” sahut ku pendek. Akhirnya abah bergerak masuk menuju ke dalam dewan
sambil sempat lagi menghadiahkan senyuman kepada aku yang gelisah dalam debar.
“Diumumkan
ketibaan bakal pengantin lelaki masuk mengambil tempat,” suara pengacara majlis
bergema di dalam dewan dan dengan langkah berhati-hati aku mengorak langkah
masuk ke dalam dewan. Hampir kesemua mata para tetamu jemputan memerhatikan ke
arah ku saat ini membuatkan degup jantung ini betambah laju.
“Ya
Allah tenangkan hati ku,” dalam keresahan ini sempat lagi aku berdoa agar hati
ku tenang dan tidak gelabah seperti ini. Hati yang ada nama Neesa dan bakal
menempatkan Nia semula.
“Dan
diumumkan ketibaan bakal pengantin perempuan,” pasangan kepada pengacara majlis
pula melontarkan bicaranya. Aku telan liur, debar dan gentar semakin
bermaharajalela di dalam diri. Dan waktu ini, peluh jantan semakin laju
membasahi anggota badan ku.
“Ya
Allah, mana air cond ni? Dah rosak ke apa? Ke aku seorang je yang panas?” soal
ku pada diri sendiri. Aku sahaja yang merasa panas dan berpeluh dingin! Tetamu
yang lain, elok sahaja!
“Attar,
bertenang! Sabar!” Pak Deris tenang memberi nasihat. Aku anggukkan sahaja
lantas Nia bersama anak-anak kami sedang
menapak masuk menuju ke pelamin yang dihiasi bunga carnition ku perhatikan
sekilas. Aku ukir senyuman kepadanya dan dari ekor mata itu aku dapat melihat
Nia juga mencuri pandang ke arah ku. Hoho.... tak sabarnya!
“Baiklah
kalau semua dah sedia, kita mulakan majlis kita. Hal yang elok tak baik
dilengah-lengahkan,” ujar Tok Kadi yang bertugas sebagai imam masjid di kawasan
perumahan elit ini.
“Papa....”
suara Amsyar bergema kuat menghapuskan suasana hening ketika ini. Hampir kesemua
mata memerhatikan tubuh kecil yang sedang perlahan-lahan menghampiri diri ku.
“Amsyar,
pergi duduk dekat nenek,” gumam abah mengarahkan Amsyar kembali semula kepada
mama yang berada dekat di sisi bakal isteri ku itu.
“Amsyar
nak tengok papa,” bicara si kecil buat semua yang ada tersenyum. Aku yang
berdebar juga kembali senyum bila si kecil yang tidak mengerti apa-apa ini
ingin berada dekat di sisi ku. Menyaksikan lafaz akad yang bakal ku lontar
sebagai tanda mengikat kembali hubungan yang dahulunya terputus. Jika dahulu
lahirnya diri itu ke dunia, hubungan antara aku dan Nia terputus. Hari ini
dengan saksi dari mata kecilnya sendiri, aku akan kembali bersatu dengan Nia
sebagai suami isteri yang sah.
“Boleh
kita mulakan sekarang?” persoal Tok Kadi tenang.
“Boleh!”
Amsyar mencelah. Tetamu yang ada sekali lagi tersenyum mendengar tingkah nakal
dari Amsyar.
“Shhhh....
jangan bising!” papa meletakkan jari telunjuk ke arah bibir meminta Amsyar
tidak lagi bersuara. Perlahan-lahan kepala itu diangguk, aku sentuh lalu ku
gosok ubun-ubun itu sebelum kembali memperbetulkan kedudukan.
“Baiklah
kita mulakan sekarang.” Ucap Tok Kadi itu membuatkan debar ku kembali
bertandang. Nafas ku hela perlahan dan ketenangan mula ku raih semula. Tangan
ini kejap di dalam genggaman tok kadi. Dan ku akui, saat ini aku hanya berserah
kepada Tuhan agar segala urusan ini berjalan lancar. Moga-moga, aku tak gagap!
“Muhammad
Fiqri Attar Bin Fakhrudin, aku nikahkan akan dikau dengan Nur Farhanatul Nadia
binti Abdullah, berwalikan hakim dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai!”
serentak itu tangan ku digoncang agar aku melafazkan penerimaan ini.
“Aku
terima nikahnya, Nur Farhanatul Nadia Binti Abdullah dengan mas kahwinya
seratus ringgit tunai!” ucap ku dalam satu nafas.
Berwalikan
hakim, bersaksikan dua lelaki yang adil, ijab dan kabul ku berjalan dengan
lancar dan perkataan sah meniti di bibir saksi yang dilantik untuk majlis akad
nikah ini. Doa yang di ketuai oleh Tok Kadi ku aminkan syahdu dan dihujung
sana, Nia sedang menyeka air mata yang gugur saat lafaz yang ku ungkap tadi
telah mengangkat kembali dirinya menjadi isteri ku yang sah.
Sesudah
selesai mengaminkan doa, kesemua para tetamu bergerak masuk ke dalam dewan
banquet menikmati jamuan yang disediakan untuk mereka.
“Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita
mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak
pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan
mahar sebagaimana dalam sabdanya :”
Kebanyakan perempuan yang berkat
perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ).
(
Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
Comments