CINTA DI HUJUNG NODA BAB 46 & 47
Saban
hari pasti ada sahaja kunjungan Neesa, jika semalam dia datang membawa
buah-buahan lalu dipotong dan disimpan ke dalam peti sejuk. Hari ini pula dia
datang membawa makanan, kadangkala Qalisya dibawa bersama dan kadang kala
ditinggalkan sahaja. Dari Neesa juga aku ketahui keadaan Nia dan Amsyar yang
sedang membesar, dan dari Neesa juga aku mengikuti khabar mama, abah, Pak Deris
serta Mak Mah.
Seminggu
sekali, dia akan membawa aku ke hospital untuk menjalani rawatan. Setianya
Neesa buat hati ku tersentuh. Jika dahulu dialah wanita yang cukup aku cinta
sebelum kebencian menukar rasa cinta itu setelah dia berjaya menghancurkan hati
ku dahulu.... hingga menjadikan aku
tegar membelakangi agama!
Dendam
ku pada wanita bernama An Neesa akhirnya memakan diri, namun hadirnya cinta dan
kasih Nia berjaya mengembalikan aku ke pangkal jalan. Ke landasan sebenar! Dan
wujudnya keributan bawaan Neesa di tengah-tengah kebahagiaan yang ku sulam
bersama Nia, akhirnya menjadikan aku bertambah matang meniti usia.
“Attar, I
dah tak peduli dan I dah tak kisah! Apa yang I tahu, you kena ikut
kehendak I!” Neesa tiba-tiba membentak membuatkan aku senyap tidak mampu lagi
bersuara.
“You
jangan nak mengelak lagi, I dah aturkan semuanya! I dah tak mahu dengar alasan
you! Sekarang, you kena ikut kehendak I demi kebaikan semua pihak. I dah
dapatkan penderma tu, jadi you kena bersedia untuk pembedahan tu nanti. Dan
doktor dah setuju untuk jalankan pembedahan you hujung minggu ni, jangan nak
bagi alasan apa-apa lagi. I tak terima!” tegas Neesa menyuarakan kehendaknya.
Aku ketap bibir, sesekali melihat Neesa membentak seperti ini mengingatkan aku
terhadap sikapnya yang cukup tidak aku gemari.
“Hujung
minggu ni, you akan dibedah! Ingat tu!” tekan Neesa lagi.
Aku
diam sejenak, berfikir dan merencanakan setiap patah bicara Neesa. Mengapa
terlalu awal dan tergesa-gesa, sedang aku sendiri masih mampu bertahan dengan
penyakit yang sedang menular ke seluruh tubuh ini. Dan siapa pula insan yang
sudi mendermakan hatinya pada aku? Baik
sungguh manusia itu! “Jangan-jangan Neesa.....” hati ini mula membayangkan
perkara yang tidak elok.
Wajah
Neesa ku tatap lama, dan dia merenung ku tajam namun masih sudi membantu
meletakkan bantal di kepala katil untuk memudahkan aku bersandar.
“Siapa
pula yang sudi dermakan hati dia pada I? Berapa banyak you bayar pada orang
tu?” soal ku curiga. Neesa bukan sebarang orang, jika dia mahukan sesuatu pasti
akan didapatkannya juga walau dengan apa cara sekalipun. Ah Neesa, dia memang tak pernah berubah! Aku
sandarkan tubuh ke kepala katil, terasa lemah dan lesu sahaja tubuh ini. Aku
juga mudah diserang penyakit, batuk dan selsema sudah berbulan-bulan ku
deritai. Sakit dan pening-pening kepala
juga tidak dapat dibendung lagi, semuanya bagai menyerang diri ini serentak.
“Tak
payah nak curigakan I, you ni dari dulu tak pernah nak berfikiran positif
tentang I? Apa? Teruk sangat ke I ni?” marah Neesa sambil tampar kaki aku
sekali. Menyeringai aku dibuatnya! Qalisya yang sudah pandai merangkak
mendekati kaki katil lantas dipaut kuat untuk berdiri tegak. Sesekali dia
ketawa melihat aku mengagah dirinya!
“Qalisya,
sini dekat daddy.” Aku suakan tangan ke arahnya, laju sahaja dia kembali duduk
lalu merangkak laju menuju ke arah Neesa, minta dikendong! Jari jemari itu tegak
mengunjuk ke arah ku.
“
Nah ikut daddy ke.” Soal ku pada si kecil. Neesa tersenyum melihat kaletah
Qalisya lalu meletakkan si kecil itu di
sisi ku. Perlahan-lahan si kecil datang mencium pipi ini sambil ketawa senang.
Hujung jari ku pula mengusap-ngusap rambut halus milik Qalisya, lalu ubun-ubun
itu ku kucup mesra. Terpujuk hati ku buat seketika, terlerai rindu ku pada
Amsyar walaupun bukan dia yang ku sentuh kala ini.
“Ha,
I tanya ni... teruk sangat ke I pada pandangan mata you?” pertanyaan Neesa
berjaya mengusir lamunan yang
berterbangan ke rumah agam mama. Menghapuskan ingatan ku pada Nia dan anak
kami.
“Apa
you cakap tadi?” soal ku menguntum senyuman.
“You
ni... penat tahu! I cakap kuat-kuat, you boleh tak dengar?” mulut Neesa sudah
bising menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Ah, dia sudah mula membebel!
“Ala...
I tak dengar tadi!” ucap ku seraya menghambur tawa saat melihat kerut di
dahinya. Beriya-iya benar!
“Tengok
tu.. buat penat je I cakap!” gerutu Neesa lagi.
“Okey..okey...
ulang semula! I dengar!” pujuk ku mahu Neesa menghentikan bebelannya. Bebelan
yang mampu membuatkan aku keras kejung dan panas telinga!
“I
tanya you... I ni teruk sangat ke?” ucap
Neesa satu persatu. Sejurus itu tawa ku meledak kuat! Neesa menjeling tajam!
“Sorry..
sorry! Actually, you taklah teruk.... tapi
kadang-kadang tu memang you nampak teruk!” gumam ku sengaja membuatkan Neesa
yang sudah banyak berubah ini sedikit terusik.
“I
ikhlas berubah, takkan you tak pernah nampak? Takkan you tak boleh nilai dan perasan tentang perubahan I ni
Attar? You, memang sengaja buat I marah kan!” tempelak Neesa membuatkan aku
ketawa besar.
“Apa
gelak-gelak?” dia tampar kaki aku sekali lagi sambil menghenyakkan tubuhnya di
birai katil. “Ouchhh, sakit!” hambur ku terkejut dengan reaksi Neesa. Nasib tak
patah tulang betis ku ini!
“Sorry!”
ujar Neesa cemas.
“I
okay,” gumam ku meredakan cemas Neesa.
“You
marah?” soal ku tidak lama kemudian. Dia menggeleng, namun tidak lama kemudian
dia mengangguk pula. Ishh yang mana satu ni? Marah ke tidak?
“I
guraulah Neesa, you ni cepat sangat berkecil hati! Patutlah muka you berkedut
sana sini!” tutur kata ku kali ini benar-benar membuatkan Neesa naik angin.
“You
ni cakap tu asyik nak kenakan I je, you sakitkan? So better you berehat,
Qalisya... sini ikut mama.” Ujar Neesa
sambil sua tangan ke arah Qalisya namun bayi perempuan berusia sepuluh bulan
ini masih enggan berganjak. Bahkan semakin erat memeluk tubuh ku dan enggan
melepaskan dakapannya pada tubuh daddynya.
“Qalisya,
sinilah dekat mama. Daddy nak berehat sayang,” pujuk Neesa sambil cuba
mendukung Qalisya namun bayi ini masih enggan berganjak bahkan merengek
perlahan. Meminta simpati ku agar mamanya tidak membawa dia jauh dari pelukan
ku.
“Biarlah
Qalisya pada I,” gumam ku buat Neesa mencebik.
“Tu
la... you ni asyik manjakan sangat Qalisya, apa yang I cakap dia buat tak tahu
je.” Rungut Neesa sedikit terasa bila aku menyebelahi si kecil ini.
“Itu
pun you nak terasa hati? Qalisya kan masih baby. Memang perlu dimanja... ke you cemburu bila dia lebih rapat dengan
I?” tebak ku buat Neesa menjeling tajam. Kening pula sengaja ku jungkit tinggi.
Namun reaksi Neesa dingin sahaja, bahkan dia membuang pandang ke arah lain.
“Maknanya
memang betullah you cemburukan I? Kan?” tanya ku sekali lagi.
Neesa pamer riak bersahaja namun ada riak kecewa di raut wajahnya itu.
Neesa pamer riak bersahaja namun ada riak kecewa di raut wajahnya itu.
“Janganlah
merajuk, you kena faham I. Hidup I tak lama.” Aju ku perlahan memujuk dirinya.
Aku mahu Neesa sedar, bahawasanya peluang untuk aku bermesra dengan anak-anak
ku semakin terbatas.
“Attar,
apa yang you cakapkan ni? I tak suka you cakap macam tu!” protes Neesa
perlahan.
“Neesa,
I tak tahu bila I akan mati.... so masa yang ada ni I nak habiskan bersama
Qalisya dan Amsyar. Tapi I tahu, tak mungkin I dapat jumpa Amsyar!! Jadi, hanya
Qalisya yang I ada, hanya dia yang I ada untuk lepaskan rindu I pada Amsyar.”
Ucap ku bersama getar dihujung bicara.
“Shhhh....
tolonglah Attar! I tak suka you asyik sebut soal mati! Hidup dan mati tu atas
kehendak Allah, manusia cuma maramalkan! Tak ada kuasa untuk tentukan bila
seseorang tu dijemput pulang! You kena ingat tu!” ujar Neesa tegas.
“Maafkan
I,” luah ku bersama keluhan. Qalisya senyap memerhatikan ayah dan ibunya yang
sedang bertegang urat.
“It
is okay, Attar! I tak suka you sebut tentang mati. I nak you kuat dan
bertahan!” gumam Neesa kembali berlembut. Dia merapati aku lalu menguntum
senyum. “You rehatlah iya, I nak bawa Qalisya balik.” Ucap Neesa lagi. Aku
hanya mengangguk dan memberi izin! Lalu senyuman ku simpul buatnya!
“Qalisya,
ke sini ikut mama. Bagi daddy rehat dulu,” jari jemari itu disentuh namun
Qalisya menepis perlahan bahkan semakin mengerat pelukannya di tubuh ini.
“Qalisya, sini dekat mama sayang...” pujuk Neesa berusaha meleraikan pelukan si kecil ini. Rengekan itu menerpa halwa telinga ku.
“Hei
sayang daddy... kenapa ni? Pergi ikut
mama, tengokkan adik sekali!” pujuk ku sambil hmengucup kedua belah pipi montel
itu berkali-kali. Dengan tiba-tiba, hati ini dipagut sebak apabila mengingatkan
Amsyar yang baru sahaja berusia tiga bulan. Entah bagaimana rupa si kecil itu
pada usia sebegitu? Serupa aku atau sama seperti Nia? Tidak sabar untuk melihat
namun aku harus sedar diri, keduanya telah berada jauh. Jauh dari lelaki ini!
“Attar,”
seru Neesa sebaik melihat aku diam tidak bersuara. Perlahan-lahan, tubir mata
yang memberat ku seka dengan hujung jari. Pandangan ku hala ke arah lain.
“Attar,
I tahu you sedih...” ucap Neesa seakan-akan mengerti kerinduan yang semakin
sarat. Yang tidak mampu ku tanggung lagi!
“You
nak apa? I akan cuba dapatkan untuk you!” Neesa menyentuh lengan ku seraya
mengusap lembut.
“I
akan cuba dapatkan untuk you! I janji,” gumamnya cuba menyakinkan aku. Aku
kuntum senyum walaupun senyuman ini sudah hilang serinya.
“I
tak mahu apa-apa!” tutur ku bersahaja. Cuba mengusir rasa sebak yang bertamu.
“Cakaplah,
I akan cuba dapatkan untuk you. Betul... I janji!” Neesa bersungguh-sungguh.
Namun aku menggeleng lemah!
“I
cuma nak tahu sesuatu...” akhirnya bibir ini meluahkan rasa yang terbuku di
hati. Neesa menanti dengan penuh sabar!
“Tentang
apa?” Neesa menyoal pendek. Qalisya yang masih melekat di dalam pelukan ku
disentuh penuh kelembutan.
“Amsyar,
dia sihat?” soal ku lirih tanpa sedar wajah ku juga mendung. Neesa yang sedang berusaha meleraikan Qalisya
dari memeluk erat tubuh ku juga menghentikan tingkahnya. Diam diam sejenak, dan
wajah itu turut keruh bagai menyembunyikan sesuatu.
“Amsyar?
Apa yang I tahu baby you sihat cuma...” Neesa lepaskan keluhan kecil. Wajahnya
dipalingkan ke kiri, senyap tidak bersuara.
“Cuma apa Neesa?” aku yang bersandar kembali menegakkan tubuh sambil membiarkan Qalisya mengelus-ngelus leher ku.
“Cuma apa Neesa?” aku yang bersandar kembali menegakkan tubuh sambil membiarkan Qalisya mengelus-ngelus leher ku.
“Cuma...
Neesa dan Aiman akan..” sekali lagi Neesa hentikan bicaranya.
“Akan
apa?” soal ku tidak sabar. Tidak mahu menunggu dan membiarkan Neesa membuatkan
aku terus tertanya-tanya.
“Dia
akan berkahwin dengan Aiman!” tutur Neesa perlahan dan aku lihat dia palingkan
wajahnya ke luar tingkap. Aku hela nafas bagai cuba melepaskan rasa yang sukar
ku mengertikan!
Tentang
perasaan, aku tahu aku tidak berhak untuk menentang hubungan Nia dan Aiman,
namun aku juga tidak sanggup untuk menyaksikan keduanya bersatu. Wajah ku raup
lama, mengumpul sedikit kekuatan.
“I
tak tahu sejauh mana hubungan Aiman dan Nia, tapi dari apa yang I tengok... Amsyar juga menerima dan mesra dengan Aiman! I
risau kalau-kalau Aiman sengaja permainkan perasaan Nia.” Gumam Neesa sambil
memperbetulkan selimut yang menutupi sebahagian kaki ku ini.
“Apa
pendapat you tentang Aiman?” tiba-tiba Neesa menyoal. Aku ukir senyuman
walaupun hati ku terguris dengan berita yang disampaikan.
“Aiman
seorang lelaki yang sesuai untuk berganding dengan Nia! Berakhlak, pandai
menghormati orang tua. Bijak menjaga diri dan paling penting dia mempunyai
didikan agama yang sempurna!” tegas ku bersama senyuman. Senyuman untuk
menutupi luka di hati sendiri.
“Tak
mungkin Aiman persia-siakan Nia! I tahu dia cintakan Nia. I yakin, dia mampu
menyayangi Nia dan anak I sebaik mungkin! Sekurang-kurangnya, ada juga yang
akan jaga Nia nanti.” Tutur ku disambut senyuman sumbing dari Neesa. Sesekali
dia ketawa sinis sambil menggeleng kepalanya berkali.
“You
sanggup biarkan Nia bersama Aiman?” soal Neesa perlahan. Menebak rasa yang
bermain di hati ku. Sejujurnya aku tidak sanggup, namun hakikat sudah tersurat!
Nia bukan lagi milik ku! Dia bebas untuk bersama sesiapa sahaja yang
disukainya!
“You
sanggup tengok anak you tak kenal siapa daddynya? You sanggup biarkan insan
yang you sayang, jatuh pada tangan lelaki lain? Common la Attar, you lemah sangat! Sepatutnya you lawan penyakit
you, bukan mengalah macam ni!” Neesa bangkit sambil mengorak langkah mendekati
jendela. Langsir yang terbang bebas ditarik lalu disimpul rapi. Sesudah itu,
Neesa kembali semula ke birai katil sambil memerhatikan Qalisya yang sudah
terlena di dalam pelukan ku.
“I
pun dah tak ada harapan untuk hidup Neesa, untuk apa I pertahankan semuanya?
Dan lagi satu, I dah putus asa! I dah tak mampu, sekurang-kurangnya nasib Nia
dan Amsyar akan terbela bersama Aiman!” tegas ku memberi alasan mengapa aku
tekad melepaskan Nia suatu ketika dahulu.
“You
yakin dan pasti Amsyar dan Nia akan bahagia?
Terjamin dan terbela pada tangan lelaki lain? You yakin?” pertanyaan Neesa buat
nafas ku terhenti seketika. Yakinkah aku pada Aiman untuk menjaga dan membela
nasib keduanya nanti?
“You
yakin?” sekali lagi Neesa menyoal dan perlahan-lahan kepala ku angguk lemah.
“Baguslah
kalau you fikir macam tu, you yang I kenal memang mudah mengalah dan berserah.
You tak sesuai jadi ketua keluarga andai mudah melepaskan sesuatu hanya kerana
halangan sebegini!” luah Neesa kedengaran kesal.
“Common Attar, you dah ada anak dan
pernah beristeri dua! Dan you sepatutnya memikirkan sebaik-baik cara untuk
menyelesaikan masalah bukan menanggung masalah bersendirian hingga membuatkan
semua orang tersalah anggap!” tegas suara Neesa buat aku terkedu dan terkaku
sendiri.
“Sudahlah
Attar, tak perlu fikirkan hal Nia dan Aiman lagi! You sudah terlambat! Mungkin
Nia dah bersetuju untuk terima Aiman, dia pun pernah mengaku pada I yang dia
sukakan Aiman!” saat Neesa tuturkan segalanya, aku rasa dunia ini kelam dan hati
pula seakan digores dengan belati tajam! Sakit dan pedih!
“You
dah terlambat Attar!” ulang Neesa tersenyum sinis. Aku panggung wajah mencari
raut wajahnya, Neesa melarikan pandangan!
“Betul
ke apa yang you cakapkan ni, Neesa?” soal ku dalam rasa terkejut yang masih
belum hilang.
“Mestilah,
dia sendiri yang beritahu pada I!” Aku raup wajah bila Neesa khabarkan hal itu.
Sakitnya sukar ku gambarkan, hancur dan luluhnya hati ini membuatkan jiwa ku
sebak dan pilu. Begitu mudah Nia melupakan aku, lalu menyambut cinta dari
lelaki bernama Aiman. Benarlah aku ikhlas meninggalkannya dahulu, jika aku
pasrah dan redha mengapa perasaan ini yang harus ku hadap lagi. Tapak tangan ku
bawa ke dada, merasa denyut jantung yang semakin lemah! Selemah keinginan ku
untuk terus bertahan!
“Attar, you ni kenapa?” sola Neesa cemas. Aku
angkat wajah seketika.
“I
okay,” tutur ku menyembunyikan sebak.
“Tak
payah nak sedih, doakan Nia bahagia! Dan kalau boleh doakan dia dapat anak yang
comel-comel macam Aiman!” tokok Neesa lagi sambil memicit-micit kaki aku yang
terasa lenguh dan sengal-sengal.
“You
yang ceraikan dia, sekarang you nak sedih kenapa pulak?” soal Neesa bagai dapat
menghidu sekeping hati yang telah hancur berkecai. Retak dan berderai!
“I
bukan sedih, cuma I rasa sedih sebab mungkin I tak berpeluang nak datang ke
majlis mereka nanti!” tutur ku membohongi Neesa.
“Yelah
tu Attar, you ingat... I tak tahu yang
you jelous. Kan? Tak payah nak ego sangat boleh tak?” soal Neesa menekan
sedikit suaranya pada ayat terakhir. Tahu-tahu sahaja Neesa tentang perasaan
aku.
“Kalau
you sayangkan Nia, you rebutlah dia! Bukan you buat muka sememeh macam ni!
Orang gila pun tak selera tengok you macam ni!” tambah Neesa sengaja membuatkan
aku mencebik lalu menyimpul senyuman dengan komennya terhadap penampilan ku
yang tidak terjaga sejak akhir-akhir ini.
“Bersedia
okey, hunjung minggu ni you wajib masuk bilik bedah! I tak kira!” tegas Neesa
sekali lagi. Mengingatkan aku tentang pembedahan itu nanti!
“Oh
okey! Cuma I nak tahu.... siapa yang sudi dermakan hati dia tu? Selagi I tak
tahu, selagi tu I tak setuju!” aku bertegas dengan Neesa. Dia mencebik!
“You
jangan nak degil ya, I tumbuk you karang! Penat-penat I uruskan semuanya, you
banyak alasan pulak! Nampak penumbuk ni?” Neesa kepal penumbuknya tepat di
hadapan mata ku. Biar betul dengan Neesa ni, sejak bila pulak dia jadi gangster?
“Ala
penumbuk you bukan besar mana pun! Besar lagi penumbuk I!” aku melawan
kata-kata Neesa. Cebikan Neesa buat aku tersenyum walau aku tahu senyuman yang
tersungging di bibir ini hanyalah satu senyuman untuk menutup duka di hati.
Duka mendengar Nia akan bersama lelaki lain iaitu Aiman.
“Yelah
you kan suka tampar I!” Neesa bersuara lirih.
“I’m
so sorry Neesa, dulu I tak matang! Tak tahu cara yang sepatutnya mendidik
isteri! I pun jahil agama!” pujuk ku berharap Neesa sudi memaafkan ketelanjuran
tingkah ku dahulu.
“I
dah maafkan you, tapi dengan syarat you kena setuju untuk pembedahan ni. Please
Attar, demi Qalisya.. I.. and semua yang sayangkan you!” gumam Neesa sambil
tertunduk. Harapannya terlalu tinggi agar aku bersetuju sahaja dengan apa yang
diusahakan.
“Neesa,
thanks.... I hargai semua susah payah you! Thanks sekali lagi,” kata-kata
penghargaan itu ku hamburkan padanya.
“It’s
okey Attar, I nak balik ni. You jaga diri ya, kalau ada apa-apa yang you perlukan..
just call I. I akan cuba penuhinya,” Qalisya yang sudah tertidur diraih ke
dalam pelukannya. Aku angguk sambil sekali lagi mengukir senyuman, berharap
Neesa tidak terlalu gusar tentang keadaan aku yang tinggal keseorangan di sini.
“You
jangan nak buat bukan-bukan pulak, makan ubat ikut masa... tidur cukup-cukup
dan lagi satu, esok I datang! I nak you siap-siap, kita jalan-jalan dengan
Qalisya and Amsyar sekali. You tak
sabar nak jumpa Amsyar kan, esok I bawak dia. Pandai-pandailah I kelentong mama
nanti!” sengihan Neesa buat aku ketawa kecil. Senang dan lega sedikit hati ku
bila Neesa berkata sebegitu. Sekurang-kurangnya terubat rindu ku pada Amsyar walau
ibu kepada anak ku bukan lagi milik ku. Sejujurnya, aku rela Aiman menyulam
cinta bersama Nia andai cinta lelaki itu bakal membawa Nia bahagia hingga ke
jannah. Aku redha!
“I
balik iya,” gumam Neesa sudah tegak berdiri sambil mengendong Qalisya yang
sedang tidur.
“Sebelum you balik, bila you nak tidur sini
lagi?” soal ku buat Neesa tersenyum.
“I
ingatkan, you dah tak sudi nak izinkan I bermalam di rumah you ni?” tawa Neesa
mengakhiri pertanyaannya. Aku menggeleng sekali, Neesa semakin nakal sejak
akhir-akhri ini!
“You
kan isteri I,” gumam ku perlahan menutup rasa malu yang hadir angakara
melafazkan penagkuan itu.
“Memanglah
I ni isteri you, tapi you ni degil! Bila I suruh makan ubat, macam-macam alasan
yang you beri! Pahit la... masam la... kelatlah! Macam-macam! Mengalahkan budak
kecil aje. Macam mana I tak bising?” bebel Neesa sambil menjeling ke arah ku.
“Yelah-yelah,
I dah dengar minggu lepas! Sekarang, you dah boleh balik.” Aju ku berharap
Neesa segera berlalu pergi. Pedih telinga apabila mendengar bebelan Neesa.
Boleh tahan juga lamanya!
“You
kan.... hiiiiii....!” marah Neesa ku sambut dengan tawa kecil.
“Malas
I cakap dengan you, jom kita balik!” ujar Neesa pada Qalisya yang masih terlena
dibahunya.
“Drive
carefully ya Neesa, take care.” Pesan ku disambut anggukan darinya. Beg tangan
digapai, lalu dia melambai ke arah ku sebelum hilang disebalik pintu utama.
BAB
47
“Neesa,
mana you? Lambatnya, penat dah I tunggu!” I-phone ku lekapkan di telinga sambil
mendengar celoteh Neesa di hujung talian sana.
“I
nak datang ni, tapi....” suara Neesa terhenti seketika.
“Tapi
apa?” soal ku sambil menyelak rambut yang semakin panjang menutupi dahi.
“Tapi
Nia pun ada juga, dia datang dengan Aiman!” dengar sahaja nama Nia dan Aiman
meniti di bibir Neesa, semangat ku jatuh merudum hingga terasa ada batu
menghempap batang tubuh yang kerdil ini. Ah kenapa dia harus berada sama!
“Boleh
ke kalau diorang join kita sekali?” aku diam sejenak. Berfikir dan merencanakan
tindakan yang harus ku ambil.
“Boleh
ke tak? Kalau tak boleh, I tak bawa mereka sekali.” Tambah Neesa masih di atas
talian.
“Attar...
you dengar ke tidak apa yang I cakapkan ni?” aku masih membisu. “Hello...
Attar! Attar!” jerit Neesa kedengaran nyaring. Hampir-hampir sahaja I-phone
terlepas dari pegangan tangan.
“Hmmm
hello .. ya.. ya! I dengar Neesa, jangan menjerit! Sakit telinga I!” rungut ku
perlahan.
“So,
macam mana ni?”
“Ikut
you la... I tak kisah!” tutur ku malas
ambil pusing tentang Aiman. Tetapi bila nama Nia meniti di bibir, serentak itu..
hati ini bergetar sendiri. Sediakah aku untuk bertemu Nia setelah apa yang
berlaku dahulu.
“Okey,
yang you senyap dari tadi kenapa? We all dekat belakang you, pandang sini!”
arah Neesa lagi. Lantas aku pusingkan tubuh perlahan-lahan dan wajah Nia yang
berniqab pertama singgah ke pandangan mata ku. Renungan dan pandangan itu redup
dan tidak lagi bercahaya, tubuh itu sedikit kurus dan susut. Talian ku putuskan
tanpa sedar.
“Attar,
sinilah join kami!” seketika aku
tersentak bila laungan Neesa kedengaran kuat diiringi senyuman manisnya. Aku
angguk sambil cuba mengukir senyum yang terlalu payah untuk ku pahat di bibir
ini. Mama dan abah juga turut ada bersama, untuk apa aku berkumpul sekali lagi
selepas aku diusir dahulu. Tidakkah mama marah pada aku yang disangka telah
kembali ke jalan hitam nan kelam itu?
“Ah
mama, Attar rindukan mama! Attar rindukan abah! Ma.. abah.... Attar sakit ni!
Anak mama sakit.. Attar perlukan mama.” Hati ini merintih dengan tiba-tiba.
Mahu mengadu dan masih mengharapkan kasih sayang mereka.
“Attar,
cepat la...” panggil Neesa lagi. Aku hampiri tubuh itu perlahan-lahan. Rasa
hiba ni cuba ku usir jauh.
“Cepatlah,”
gamit Neesa tidak sabar.
“You
kata you baru nak datang, alih-alih dah terpacak di sini dengan mama dan abah.
Semuanya ada pula tu, you ni....” rungut ku perlahan berbisik di telinga Neesa.
Berusaha menutup perasaan pilu yang datang menjengah!
“Mana
I tahu, mereka semua nak ikut! Apa lagi alasan yang I nak beri.” Jawab Neesa turut
berbisik membalas pertanyaan ku tadi.
“Habis tu takkan you tak nak tegur mama dan
abah? Pergilah salam ke apa ke....” arah Neesa membuatkan aku berbelah bahagi.
Terus berada di sini atau pulang sahaja ke rumah?
“Nak
salam ke tidak?” bibir ini menyoal perlahan. Mata masih membuntang ke arah
mereka semua.
“Salam
ke tidak?” aku masih berbicara sesama sendiri.
“Ehem...
you ni..” tegur Neesa bersahaja. Aku memandangnya sekilas, ada senyuman kecil
yang terbias di pinggir bibir itu!
“Attar
pergilah salam mak bapak you tu?” Perut ku disiku sekali.
“Ouchh..
you ni sakit perut I!” gerutu ku perlahan.
“Apa
yang you tunggu lagi? Pergilah,” suruh Neesa sambil memuncung ke arah mama dan
abah yang berdiri di bawah pohon kelapa.
“Pergilah,”
ucap Neesa perlahan. Dia tahu aku berat untuk melangkah mendapatlan mereka
semua, namun aku tahu dia juga sedang berusaha untuk memulihkan hubungan aku
dan ibu bapa ku.
“Pergilah
Attar, you anak mereka. Berbaiklah semula, sebelum semuanya terlambat.” Gumam
Neesa lagi. Suaranya cukup lembut memujuk, dan aku menancap raut wajahnya.
Untuk seketika dia mengangguk sekali, persis meminta aku menurut kehendaknya
itu! Perlahan-lahan langkah kaki ku atur mendekati kedua-duanya.
“Mama,
abah.. apa khabar? Sihat?” soal ku sambil angkat tangan untuk berjabat. Namun
mama mengelak, abah pula menegur perbuatan mama yang masih bersikap dingin.
Sangka ku mama sudah menerima aku, namun sangkaan itu meleset sama sekali. Mama
masih marah! Masih berang pada tingkah tidak bertanggungjawab dari ku.
“Neesa,
kenapa bawa mama ke sini? Mama nak baliklah!” tutur mama kedengaran merungut
tidak puas hati! Neesa dijeling tajam.
“Sorry
ma,” balas Neesa pendek. Nia senyap tanpa suara, dan Aiman pula hanya
mempamerkan riak bersahaja. Aku rasa terpukul dengan reaksi mereka semua.
“Mama
nak balik!” gerutu mama ternyata tidak puas hati melihat aku turut berada di
sini. Berada di tengah-tengah kebahagian mereka semua!
“Sherry,
kenapa buat macam ni? Kita baru sampaikan, Amsyar dan Qalisya pun belum sempat
nak mandi air laut ni. Tolong jangan buat perangai,” nasihat abah bernada
perlahan namun tegas menyapa pendengaran kami semua. Aku kakukan diri,
sejujurnya aku tiada kudrat membuang rasa benci di hati mama. Entah mengapa,
perasaan hiba ini kembali singgah ke hati. Tidak semena-mena, tubir ini terasa
hangat!
“Tapi
Sherry tak nak ke sini kalau ini yang Sherry kena tengok. Kena hadap!” gumam
mama tampak tidak senang dengan kehadiran ku. Ternyata, segala bicara mama
bagaikan membunuh hayat ku sedikit demi sedikit. Aku sebak!
“Pasal
Attar?” tebak abah perlahan.
“Ya!”
angguk mama sekali.
“Biarlah
dia ke sini, Attar tu anak kita jugak Sherry. Amsyar tu cucu kita dan jangan
lupa yang Attar ni ayah kandung cucu kita. Jadi beri masa untuk Attar dengan
Amsyar bermesra, mereka ada hak!” hambur abah penuh ketegasan hingga membuatkan
mama terdiam tidak lagi bersuara. Aku hela nafas sambil memerhatikan Amsyar di
atas pangkuan Nia. Aiman turut berada di sisi Nia, hanya Qalisya dibiarkan
bebas merangkak di atas tikar yang sudah terhampar.
“Ma..
boleh ya, kesian pada Attar ma!” sampuk Neesa memujuk hati mama yang keras.
“Neesa
yang bawa dia ke sini?” soal mama bernada kecewa.
“Ya
ma.. memang Neesa bercadang jumpa Attar di sini!” aju Neesa mengakui kebenaran
yang tersurat.
“Kenapa?”
soal mama lagi.
“Nanti
mama akan faham juga, Neesa buat semua ni untuk kebaikan semua orang.” Ujar
Neesa cuba menyembunyikan hakikat yang terpaksa ku tanggung bersendirian.
“Mama
tak faham Neesa,” ucap mama seraya memanggung wajah menancap raut wajah Neesa.
Sesekali mama mengerling ke arah ku, rasa sebak itu hadir sekali lagi. Hadir
tanpa pinta ku. Rasa rinduku pada mama, bagaikan rasa yang tidak mampu ku
ungkapkan lagi. Ingin sahaja ku peluk dan ku sujud ke kakinya. Mahu sahaja aku
luahkan segala penderitaan yang sekian lama ku tanggung bersendirian! Agar
sedikit sisa simpati mama membawa seribu
kekuatan untuk aku terus bertahan meniti sisa-sisa hidup. Ingin ku pohon sejuta
kemaafan darinya! Ingin ku ungkap kata, bahasanya aku amat menyayangi dirinya!
Namun aku tidak terdaya, aku tidak mampu melakukan semua itu! Ya Allah,
sakitnya perasaan rindu ini! Sakitnya perasaan derita ini!
“Tak
mengapalah, Attar balik dulu!” ucap ku setelah menyedari aku tidak mampu
berdiri di hadapan kebencian ibu sendiri. Aku tahu, aku tidak sepatutnya muncul
di saat mereka semua telah melupakan aku. Di saat bahagia sedang bersinar
menerangi kelam masa silam!
Tanpa
berlengah, langkah kaki ini ku atur tanpa sempat mereka bersuara. Aku mahu
pergi dari sini! Sejauh-jauhnya, biar kepedihan ini ku tanggung bersendirian!
“Tunggu
Attar!” sapa abah dari jauh. Aku hentikan langkah, kaku diri ini bila bicara
itu menyapa pendengaran. Ya Allah, kenapa aku merindui mereka semua? Kenapa aku
lemah bila mereka berada di hadapan mata ku. Kuatkan aku Ya Allah. Tiupkan
semangat itu kepada aku! Agar aku akan terus bertabah menghadapi semuanya!
“Tunggu
Attar, tunggu dulu!” aku tahan air mata yang bergenang. Ku seka agar abah tidak
menyedarinya.
“Kenapa
pergi, kenapa tak bersama-sama abah dan mama? Tak rindu abah?” soal abah
perlahan. Penuh kelembutan, penuh kasih sayang.
“Tak
rindu pada mama?” soalan itu pula menyusul. Aku hanya mendiamkan diri, jawapan
itu jawapan yang pasti daripada semua anak di dunia ini. Menyayangi dan menyintai ibu bapa yang
membawa setiap anak mengenal apa itu dunia!
“Kalau
rasa rindu, mari luangkan masa bersama mama dan abah! Dan abah yakin, Attar
pasti rindukan Amsyar! Mungkin juga pada Nia.” ucap abah sebaik diri itu
menghampiri ku. Terasa bahu ini disentuh perlahan, dan aku menoleh ke bila abah
sudah berdiri dekat di sisi ku.
“Pergilah,
cari bahagia Attar! Jangan sia-siakan peluang yang ada.” Ucap abah sejurus itu.
Aku hanya mengangguk, kebaikan dan kehebatan abah amat-amat aku kagumi. Dia
cukup memahami diri ku!
“Pergilah
Attar, tentang mama jangan Attar ambil hati! Biasalah, mama masih marah! Bila
dah sejuk nanti.. Attar datang minta maaf! Hati orang perempuan ni lembut,
mesti mama maafkan!” ujar abah lagi. Meniupkan kata-kata semangat.
“Terima
kasih abah,” ucap ku bersama pandangan berkaca-kaca. Segera wajah ini ku
tundukkan. Tidak mahu abah mengesan kesedihan yang sedang bermukin di pinggir
hati.
“Pergilah,
Attar! Luangkan masa bersama Amsyar.” Suruh abah lagi. aku mengangguk lalu
mengorak langkah mendekati Amsyar. Satu-satunya zuriat dari darah daging ku
sendiri.
“Boleh
I dukung Amsyar?” pinta ku perlahan. Nia senyap membungkam diri, dan Neesa yang
menjadi pemerhati segera memainkan peranan.
“Nia,
pinjam Amsyar sekejap! I nak bagi Attar pegang baby dia, you tak marahkan?”
soal Neesa sambil cuba memangku bayi lelaki itu untuk di serahkan kepada aku.
“Ermm
ambillah! Semoga Amsyar kenal siapa ayah dia.” ujar Nia perlahan namun penuh makna yang
tersirat. Aku tahu, Nia sama sekali tidak akan memisahkan aku dan anak kandung
ku sendiri! Dia manusia yang penuh ilmu agama, dia insan yang terpelajar! Dan
tidak mungkin melakukan sesuatu diluar tegahan agama!
“Attar,
nah.. anak you!” ujar Neesa seraya mendekatkan Amsyar ke arah aku. Tanpa
berlengah, aku sambut Amsyar ke dalam pelukan. Ternyata bayi kecil ini masih
tidak mengerti apa-apa, senyuman dan rengek Amsyar cukup menyentuh naluri
kebapaan aku. Rasa bahagia memangku zuriat dari darah daging sendiri memenuhi
segenap ruang hati yang sebelum ini kosong! Perasaan ini sukar ku gambarkan
dengan kata-kata. Apatah lagi ini merupakan kali kedua aku memangku Amsyar
setelah tiga bulan berlalu. Rasa bahagia yang ku rasakan saat ini membuatkan
aku terleka dari terus menghitung hari-hari yang bersisa.
Dalam
kelekaan aku melayani karenah Amsyar, bicara Neesa membawa diri ku kembali ke
dunia realiti.
“Attar,
I nak main bola tampar. Tolong tengokkan Qalisya ya, dan Nia tolong buatkan
susu untuk Qalisya kalau-kalau dia merengek. Boleh kan?” ucap Neesa yang sudah
bersedia bersama sebiji bola. Abah dan mama sudah ke pantai, Aiman pula sedang
mengatur langkah menuju ke arah gelanggang bola tampar berdekatan pantai. Hanya
Neesa yang sedang berkira-kira untuk berlalu pergi.
“Jangan
risau, you pergilah Neesa. I akan jaga Qalisya.” ucap Nia membalas pertanyaan
Neesa. Aku hanya mendiamkan diri, memerhatikan keduanya tanpa lepas.
“Okey,
thank you!” Neesa bangkit lantas berlari
anak menuju ke pantai tempat di mana kesemuanya sudah sedia menunggu. Dari
kejauhan, aku lihat mama dan abah sudah mengambil tempat untuk berentap
menentang Neesa dan Aiman. Tanpa sedar, senyuman terukir di pinggir bibir.
Mereka nampak bahagia!
Seketika
kemudian, aku kalihkan pandangan ke arah Nia. Ada sesuatu yang ingin ku ucapkan
dan ingin ku sampaikan kepadanya. Tentang perasaan dan isi hati ini! Aku mahu
memohon sebuah kemaafan dari Nia, mungkin usia ku tidak lama. Dan mungkin juga
aku sudah kesuntukan waktu! Kesempatan ini harus ku manfaatkan sepenuhnya!
Ya,
Allah kuatkan hati ku untuk berhadapan insan yang paling aku cinta! Tanpa ku
minta, perasaan sebak mula merentap-rentap tangkai hati ini. Aku palingkan
wajah lalu nafas ku hela perlahan. Pandangan ku tebarkan ke tengah lautan yang membiru.
Mengumpul semangat dan kekuatan untuk meneruskan bicara.
“Nia,”
seru ku perlahan.
“Iya,”
Nia mengangkat wajahnya seraya menyahut lemah. Seketika kemudian dia jatuhkan
semula pandangan ke arah Amsyar yang sedang berbaring di ribaan ku.
“Maafkan abang, Nia!” itu ayat pertama yang ku
ungkapkan tatkala bersama Nia. Suasana kembali sepi, hanya desir angin pantai
mengambil tempat menutup kesunyian kala ini. Sesekali, anak mata ini menangkap
perbuatan Nia yang sedang mengelus jari jemarinya.
“Maafkan
abang!” ulang ku semula. Jauh di sudut hati ini, aku benar-benar berharap agar
Nia memaafkan segala dosa dan mengampunkan segala khilaf ku selama aku menjadi
suaminya. Nia masih diam membisu, masih tunduk menekur tikar mengkuang. Tiada
reaksi balas yang ku terima. Ah, Nia! jangan senyap sebegini! Jangan hukum
abang dengan kebisuan serupa ini!
“Nia...”
seru ku perlahan. Cuba mengumpul sebuah kekuatan.
“Tolong
maafkan abang,” ucap ku merintih. Nia panggung wajahnya untuk seketika, raut
wajah ku ditatap. Pandangan bening itu mengambil tempat ke hati ini.
“Nia
dah maafkan abang!” tutur Nia perlahan. Namun sebaris ayat itu sudah cukup
membuatkan hati ku berasa bebas dari segala beban dosa yang ku tanggung selama
ini! “Syukur alhamdulillah!” wajah ku raup bersama pujian untuk Yang Maha Esa.
“Terima
kasih Nia,” luah ku bersama senyuman. Aku terharu disebalik, keikhlasan yang
dipamerkan oleh insan sehebat Nur Farhanatul Nadia. Jiwanya kental dan
semangatnya utuh melawan badai sengsara yang pernah ku titipkan!
“Sama-sama,
Nia redha! Nia ikhlas memaafkan abang, semuanya sudah tertulis dan tersurat!”
tutur bicara itu masih lembut dan mesra seperti selalu. Tiada apa yang berubah!
“Terima
kasih Nia, terima kasih kerana sudi memaafkan abang.” Ulang ku buat sekian
kalinya.
“Sedangkan
Nabi yang maksum memaafkan umatNya, inikan Nia yang bukan sesiapa!” tokoknya
perlahan. Aku rasa kagum dan aku rasa bertuah kerana pernah memiliki insan
terhebat seperti dirinya. Langsung tiada rasa dendam apatah benci pada aku yang
bersalah.
“Terima
kasih Nia, terima kasih! Abang tak tahu nak ucap apa lagi! Cuma abang harapkan,
Nia bahagia dengan kehidupan Nia,” ucap ku sambil membuang pandang ke tengah
lautan yang sedang bergelora. Sesekali angin bayu menghembus ke wajah. Sejuk
dan dingin!
“Insyallah...
semuanya dengan izin Allah kita semua akan bahagia, itupun kalau ada rezeki dan
ada jodoh!” sambut Nia sambil mengerling ke arah ku. Aku bungkam, memikirkan
sejenak tentang apa yang terlafaz di kedua ulas bibirnya.
“Nia
bahagia?” soalku sekadar menebak perasaan bekas isteri ku sendiri. Pada firasat
ku, Nia mungkin sedang diulit rasa
bahagia. Berkasih dengan lelaki yang pernah mengikat tali pertunangan!
Menyatukan cinta yang dahulunya pernah terputus tanpa rela!
“Abang
rasa?” pertanyaan berbalas pertanyaan.
“Abang
tak pandai meneka hati orang,” jawab ku jujur.
“Ada
masanya, naluri kita dapat membaca fikiran seseorang.” Sahut Nia penuh puitis.
“Naluri
abang dah lama mati!” ujar ku sebaris. Masih teguh menancap ke arah lautan yang
luas terbentang! Melihat Amsyar yang sudah tertidur di pangkuan ku, jari jemari
ini segera membelai mengusap tubuhnya. Terharu kerana berpeluang menyentuh si
kecil ini, dari ekor mata aku melihat anak mata Nia tunak memerhatikan diri ku.
“Kalau
dah lama mati, kenapa abang tak cuba hidupkan semula?” soalan itu menggamit
diri ku kembali. Membawa ke mana hala tuju hidup ku yang kini bersisa sedikit.
Aku berdehem kecil, terlupa Nia tidak mengetahui keadaan kesihatan ku!
“Untuk
apa abang hidupkan semula, andai suatu hari nanti pasti ada yang terluka?” aku
masih berteka teki.
“Maksud
abang?” laju sahaja Nia menyoal. Aku menggeleng sekali, senyuman ku tebarkan
buat dirinya.
“Tak
ada apa-apalah Nia. Cuma, bila sampai masanya nanti... jangan lupa jemput
abang!” sahut ku mengubah topik perbualan! Sejujurnya, aku tidak pasti adakah
aku masih di sini atau telah tiada lagi di saat-saat Nia bertemu kebahagiannya
nanti!
“Abang
mesti datang, Nia harapkan abang datang meraikan kebahagian Nia.” Sambut Nia
benar-benar meruntun hati yang sedia lemah dan terluka ini. Tegarnya Nia
meminta aku hadir menyaksikan hari bahagianya itu? Mampukah aku berhadapan
dengan semuanya nanti. melihat insan yang ku sayang dan puja menjadi milik
lelaki lain? Ah, aku tak mampu! Aku tak tegar menghadapinya!
“Datang
iya,” ucap Nia menjemput aku hadir ke hari yang cukup bermakna buat dirinya.
“InsyaAllah,
jika Tuhan mengizinkan pasti abang akan sampai. Jika abang tak datang sekalipun,
abang akan tetap doakan yang terbaik untuk Nia. Dan abang berharap, Nia akan
dapat suami yang soleh dan beriman. Bukan macam abang! Tak tahu agama dan
jahil!” aku hela nafas bersama satu keluhan berat. Nia diam buat seketika,
memberi ruang pada aku meluahkan rasa yang terbuku di hati.
“Abang
minta maaf pada Nia dan pada Amsyar. Abang gagal menjadi suami dan ayah yang
mampu mengemudi rumah tangganya dengan sebaik mungkin! Abang mohon pada Nia,
maafkan abang kerana tidak mampu untuk membahagiakan Nia dan anak kita.” gumam
ku bersama rasa kesal yang menggunung tinggi. Aku tewas dan aku kalah dalam
perjuangan ini!
“Abang...
seperti yang Nia katakan tadi, Nia dah maafkan abang! Jangan ungkit cerita
lama, Nia tak mahu kenang dan Nia tak mahu ingat!” tegas Nia bersama sebuah
keluhan.
“Terima kasih, cuma abang nak tanya satu
perkara pada Nia!” aku berdehem kecil sebelum meneruskan perbualan.
“Apa
dia?” soal Nia memintas.
“Betul
ke apa yang abang dengar dari Neesa tentang Nia dan Aiman?”
“Tentang
apa?”
“Tentang
Nia sudah terima Aiman?” soal ku lambat-lambat. Nia angkat wajah, menggeleng
tidak, mengangguk tidak. Apa sebenarnya jawapan yang bakal aku peroleh nanti?
Aku berteka teki sendirian! Suasana masih seperti tadi, tiada jawapan balas
dari insan yang ku sayang. Mungkin Nia malu untuk mengakuinya!
“KalauAiman
pilihan Nia, abang harap Nia akan bahagia bersama dia. Tak perlu merasa semua
kesusahan, sakit hati dan kecewa seperti yang pernah Nia lalui bersama abang
dulu. Harta dan wang ringgit tak menjamin
kebahagiaan kita!” gumam ku perlahan.
Ya aku akui, harta dan wang ringgit sama
sekali tidak menjamin kebahagiaan. Walaupun aku memiliki segalanya, lengkap itu
ini namun kebahagiaan masih sukar ku raih tanpa ilmu agama yang melengkapi
diri. Aku tewas melawan arus dan gelora alam rumah tangga, dan aku juga gagal
mengemudi bahtera rumah tangga! Sudahnya, aku terdampar menghitung waktu
mengakhiri sisa hidup yang bila-bila masa akan menemui titik noktah.
“Terima
kasih atas ingatan abang! Nia pun tak mahu lagi rasa dan ingat segala kepahitan
dulu. Nia dah serik! Nia rasa lemah! Dan Nia berharap, abang pun akan bahagia
dengan keputusan abang!” sambut Nia tanpa mengetahui punca aku bertindak
sedemikian.
“Abang...”
seru Nia sebaik sahaja suasana kembali hening.
“Ya?”
“Abang
bahagia dengan keputusan yang abang ambil dulu?” soal Nia perlahan. Masih
mengelus jari jemarinya. Aku menjeling padanya sekilas lalu, dia masih
menundukkan pandangan.
“Abang
bahagia?” ulang ku semula. Dia mengangguk tanpa mengangkat wajah. Aku lepaskan
keluhan ku sebelum menyusun bicara.
“Abang
mungkin bahagia, dan kadangkala abang terluka! Tapi abang pasti, abang sedang
berbahagia!” tutur ku tanpa nada. Bahagiakah aku? Rasanya, bahagia itu jauh
sekali dari hidup ku kini.
“Baguslah
kalau abang bahagia!” getar nada suara Nia buat aku tersentak. Aku memandang
dirinya, mahu melihat anak mata itu! Namun, dia segera memalingkan wajah!
“Nia
harap abang tidak pisahkan Nia dengan Amsyar. Amsyar, satu-satunya yang Nia ada
di dunia ini. tolong jangan ambil Amsyar dari Nia!” rayunya penuh sayu. Aku
menggeleng lagi, tidak mungkin aku pisahkan Amsyar dengan ibunya!
“Abang
tak mungkin pisahkan Nia dengan Amsyar! Abang yakin Amsyar akan jadi anak yang soleh
bila bersama Nia. Dan abang yakin Nia akan besarkan anak abang dengan kasih
sayang, dan ilmu agama yang cukup. Itu sahaja yang abang harapkan dari Nia
terhadap satu-satunya zuriat yang kita ada!” Ungkap bersama sebuah pengharapan
terbesar.
“Terima
kasih abang,” ucap Nia bersama pandangan berkaca-kaca.
“Jangan
risau, abang takkan pisahkan Amsyar dari Nia. Abang janji,” ulang ku cuba
menyakinkan Nia. Pasti Nia bimbang andai aku hadir untuk merampas Amsyar dari
jagaannya! Mana mungkin hal itu terjadi, aku sudah tidak lama berada di dunia
ini. Amsyar memerlukan penjagaan, dan aku tidak mampu memeliharanya seperti
mana seorang ayah menjaga anak kandungnya sendiri.
“Terima
kasih abang, syukur alhamdulillah!”
“Sama-sama!”
sahut ku bersama sebuah senyuman.
Melupakan
persengketaan yang pernah wujud dan Nia masih seperti dahulu! Lembut dan bijak,
manis serta menawan! Langsung tidak pernah bertanyakan tentang perpisahan yang
berlaku di antara aku dan dirinya beberapa bulan yang lepas. Pasti Nia sudah
redha dan pasrah dengan takdir yang tersurat!
P/S: MAAF SYG2 SEMUA...
JANGAN COPY PASTE TAU.. AI XIZINKAN CERITA NI DI SALIN DLM SEGALA BENTUK DIGITAL, CETAK ATAU APA2 SAHAJA. UNTUK BACAAN DI BLOG SAHAJA.
TERIMA KASIH PADA YG SUDI KOMEN, LUV U ALLS :)
boleh tinggalkan feedback ok syg :)
Comments