CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39
Assalamualaikum / morning readers.
Saya dah maklumkan e-novel ni habis di dalam blog. jadi jangan tanya bila CDN nak dibukukan.
harap maaf ya, saya tak terbitkan buku ni
maaf sangat2.
okey, karya ni tanpa edit byk typo dan byk kurangnya. jadi jangan komplen ejaan n so on
mss tahun 2012 waktu mula2 menulis tntulah byk kurangnya kan :)
BAB
38
“Nia,
dah siap? Jom kita gerak sekarang, petang ni abang ada hal dekat pejabat!” ucap
ku sambil menyarung stokin ke kaki. Nia datang menapak mendekati aku.
Langkahnya yang perlahan membuatkan aku tersenyum, isteri ku sedang berbadan
dua. Mana mungkin pergerakkanya selaju dan sepantas dahulu.
“Sayang
dah siap?” soal ku sambil bangkit dari kerusi yang terletak di ruang bilik.
“Sudah
bang, cuma baju belakang ni tak boleh nak zip. Tolong Nia boleh,”Nia
memusingkan belakang tubuhnya ke arah ku. Aku perhatikan pakaian yang tersarung
ditubuh Nia, cantik dan tampak elegan. Belum pernah lagi baju seumpama ini ku
lihat tersarung ditubuh genit Nia.
“Cantik
tak baju Nia?” persoal Nia menyimpul sebuah senyuman ke arah ku.
“Cantik
sangat,” puji ku perlahan. Zip yang separuh tertutup ku tarik hingga hampir ke
penghujungnya. Seketika kemudian, bahunya ku sentuh lalu ku bawa tubuhnya
menghadap ke arah ku.
“Cantik
sangat-sangat!” sekali lagi aku ungkapkan. Nia tersenyum malu saat mata bundar
itu menentang pandangan ku waktu ini. “Jangan tenung Nia macam tu, seganlah
Nia.” gumamnya tertunduk menahan malu.
“Malu?”
soal ku perlahan berbisik. Kedua pipi mulus itu ku sentuh bersama usapan lembut
dari hujung jari telunjuk. “Herrmm....” dia mengangguk kepala.
“Sayang,”
panggil ku memaut lembut dagunya, membawa wajah itu menatap wajah ku lalu
pandangan bertaut. Senyuman ku ukir mesra, Nia ku tatap penuh kasih.
“Pakaikan
tali leher abang,” pinta ku lagi. Tali leher yang terjuntai di poket seluar ku
tarik lalu ku unjuk ke arah Nia. Dia menggapai lalu menyarungkan ke leher ku.
Disimpul ke kanan, kemudian ke kiri dan ke kanan semula, dan akhirnya tali
leher bewarna biru gelap itu kemas di kedudukannya. “I love you!” gumam ku
berbisik! Nia tundukkan pandangan, namun bibir itu membalas bicara ku. “I love
you too!”
“Betul
ni?” soal ku sekadar mengusik hati kecil wanita kesayangan hati ini.
“Sudah
tentu, jawapannya... Nia sayangkan abang!” ujar Nia penuh yakin.
“Terima
kasih sayang! Nia cantik macam ni, abang suka.” Aku berterus terang.
“Kalau
cantik, abang kena beli design yang lain! Nia pakai baju pregnant ni sebab
baju-baju Nia yang lain semuanya dah tak muat! Perut ni besar sangat,” ucapnya
sambil sentuh perut yang memboyot itu dan diusap lembut.
“Jubah
pun dah tak muat?” soal ku hairan. Setahu ku jubah Nia bukanlah bersaiz kecil,
agak besar juga. Jadi mengapa ia tidak muat untuk Nia.
“Tak
muat bang, perut Nia semakin membesar.” Gumam Nia menggeleng kepalanya sekali.
“Abang
suka tak Nia pakai macam ni?” soal Nia menuntut kepastian ku. Sebagai lelaki
dan sebagai suami sudah pastinya pakaian yang cantik dan bersih adalah menjadi
daya penarik seorang suami terhadap isterinya. Dan aku sukakan keadaan Nia
walau dia mengenakan jubah mahupun pakaian seumpama ini. Dia tetap cantik dan
sopan di mata ku.
“Abang,
suka ke tidak?” pertanyaan Nia membuatkan aku tersentak.
“Abang
ni, Nia tanya abang boleh pula buat muka terkejut!” omel Nia memuncungkan
bibirnya. “Hehehe... jangan marah eh sayang!” aku tersengih melihat Nia menarik
wajahnya. Masam-masam manis!
“Sayang,”
panggil ku lalu kedua bahunya ku sentuh lalu membawa dirinya berhadapan dengan
ku. “Sayang pakai apa pun, bagi abang dah cukup cantik dah cukup menggoda!
Kalau tak pakai apa-apa pun tetap mampu menggoda abang hehehe... ” aku
lontarkan kata-kata yang sengaja mengusik hati wanitanya. Dia panggung wajah
melawan pandangan ku lalu satu cubitan kecil hingga di sisi pinggang ini.
“Gatal iya!” Nia tersenyum malu.
“Aduh,
sakit Yang!” pegangan di bahu Nia ku lepaskan lalu pedih yang hinggap di sisi
pinggang ku gosok perlahan. Aku yang berkerut menahan kesakitan di balas dengan
senyuman kecil.
“Meh
Nia gosokkan,” Nia tarik tangan ku lalu tapak tangan yang lembut miliknya
dilarikan di permukaan kulit di bahagian pinggang ku. Dari pedih kesakitan
akhirnya aku ketawa kegelian, pandai Nia mengambil kesempatan untuk menggeletek
aku pula.
“Sayang,
sudah... abang geli!” aku pegang kedua tangan Nia seeratnya lalu tindakan Nia
mati dengan sendirinya.
“Abang,
Nia sayangkan abang!” tubuh ku dipeluk erat lalu rambut yang lepas bebas itu ku
usap penuh kasih. “Abang lagi sayangkan Nia, tak ada bahasa yang boleh
gambarkan rasa sayang abang pada Nia.” ucap ku sambil mengeratkan pelukan. Nia
juga membalas pelukan ku, kepalanya rapat ke dada ini dan getar yang berlagu di
dalam setiap pembuluh darah ku biarkan berdetak dengan sendirinya. Sesungguhnya
getar perasaan cinta ini hanya mampu bergelora seandainya Nia berada di sisi
ku.
“Abang
cintakan Nia!” bisik ku perlahan.
“Sungguh?”
persoal Nia ku anggukkan sahaja. Sejurus itu, bibir ini melafazkan sebuah
kebenaran yang sudah lama terbuku di dalam jiwa. “Sungguh sayang, abang
cintakan Nia. Tiada perempuan lain mampu menandingi rasa sayang abang pada Nia.
Dan abang berharap, kasih abang pada Nia tidak teruji lagi.” Pinta ku menyembunyikan
rasa sebak. Aku tahu aku lemah dalam menyusuri ujian yang datang mendekat, aku
kalah dalam gelodak emosi dan aku rebah bila kekalahan itu semakin hampir.
“Abang,
Nia harapkan abang sentiasa ada di sisi Nia. Abang cinta pertama Nia, abang
kekasih Nia dan abang juga insan yang Nia harapkan sentiasa ada bila Nia susah
dan senang! Nia tak boleh bayangkan hidup tanpa abang!” bicara Nia jauh menusuk
ke dalam hati. Menyentuh dasar hati yang mula dibenihi rasa cinta yang mendalam
terhadap dirinya.
“Nia,
abang janji abang akan sentiasa ada di sisi Nia selagi Tuhan merestui kita
bersama!” gumam ku lagi. Dan aku mahu Nia tahu bahawasanya aku akan tetap
menyintai dirinya selagi mana Pencipta menetapkan jodoh ku bersama dirinya.
“Abang
nak bina keluarga yang Sakinah, penuh rasa kasih dan sayang, penuh rasa cinta
pada yang Esa dan lengkap dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Abang nak
ubah dan beri segala apa yang tak pernah abang dapat semasa abang kecil dahulu!
Abang akan beri sepenuh perhatian dan abang akan pastikan anak-anak kita
lengkap ilmu agamanya!” ikrar ku kesal dengan masa lampau yang ku lalui tanpa
ilmu agama yang sepatutnya!
Aku tidak mahu kekesalan yang pernah ku lalui,
kini dirasai oleh anak-anak ku pula. Cukuplah aku seorang yang jauh tersasar,
tidak rela andai zuriat ku pula mewarisi dan mengikut jejak langkah ku yang
jauh terpesong dari agama. Aku tidak mahu mereka tersesat seperti mana aku yang
hina ini jauh tersasar dari landasan hidup seorang muslim!
“Nia
bantu abang ya sayang,” rambut Nia ku elus lembut. Aku cintakan wanita ini dan
aku sayangkan dirinya. Syukur dikurniakan seorang isteri yang tinggi ilmu
agamanya, tidak menambah beban pada aku suami yang tiada apanya. Bahkan menjadi
penyejuk hati bilamana aku keresahan dilanda badai duka yang datang silih
berganti.
“Insyallaah
abang, sama-samalah kita berdoa!” Sambut Nia memintal tali leher yang ku pakai
tadi. “Terima kasih, sayang!” ucap ku bersama sebuah senyuman.
“Abang,
pukul berapa kita nak pergi?” pertanyaan Nia membuatkan aku tersedar sesuatu.
Jam di pergelangan tangan ku perhatikan,
sudah memasuki sepuluh pagi. Destinasi pertama yang ingin ku tujui sudah
semestinya balai polis untuk memberi keterangan berkaitan kes semalam. Seterusnya
bergerak pula ke jabatan pendaftaran menguruskan pendaftaran sijil lahir si
kecil itu . Dan selesai segalanya, aku berhajat untuk ke pusat membeli belah pula, mencari sedikit sebanyak keperluan bayi
Neesa dan akhir sekali sudah tentunya melawat Neesa di hospital.
“Abang,
termenung pulak!” Nia sentuh kedua pipi ku perlahan.
“Bukan
termenung la sayang, abang tengah fikir arah yang kita perlu dahulukan. Yelah,
hari ni kita sibuk ke sana ke sini, jangan Nia penat sudahlah! Abang tak larat
nak dukung Nia,” gumam ku perlahan sambil tayang sebaris senyuman mengusik
dirinya.
“Takpelah,
Nia ni dah gemuk! Dah tak ada potongan, siapalah yang sudi nak dukung!” sinis
sahaja nada suara Nia ditambah ayat rajuk yang sengaja dihambur buat ku.
Tubuhnya dijarakkan sedikit!
“Sayang,
abang bukan tak nak dukung! Kalau setakat tong gas laratlah abang angkat, kalau
Nia abang tak larat!” usik ku lagi. Wajah cemberut Nia ku tatap dalam-dalam.
Tawa yang mahu terhambur keluar ku tahan sebaiknya.
“Maknanya
Nia ni berat sangatlah! Okey bye!” Nia mula mahu melangkah menjahui aku namun
pergelangan tangannya ku gapai segera.
“Oppsss....
sayang ni sensitif la. Abang gurau je, takkanlah abang tak larat nak dukung
Nia. Tong drum pun abang larat inikan Nia yang kecil molek ni...” puji ku
sambil tersenyum lagi.
“Huh,”
Nia muncungkan bibirnya. Merajuk minta dipujuk.
“Alolo...
comelnya sayang buat mulut itik macam tu! Cute!” usik ku akhirnya membuahkan
tawa di pinggir bibir Nia.
“Ha...
tengok tu... dah senyum-senyum. Alolo.... meh sini abang dukung, test power!”
pelawa ku sambil membongkokkan badan untuk mencempung tubuh itu namun Nia
terlebih dahulu bergerak menjauh.
“Ishhh
tak naklah! Nia gayat tahu!” ucapnya mula tersenyum lebar.
“Sayang
pejamlah mata, buat tak nampak!” cadang ku digeleng oleh Nia.
“Abang sudahlah, jom kita pergi... kalau macam ni pukul berapa kita nak gerak?” persoal Nia sambil mengerling jam tangan yang ku pakai.
“Abang sudahlah, jom kita pergi... kalau macam ni pukul berapa kita nak gerak?” persoal Nia sambil mengerling jam tangan yang ku pakai.
“Jom
sayang!” sambut ku seraya menarik tangannya mendekati cermin solek. Nia
mengenakan hijabnya manakala aku memperbetulkan kedudukan tali leher itu. Raut
wajah Nia ku perhatikan melalui cermin yang terbias, satu kenyitan mata ku
hadiahkan pada dirinya. Tersipu Nia menahan malu usikan ku tadi.
BAB
39
Hari
ni Neesa di benarkan keluar dari hospital, aku sendiri yang datang menjemputnya
pulang, mama dan Nia tidak ikut serta. Mereka lebih selesa menunggu di rumah
menyambut ke pulangan si kecil ke teratak yang menjadi saksi kami semua kembali
bersatu dengan kehadirannya.
“Neesa,
lepas ni you kena berpantang. Mama dah sediakan semua keperluan yang you perlu
sepanjang tempoh berpantang nanti. Ikut nasihat mama, jangan degil! Semua ni
untuk kebaikan you juga,” sepanjang perjalanan pulang Neesa ku nasihatkan agar
dirinya menjaga kesihatan diri dan bayi kecilnya itu. Aku tidak mahu sesuatu terjadi pada dirinya
lagi, aku letih berulang alik ke hospital. Dan jika perlu, aku mahu dia sihat
selalu. Sekurang-kurangnya, hati ku tidak bimbang dan kerja yang semakin
bertambah dapat ku sempurnakan sebaiknya tanpa gangguan lain.
“Insyallah,
I ikut nasihat you!” sambut Neesa buat aku terkedu. Tidak melawan pula Neesa,
Hermmm mungkin masih terlalu awal untuk dia membuat onar. Hati kecil yang
berbicara, ku biar berlalu pergi dari minda.
“Nanti
I tak boleh nak jaga you, I kerja.... you tahukan kerja pejabat dah bertimbun! Dah
la I yang kena uruskan semua!” rungut ku dengan kerja-kerja yang tidak pernah
habis.
“Nanti
lepas I habis pantang, I tolong you di pejabat.” Ujar Neesa perlahan. Cermin
pandang belakang ku kerling, wanita itu sedang memangku si kecil yang dinamakan
Qalisya. Bila mengingatkan si kecil hati ku bertanya pula. Siapa yang akan
mengasuh Qalisya nanti? Mama? Tak mungkinlah!
“Pandang
depan,” tegur Neesa bila menyedari dirinya ku perhatikan melalui cermin itu.
Aku kalihkan pandangan menatap jalan raya yang semakin lengang terutama sekali
waktu baru sahaja menginjak angka sebelas pagi. Waktu-waktu begini, rata-rata
pengguna jalan raya yang bekerja sudah tiba ditempat kerja mereka.
“I
musykil, siapa yang nak jaga Qalisya nanti?” persoal ku sambil memberi isyarat
menukar lorong ke sebelah kiri.
“I
hantar ke nursery, lepas tu boleh la I tolong you nanti. Itu pun kalau you nak
terima I bekerja di syarikat you tu.” Terang Neesa dalam nada mendatar.
Sesekali aku perhatikan raut wajahnya, cengkung dan sedikit pucat. Mujur juga
doktor benarkan Neesa pulang hari ini, jika tidak pasti hospital itu menjadi
rumah kedua ku setelah tiga minggu aku berulang alik ke sana bertukar giliran
dengan mama menemani Neesa di sana.
“Bukan
syarikat I tapi syarikat Nia. Sekarang ni semua aset syarikat dah jadi milik
Nia. You dah lupa?” persoal ku perlahan. “Oh, baru I teringat!” tambah Neesa
mengakui hakikat itu. Perlahan sahaja nada suaranya. “Tapi Nia mahu I terus
uruskan syarikat tu, I pun makan gaji dengan dia! Kalau you sudi nak makan gaji
macam I, I tak kisah!” tutur ku berterus terang tentang syarikat yang sudah
menjadi milik Nia beberapa minggu lepas.
“Mana
Nia dapat duit sebanyak tu?” persoal Neesa kedengaran curiga. Aku juga pernah
mencurigai sumber kewangan Nia yang melimpah ruah itu. Namun sesudah kebenaran
tersingkap, aku menerimanya dengan terbuka. “Nia anak orang kaya, arwah ibu
bapa dia dulu lagi kaya daripada kita. Cuma kita je yang tak tahu!” ucap ku
bersahaja.
“Mereka
kerja apa?” Neesa mencungkil rahsia.
“Kalau
tak silap, keluarga Nia terlibat dengan syarikat minyak dekat oversea!
Entahlah, I pun tak pasti! Nia pula tak pernah buka cerita,” aju ku mudah.
“I
tengok, dia tu sederhana aje. Tak sangka pula, anak orang berada!” tokok Neesa
mulai kagum dengan sikap Nia yang tidak menunjuk-nunjuk.
“Itulah
yang sebaik-baiknya, berbangga dengan harta orang tua bukan bawa kemana pun!
Tengoklah kita ni, satu harta pun tak ada melainkan harta orang tua!” luah ku
pula. “Kaya hanya setakat menumpang senang dengan kekayaan orang tua!” tambah ku
lagi.
“Nak
buat macam mana, I pemalas! You pun bukannya rajin sangat nak bekerja!” sinis
Neesa mula pamer perangai sebenar.
“Jangan
nak sindir I lah!” bangkang ku dalam nada suara mendatar.
“I
bukan menyindir, tapi itu hakikat!” sahut Neesa enggan tewas dengan hujah yang
baru berbangkit.
“Forget
it! Ha... Nia ada kata. Satu hari nanti dia akan pulangkan semula harta you dan
harta mak bapak I! Dia bukan tamak nakkan harta, cuma dia nak ajar kita jangan
jadi buta kerana harta yang tak boleh bawa ke mati tu.” Ucap ku menerangkan
patah bicara Nia tempoh hari. Sangka ku Nia akan pertahankan segala harta yang
diperoleh, rupa-rupanya tidak! Telahan ku salah! Nia akan memberikan semula hak
kami, sungguh hati Nia hati yang suci murni. Harta bukan keutamaannya!
“I
tak harapkan harta tu lagi.” ucap Neesa perlahan.
“Kenapa?”
soal ku hairan. Volume radio ku
perlahankan, sesekali mata ini terarah ke cermin pandang belakang memerhatikan
Qalisya. Merengek sahaja sedari tadi lagi.
“Semua
tu tak perlu, dan tak penting lagi. I dah dapat pengajaran paling berguna dalam
hidup ni,” lirih suara Neesa menyentuh hati ku.
“Kerana
harta dan kerana taksub pada you.... I korbankan segalanya!” luah Neesa kesal.
“Bodoh betul I ni kan?” dia ketawa kecil. “Mama meninggal kerana I, papa pula
pergi entah kemana. Tak ada khabar berita! Malangnya nasib I!” Kesedihan yang
pernah hinggap di hati itu diungkap satu persatu. “Sudahlah Neesa, jangan
diungkit perkara yang dah lepas. You tengok Qalisya, dari tadi merengek! Dia
nak apa?” soal ku mengubah topik perbualan.
“Dia
lapar ke?” telah ku lagi. Laparkah bayi kecil itu, atau kembung perutkah dia?
Aku sememangnya tidak tahu menahu bagaimana harus menguruskan bayi sekecil
Qalisya. Untuk memangkunya, aku sendiri tidak sanggup apatah lagi untuk ku dukung
ke sana ke sini. Silap haribulan patah riuk tulang-tulang itu.
“Entahlah,
I tak tahu. Tadi dah bagi susu, tapi dia tak nak!” jawab Neesa juga kehairanan.
“Ke
dia sakit perut?” aku masih meneka.
“Sakit
perut?” Neesa ulang semula ayat yang ku lafazkan seketika tadi. “Kejap I tepuk
perut dia.” Neesa menepuk perut Qalisya sambil memasang telinga mendengar bunyi
yang terhasil.
“Tak
bunyi macam kembung pun!” sampuk ku setelah kebiasaan yang mama ajar tidak
menghasilkan bunyi sebegitu.
“I
tak tahulah! Macam mana ni?” persoal Neesa sambil memandang aku yang sedang
memandu. Rengek Qalisya pula semakin kuat menerjah. Cemas Neesa membuatkan aku
juga tidak tenteram memandu.
“Dia
buang air tak?” duga ku lagi. Neesa bergegas memeriksa pampers yang disarungkan ke punggung
si kecil.
“Tak
ada pun! Ishhhh sayang.... jangan nangis! Mama ada ni,” pujuk Neesa buat aku
tersentuh. Dahulu Neesa ingin membuang benih yang mula bercambah di rahim itu.
Namun aku menegah dan mama juga melarang. Dan akhirnya benih yang dahulu tidak
diperlukan kini menjadi kesayangan hatinya. Mungkin itulah kasih seorang ibu!
Aku tersenyum sendiri!
“Attar,
macam mana ni? Qalisya tak nak berhenti menangis! I risaulah!” gumamnya dalam
raut wajah berkerut. Aku kerling cermin pandang belakang sekali lagi, Neesa
sedang memangku Qalisya sambil cuba menenangkan anak kecil itu dari tangis yang
semakin berlarutan.
“Mana
la I tahu, I tak pernah ada adik... tak ada anak saudara... dan paling penting
I tak ada pengalaman dengan semua ni. Nanti kita tanya mama,” aku cadangkan
pada Neesa dan dia mengangguk perlahan.
“Qalisya...
mama ada ni, jangan nangis sayang! Sekejap lagi kita jumpa nenek ya!” pujukan
Neesa terhadap Qalisya ku dengarkan sahaja. Aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu
memujuk bayi sekecil itu, ini pengalaman pertama ku berdepan dengan anak kecil
yang cukup membuatkan hidup ku kelam kabut namun indah untuk ku kenang. Kereta ku
pandu terus menuju ke rumah. Sesudah tiba di garaj, enjin kereta ku matikan dan
tanpa berlengah melangkah keluar dari perut kereta mendapatkan mama di dalam
sana.
“Mama...
mama....” mama ku laung agar segera ku ketemui kelibat dirinya.
“Ada
apa ni Attar? Terjerit-jerit?” mama menghampiri muka pintu. Sandal disarung
lalu langkah kaki diatur mendekati kereta. Neesa di dalam sana mula keluar
sambil memangku Qalisya yang masih lagi merengek sedari tadi.
“Ni
ha, Qalisya dari tadi menangis! Tak tahu nak buat apa,” adu ku dalam nada risau
bercampur bimbang dengan keadaan bayi itu. Risau jika terjadi perkara yang
tidak diingini dan gusar andai dia sakit dan memerlukan rawatan.
“Attar
nak hantar ke hospitallah ma,” ucap ku resah. Hati ini tidak sampai hati
membiarkan Qalisya menangis dan terus menangis walau sudah dipujuk oleh Neesa
sebentar tadi.
“Abang,
kenapa ni?” Nia datang mendekati. Aku menoleh ke arah tubuh yang semakin gempal
dan perut yang memboyot. Comel sahaja Nia dengan perut yang besar itu.
“Qalisya
menangis je dari tadi!” balas ku perlahan.
“Mari
pada nenek,” mama menyambut Qalisya lalu dipangku berhati. Aku diam
memerhatikan tingkah mama yang sedang menyambut Qalisya di dalam dukungannya.
“Dah
periksa lampin? Susu dah bagi?” persoal mama dianggukkan sahaja oleh Neesa.
“Sudah
mama, tu yang kami risau sangat! Dari tadi tak henti menangis! Kita bawa ke
hospital!” cadang ku sedikit pun tidak dihiraukan oleh mama. Terasa hati aku!
Mentang-mentang sudah bercucu, aku anak tunggalnya tidak lagi dipedulikan.
“Abang,
merajuk ya!” tebak Nia berbisik ditelinga ku.
“Mana
ada, “ nafi ku buat Nia ketawa kecil.
“Ala...
macam Nia tak tahu!” balasnya pula.
“Ishhh...
takkan kut abang nak merajuk,” aku menyangkal dan Nia kenyit matanya sekali.
Senyuman terukir di pinggir bibir itu.
“Ngaku
je bang,” Nia meminta aku mengakui kebenaran. Mana mungkin aku akui perkara
yang bakal memalukan diri sendiri.
“It’s
okey abang sayang, Nia faham!” ujarnya bersama sebuah senyuman. Aku balas
senyumannya dan Qalisya ku perhatikan. Masih menangis dan mama masih lagi
memujuk. Neesa pula sedang duduk di gazebo, mama tidak izinkan dirinya berdiri
terlalu lama. Diri itu masih belum sihat sepenuhnya!
“Mama
rasa Qalisya ni mengantuk tu yang meragam je! Nak tidur ni! Cuba letakkan di
dalam buaian. Jangan dihenjut!” gumam mama tidak ku fahami maksudnya.
“Attar
yang tercegat tu kenapa? Bawa buaian ke bilik tamu, Neesa duduk dekat bilik
bawah. Senang mama nak tengok-tengokkan,” arah mama meminta aku mengambil
buaian yang sudah di beli seminggu lepas lalu dibawa masuk ke bilik tamu. Aku turuti kehendak mama, dan Nia pula
menemani Neesa masuk ke dalam bilik tamu.
“Cucu
nenek ni mengantuk, patutlah meragam je.” Mama menepuk punggung si kecil yang
sudah terlena di dalam buaian. Aku perhatikan sahaja mama yang masih berceloteh
dengan Qalisya yang sedang tidur lena, entah apa aku sendiri tidak faham. Nia
dan Neesa pula sedang berbual sesuatu. Hanya aku sahaja yang terpinggir! Huh!
“I
tak sangka.... akhirnya I dah jadi ibu. Amazing,” gumam Neesa pada Nia. Aku
hanya diam memasang telinga, mencuri dengar perbualan keduanya. Mungkin Neesa
sedang bercerita tentang pengalaman
melahirkan Qalisya kepada Nia yang bakal menurut jejak langkah dirinya tidak
lama lagi.
“Sakit
tak?” persoal Nia bagai takut-takut.
“Sakit
memang la sakit, tapi once you dah dengar suara baby yang you kandung. Rasa
sakit tu terus hilang, honestly I menangis bila I dengar suara Qalisya.” Ucap
Neesa sambil menyimpul senyuman.
“I
takutlah! Macam mana la dengan I nanti?” Nia gusar akan saat yang bakal
dilaluinya nanti.
“Jangan
risau, semuanya berjalan lancar. Yang penting you kena kuat dan bersedia, sakit
yang you tanggung akan berganti dengan rasa yang you sendiri susah nak
gambarkan! I dah rasa semua tu, dan I bersyukur dengan kelahiran Qalisya. Baru
I tahu bagaimana perit dan sakitnya mama
lahirkan I ke dunia ni,” gumam Neesa lirih. Mungkin terkenangkan ibunya
Datin Azimah yang terkulai di tangannya sendiri.
“Kalau
mama ada, pasti mama juga happy,” air mata yang mula bergenang cuba ditahan
sebaik mungkin agar tidak gugur di hadapan Nia. Pasti Neesa kesal dan sesal
yang teramat, perbuatannya dahulu sukar untuk dimaafkan namun DatinAzimah masih
sempat menitipkan pesanan buat anak perempuannya itu. Arwah tetap sayangkan
Neesa hingga ke hujung nyawanya.
“Neesa,
jangan bersedih macam ni.” Nia tarik tubuh Neesa lalu dipeluk erat,
mengurangkan resah dan kesal yang hinggap ke hati kecil Neesa. “I bersalah pada
mama I!” gumamnya dalam sebak yang mula menghimpit hati. Suara itu kedengaran
serak menahan sebak yang datang bagaikan mencengkam tangkai hati. Perit dan
cukup menyakitkan! Akhirnya air mata Neesa gugur juga, merembes tanpa henti.
“Neesa...
jangan bersedih begini, percayalah mama you dah lama maafkan you. Dia tetap
sayangkan you,” pujuk Nia sambil menggosok belakang tubuh Neesa yang sebak
menahan esaknya.
“Kalau
I tak ikut kata hati, pasti semua ni tak jadi!” kesal itu dihamburkan lagi. Nia
menggeleng tidak mahu mendengar kekesalan yang cuba diungkit sahabat baiknya
itu. Aku faham perasaan Neesa, ibunya terbunuh di tanggannya sendiri kerana
menghalang tindakan nekadnya untuk menikam kandungan yang sedang sarat ketika
itu. Jika aku ditempatnya juga, aku akan kesedihan dan kesal yang teramat!
“Neesa,
mama you pasti sedih bila you begini! You kena kuat dan tabah, dan doakan arwah
tenang di sana. You satu-satunya anak yang arwah ada, hanya you yang diharapkan
mengirimkan doa untuknya di sana. Kalau you sayangkan dan mahu kasih sayang you
sentiasa ada untuk arwah, doakan kesejahteraannya di sana. Insyallah arwah
tenang dan bahagia di sana,” pujuk Nia membuatkan Neesa angguk dalam esakan
panjangnya.
“Neesa,
jangan menagis... tak baik nak.” Pujuk mama pula. Aku juga sebak bila Neesa
menyebut nama ibunya. Bagaimana jahatnya seorang anak, kasih ibu tetap dirindui
dan sukar untuk ditukar ganti.
“Neesa,
you rehatlah.... I tak nak kesihatan you
terganggu. Apa yang penting sekarang ni, tenangkan fikiran you dan kita
sama-sama besarkan Qalisya. I akan anggap Qalisya sama seperti anak I sendiri!”
janji ku agar dia dapat bertenang. Neesa regangkan pelukannya pada Nia lalu
wajah ku dicari, meminta kepastian disebalik tutur bicara ku tadi.
“Ya,
I akan anggap Qalisya sepertii anak I sendiri.” Ucap ku menerangkan maksud
bicara ku tadi. Ikhlas dan datang jauh
dari dasar hati yang sudah melupakan segala keperitan akibat perbuatannya
dahulu. Nia ku pandang, senyuman terukir buatnya yang setia menanti reaksi dari
ku. Permintaannya untuk aku terus menyayangi anak kecil itu, aku turutkan.
Qalisya tidak bersalah, dan tidak wajar aku membuang dia yang jauh dari kasih
sayang seorang bapa walau aku bukan bapa kandungnya.
“Dan
I juga ingin jadikan Qalisya sabagai anak I,” pinta Nia agar dia dapat
menumpang kasih si kecil. Neesa sebak, air mata itu semakin deras mengalir dan
sekali lagi tubuh Nia dipeluk erat.
“Terima
kasih Nia, kau satu-satunya kawan aku dunia dan akhirat! Aku sayangkan kau!”
tuturnya bersama esak tangis. Nia juga membalas pelukan itu.
“Aku
juga sayangkan kau Neesa,” mendengar bicara Nia ku sambut dengan nafas
kelegaan. Akhirnya dua sahabat baik yang terlerai ikatan kasihnya dahulu
kembali bertaut dengan kehadiran insan baru yang mula memeriahkan suasana rumah
agam ini. Syukur ku panjatkan, akhirnya sengketa antara mereka berakhir jua!
“Terima
kasih kerana sudi terima I, terima kasih....” esak Neesa semakin deras. Dia
terharu dan sebak dengan penerimaan aku dan Nia walau acap kali kami terduga
dengan perbuatan silamnnya dahulu.
Aku
maafkan kau Neesa, tiada dendam diantara kita. Semua ini perjalanan yang sudah
aku terima dengan hati yang ikhlas. Aku percaya ada sesuatu yang manis setelah
pahit itu ku tanggung lama.
Ai akan terbitkan mini novel Mr, Scandal. kuota tak bayk boleh pm Ai untuk booking ye.
wassap 0134239065
tq so much.
# tolong jangan tanya bila CDN nk terbit. xkan terbit ya. Ai dh tarik mss ni dari tahun 2013 lagi. maaf ye syg2 sekalian :)
u0date: 12 mei
AI akan terbitkan novel skandal bukan selamanya.. details ada kat bawah. kalau minat boleh wasap Ai terima kasih yunk :)
Comments
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)