CINTA DIHUJUNG NODA BAB 36 & 37
Assalamualaikum.. maaf ada typo. karya lama yg saya publish kat blog. jangan ada yg copy dan terbitkan semula ya.
BAB
36
Siang
tadi aku bersama Nia menikmati makan tengahari bersama-sama, terasa lega bila
mana keinginan hati tercapai. Dan kini
aku sedang memandu kereta menuju ke I-CITY Shah Alam bandar bercahaya di mana
artis yang juga pelawak terkenal iaitu Nabil pernah melangsungkan
perkahwinannya di sini.
“Abang,
mama dengan Nee
sa ke mana? Nia tak nampak pun tadi?” soal Nia sebaik kereta
sudah memasuki perkarangan tempat meletak kereta di kawasan I-CITY ini. Aku
toleh ke arah Nia seketika sebelum senyuman ku pamerkan buat dia yang sedang
memerhatikan raut wajah ku menanti jawapan pada pertanyaannya tadi.
“Mama
bawa Neesa berurut, Pak Deris yang
hantarkan!” gumam ku perlahan. Dengan berhati-hati kereta ku pandu
memasuki kotak parking. Enjin ku matikan lalu jari jemari Nia ku sentuh dan ku
raih ke dalam genggaman tangan.
“Jom
sayang, dah sampai ni!” ucap ku semakin teruja saat kereta sudah berhenti
menghadap bangunan Maybank yang
merupakan salah satu kemudahan perbankkan yang disediakan di I-CITY ini.
Kawasan meletak kenderaan ku perhatikan sekilas, semakin sesak dengan pelbagai
jenis kenderaan empat roda dari pelbagai warna dan jenama. Pasti mereka juga
turut meluangkan masa bersiar-siar di kawasan yang telah dibuka sejak tahun
2010 lagi.
“Sayang...
tak nak turun ke?” soal ku saat melihat Nia masih tidak berganjak bahkan isteri
ku ini seakan keras kaku di tempat duduknya. “Yang...” aku sentuh bahunya
lantas aku jatuhkan satu ciuman di pipi itu membuatkan Nia tersedar seketika. “Jauh
termenung, ingatkan siapa ni?” ungkap ku sambil mengelus wajah Nia yang sedang
menatap wajah ku.
“Nia
ingatkan mama, beruntung Nia dapat mama... makan minum dan sakit pening Nia
sepanjang mengandung ni mama yang tengok-tengokkan. Untung Nia dan Neesa dapat
mama sebaik mama abang,” gumam Nia senyum hingga menampakkan gigi yang tersusun
rapi.
“Alhamdulillah,
abang pun tak sangka yang mama dah banyak berubah! Betullah sayang, setiap yang
berlaku mesti ada hikmahnya! Dan hikmahnya abang dah nampak satu persatu, dan semakin jelas. Kalau dulu abang dan mama
jauh dari agama dan kini abang kembali sedar.
Dan berpeluang kembali semula ke pangkal jalan! Alhamdulillah!” aku
ungkap ucapan syukur ini di hadapan Nia sesungguhnya aku mahu Nia tahu aku
benar-benar sudah berubah dari khilaf dan kesilapan dahulu.
“Alhamdulillah,
Nia gembira dengan perubahan abang!” gumam Nia memeluk erat tubuh ku.
“Jom
sayang, dah sampai ni!” ujar ku bersungguh. Pintu kereta ku tolak dari dalam,
Nia juga lakukan hal yang serupa. Sesudah langkah kaki menjauhi kereta, alarm
ku tekan perlahan. Memastikan kereta dalam keadaan berkunci sebelum menyusuri
laluan yang dipenuhi pohon bercahaya!
“Abang, kita nak kemana?” soal Nia ku sambut
dengan senyuman.
“Kita
jalan-jalan je sayang, tengok lampu dan abang nak snap gambar sayang
banyak-banyak. Buat kenangan, andai suatu hari nanti abang tak dapat nak
pandang sayang lagi.. at least abang masih ada gambar untuk abang tatap
dan pandang!” Gumam ku bersahaja.
Sesudah itu, aku gariskan senyuman ke arah Nia, namun Nia berkerut memerhatikan
tingkah ku.
“Kenapa
abang cakap macam ni? Tak baik tau! Nia akan bersama abang sampai bila-bila,
selagi mana Tuhan mengizinkan Nia bersama abang!” ucap Nia tegas. Aku senyum
lantas bahunya ku peluk erat.
“Abang
tahu sayang, tapi akan datang kita tak pasti dengan perjalanan hidup kita.
Abang harap kita akan kekal bersama
sampai bila-bila,” sambut ku menenangkan Nia yang tampak tidak selesa dengan
patah bicara ku sebentar tadi.
“Alolo...
ni kenapa masam aje ni? senyum sikit!” gurau ku bila Nia enggan tersenyum lagi.
“Macam
mana nak senyum kalau abang cakap macam tu?” soal Nia perlahan namun ada nada
rungutan disetiap patah bicaranya. Aku hanya mampu tersenyum, benar Nia
risaukan bicara ku seketika tadi.
“Common
sayang.. tak ada apa-apa! Abang okey!” pujuk ku menyakinkan Nia.
“Betul?”
Nia menyoal lagi. Masih ragu-ragu!
“Betul..
eh tengok dekat sana! Comelkan kaktus berduri tu?” aku ubah topik mengembalikan
keceriaan Nia yang sudah tayang wajah muramnya.
“Kaktus?
Mana? Nia tak nampak pun!” balas Nia meninjau-ninjau kawasan sekitar. Aku ketap
bibir melihat riak Nia yang ingin tahu.
“Belakang
sayang tu, nampak tak?” soal ku lagi. Nia menoleh ke arah belakang lalu kaktus
berbentuk bulat dan bewarna hijau disimbah cahaya itu diperhatikan lama.
“Ishh...
comellah! Boleh tak kita beli dan letak depan rumah?” soalan Nia membuatkan aku
ketawa besar.
“Nak
buat apa letak depan rumah?”Soal ku dalam tawa yang panjang. Nia tersenyum
melihat aku tertawa begitu.
“Saja-saja
bang.... Nia suka!” balasnya sambil mendekati kaktus bewarna hujau itu. Cantik
namun berduri! Sama seperti Nia, anggun tetapi sukar didekati!
“Kita
letak dalam bilik tidur kita la..! Lepas tu 24 jam Nia boleh tengok. Kalau
boleh tengok sampai jemu.” Ucap ku lagi disambut jegilan tajam mata bundar
milik Nia. Hilang sudah senyuman manis
itu!
“Abang
ni main-main tau!” Nia pamer rajuknya. Langkah diatur menjauhi aku yang masih
sedia berdiri di sini bersama kamera digital yang kemas dalam pegangan tangan.
“Alolo...
abang gurau je sayang!” pujuk ku bersama suara gemersik menggoda. Dia yang
sudah jauh ke hadapan ku saingi segera.
“Suka
buat Nia merajuk!” omel bibir itu bersama muncung yang panjang.
“Abang
bergurau je sayang... sayang janganlah
merajuk! Mama kata, kalau kita kuat merajuk, nanti baby kita pun kuat merajuk juga. Susah
abang nak pujuk nanti,” ucap ku cuba menghambat rajuk Nia agar tidak terus
berpanjangan.
“Betul
ke?” soal Nia inginkan kepastian.
“Entahlah
sayang, dah mama cakap macam tu. Betullah kut!” aku sengih dan Nia senyum
mendengar jawapan dari ku.
“Sayang
jom ke sana,” aku tunjuk ke arah suatu kawasan di mana ramai orang sedang
berkumpul namun belum sempat aku mengatur langkah. Deringan telefon memecah
keheningan malam.
“Wait...
abang nak jawab call sekejap!” tutur ku lalu mengeluarkan iPhone dari poket
seluar.
“Hello,
waalaikumussalam. Ya ada apa mama?” aku jawab panggilan dari mama lalu Nia ku
jeling sekilas.
“Sungguh
ke ma? Okey Attar balik sekarang!” gumam ku lantas mematikan talian.
“Ada
apa bang?” soal Nia ingin tahu.
“Neesa
nak bersalin. Lepas balik berurut tadi, dia ke bilik air . Mama kata Neesa
jatuh di bilik air,” aku pimpin tangan Nia lantas ku hala langkah kaki menuju
ke arah kereta.
“Teruk
ke bang?” soal Nia dalam nada cemas.
“Entahlah
sayang, mama kata mama dah ada di hospital. Kita ke sana ya sayang!” Nia angguk
dan aku tekan alarm kereta lalu pintu
kereta ku tarik dari luar. Tubuh ku henyakkan dan Nia juga lakukan hal yang
serupa. Lalu enjin kereta ku hidupkan dan pedal minyak ku pijak deras.
“Hati-hati
bang, jangan laju sangat!” pesan Nia saat kelajuan kereta ku maksimumkan.
“Sorry
sayang, abang tak sedar tadi!” aku akui kecuaian diri sendiri. Kelajuan ku
perlahankan sedikit dan dengan hati yang dipanah gusar ini, aku titipkan doa
agar Neesa selamat melahirkan bayinya nanti.
Setelah hampir satu jam memandu meredah sesak
akibat kemalangan di lebuhraya persekutuan tadi, kereta bewarna hitam metalik ini akhirnya
tiba di perkarangan hospital. Tanpa membuang masa lagi, aku dan Nia bergegas
menuju ke bilik rawatan yang telah dikhabarkan oleh mama melalui SMS seketika
tadi.
“Abah,
macam mana keadaan Neesa?” soal ku pada abah yang baru tiba. “Alhamdulillah
semuanya baik, jomlah masuk! Abah baru sudah solat isyak dekat surau depan tu.”
Gumam abah sambil tersenyum.
Bicara
abah ku anggukkan sahaja, sambil menggenggam erat jari jemari Nia yang berdiri
rapat dengan ku. Langkah ku atur mengekori langkah abah yang sudah mendahului.
Sebaik
melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Neesa, anak mata ini menangkap
raut wajah pucat tidak bermaya Neesa. Di sisinya, seorang bayi kecil sedang menghisap ibu jari.
Terlena di dalam bedungan!
Aku
dekati tubuh itu lantas duduk ku labuhkan di birai katil, mama dan abah turut
berada sama. Pak Deris pula masih berdiri di hujung katil manakala Nia pula
hanya berdiri di sebelah mama. Diam membisu kesemuanya!
“Neesa,
you okey?” soal ku pendek dan wanita yang baru melahirkan zuriatnya itu sekadar
mengangguk sahaja.
“Baby
boy or baby girl?” soalan kedua terlafaz dari bibir ini.
“Baby
girl,” suara Neesa masih kedengaran lemah dan tidak bermaya sesudah melahirkan
bayi kecil yang belum bernama ini.
“Attar, azankan bayi ni. Tahu tak macam mana
caranya?” soal abah mendekati aku. Aku geleng kepala tidak tahu apakah cara
yang seharusnya aku lakukan.
“Pergilah
berwudhuk, kemudian azankan di telinga kanan dan iqamatkan di telinga kiri.
Cepat,” abah tolak tubuh ku agar segera berwudhuk dan kembali melakukan
kelaziman untuk bayi yang baru lahir.
Aku
bergegas ke tandas berdekatan, usai berwudhuk aku pangku si kecil lalu ku
bisikkan azan dan iqamat di telinga bayi kecil itu agar dia mendengar seruan
yang diperintahkan oleh Pencipta kepada hamba yang bergelar muslim. Agar nanti,
dirinya membesar berlandaskan ajaran agama yang suci ini, tidak tersasar jauh
seperti aku! Itu doaku pada si kecil yang suci tanpa dosa dan noda ini. Sesudah
itu, aku letakkan semula bayi kecil ini di sisi Neesa, raut wajah itu kelihatan
basah dengan air mata.
“Attar,
I nak beritahu sesuatu pada you!” lirih
suara itu. Aku hanya mengangguk perlahan namun pandangan Neesa yang silih
berganti memerhatikan kesemua yang hadir bagai memberi isyarat dia perlukan
ruang untuk berdua bersama aku. Hanya berdua!
“Mama
keluar dulu ya, Nia mari ikut mama.” Panggil mama dan Nia menurut. Abah juga
berlalu bersama Pak Deris. Faham akan maksud pandangan Neesa!
Suasana
kembali sunyi dan sepi, masing-masing melayani kata hati yang sedang keresahan.
Sedang aku leka memerhatikan raut wajah si kecil, suara Neesa akhirnya
terlantun keluar. Walau lemah dan masih kekurangan tenaga, Neesa tetap ku lihat
bersungguh untuk memperkatakan sesuatu. Apa agaknya? Aku sendiri gagal meneka!
“Attar...
sebenarnya anak ni bukan anak you!” aku angguk sebaik Neesa tuturkan
pengakuannya itu. “I tahu Neesa, I tak
pernah sentuh you.... mana mungkin ini I.” gumam ku perlahan dan Neesa
mengangguk kecil.
“Jadi,
baby ni anak siapa?” soal ku lagi. Ingin tahu kebenaran yang telah sekian lama
ku tagih dari wanita itu dan aku pasti kali ini Neesa akan berterus terang
tentang hakikat sebenar bayi perempuan yang sedang terlena ketika ini.
“Neesa,
jujurlah pada hati dan pada diri I juga. I mahukan penjelasan,” aku akhiri
bicara ku dengan sebuah pandangan penuh mengharap pada Neesa. Aku inginkan
sebuah penjelasan! Ya penjelasan dari
segala keributan ciptaan Neesa. “Please Neesa... dah tiba waktu untuk you
berterus terang! I betul-betul mahukan penjelasan!” ujar ku lagi. Neesa
panggung wajahnya, dan aku yang masih duduk di birai katil hospital ini dipandang
dalam raut wajah yang keruh.
“Baby
ni anak Shark!” bicara itu perlahan namun lirih pada pendengaran ku. Sejenak
aku rasakan dunia ini bagai berhenti berputar. Lama berdiam diri, aku kuatkan
semangat untuk terus bertanya kisah disebalik apa yang telah terjadi antara Shark dan juga Neesa.
“Apa
maksud you, Neesa? Macam mana you boleh mengandungkan anak Shark?” aku soal
Neesa. Enggan memerhatikan wajah itu ketika ini. Amarah dan simpati ku bersatu.
Nafas ku hela perlahan agar ombak kemarahan yang sedang berperang di dalam dada
dapat ku hentikan segera. Entah bagaimana harus aku berhadapan dengan satu
kenyataan pahit yang sekali lagi menghimpit! Satu keluhan kecil ku lepaskan.
“Baby
ni anak Shark, dia yang lalukan semuanya pada I. I terperangkap!” gumam Neesa
bersama esak tangisnya. Aku tekup wajah lalu ku raup rambut yang mula terjuntai
ke dahi. Perasaan kesal pada tindakan Neesa membuatkan aku kesakitan. Ya aku
sakit berhadapan kenyataan yang sebegini, dan aku seharusnya tidak terlibat
dengan kisah hidup mereka lagi. sahabat yang menabur racun pada sahabtanya
sendiri! Shark mengetahuinya, namun mengapa lelaki itu nekad untuk pergi lalu
meninggalkan aku bersama dosa-dosanya? “Ah mereka semua kejam! Kejam! Tidak
berhati perut!”! Jerit hati ini membuatkan aku kesedihan dalam diam.
“Attar,
maafkan I.” Gumam Neesa perlahan. Air mata itu diseka dengan jari jemarinya.
Aku bangkit, tidak betah lagi melihat Neesa di hadapan mata namun hal ini harus
ku segerakan. Aku tidak mahu anak ini mempunyai sebarang ikatan dalam hidup ku.
Aku enggan dia berbintikan aku sebagai bapanya!
“Kenapa
baru sekarang you berterus terang Neesa? Apa, you tak nak Shark
bertanggungjawab pada kesalahan yang dia
lakukan. You biarkan dia bebas tanpa sebarang tanggungjawab!” soal ku agak
kecewa dengan tindakan Neesa yang membebani masalahnya pada bahu ku seorang
diri. Memaksa aku menerima dirinya bersama kandungan milik dia dan Shark!
“Maafkan
I, I tak sanggup bersama Shark! Pasti dia akan apa-apakan I andai I berterus
terang akan kandungan ni. Dia mahukan duit dari I, I tak ada duit untuk menyara
hidup dia yang kaki judi. Dan I cintakan you, I mengaku segala yang I lakukan
kini semuanya atas dasar cinta dan sayang I pada you. Maafkan I Attar,” gumam
Neesa lagi.
“Ya
Allah Neesa, kenapa sayang dan cinta you membutakan mata hati you? Kenapa you persiakan rasa sayang you
pada insan yang tak cintakan you? You kejam pada diri you dan juga pada diri I!”
aku hamburkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Neesa yang kurang matang
menagih cinta dan kasih dari aku yang sememangnya tiada hati pada dirinya lagi.
“I
rela asalkan I dapat bersama dengan insan yang I sayang!” gumam Neesa lirih.
Air mata yang bergenang di seka dengan hujung jari. Aku berpaling lalu dinding
ku perhatikan lama, enggan lagi melihat raut wajah insan yang pentingkan
dirinya sendiri. Aku kesal dan aku kecewa dengan perbuatan Neesa, jika tidak
dia turutkan kata hati sudah tentu aku tidak perlu berhadapan dengan semua ini.
Ahhhh....!!!
“Attar,
maafkan I.” Pintanya dalam esak tangis. Aku lepaskan keluhan berat lantas
berpusing menghadap dirinya. Sesuatu perlu aku khabarkan!
“Dengar
sini baik-baik....” ucap ku perlahan. Neesa pula sekadar memerhati, sesekali
dia menyeka air mata yang merembes di lekuk pipinya. “I tak mahu anak you dan
Shark berbintikan nama I. Cukuplah semua yang I dah lalui, jangan you libatkan
anak you dengan I lagi. Memang you isteri I tapi anak tu bukan anak I, dan dia
tiada apa-apa hubungan dengan I.” Gumam ku berharap Neesa memahami dan
menerimanya dengan hati terbuka.
“I
tahu, baby I lahir tanpa ikatan yang sah! Dan baby I tak layak berbintikan
sesiapa pun!” ucap Neesa lirih. Simpati ku datang menerpa namun aku harus
sedar, dalam simpati yang bersisa.. agama tetap yang pertama. Aku tidak mahu
membelakangi agama ku lagi. Cukuplah sekali dulu!
“I
faham, I sedar dan I tahu anak I tak layak berbintikan mana-mana lelaki.” Ulang
Neesa bersama tangis sendunya.
“Sudahlah
Neesa, you rehatlah dulu! I nak keluar dan I nak solat sekejap!” gumam ku dan
Neesa hanya angguk perlahan. Belum sempat aku menarik tombol pintu, daun pintu
terkuak dari luar. Shark sedang berdiri dengan pandangan tajam menikam.
“Aku
dah dengar semuanya! Jadi betullah budak ni anak aku?” pertanyaan Shark
membuatkan Neesa pantas memeluk tubuh si kecil itu seerat mungkin.
“Tak,
dia bukan anak you! Dia anak I!” gumam Neesa cemas. “Bagi sini budak tu, bagi
sini!” tiba-tiba Shark meluru mendekati Neesa lalu cuba merampas bayi yang kemas
di dalam pelukan wanita itu. Kali ini aku benar-benar tersentak dengan
perbuatan Shark.
“Shark,
apahal dengan kau ni!” Aku tolak tubuh itu dari mengasari Neesa yang baru
sahaja melahirkan bayi kecilnya. Tubuh Neesa masih lemah dan pergerakannya juga
terhad. Rasa kasihan ku jatuh buat Neesa dan rasa amarah ku timbul dek kerana
sikap Shark yang keterlaluan.
“Aku
nak jual budak ni, aku nak duit! Aku
perlukan duit, jika tidak mereka akan bunuh aku!” gumam Shark menerangkan
keadaan yang terpaksa ditempuhnya saat ini.
“Aku
dah bagi dulu, mana duit tu?” curiga ku bertambah-tambah. Sebanyak 50,000
ringgit sudah ku hulurkan pada Shark dan hanya sedikit sahaja lagi yang perlu
dicarinya. Jadi wajarkah dia bertindak sebegini demi kerana wang yang tidak
seberapa itu?
“Tak
cukup!” keras nada suara Shark.
“Itu
masalah kau! Jangan libatkan orang lain!” ucap ku berharap Shark akan sedar
perbuatannya itu.
“Ah...
aku tak peduli! Bak sini budak tu, aku tak kira aku nak jual juga... ada agen
dah setuju nak beli! Mintak sini!” Shark semakin ganas hingga sanggup menolak
Neesa jatuh dari katil namun pelukan erat seorang ibu bagi melindungi bayi
kecilnya masih tidak mampu ditandingi
oleh Shark. Pelukan itu kuat dan ampuh!
“Ini
anak I, jangan ambil anak I!” jerit Neesa enggan melepaskan bayinya. Tangis dan
esak itu semakin kuat berlagu. Aku pula semakin bimbang dengan keadaan Shark
bagaikan hilang siuman ketika ini. “Kau jangan nak buat gila Shark!” bentak ku
keras. Shark memandang sinis ke arah ku!
“Ah,
aku peduli apa! Patutlah kau sembunyikan diri kau dari aku! Bersungguh-sungguh
nak kahwin dengan Attar! Rupanya ini yang kau sorokkan ya!” bentak Shark masih
berkeras mahu mendapatkan bayi yang mula menangis.
“Aku
tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Jangan ganggu aku, aku tak ada kaitan
dengan kau lagi. Ini bukan anak kau! Bukan! Bukan! Bukan!”pekik Neesa dalam
tangis yang rancak berlagu. Waktu ini sekecil yang dipeluk erat oleh Neesa
turut menangis dan suaranya bergema kuat di dalam bilik wad sederhana besar
ini. Sesuatu perlu aku lakukan untuk Neesa dan anaknya.
“Shark,
kau keluar sekarang!” marah ku. Namun Shark yang sedang cuba meleraikan pelukan
Neesa terhadap anaknya segera mematikan tindakan. Tubuh ditegakkan dan aku
dipandang tajam!
“Kau
jangan masuk campur! Ni anak aku! Berambus!” usir Shark pada aku yang
mempertahankan Neesa. Neesa dihampiri lantas wajah itu ditampar berkali, rayuan
dan esak simpati wanita itu langsung tidak diperdulikan lagi. Memang Shark
benar-benar keterlaluan!
“Hei
Shark! Kau dah gila ke apa hah!” aku tolak tubuhnya dari terus terusan
mendekati Neesa yang meraung kesakitan.
“Memang
aku dah gila! Aku dah gila! Aku nak budak tu, aku nak duit!” bentak Shark bagai
hilang akal. Dalam keadaan genting seperti ini, apa yang harus ku lakukan
hanyalah dengan mendapatkan bantuan pihak hospital agar dapat menghalang Shark
dari melarikan bayi yang tidak bersalah ini. Suis bewarna merah yang bersambung
terus ke kaunter hadapan ku tekan berkali-kali dan dalam sekelip mata beberapa
jururawat datang ke bilik rawatan yang menempatkan Neesa.
“Apa
yang terjadi ni encik?” soal salah seorang jururawat yang terkejut melihat
Neesa sudah jatuh terjelepuk di lantai. “Tolong
panggil security!” arah ku keras dan salah seorang dari mereka bergegas
mendapatkan pertolongan.
“Aku
nak budak tu!” Shark yang menyedari kehadiran jururawat itu segera berusaha
merampas bayi yang masih dikendong oleh Neesa. “Shark, kau dah gila ke apa!
Jangan sakitkan Neesa! Dia tak sihat, mengucap weh!” aku berusaha menarik tubuh
Shark menjauhi batang tubuh Neesa.
“Kau
diam Attar, jangan nak tunjuk pandai! Jangan nak tunjuk alim kalau kau sendiri
kotor dan hina!” pekik Shark marahkan aku menyeru agar dia mengucapkan kalimah
syahadah.
“Encik,
apa ni? Ini hospital, sila keluar sekarang!” arah jururawat yang masih berada
di sini untuk memeriksa keadaan Neesa yang terjatuh ke lantai tadi.
“Hei,
jangan kacau aku! Blah! Blah! Jangan ganggu aku!” bentak Shark semakin hilang
pertimbangan. Jururawat bertubuh kecil itu ditolak hingga jatuh tersungkur ke
lantai.
“Dan
kau Attar, jangan menyibuk hal aku! Berambus! Berambus!” herdikan Shark cuba
menakutkan aku lalu dia kembali berusaha untuk merampas bayi milik Neesa yang
semakin lemah dikasari oleh tangan Shark sendiri.
“Shark!cukuplah!”jerkah
ku kuat namun masih belum mampu menyedarkan Shark yang sudah dipengaruhi nafsu
dan kata hati. “Woi... stop! Enough!” bentak ku kuat lalu melepaskan tumbukan
di wajah Shark sehingga tubuh itu jatuh tersembam ke bucu meja di tepi kepala
katil. Dia menyeringai menahan rasa sakit sebelum bangkit lalu meluru ke arah
ku dan melepaskan buku limanya ke arah aku pula. “Kau keluar Shark! Keluar
sekarang!” hambur ku sambil menggosok permukaan kulit wajah yang pedih.
“Kau
jangan masuk campur! Berambus!” jerkah dia kuat.
“Neesa
isteri aku! Dan anak dia, anak aku! Kau yang sepatutnya berambus!” maki ku
pula. Hilang sabar dengan sikap dan karenah Shark.
“Hahahaha....
anak kau? Kau pernah sentuh dia ke? Tak pernah kan? Jangan nak berangan,
sekarang baik kau ketepi! Budak ni tak layak hidup!” Shark kembali berpaling
menuju ke arah Neesa.
“Jangan
ambil baby aku! Jangan!” gumam Neesa kuat bersama tangis dan esaknya. Menepis
tangan Shark yang rakus mengasari tubuhnya. “Cukuplah Shark, jangan buat pasal dekat sini. Keluar!”
peringat ku segera. “Selagi aku tak dapat budak tu, jangan harap aku tinggalkan
tempat ni!” sinis Shark lalu menarik rambut Neesa dan dihentak ke arah dinding.
“Shark!” laung ku bila melihat Neesa semakin lemah. “Sakit?” Shark soal Neesa
perlahan. “Kau jangan buat gila Shark! Keluar, keluar!” aku cengkam bahu Shark
lalu aku tarik tubuhnya berhadapan dengan aku! “Kau berambus dari sini!” pekik
ku bersama suara yang lantang. Sudah hilang sabar ku pada sahabat yang semakin
hilang akal dan tidak berperikemanusiaan seperti Shark! Sedang aku bertikam
lidah dan menghamburkan rasa amarah terhadap tindakan Shark, pintu bilik
terkuak dari luar.
“Ya
Allah apa yang jadi ni Attar?” mama yang baru muncul bersama yang lain-lain
begitu terkejut melihat situasi di dalam wad yang bertaburan manakala seorang
jururawat sudah rebah dan Neesa pula sedang tersandar memeluk bayinya di tepi
dinding.
“Bagi
budak ni! Kalau tidak aku bunuh dia!” ugut Shark masih cuba merebut bayi
perempuan itu. Tangis Neesa dan bayinya bersatu memecah keheningan malam. Shark
pula semakin agresif dan tidak mahu mengalah!
“Shark,
Ya Allah kenapa ni Shark?” mama mencelah disebalik keributan itu.
“Shark,
kenapa ni? Mengucap nak,” abah pula
mengambil pendekatan untuk melembutkan hati Shark yang sedang panas.
“Cukuplah,
Shark! Lepaskan Neesa. Lepaskan baby tu!” pujuk ku dalam nada lembut, mahu dia
sedar, dengan siapa dia sedang berkasar ketika ini. “Tolonglah Shark, jangan
buat I macam ni!” gogoi Neesa masih belum berhenti berharap.
“Diam!
Diam! Aku tak nak dengar korang membebel! Aku nak budak ni, aku bukan nak
dengar kau menjerit!” jerkah Shark semakin berani mengasari Neesa dengan lebih
teruk lagi. Wajah itu ditampar berkali!
“Hei
Shark, ni anak kau! Anak kau! Jangan buat sesuatu yang bodoh!” peringat ku
sambil tarik baju yang tersarung di tubuh itu dari arah belakang agar
tindakannya terhenti. “Sebab dia anak akulah, aku nak jual dia!” bentak Shark
tidak lagi memeperdulikan persekitarannya. Memang sahabat ku ini sudah gila dan
buta mata hatinya angkara judi yang diagung-agungkan! Kerana judi, maruah dan
harga diri tergadai. Kerana judi juga, sifat keperimanusiaan hilang begitu
sahaja!
“Encik,
sila menyerah!” pengawal yang baru tiba segera menghampiri Shark lalu kedua
tangan Shark digari. Rontaan dan amukan Shark semakin menggila, meja kecil di
sisi katil di sepak hingga tumbang ke lantai. Pasu bunga yang terdapat di meja
itu turut jatuh berderai dan semua makanan yang berada di atasnya juga jatuh
bersepai ke lantai.
“Bawak
dia keluar, cepat!” arah jururawat yang dicederakan oleh Shark sebentar tadi.
baru tersedar dari pengsan setelah mama datang memberi bantuan.
“Jaga
kau Neesa, aku takkan lepaskan kau!” pekik Shark bersama rontaan yang agak
kuat.
“Sudah,
tolong bawa dia keluar!” arah ku sambil memandang sekilas ke arah Shark yang
mempamerkan riak tidak puas hatinya. “Nurse, tolong tengokkan isteri saya.” Aju
ku pada jururawat muda itu. Neesa ku hampiri lalu dirinya ku bantu untuk
berdiri semula.
“Bangun
Neesa,” aju ku pada Neesa.
“Terima
kasih Attar!” ucap Neesa bersama pandangan berkaca-kaca.
“Puan
Neesa, mari saya rawat awak! Sini,” dengan lemah lembut Neesa dipujuk dan
ditenangkan jururawat itu lalu aku juga membantu Neesa kembali naik ke atas
katil. Tubuh itu kelihatan menggigil ketakutan dan Neesa memerlukan terapi
untuk menghilangkan trauma dan ketakutannya waktu ini.
“Sekejap
lagi saya akan panggil doktor!” bicara jururawat muda itu buat aku kelegaan dan
kurang lima minit individu yang dimaksudkan tiba bersama peralatan
perubatannya.
“Encik
sila ikut kami untuk laporan dan tentang Puan Neesa, kami akan pantau keadaan
dia. Buat masa ni biarkan Puan Neesa berehat dulu. Pesakit mungkin trauma!”
gumam doktor yang baru tiba. Aku hanya mengangguk lalu doktor yang sudah
berlalu ku ekori dari arah belakang.
BAB
37
“Doktor
bagaimana dengan isteri saya,” buat kedua kalinya aku mengakui Neesa adalah
isteri ku setelah sekian lama aku menafikan hakikat yang tersurat. Doktor muda
lingkungan awal 30-an tersenyum senang, sesekali mata bundar itu menikam raut wajah
ku. Mungkin faham akan gelojak perasaan yang ku alami semenjak Shark datang
menyerang tadi.
“Isteri
encik tak ada apa-apa, cuma alami sedikit kejutan....” ucap doktor itu sebelum
meneruskan bicaranya lagi.
“.....
tapi keadaan ini tak lama, dua atau tiga hari lagi Insyaallah puan Neesa
kembali normal. Oh ya, saya perlu laporkan hal ini kepada pihak polis. Encik
sebagai saksi perlu ke sana untuk diambil keterangan.” Gumam doktor itu ku
sambut dengan anggukan kecil.
“Lagi
satu, saya nak maklumkan sesuatu berkenaan sijil lahir anak encik.” Ungkapan
doktor muda itu kedengaran perlahan dan berhati-hati melontarkan bicaranya. Aku
yang mendengar bagai tidak sabar lagi untuk mengetahui patah bicara yang akan
disampaikan kepada ku ketika ini.
“Ada
apa-apa masalah ke doktor?” soal ku laju. Doktor itu menggeleng lemah, ada
senyuman hambar yang tersungging. Aku telan liur, berita apakah yang membuatkan
doktor ini berat untuk berbicara?
“Untuk
makluman pihak encik, kami terpaksa menerangkan hal berkaitan pendaftaran bayi
encik. Ini prosedur yang telah ditetapkan pihak jabatan pendaftaran negara.
Walau bagaimanapun, encik perlu merujuk ke jabatan yang saya maksudkan.” Aku
sekadar mengangguk dan menanti doktor itu meneruskan bicaranya.
“Macam ni la... mengikut sijil pernikahan
encik dan Puan Neesa, tempoh perkahwinan encik baru sahaja mencecah enam bulan.
Manakala anak encik dilahirkan dalam keadaan sihat dan pada usia kandungan
sembilan bulan. Jadi di sini....” doktor itu bagai berat meneruskan tutur
katanya. Ketika ini aku dihambat perasaan malu yang menggunung setelah maksud
yang ingin disampaikan oleh doktor ini sudah dapat ku hidu! Ya, semuanya angkara Neesa melahirkan anak
tidak sah taraf! Namun aku akui, walau
apa pun yang terjadi, doktor ini tidak mengetahui peristiwa yang mengheret
diriku ke suatu ikatan perkahwinan yang tidak ku relakan. Dan aku bukan bapa
kepada bayi Neesa.
“Encik
Attar,” panggilan doktor itu membuatkan aku tersentak. Lamunan yang membawa aku
kembali ke alam realiti. “Saya faham dengan maksud doktor, anak saya anak tak
sah taraf!” gumam ku senada. Doktor tersebut mengangguk kecil dan kali ini raut
wajah itu kelihatan tenang bersahaja. “Saya minta maaf Encik Attar,” doktor itu
mengungkap sebaris ayat. “It is okay, doktor. Saya tak kisah,” aju ku perlahan.
“Jadi
apa yang perlu saya lakukan doktor?” soal ku meminta pandangan doktor yang
merawat Neesa. Mungkin dia lebih arif berkaitan dengan masalah yang aku alami.
“Encik
boleh minta pandangan dari jabatan pendaftaran, mungkin mereka lebih arif
berkenaan hal ini. Lagi pun pihak hospital tiada kuasa untuk mencampuri urusan
pihak jabatan lain.” Terang doktor itu ku akui ada kebenarannya. Mereka hanya
merawat dan memastikan pesakit yang mendapat rawatan di premis kesihatan mereka
terjaga. Dan selebihnya, itu adalah peranan pihak lain yang lebih pakar dalam
urusan mereka.
“Okey,
terima kasih doktor. Oh ya, kalau tak ada apa-apa.... saya minta diri dulu!”
gumam ku seraya bangkit dari kerusi bewarna merah yang terletak berhadapan meja
doktor bernama Suria itu. Ada senyuman dan anggukan kecil dari terbias di
wajahnya.
“Ya,
baik! Terima kasih,” tutur doktor itu aku sambut dengan senyum lalu kaki ku
atur keluar dari bilik doktor yang bernombor A15 itu. Perlahan-lahan kaki
menyusuri laluan menuju ke bilik rawatan yang menempatkan Neesa. Nia pula sudah
menunggu di hadapan pintu bilik menanti khabar dari ku.
“Abang,”
panggil Nia sambil mendekati aku.
“Kita
masuk dulu sayang,” arah ku pada Nia dan kami beriringan masuk ke dalam bilik
wad.
“Abang,
apa kata doktor?” suara Nia kedengaran perlahan di telinga ku. Aku pamer
senyuman padanya, dan dia mendekati aku lalu melabuhkan duduknya di sisi.
“Doktor
kata Neesa perlukan rehat dan mungkin dua tiga hari lagi eloklah dia. Lagi satu
esok abang nak uruskan pendaftaran baby Neesa, Nia nak ikut?” pertanyaan ku
disambut anggukan kecil dari Nia.
“Boleh
juga, esok Nia cuti! Tapi siapa nak jaga Neesa malam ni? Nia tak larat la....
pinggang ni dah pandai sakit-sakit,” adu Nia tayang wajah simpatinya di hadapan
mata ku. Aku sentuh kedua pipinya lalu hidung mancung itu ku tarik lembut. Nia
menepis manja, katanya sakit bila aku perlakukan dia sebegitu.
“Doktor
kata tak perlu tunggu, tapi abang yakin mama akan tunggu Neesa!” ujar ku lagi.
“Ish...
kesian pada mama. Mesti mama letih nanti,” ucap Nia bernada simpati yang amat.
Aku senyum dan aku tarik jari jemarinya rapat ke dalam genggaman tangan.
Sesekali ku bawa jemari runcing itu ke bibir lalu ku kucup penuh kasih.
“Jangan
risau pada mama, mama kata mama okey... lagipun mama teruja bila tengok baby
Neesa. Comel macam Neesa kan?” soal ku pada . “Tak sabar nak jadi macam Neesa,
ada baby!” gumam Nia perlahan. Aku sentuh perut yang memboyot itu lalu ku usap
penuh kasih dan cinta pada si dia di dalam sana.
“Sampai
masanya nanti, anak kita akan lihat kita sayang! Masa tu abang la orang yang
paling teruja nanti!” aku membayangkan rasa dan detik bahagia yang bakal ku
lalui bersama Nia suatu hari nanti. Ketika aku menyambut buah cinta kami ke
dunia. Masih menghitung hari dan detik yang bakal membawa aku kepada realiti
bahagia itu.
“Abang,
bila abang nak selesaikan masalah Shark?” pertanyaan Nia membuatkan aku
tersedar seketika. Ya aku perlu ke balai polis untuk memberi keterangan berkaitan insiden yang
melibatkan Shark. Dan sudah pasti, rakan baik ku itu akan didakwa kerana mendatangkan
kecederaan pada Neesa. Namun aku bersyukur andai Shark ditahan di dalam penjara
daripada terus bebas dan menjadi buruan lintah darat! Bebas atau tidak, Shark
tetap terkurung dengan kesilapan yang pernah dilakukannya.
“Esok
abang akan ke balai polis, lepas tu abang jemput Nia kita ke jabatan
pendaftaran untuk uruskan sijil lahir baby dan lepas semuanya siap, abang nak
ajak Nia beli barang untuk baby!” gumam ku membuatkan Nia menegakkan tubuh lalu
memanggung wajah menancap wajah ku pula.
“Baby
Neesa ke baby Nia?” pertanyaan berbaur cemburu terlontar keluar. Aku tarik bahu
itu rapat ke bahu ku lalu ku peluk erat tubuhnya. Neesa yang masih berbaring
dan bayi perempuan yang sedang tidur lena ku perhatikan lama. Sesekali wajah
Nia yang hampir ke wajah ku, ku jeling sekilas.
“Baby
siapa bang?” Nia menyoal lagi. Aku ketawa halus, Nia bagai tidak sabar lagi
ingin tahu.
“Baby
Neesa.... lepas tu abang nak ajak Nia
shopping untuk baby kita juga. Manalah tahu abang dah tak sempat atau tak ada
peluang lagi nak bawa Nia membeli belah. Siapa tahu kan?” ujar ku bagai tidak
yakin akan datang aku masih lagi di sini dan masih lagi bersama Nia atau pun
sudah pergi jauh dari mereka semua. Aku benar-benar tak tahu!
“Nia,
kenapa senyap ni?” soal ku bila Nia tidak memberi respon.
“Nia
tak suka la abang cakap macam ni, tak kesian pada Nia ke?’ rungut Nia
menjarakkan sedikit kedudukannya dari ku. Kedua tangannya yang kemas dalam
genggaman tangan ku ditarik dan dia berganjak menjauhi aku yang masih setia dekat
di sisinya. Melihat Nia sekaan merajuk,
dirinya ku hampiri lalu kedua tangan itu ku genggam erat.
“Bukan
tak kesian sayang, manalah tahu tiba-tiba abang sibuk ke? Tak pun kena transfer
ke negeri lain ke... tak pun abang tak sihat? Macam mana?” aku soal Nia sekadar
mahu menyedapkan hatinya. “Sementara ada masa dan ada peluang ni, abang nak
habiskan semuanya bersama sayang! Bolehkan sayang?” aku hamburkan kata-kata
yang lebih lembut dan romantis dengan harapan hati Nia kembali terpujuk.
“Jangan
merajuk lagi sayang, abang sayangkan Nia!” ucap ku jujur dari hati.
Sedang
aku melayani rajuk Nia, pintu bilik wad terkuak dari luar. Aku halakan
pandangan ke arah muka pintu, kelihatan mama dan abah sedang menapak masuk ke
bilik rawatan ini.
“Attar,
apa kata doktor?” mama menghampiri ku. Sebungkus roti dan mentega diletakkan di
atas meja berhampiran kepala katil.
“Doktor
kata Neesa cuma alami kejutan, tapi jangan risau ma.... mungkin dua tiga hari
eloklah dia!” terangku seraya bangkit untuk memberi ruang kepada mama. Nia juga
bangun untuk memberi laluan kepada abah.
“Alhamdulillah,
semuanya selamat! Tak sangka pulak nak jadi macam ni. Dan Shark tu......” patah bicara mama terhenti. Satu keluhan
kecil kedengaran perlahan dan aku lihat mama menggeleng-geleng kepalanya
beberapa kali! Mungkin mama sama sekali tidak menduga, bayi yang dikandungakan
oleh Neesa adalah anak kepada Shark.
Lelaki yang juga teman baik kepada anaknya sendiri!
“Semuanya
dah terjadi, tak perlu dikesalkan lagi.” Abah bersuara, pasti memahami gelojak
perasaan bersalah mama pada ku dan mungkin juga kesal dengan tindakannya
menyatukan aku dan Neesa seuatu ketika dahulu.
“Mama
minta maaf, Attar!” ucap mama lirih.
“It
is okay mama, Attar tak salahkan mama lagi.” aju ku membalas ucapan mama. “Tak
Attar, semuanya kerana salah mama! Paksa Attar terima semuanya,” suara mama
bergetar dihujung bicaranya. “Ma, Attar dah lupa ma! Attar dah malas nak ambil
kisah dengan perkara yang dah lepas.” Terang ku mahu mama berasa tenang. Jauh
dari penyesalan yang tak sudah.
“Sherry..
Attar pun tak ambil hati. Tak perlulah awak rasa bersalah sangat! Sekarang,
semuanya dah selamat!” gumam abah mencelah disebalik kekesalan mama.
“Abang
nak balik, siapa nak jaga Neesa?” soal abah setelah suasana kembali hening.
Mama bungkam, Nia menyepi lalu aku harus bersuara.
“Kalau
mama letih, mama rehatlah! Esok kita datang lawat Neesa lagi.” Cadang ku pada
semua. “Betul tu Sherry, apa kata kita
balik dulu.” Sokong abah tidak lama kemudian.
“Biar
Sherry jaga! Lagipun Neesa ni menantu kita. Isteri anak kita juga,” gumam mama
dan di hujung sana aku lihat Nia diam tidak berkutik. Terasakah dia dengan
bicara mama tadi. Dan aku tahu walau apa hakikat yang terjadi sekalipun, tiada
wanita di dunia ini sudi berkongsi kasih suami. Begitu juga Nia yang menerima
kehadiran Neesa dengan hati yang terbuka walau aku sedar sekeping hati itu
sebenarnya sedang luka berdarah!
“Attar, baliklah! Bawa Nia berehat, perempuan mengandung cepat penat, kesian mama tengok Nia dari tadi tak berehat-rehat! Pergilah, dah pukul dua pagi ni nak!” ucap mama yang turut bimbang keadaan Nia. Syukur, mama adil dalam mengagih kasih kepada kedua menantunya.
“Attar, baliklah! Bawa Nia berehat, perempuan mengandung cepat penat, kesian mama tengok Nia dari tadi tak berehat-rehat! Pergilah, dah pukul dua pagi ni nak!” ucap mama yang turut bimbang keadaan Nia. Syukur, mama adil dalam mengagih kasih kepada kedua menantunya.
“Nia,
jaga diri baik-baik! Jaga cucu abah elok-elok,” pesan abah kepada Nia buat aku
senyum segaris.
“Insyallah
bah, Nia minta diri dulu ya mama, abah!”
kedua tangan mereka disalami oleh Nia, aku juga menurut. Sesudah itu aku atur
langkah beriringan meninggalkan perkarang wad yang dihuni oleh Neesa.
**
“Sayang,”
panggil ku pada Nia. Jalan raya yang terbentang luas di hadapan mata ku
perhatikan sekilas sebelum anak mata ku larikan ke arah Nia yang sedang
memerhatikan ke arah luar tingkap kereta.
“Hermmm?”
respon Nia lalu menoleh dan membalas pandangan mata ku.
“Abang
minta maaf kalau selama ni Nia terasa hati dengan layanan abang dan keluarga
abang pada Nia,” ungkap ku perlahan. Aku ingin menyelami hati wanita sehebat
Nia, mungkinkah hati itu pernah terluka dengan layanan yang diterima? Aku
sendiri tidak mampu mengagaknya!
“Tipulah
kalau Nia kata Nia tak pernah terasa hati, tapi.....” bicaranya terhenti. Aku
palingkan wajah mencari seraut wajah bujur sireh milik Nia. Ada senyuman kecil
yang tersungging di pinggir bibir merah merekah kepunyaan Nia.
“Tapi
Nia sedar bang, Nia bersuamikan lelaki yang punyai dua isteri! Jadi Nia tak
boleh nak harapkan kasih abang hanya untuk Nia dan perhatian dan tanggungjawab
abang hanya untuk Nia seorang. Sebagai isteri, Nia tak sanggup heret abang ke
neraka jika abang abaikan tanggungjawab abang pada kedua-dua isteri abang. Nia
sayangkan abang, dan Nia perlu redha dengan kehidupan kita.” Aku terkedu dan
terkelu. Aku akui ilmu agama milik Nia mampu mengatasi beban emosi dan rasa
kecewa seorang wanita yang bermadu. Bukan mudah hatta untuk aku sekalipun,
tiada lagi ruang dan masa yang ku peruntukkan untuk diri ku sendiri. Semuanya
bagai terantai dengan kehidupan berumah tangga!
“Nia,
maafkan abang andai abang tak mampu adil dan saksama. Abang tak yakin untuk
beristeri dua, tapi abang terpaksa sayang!” ucap ku harap Nia juga mengerti kedudukan
dan keadaan yang harus ku tempuh dan lalui.
“Nia
faham keadaan abang, abang terpaksa kerana tiada pilihan dan Nia juga terpaksa
terima semua ni demi abang dan rumah tangga kita. Tapi Nia yakin abang mampu,”
kata-kata Nia memberi semangat kepada ku yang sering kali lemah dengan kata
hati.
“Terima
kasih sayang! “ ucap ku menyembunyikan rasa sebak di dalam dada. Syukur, Nia
memahami diri ku. Lelaki yang baru menginjak usia 24 tahun dan tak sepatutnya beristeri
dua dalam usia semuda ini. “Nia tengok kawan-kawan abang, semuanya tak kahwin
lagi. Abang je nampak macam gatal melampau, siap beristeri dua lagi!
Hairanlah!” gumam ku mengomel tidak puas hati. Nia ketawa kecil!
“Abang
memang gatal pun!” ujar Nia tersenyum-senyum. Aku kerutkan dahi, benarkah kau gatal!
“Takkan
kut sayang?” aku inginkan kepastian. Adakah aku gatal dikaca mata Nia?
“Ya,
suami Nia ni gatal!” dia paut lengan ku erat.
“Mestilah
gatal. Kalau tidak tak adanya si kecil kat dalam tu!” sambut ku membuatkan Nia
terjerit kecil.
“Eiiii...
tak malu!” gumam Nia terus melentokkan kepalanya ke bahu ku dan aku meneruskan
pemanduan menghala ke lebuhraya sebelum menuju ke susur keluar menghala kawasan
perumahan elit itu.
insyaallah saya akan terbitkan novel
SKANDAL, Bukan selamanya.
boleh drop nama dekat kotak komen atau wasap saya utk booking
0134239065. nyatakan nama dan booking tajuk novel.
haa.. saya baru kluar novel baru. dulu Lelaki mata keranjang saya tukar tajuk Pujaan Hati Kanda. harap sudi memilikinya. :)
Comments
betahun tnggu...