PUJAAN HATI KANDA BAB 2
BAB 2
Anak ini perlukan
ayahnya.
Saya serahkan
kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang.
Selamat Pengantin
Baru- Gadis Misteri
“Kenapa
senyap? Jawablah soalan Atuk kamu tu?” sergah Datin Puteri Aisyah dengan wajah
menyinga. Kad yang dibaca seketika tadi dihempas ke lantai. Berang!
“Errmm… Sebenarnya.. sebenarnya..”
“Sebenarnya
apa Danny?” potong Dato Megat Aiyub tidak sabar.
“Danny
tak tahulah Tuk.” intonasi rendah diperdengarkan kepada kedua datuk dan nenek
yang ‘low profile’ orangnya. Kedua-duanya tidak gemar disapa ‘dato dan datin’
sekiranya tidak melibatkan majlis-majlis rasmi. Namun, kedua-dua mereka
merupakan individu yang tegas hingga kadangkala dia merasakan datuk dan
neneknya itu seperti pemerintah diktator yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan. ‘Ah, melampau sangat perumpaan kau tu Danny.’
“Atuk
tanya ni, kenapa tak jawab?” sergahan itu menyebabkan bahu Danny terhinjut.
Dengan helaan nafas panjang, dia menjawab lemah.
“Danny
tak tahu Tuk.”
“Kamu
kata kamu tak tahu?” ulang Megat Aiyub dengan suara tinggi. Terkejut bercampur
berang dengan jawapan yang diberikan oleh cucu kesayangannya itu. Hish, Danny…
tak pernah berubah! Ada sahaja perbuatan anak muda itu yang membuatkan darah
tuanya menggelegak.
“Sumpah,
Danny tak tahu apa-apa.”
“Termasuk
budak tu?” sampuk Puteri Aisyah pula. Nenek yang cukup tegas dan keras
orangnya. Lambat-lambat, dia mengangguk. Tak tahu nak kata apa lagi. Dia sudah
tertangkap dihari yang bakal merubah kehidupan silamnya.
“Danny
betul-betul malukan Atuk dengan Nenek. Mana kami nak letak muka… tu, keluarga
pengantin perempuan dah pandang semacam! Apa Atuk nak beritahu pada mereka?”
“Atuk
rahsiakanlah. Tentang budak ni, tahulah macam mana Danny nak handle nanti!”
“Danny
nak handle macam mana? Ni budak ni, nak sorok kemana?”
“Alah,
Atuk tolonglah cover! Nanti Danny akan cari jalan dan selesaikan masalah ni
Tuk.”
“Macam
mana kamu nak selesaikan masalah ni Danny? Nak cari mak budak tu? Di mana?
Siapa orangnya? Kamu kenal?”
Danny
menggeleng. Itu pun satu hal, bayi kecil ini datang bersama satu kad ucapan dan
juga sehelai sijil kelahiran. Di atas kepingan kertas itu, hanya terdapat
maklumat ibu dan juga maklumat bayi tanpa keterangan bapa di bahagian yang
sepatutnya. Ah, ini sudah parah!
“Jangan-jangan,
diorang nak perangkap Danny tak?” tebaknya cuba menyedapkan hati sendiri.
“Untuk
apalah mereka nak perangkap kamu Danny? Kamu bukannya ada apa-apa? Buang masa
mereka nak buat kerja tak berfaedah ni. Lagi pulak, tiada ugutan atau apa-apa
yang mencurigakan. Pengirim ni hanya mahu kamu bertanggungjawab dan jaga bayi
ni dengan baik. Jadi, apa maknanya semua ni? Cakap pada nenek.” Tukas Aisyah
menyampuk dengan tiba-tiba.
“Nek..
sumpah Nek, Danny tak tahu.”
“Assalammualaikum.”
Sapa seseorang. Serentak itu juga, ketiga-tiga mereka berpaling.
“Saya
Hisyam, pembantu Tok Kadi. Nak tanyalah pada Datuk sekeluarga, majlis
pernikahan ni, jadi ke tidak?” mungkin terlalu lama menanti, akhirnya pembantu
kepada Tok Kadi datang sendiri bertanya. Meminta kepastian tentang majlis yang
ditangguhkan sebentar tadi.
“Kenapa
ya Encik Hisyam? Ada apa-apa masalah ke?” Danny menyoal dengan riak wajah yang
resah.
“Macamni’lah
Encik Danish, Tok Kadi perlu nikahkan beberapa pasangan pengantin yang lain.
Jadi, jadual kami memang agak padat. Oleh itu, eloklah kiranya kami selesaikan
upcara pernikahan ni mengikut jadual yang disusun. Senang kerja kami, senang
jugalah kerja Encik Danish.” Ujar Hisyam memangil Danny dengan namanya yang
sebenarnya. Megat Danish!
Faham
dengan apa yang dilontarkan oleh pembantu Tok Kadi, Danny memandang wajah datuk
dan neneknya. Menanti tindakan selanjutnya.
Megat
Aiyub dan Puteri Aisyah terus berbalas pandangan.
“Macam
mana ni bang?” soal Puteri Aisyah perlahan.
“Biar
abang selesaikan.” Pembantu Tok Kadi dihampiri. Tidak lama kemudian, bibir Megat
Aiyub terus sahaja bersuara
“Boleh beri sedikit masa lagi untuk kami! Saya
nak bincang sesuatu dengan cucu saya dan juga keluarga pengantin perempuan.”
“Baiklah,
kalau boleh cepat sikit ya. Lepas ni, kami perlu bergerak ke masjid yang lain
pula.” Terang Hisyam yang berkopiah putih bersama senyuman mekar.
Sebaik
sahaja, lelaki yang menemui mereka seketika tadi berlalu, Danny kembali menjadi
perhatian.
“Sekarang,
kamu ikut kami jumpa keluarga pengantin perempuan. Nak sorokkan pun dah tak
boleh! Mereka dah nampak, dah tengok kad ucapan tu.” Gerutu Megat Aiyub bersama
kepala yang digeleng perlahan.
“Tak
ada cara lain ke Tuk?”
“Tak
ada!” sahut kedua-duanya serentak.
“Danny
minta maaf Tuk, minta maaf Nek.”
“Sudah,
ikut Atuk jumpa mereka.” Megat Aiyub terus melangkah manakala Puteri Aisyah
pula terus merenung tajam wajah cucunya itu.
“Kamu
ni betul-betul memalukan nenek! Hesy, apalah dosa Atuk dengan Nenek dalam
membesarkan kamu!” dengus Puteri Asiyah lalu mengorak langkah mengekori
suaminya yang sudah beberapa tapak ke hadapan. Dalam keterpaksaan, dan dalam
debar yang tidak berkesudahan, Danny juga terpaksa menurut dan berdepan dengan
keluarga tunangannya itu.
“Sebelum
kita ambil apa-apa keputusan, baiklah kiranya saya bertanya sendiri kepada
keluarga pengantin perempuan.” Liur ditelan dan wajah-wajah keluarga bakal
besannya direnung satu persatu.
“Semua
dah tahu tentang bayi yang kita jumpa dekat ruang legar masjid ni. Semua dah
lihat dan sudah baca kad yang ditulis. Makanya, hendaklah saya tahu bagaimana
pendirian keluarga bakal besan saya. Meneruskan majlis atau membatalkan?
Apa-apa pun keputusan yang diambil, kami reda.” Sambung Megat Aiyub dibalas
dengan jawapan ringkas Danny.
“No!”
tiba-tiba Danny bersuara.
“Danny,
senyap! Jangan menyampuk!”
“Tuk..
Nek.. please jangan rosakkan masa depan Danny.”
“Danny….”
Belum sempat Puteri Aisyah melarang, suara seorang gadis menerpa halwa telinga.
Masing-masing mengalih perhatian ke arah tengah kelompok manusia yang sedang
berkumpul.
“Tiada
siapa yang rosakkan masa depan you Danny. Tapi, you sendiri yang musnahkan
segalanya. You hilangkan kepercayaan I, you curang dan berskandal di belakang I
hingga you dapat anak luar nikah. Lelaki macam ni yang kononnya nak jadi imam
I? Please, I rasa jijik pada you.” Hambur seorang gadis yang indah dengan
busana pengantinnya.
“Nadine,
please… I akan explain semuanya.” Danny melangkah mendekati Nadine yang berada
di tengah-tengah kelompok keluarganya. Kelihatan mereka memberi ruang untuk
dirinya menghampiri bakal isteri sendiri.
“Jangan
dekat!” wajah dipalingkan namun Danny tetap berkeras mahu memujuk.
“Nadine
please… dengar dulu penjelasan I!” Jemari gadis itu cuba diraih, namun Nadine
lebih pantas melarikan lengannya.
“You
nak explain apa lagi Danny? Dah terang-terang, surat tu tertulis nama you. Dan,
sender tu tahu pula yang you bakal bernikah pada hari ni. Kalau bukan skandal
you, siapa lagi? Hantu?” tegang sungguh raut wajah Nadine sewaktu meluahkan apa
yang dirasakan ketika ini. Mahu tak sakit hati, tunang yang disayang,
rupanya-rupanya telah curang dan punya teman skandal hingga melahirkan anak tak
sah taraf. Geram!
“Nadine,
kita boleh bincangkan?”
“Tak
ada apa yang perlu dibincangkan lagi!”
“Habis,
you nak hentikan majlis kita?”
Nadine
mengangguk walaupun hatinya begitu payah menerima kenyataan serupa ini. Sayang
memanglah sayang, tapi, sekali dicurangi, rasa sayang sudah pastinya terbang
melayang.
“I
tak boleh hidup dengan you.. dengan lelaki yang menipu I hidup-hidup.”
“Nadine…
sumpah, I tak buat semua tu. I dah lama bertaubat! You pun tahukan?”
Nadine
senyap, apa pun yang diperkatakan oleh Danny tidak lagi terkesan di hatinya.
Seluruh jiwa raga sudah dipaku dengan sebuah penipuan yang maha dahsyat. Mana
mungkin, kepercayaan itu diberikan kepada lelaki yang pernah memusnahkannya.
Musnah dan hancur dihari bahagia pula tu.
“I
tahu you tak percayakan I lagi.. tapi, fikir dalam-dalam, dan kenang semula
sikap dan perilaku I sepanjang bersama dengan you. Kalau you tak boleh berfikir
sekarang, ambillah sebanyak mana pun masa yang you perlukan. I sanggup tunggu!”
“Tak
perlu, I tak mahukan you lagi. Majlis ni mesti dibatalkan! I tak mahu
bersuamikan lelaki kasanova. Dan yang paling penting, I tak mahu jadi mak tiri
kepada anak haram you.” Tukas Nadine membuatkan hati Danny tersiat tiba-tiba.
Lontaran dan nada yang terhambur dari bibir Nadine cukup mencalarkan hati
lelakinya.
“Tergamak
you cakap macam ni pada I Nadine?”
“Dan
tergamak juga you tipu I hidup-hidup?” Tanya Nadine dengan wajah separa kecewa.
“I
tak tipu you. Tentang baby tu, sumpah I tak tahu apa-apa.”
“Fine,
kalau you dah tahu fasal budak tu nanti. You explain pada I dan kita sambung
semula hubungan kita. Buat masa ni, hati I betul-betul terluka. Hingga nak
pandang you pun, I tak rela!” lirih suara Nadine buat Danny terkesima.
“Nadine…
please jangan buat keputusan terburu-buru. I sayangkan you Nadine.” luah Danny
perlahan. Entah mengapa, dia duduk melutut berdepan dengan Nadine yang sedang
berdiri tegak. Ah, dia benar-benar sayangkan Nadine dan sanggup melakukan apa
sahaja untuk kekasihnya itu.
“Cukuplah
Danny. I dah beri banyak peluang tapi you sia-siakan peluang yang I beri.
Skandal you merata-rata. I boleh sabar dan boleh tahan. I fikir, mungkin you
akan berubah! Dan mungkin, itu kisah silam you. Tapi, untuk kejadian hari ni..
hati I..” Nadine tekap tapak tangan ke dadanya. Nada sebaknya tidak dapat
disembunyikan lagi.
“Hati
I terlalu sakit. Susah untuk I terima semua ni. Lebih-lebih lagi dihari yang I
sangka I akan tersenyum gembira dan bahagia. Tapi sayang, impian I hanya
tinggal impian. Harapan I musnah!”
“I
minta maaf Nadine.”
“Tiada
maaf untuk you Danny. Lebih baik kita berpisah. Bila you dah jumpa jawapan
untuk semua ni, siapa budak tu? Siapa ibunya? Dan untuk apa mereka rosakkan
majlis kita? You carilah I dan kita
bersatu semua. Kalau hati I masih ada pada you, suatu hari nanti pasti I akan
datang dan cari you.” Sambungnya tidak lama selepas itu.
Danny
terdiam, kehendak Nadine sukar diturutkan. Namun melihat penerimaan tunangnya
itu, Danny akui, Nadine terlalu kecewa hingga tidak sudi memandang wajahnya
lagi. Oleh itu, keputusan yang paling sukar, terpaksa juga diputuskan.
Nafas
ditarik lalu dihela perlahan. Biacara diatur dan kata-kata dilafaz tenang.
“Betul
you nak batalkan majlis ni?”
Nadine
tidak menjawab, hanya anggukannya sahaja yang terlihat.
“Baiklah,
kalau itu yang you mahu…. I turutkan. Tapi, kebenaran akan bersama orang yang
benar. Lambat atau cepat, hanya masa yang akan menentukan. Tiba masanya nanti, you
akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah!”
Nadine
mengangguk. “Ya, itu yang sebaiknya! Majlis kita berakhir di sini. Moga you
dapat jawapan disebalik apa yang berlaku.”
“Nadine..”
tegur seorang lelaki yang juga merupakan bapa kepada gadis itu.
Gadis
yang sedang menahan sebak, menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Ya
papa?” tubirnya bergenang.
“Jangan
ikutkan perasaan. Fikir masak-masak.” Pesan lelaki itu disambut gelengan
kecilnya. Untuk apa dia berfikir lagi, sedangkan keaiban ini sudah mencalarkan
maruahnya. Dia tidak mahu bersuamikan lelaki yang pernah berhubungan dengan
perempuan lain hingga melahirkan anak tidak sah taraf. Benar-benar memalukan.
“Pa.. Nadine dah fikir masak-masak. Keputusan
Nadine muktamad!” Luah Nadine dengan suara bergetar.
“Kalau
itu keputusan Nadine, papa tak menghalang. Anak papa ada hak untuk memilih.”
“Papa
tak marah?” Nadine yang sudah dirias dan disolek, merenung wajah papanya dengan
sepenuh perhatian.
“Tak…
kebahagiaan Nadine, keutamaan papa.”
Usai
berakhirnya kata-kata bapa kepada pengantin perempuan, maka mengertilah Datuk
Megat Aiyub bahawasanya majlis yang dirancang, terpaksa dibatalkan atas
kehendak pengantin perempuan sendiri. Tambahan pula, Danny yang membuatkan
keadaan bertukar kucar kacir. Apapun keputusan yang telah dibuat, mereka tiada
kuasa untuk mengubahnya lagi. Majlis yang dirancang terpaksa dihentikan demi
menjaga air muka pengantin perempuan.
Jemput baca semua :)
p/s: Mr. Scandal akan saya terbitkan sendiri...
sape yg minat nak baca n dapatkan naskah ni boleh Pm saya :)
cover sementara :)
Pujaan Hati Kanda akan terbit coming soon
1st update # wasap 0134239065 bila order dibuka :)
1st update # wasap 0134239065 bila order dibuka :)
- salam mawar putih
boleh pm saya di fb aulia iman atau wasap di 0134239065
mr.scandal masih otw.. naskah pujaan hati knda insyaallah bln mac ni :)
- salam mawar putih
boleh pm saya di fb aulia iman atau wasap di 0134239065
mr.scandal masih otw.. naskah pujaan hati knda insyaallah bln mac ni :)