ARA & MR. PERFECT - PROLOG N CHAPTER 1
PROLOG
Pergi jahanam dengan status tunang yang kau sanjung sangat!
“Ara, buat apa lagi dekat sini?” dia menyoal tidak senang.
“Aunty.. Ara nak jumpa Afif. Tolong izinkan Ara masuk jumpa Afif! Please aunty.. Ara rindukan Afif.
Sekejap pun, jadilah. Tolong Ara ya, aunty!”
“Afif tak ada! Dari semalam tak balik ke rumah!”
“Tapi Ara nampak dia dekat atas tadi. Ara nak jumpa Afif... tolong
Ara aunty! Ara rindukan Afif”
“Sudah tu Ara... pergilah balik! Jangan malukan aunty dengan
jiran-jiran! Anggap sahaja jodoh kamu tak panjang! Sudah, pergi balik! Jangan
menyemak depan rumah aunty lagi....” dia memohon pengertianku namun aku masih
tidak mampu menerima kenyataan ini.
“Aunty.. izinkan Ara jumpa Afif.. sekalipun cukup. Ara janji bila
Ara dah jumpa Afif.. Ara takkan datang lagi. Ara merayu pada aunty..”
“Afif tak ada!” wanita itu membentak. Marahkan aku yang tidak faham
bahasa.
“Kereta dia ada.. Ara tahu Afif ada di dalam! Ara betul-betul nak
jumpa Afif.. tolong izinkan Ara jumpa Afif.”
“Ara.. berapa kali aku nak cakap! Afif tak ada.. kau tak faham
bahasa ke apa? Kalau dia ada sekalipun, kau ingat dia sudi berjumpa dengan
perempuan macam kau. Kau balik.. sedar diri yang kau bukan tunang Afif lagi!”
“Kami belum putus lagi aunty... kami masih bertunang. Tengok cincin
ni... ada lagi dekat jari Ara. Ara belum tanggalkan!” cincin yang masih
tersarung di jari ku unjuk ke arahnya.
“Cincin tu tak ada apa-apa makna! Tolong jangan buat kacau... pergi
balik!”
“Aunty...”
“Aku cakap balik.. baik kau balik!”
“Ara nak jumpa Afif.. Ara cuma nak tahu kenapa dia bencikan Ara..
Ara cuma nak dengar kenapa dia sanggup pukul Ara dan tinggalkan Ara dekat tepi
jalan. Kenapa Afif pertahankan perempuan tu, sedangkan Ara masih lagi tunang
dia . Ara cuma nak tahu, kenapa dia buat Ara begini. Apa salah dan dosa Ara
pada dia. Cuma itu sahaja yang Ara mahu Afif jelaskan!”
“Afif... ke sini! Cakap pada perempuan tak tahu malu ni, yang kita
akan ke Penang dan meminang Jue sekejap lagi. Hujung bulan nanti, kenduri Afif
dengan Jue akan berlangsung! Ha, jangan lupa beri kad jemput kahwin tu pada
dia! Kalau dah beri kad jemputan pun, masih tak faham-faham.. tak tahulah nak
kata apa lagi!”
“Tapi aunty.. Ara masih lagi tunang Afif.”
“Pergi jahanam dengan status tunang yang kau sanjung sangat! Kau
balik Ara... jangan rosakkan persiapan kami! Balik! Aku tak nak tengok muka kau
tiap-tiap malam tidur depan pagar rumah aku ni lagi! Berambus!”
BAB 1
Afif, jangan tinggalkan Ara
“Ara.. sampai bila you nak seksi macam ni? My mom tak berkenan
dengan pakaian you.” Afif bersuara sewaktu aku dengan dia dalam perjalanan ke
shopping mall.
Aku pandang dia dan aku ukir senyum.
“Ara please… my mom dah
bising.” Ucap Afif lagi. Tapi aku malas mahu ambil pusing kata-kata orang.
Apalah makna pemakaian yang menutup aurat andai hati seseorang tetap busuk
tidak terjaga. Pakaian hanya alas untuk menutup tubuh, namun hati yang tidak
elok tetap tidak mampu disembunyikan. Aku cuma berpakaian mengikut keselesaan,
nanti-nanti bila sudah bosan pasti fesyen ini akan bertukar sedikit sopan dari
apa yang Afif nampak pada hari ini.
“Look at yourself… I pun
tak suka you jadi perhatian lelaki lain. Please
Ara.. kalau you sayangkan hubungan kita, tolonglah berubah.” Afif kedengaran
merayu. Aku? Aku sudah bungkam apabila dia merayu sebegitu.
“You sayangkan I?” dia soal aku.
Aku angguk dan aku jawab ya.
“Kalau sayang, tolong berubah!”
“I akan berubah perlahan-lahan. You tunggu ya, Afif. I cuba!” aju
ku tersenyum hambar.
Payah sebenarnya mahu merubah tabiat hidup dan cara pemakaian yang
sebegini. Namun, kerana sayang akan ku turutkan juga kehendak Afif.
“Mulai esok, I mahu you tukar cara pemakaian. I tak nak tengok you
pakai short pant bila keluar dari
rumah. Please, I tahu negara kita
panas.. tapi itu bukan alasan untuk you pakai macam ni.” Gumam Afif ku diamkan
sahaja.
“My mom ramai kenalan, kalau kawan-kawan dia lihat bakal menantu
dia pakai macam ni, apa pula kata mereka?” Afif masih membebel.
Aku diam dan hanya mendengar. Memang betul apa yang Afif kata, ibu
Afif seorang pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka Malaysia. Manakala
ayahnya pula, salah seorang ahli politik yang baru menceburi lapangan itu.
Walaubagaimanapun, keluarga aku mahupun keluarga Afif sama-sama
setaraf. Kami bukan anak datuk ataupun Tan Sri, kami cuma anak orang biasa.
Namun masih mampu hidup senang dan mewah.
“Ara…”
“Ya?” Aku pandang dia.
“Dua bulan lagi kita kahwin, I harap semuanya berjalan lancar.” Dia
yang fokus ke arah jalan raya memandang wajahku sekilas. Ada senyuman di
bibirnya.
“I pun harapkan perkara yang sama, Afif.” Gumamku ikut membalas
senyumannya.
“I love you so much, Ara.” Bisiknya membuatkan aku tersipu. Jarang-jarang Afif meluah
perasaannya. Entah mengapa, hari ini dia tampak berani dan lebih romantik dari
kebiasaan.
“I love you too Afif.
Jangan tinggalkan Ara.” Balasku turut mengucap rasa cinta yang sejak dahulu
tidak pernah berubah untuknya.
**
Sewaktu kami beriringan masuk ke perkarangan pusat membeli belah,
Afif secara tidak sengaja melanggar bahu seseorang. Bertaburan beg kertas
tertera jenama Gucci dan Parada. Cepat-cepat Afif tunduk dan mengutipnya.
“Sorry..” gumam Afif lantas menegakkan tubuh lalu
menyerahkan beg kertas tadi kepada gadis bertudung labuh.
“It is okay.” Balasnya
dengan nada lunak dan lembut. Gadis bertudung labuh itu, tersenyum dan turut
membalas pandangan Afif yang tunak memerhatikannya.
Aku hanya memerhati tubuh genit yang anggun dengan penampilan
muslimahnya. Cantik! Wajahnya mulus dan tampak manis dengan senyuman yang
dihiasi lesung pipit di kiri dan kanannya. Afif seolah-olah terleka dengan
kecantikan yang dilihat hingga tidak sedar aku yang berada di sisinya melihat
tingkahnya yang sebegitu.
“Ehem..” aku berdehem untuk menyedarkan keduanya.
Kedua-duanya tersentak dan si gadis menundukkan wajah manakala Afif
pula segera bersuara.
“Eh.. sorry. Paper bag
awak.” Dia menyerahkan beg kertas itu lalu disambut si gadis yang cukup ayu pada
pandangan mataku.
“Terima kasih.” Ucapnya lalu memberi isyarat untuk berlalu pergi.
Aku mengangguk dan Afif pula memerhati dan terus memerhati si gadis yang tidak
diketahui identitinya hingga tubuh itu hilang dari pandangan mata.
“I lapar.” Aju ku cuba mengalih perhatiannya. Lebih tepat lagi
meredakan perasaan yang tiba-tiba sahaja terguris.
“Pardon?” soalnya sudah
hilang fokus.
“I lapar…” adu ku dengan nada manja. Afif tersenyum lantas mencari
tangan ku lalu digenggam erat.
“Jom, I bawa you makan.” Gumamnya seraya melepaskan pegangan tangan
lalu memeluk bahuku pula.
Tiba sahaja di restoran bercirikan latar belakang Bali, Afif
memilih kedudukan bersebelahan dinding kaca. Dia kata, mahu melihat pemandangan
luar dan melihat orang yang lalu lalang. Aku hanya menurut dan mengukir senyum.
“Afif.. are you okay?”
soal ku curiga melihat Afif tiba-tiba sahaja termenung dan tidak banyak
bercakap.
“Yes?” dia pandang aku
dan menjongket kening.
“Dari tadi asyik termenung. You ada masalah ke, Afif?” Tanyaku
seraya menyentuh tangan yang diletakkan di atas meja.
“I okey.. Don’t worry my dear.” Gumam Afif lalu
berusaha merungkaikan pegangan yang bertaut. Aku terasa lagi. Tiba-tiba sahaja
Afif bertukar dingin.
“Ara.. I am so sorry. I
rasa berdosa kita berpegangan tangan macam ni.” Ucapnya perlahan.
“Tapi kenapa tiba-tiba?” Soal ku tidak faham dengan penolakan Afif.
Sebelum ini, dosa berpegang tangan tidak pernah pula menjadi isu.
“Lagi dua bulan.. apa salahnya kalau kita bersabar dulu.” Dia
senyum cuba memujuk hatiku yang terasa.
Namun dari pandangan mata kasarku, Afif sedang mencuri pandang ke
arah luar dinding kaca. Aku turut memerhati,
dapat ku lihat gadis yang berlanggar dengan Afif sekejap tadi sedang
berada di luar sana. Melihat-lihat pakaian pengantin yang dipamerkan di luar
butik pereka fesyen terkenal tanahair.
“You suka kalau I pakai macam tu?” tebakku menyentak leka Afif.
“Err.. maksud you?” soalnya tidak mengerti.
“You suka kalau I pakai macam tu?”
“Maksud you, pakai tudung
labuh, dress panjang?” Soal Afif kedengaran aneh.
“Yes!”
“Tak perlulah.. mesti you panas nanti.” Balasnya pendek.
“I akan pakai kalau you suka.”
“Jangan buat sesuatu disebabkan I.. berubahlah sekiranya you
betul-betul ikhlas. I minta you kurangkan seksi, itupun you susah nak buat. I
tak boleh bayangkan keadaan bila you bertudung dan berdress macam tu.” Gumamnya
masih memandang ke arah gadis yang lincah dan manis dengan pakaian yang menutup
aurat.
“Afif.. itu mummy you kan?” aku membesarkan anak mata melihat
individu di sisi gadis tadi.
“Mana?” Afif ikut memerhati.
“Tu?”
“Yes.. betullah tu! Tapi apa yang mummy buat dekat butik tu?”
Aku juga memikirkan perkara yang serupa.
“Oh, mesti tengok-tengok barang gubahan untuk you nanti.” Afif
tersenyum.
“Tapi, dia tu siapa dengan mummy?” aku masih ingin tahu. Irama di
dalam dada tidak seperti biasa. Aku curiga.
“Ara… kenapa serabutkan fikiran. Mungkin student mummy. Biasalah mummy memang rajin keluar dengan student dia. Why? Are you jealous?” Afif senyum senget kemudian dia bersuara
semula.
“Sudah tu sayang, mari makan dulu.” Ucap Afif seraya menyentuh
gelas lalu dibawa ke bibir. Diteguk penuh nikmat, aku pula hanya mampu melihat.
Terasa perasaanku tidak setenang biasa.
Comments