ARA & MR. PERFECT CAHPTER 2-3
BAB
2
Nama
dia Jue
“Afif,
you kata nak ke butik? Ini bukan jalan ke butik, ini jalan ke rumah you.” Ucap
ku sebaik sahaja tiba di persimpangan jalan menuju ke rumah Afif.
Afif
pandang aku seketika kemudian wajah di hala semula ke arah jalan raya.
“Ya,
I tahu. Tadi mummy call suruh balik
sekejap. Mummy kata, ada hal nak bincang dengan kita. Jadi, apa salahnya kalau
kita jumpa mummy dulu. Lepas jumpa mummy,
kita pergi ke butik semula. Small
matter kan?” Soalnya tersenyum nipis.
“Yelah..
tapi kan, mummy you nak apa eh?” soalku curiga.
“Entah!”
Afif jungkit bahu.
Aku
pula diam sejenak, berfikir tentang kemungkinan disebalik kemahuan ibu Afif
yang mahu berjumpa. Sedangkan, aku tahu yang dia begitu ketara tidak menyukai
gaya pemakaian ku.
Katanya
lagi, perempuan seksi diharamkan menjejak kaki ke rumahnya. Perempuan seksi!
Aku pandang diri sendiri, aku telek pakaian yang tersarung di tubuh.
Seluar
pendek? Ya, aku sedang mengenakan seluar pendek dari fabrik yang lembut dan
sedikit longgar. Aku selesa walaupun kelihatan terlalu singkat.
Aku
pandang diri sendiri, kini aku baru tersedar yang aku sedang berada di dalam
zon seksi. Semakin seksi di mata ibu Afif, semakin seksa aku menahan
kebenciannya.
“Afif!”
panggil ku pendek.
“Ada
apa ni, Ara?” dia pandang aku sekilas. Kemudian, dia pandang semula ke arah
jalan raya.
“I
pakai seluar pendek, takkan nak jumpa mummy you dengan pakaian yang macam ni?”
soalku cuak.
“You
kan dah biasa.” Afif senyum mengusik.
“Afif,
please....” aku merayu. Tidak mahu
dia bergurau ketika aku merasakan nasib malang bakal menghantui hidupku selepas
ini.
“Don’t worry Ara... minggu lepas you beli baju kurung.
Tertinggal dalam kereta I kan?”
“Baju
kurung?” soalku kurang pasti.
“You
beli baju kurung untuk pergi kenduri.. tak ingat?”
“Tak!”
“Oh, forget it! Apa kata you pakai baju tu.”
Cadang Afif menguntum senyum ke arahku.
“Kan,
tak bergosok? Takkan nak pakai baju berkedut?”
“Apa
salahnya Ara, yang penting menutup aurat!”
“Yelah..”
keluhku seraya menyandar tubuh ke penyandar kerusi penumpang.
Sebelum
memasuki kawasan perumahan bakal mertuaku, Afif terlebih dahulu singgah ke
stesen minyak. Di situ, aku menukar pakaian yang tidak cukup kain kepada
pakaian yang lebih sopan. Lima belas minit berlalu, aku keluar dari tandas lalu
mengorak langkah menuju ke kereta.
“So sweet...” puji Afif sebaik sahaja aku
masuk ke dalam perut kereta. Dia tersenyum dan tidak lepas-lepas memandang
hingga aku yang dipandang menjadi segan dengan tingkah-lakunya.
“Afif,
lama sangat you pandang I.” Tegur ku tersipu malu.
“Manisnya
tunang I..” dia duduk senget seraya
memandang tanpa jemu.
“Afif...”
tegur ku lagi. Tertunduk malu bila diusik sebegitu.
“I
serius.. you nampak cantik!”
“Okey..
I tahu I cantik bila berbaju kurung. Tambah-tambah baju kurung yang dibeli oleh
orang yang I sayang.” Jadi, boleh kita gerak sekarang wahai Encik Afif?” Soalku
diikuti senyuman mekar. Afif yang mendengar, segera menghambur tawa.
“Okay my wife to be.” Balas Afif seraya
mengenyit mata kirinya. Gatal!
**
“Cantik
Ara hari ni?” Soal ibu Afif bersahaja. Aku tak tahu sama ada dia memuji atau
memerli aku yang berbaju kurung. Biasanya, bakal ibu mertuaku akan memerli bila
melihat pakaian yang tidak cukup kain melekat di tubuh. Hari ini, aku tak pasti
sama ada dia memuji atau memuja. Atau kedua-duanya memang tiada kaitan.
“Terima
kasih aunty.” Balasku pendek. Afif hanya memandang dari jauh, dia sedang
seronok melayan game, manakala aku ditinggalkan melayan ibunya yang cerewet.
“Aunty..
hantaran ni untuk Ara ke?” soalku buat-buat bertanya. Sebenarnya mahu menutup
rasa sepi dan sunyi ketika ini. Dia pula asyik senyap dari tadi. Tak tahu
kenapa!
“Aunty,”
seru ku pendek.
“Herrmm..” sahut ibu Afif tanpa bicara. Sibuk memotong
reben.
“Err..
Ara pilih tema biru.” Ucap ku walaupun
dia tidak bertanya.
Dia
senyap dan masih fokus memotong reben. Sikit pun tak pandang aku yang sedang
duduk bertentangan dengan dirinya.
“Aunty...”
“Ara..
boleh tolong senyap sekejap. Aunty tengah buat kerja.” Gumamnya buat aku
tersentak. Jadi untuk apa dia panggil aku ke mari jika tiada sebab. Pelik!
“Mummy... kenapa ni?” soal Afif bernada lembut.
Dia yang tadi sedang melayani game, meninggalkan semuanya dan datang mendekati.
Perlahan-lahan aku lihat Afif melabuhkan punggung bersebelahanku. Berkongsi
duduk di kerusi jati yang sama.
“Ara, are you okay?” soal Afif berbisik.
“Yup,
I okey.” Balasku mengangguk sekali.
“Afif..
Ara... kalau mahu bermanja sekalipun, tunggu bernikah dulu. Tak malu ke
berbisik-bisik depan orang tua?” Selar bibir itu sekali lagi berjaya membuatkan
hatiku tersentap. Ada sahaja salahnya. Berbisik pun dikatakan bermanja? Haishh..
“Mummy,
ada apa mummy panggil Afif dengan Ara ni? Ada hal penting ke?”
“Ada!”
sahutnya pendek.
“Mummy,
nak cakap apa? Tentang majlis atau soal kami?” Soal Afif berhati-hati. Mood
ibunya tampak tidak begitu baik.
“Kedua-duanya
bukan!”
“Habis,
kalau bukan soal kahwin soal apa pulak?”
“Mummy
nak minta tolong Afif, hantarkan Jue balik..”
“Jue?
Jue, tu siapa?” Soal Afif ingin tahu, aku juga seribu kali ingin tahu tentang
Jue. Siapa gerangan insan bernama Jue, dan mengapa Afif yang diwajibkan
menghantar gadis itu pulang. Macamlah tak ada orang lain yang boleh
diharapakan. Tu ha, Mat ada... dia pun boleh hantar Jue balik. Dia kan driver!
“Jue..
dia student mummy.”
“Who is she? Afif tak kenal!”
“Yang
Afif terlanggar dekat shopping mall tengahari tadi.” Gumam bibir itu seraya
menjeling tajam ke arahku. Sah, wanita ini sudah melihat pemakaian ku yang agak
keterlaluan. Ah, masaklah!
“Nama
dia Jue... jadi mummy nak minta tolong Afif hantarkan dia balik. Lagi satu, Ara
tak payah ikut. Ada sesuatu yang aunty nak bincang dengan Ara.
BAB
3
“Tak perlulah Ara hasut Afif.
Aunty yakin, Afif akan dengar kata aunty!”
Sebaik Afif keluar dari
perkarangan rumah, aku segera mendekati ibu Afif. Wanita itu asyik dengan
kerjanya.
“Aunty, boleh Ara tanya sikit.”
pinta ku lembut.
“Ara nak tanya apa? Tanyalah..
kalau boleh aunty jawab, aunty akan jawab!”
“Jue tu siapa, ya aunty?”soalku
sekadar bertanya.
“Jue?” Ibu Afif angkat wajahnya
seketika. Kemudian dia tersenyum dan kembali menundukkan wajah menancap
kerja-kerjanya.
“Jue tu Student aunty.”
“Oh... tapi, Ara tak nampak pun
dia?”
“Jue ke spa. Aunty suruh Afif
jemput dia dekat sana. Kawasan tu susah nak dapat teksi, jadi aunty minta
tolong Afif hantarkan ke rumah.” Gumam Ibu Afif buat hatiku cemburu. Ala
perempuan mana tidak cemburu, kalau tunangnya disuruh berjumpa dengan perempuan
lain. Tambah-tambah perempuan tu serba serbi sempurna!
Suasana hening seketika, aku
masih lagi cemburu dan cuba membendung perasaan sendiri.
“Ara..”
Nada suaranya tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah.
Aku
yang mengelamun, segera memandang ke arahnya. Senyuman ku ukir mesra, berusaha
memaniskan wajah sendiri dan menghalau rasa cemburu yang singgah ke hati.
“Herrm?”
sahutku ringkas.
Ibu
Afif pandang wajahku sekilas, sebelum kembali fokus dengan kerjanya. Hanya
bibir sahaja yang berbicara, anak mata tidak sedikitpun memandang aku yang
duduk berhadapan dengan dirinya.
“Ada
sesuatu yang aunty nak beritahu pada Ara.” Ucapnya perlahan.
Tiba-tiba aku rasa berdebar
seperti di awal-awal tadi.
“Tentang apa tu, aunty.” Sahutku ingin tahu.
Ibu Afif diam seketika. Beberapa
saat kemudian, dia melontar kata.
“Ara
tahukan, Afif satu-satunya anak lelaki aunty?” kenyataan yang telah lama aku
tahu, kini diperdengarkan. Pelik, entah apa tujuan dia bertanya. Aku tak tahu.
Namun perlahan-lahan aku mengangguk juga demi menjawab pertanyaannya.
“Ara tahukan.. Afif tak ada adik
beradik lain, selain Qistina?”
Aku angguk lagi, ya Afif tak ada
adik beradik selain daripada Qistina. Qistina sebaya dengan aku. Cuma dia
belajar di luar negara, aku pula menuntut di universiti tempatan.
Bercakap tentang Qistina, aku
belum pernah bertemu dengannya. Afif kata, Qistina belajar di Rusia dan tinggal
dua tahun saja lagi untuk menghabis ijazahnya. Daripada gambar yang pernah Afif
tunjukkan, Qistina seorang yang tinggi lampai dan bertudung. Afif sering kali
meminta aku berpakaian seperti Qis. Kata Afif, fesyen Qistina kelihatan ranggi,
bergaya tetapi masih menutup aurat. Itu yang dia mahukan!
“Ara.. Lepas Ara kahwin, Afif akan
ke Rusia. Aunty nak minta tolong Afif tengok-tengokkan Qis dekat sana.”
Ibu Afif menuturkan sebaris
perkataan yang susah untuk aku faham. Kenapa Afif yang perlu ke Rusia,
sepatutnya sesudah kahwin, pastilah dia bersama dengan aku. Dia perlu menjaga
aku, bukan menjaga Qistina.
“Maksud aunty? Ara pun perlu ke
sana?” Soalku berhati-hati.
“Terpulang pada Ara..” jawabnya
acuh tak acuh. Aku diam sejenak, berfikir tentang sesuatu. Jika aku mengikut
Afif ke Rusia, sudah tentulah pelajaran akan terganggu dan aku perlu menangguh
pengajian. Jika aku menolak untuk ke sana, sudah tentu aku yang akan berjauhan
dengan Afif.
“Tapi aunty, Ara belum habis
study. Macam mana Ara nak ikut Afif?” soalku pendek. Harap-harap ibu Afif faham
keadaan aku yang belum tamat belajar. Ada satu semester yang masih bersisa
sebelum aku genggam segulung ijazah yang selama ini aku impi-impikan.
“Ara.. aunty dah cakap, terpulang
pada Ara. Yang pasti, Afif akan ke sana.”
Aku tak setuju, mengapa pula Afif
yang perlu ke sana. Qistina sudah besar panjang, takkan mengharapkan orang lain
untuk menjaga diri dia. Aku tak setuju, betul-betul tak setuju!
“Aunty... Ara rasa tak perlu Afif
ke sana. Lagipun, Qistina kan dah besar panjang. Mesti Qis boleh jaga diri
sendiri.” Ucapku berterus terang tentang apa yang aku rasa.
Ketika ini jugalah, aku lihat
tangan yang ligat memperkemaskan hiasan kotak hantaran, terhenti dengan
tiba-tiba. Dan perlahan-lahan ibu Afif angkat wajah dan menancap wajahku.
“Ara, mengajar aunty?” soalnya
perlahan namun sinis bagiku.
“Err.. bukan macam tu aunty.”
Balasku sedikit gelabah. Cepat-cepat aku nafikan. Sungguh, tak pernah seumur
hidup, aku mengajar orang. Tambah-tambah orang itu adalah bakal ibu mertua aku
sendiri. Tak berani!
“Ara minta maaf aunty, bukan niat
Ara mengajar aunty.” Aju ku cuba meredakan hatinya yang mungkin tersinggung.
Aku senyum namun ibu Afif tidak
membalasnya. Dia hanya menundukkan wajah, kembali membelek kotak hantaran yang
sudah dihias. Dingin seperti selalu.
“Afif akan ke Rusia. Seminggu
selepas majlis bertandang.”
“Tapi aunty... masa tu Ara kena
study. Final exam dah dekat.” Ya,
seminggu selepas majlis bertandang, aku akan sibuk dengan minggu mengulangkaji.
Study weeks! Seminggu selepas itu,
aku akan menduduki peperiksaan semester lima. Lulus semester lima, aku akan
naik ke semester enam dan mengakhiri pengajian tidak lama lagi. tak sanggup
menangguhkan pengajian yang berbaki hanya satu semester. Rugi rasanya!
“Keputusan aunty muktamad! Afif
ada tanggungjawab terhadap Qistina walaupun Afif sudah berkahwin dengan Ara.”
Tegas ibu Afif membisukan aku yang boleh bercakap. Tegas benar nadanya.
“Tak perlulah Ara hasut Afif.
Aunty yakin, Afif akan dengar kata aunty!”
Hasut? Belum pernah lagi aku
menghasut Afif. Ini tuduhan berat! Namun aku tahu, ibu Afif bimbang aku akan
menjadi penghalang kemahuannya.
“Aunty yakin, Afif akan ikut
cakap aunty. Jadi, Ara bersedialah tinggal di sini hingga tamat belajar. Lepas
Ara dah dapat degree, terpulanglah sama ada Ara nak ikut ataupun tidak. Yang
aunty tahu, apa pun terjadi Afif tetap akan ke Rusia.” Ucap ibu Afif lagi.
Aku yang tiada pilihan, hanya
mampu menarik dan menghela nafas. Tak tahu nak kata apa. Kalau orang tak suka,
pasti ada saja yang tak kena.
Takpelah, nanti aku beritahu pada
Afif tentang rancangan ibunya. Pasti Afif pun tak tahu tentang perkara ni lagi.
Jika dia tahu, aku yakin yang Afif
takkan setuju dengan keputusan mummynya.
Comments