IKATAN BERSIMPUL MATI 5
Aku bangun dari katil dan segera berlalu ke bilik air,
memang saat dan detik ini mahu sahaja aku tikam Adlan yang berwatak selamba
tanpa riak apa-apa. Langsung tidak terpeta apa-apa di riak wajah itu bila aku
mempersoalkan perbuatan kami malam tadi. Sesudah siap membersihkan diri dan
lengkap berpakaian, aku atur langkah kaki menuju ke ruang tamu dimana nenek dan
papa menunggu. Sebaik sahaja tiba di hamparan sejadah yang sudah terletak elok,
wajah Adlan ku kerling geram. Dan dia juga membalas pandangan ku seketika tadi.
Namun tiada bicaranya, yang ada hanya pandangan bisu tanpa kata-kata dari kedua
ulas bibirnya.
“Alan, jadi imam ya!” gumam papa memecah hening subuh. Dan
aku lihat, Adlan jatuhkan kepalanya sekali dan serentak itu juga dia bergerak
ke sejadah paling hadapan mengetuai solah berjemaah kami. Usai bersolat, tangan nenek ku salam dan ku kucup syahdu
begitu juga dengan papa. Cuma Adlan sahaja tidak ku dekati. Sikap bersahaja
kali ini membuatkan nenek dan papa tersenyum kecil lalu menggeleng perlahan.
“Kita nak kemana pagi ni Adlan?” nenek berbicara sambil
melangkah perlahan menuju ke balkoni yang terbuka luas. Dingin subuh dilitupi
kabus pagi benar-benar membuatkan aku menggigil kesejukan. Dari kejauhan aku
lihat ada cahaya fajar terbias di pinggir kaki gunung. Indah dan mengagumkan.
Segar dan mendamaikan!
“Kita breakfast nek, ala carte! Boleh?” gumam Adlan
membalas bicara nenek yang bertongkat menampung pergerakannya itu.
“Western ke masakn melayu? Nenek tak makan western
cu,” nenek masih seperti tadi sesekali aku yang berada di sisinya dipandang
sekilas sebelum mengalih semula anak mata itu ke arah Adlan yang duduk di sofa,
membelek helaian akhbar semalam!
“Kalau nenek nak makan masakan melayu, kita makan dekat
luarlah nek!” aju Adlan mencadangkan jalan penyelesaian kepada persoalan yang
ditimbulkan oleh neneknya seketika tadi.
“Lisa nak makan apa? Western ke masakan melayu?” soal nenek
pada ku pula.
“Err... apa apa pun boleh nek!” sahut ku pendek.
“Kalau macam tu, kita makan masakan melayu ya Alan!” tetap
nenek pada kehendaknya itu. Papa yang mendengar sekadar tersenyum manakala,
Adlan kelihatan bagai mahu memperkatakan sesuatu.
“Baiklah nek, sekejap lagi bolehlah kita turun!” nenek
senyum lalu mengangguk-angguk kepalanya.
**
“Encik Adlan, pasal... err..!” aku gugup untuk menuturkan
perbuatan keji ku bersamanya malam tadi.
“Herrm?” dia jongket keningnya lalu tebarkan pandangan sepi
itu pada aku yang sudah direntap sebuah ketenangan kerana perbuatan tidak
senonoh ku bersama lelaki ini. Lelaki
yang langsung tidak memohon maaf pada ku apatah lagi berasa kesal dengan
perbuatan terkutuk itu.
“Encik Adlan, tolonglah saya... saya nak buat apa?” ujar ku
hampir-hampir mahu menangis bila dia seakan tidak mengerti apa-apa.
“Awak nak saya tolong awak? Tolong apa? Tak fahamlah!” dia
jungkit bahunya pula. Aku raup wajah ku seketika, cuba menghalau sebuah resah
yang semakin menakutkan aku. Sesekali aku halakan pandangan ke serata ladang
teh berdekatan. Hijau alam yang ku lihat tidak berjaya membenihkan ketenangan
di hati ini, bahkan kebisuan Adlan menjadikan aku bertambah gundah.
“Encik Adlan, perbuatan kita malam tadi tu salah!” tutur ku
dalam satu nafas.
“So?” dia menyoal aku sepatah.
“So?” ulang ku tidak mengerti. Dia yang mengenakan
cap dan kaca mata hitam ku tenung lama.
“Habis awak nak saya buat apa? Mengaku depan mak ayah awak?
Saya dah buat benda tu atas kerelaan awak sendiri!” bicara Adlan benar-benar
buat aku tersentap. Bukan itu tujuan aku bertemu dan membicarakan hal ini
dengannya.
“Atau awak nak report pada polis, tentang apa yang kita
lakukan malam tadi?” tebaknya lagi.
“Atau awak nak saya bayar harga perkhidmatan awak?” kali ini
dia seluk saku poketnya lalu tersenyum sinis ke arah ku.
“Encik Adlan jangan melampau!” peringatku sedikit keras.
“Kenapa? Tercabar? Atau memang awak mengharapkan bayaran
daripada saya?” dia ulangi perkataan bayar buat kali kedua dan serentak itu
juga tapak tangan ku terasa ringan lalu melayang deras ke raut wajahnya. Walau
terasa kebas jari jemari angkara kelajuan tamparan tadi, aku puas bila melihat
Adlan menggosok pipinya yang merah berulang kali.
“Encik Adlan jangan ingat, duit boleh beli semuanya!” amaran
keras ku ungkap perlahan namun tegas di pendengarannya. Jari tekunjuk ini masih
tepat terarah ke raut wajahnya. Adlan hanya memerhati, jari jemari kanan itu
ligat mengelus kesan tamparan yang ku hadiahkan padanya sebentar tadi.
“Jangan ingat kekayaan Encik Adlan boleh beli maruah saya!”
aju ku lagi. Aku yang mula keras hati kini bertukar sebak dengan tiba-tiba bila
Adlan menganggap perbuatan lewat malam tadi boleh dikaburi dengan wang ringit
persis aku pelacur yang melayaninya di pusat peranginan yang cukup terkenal di
bumi Di bawah Bayu ini! Dia ingat ini Phuket? Mudah-mudah mendapatkan
perkhidmatan serupa itu! Ah, aku benci
dia! Tidak semena-mena tubir mata ini kembali memberat!
“Jangan sangka, kerana kebaikan saya taburkan pada keluarga
Encik Adlan... Encik boleh hina dan
pijak maruah saya! Encik Adlan ambil kesempatan dalam kesempitan yang saya tak
mampu nak elak!” ucap ku bersulam sebak manakala nada suara yang terlontar mula
bersulam serak angkara tangis yang mula berlagu pilu.
“Kalau Encik Adlan fikir, Encik Adlan berjaya sakitkan hati
saya dengan perkara bodoh ni! Saya akui, saya memang sakit hati dan saya memang
kecewa. Mujur, dan benar keputusan saya dulu! Lelaki seperti Encik Adlan memang
lelaki jahat! Kejam! Tidak berperikemanusiaan!” hambur ku entah apa-apa. Ah
pedulikan! Lantas aku atur langkah mahu menjauhi lelaki itu, namun jauh disudut
hati aku benar-benar serabut dengan tingkah dan ketelanjuran lewat malam tadi.
“Lisa!” seru Adlan ku pekakkan sahaja sambil kaki ku hayun
laju.
“Lisa!” laungnya lagi. Aku teruskan melangkah!
“Lisa!” panggilan itu akhirnya bertukar perlahan lalu wajah
ku toleh lambat-lambat. Adlan berada
jauh dari pandangan mata aku yang sudah mendekati apartment yang ku huni sepanjang percutian singkat kami.
Percutian yang berjaya meletakkan maruah ku ditahap terendah dan terbawah.
**
“Lisa nak beli apa-apa tak?” soal nenek tatkala aku
bersama-sama mereka menghabiskan masa melihat-lihat koleksi mutiara Sabah yang
cukup terkenal di bumi itu. Sesuatu yang harus didapatkan apabila berkunjung ke
bumi indah permai ini.
“Tak naklah nek! Lisa tak pakai semua ni,” gumam ku bersama
senyuman, namun aku tahu senyuman aku hambar tidak berseri lagi.
“Ambillah satu, nenek belikan!” suruh nenek bersungguh dan
lengan ku ditarik mendekati mutiara yang dipamer indah berkilauan tatkala
disimbah cahaya lampu bewarna kuning.
“Pilih ya,” ucap nenek lagi. Aku hanya memerhati, sesungguhnya
aku tidak berkeinginan apatah lagi minda ku sarat dengan seibu penyesalan yang
tidak sudah.
“Lisa, kenapa termenung lagi tu? Pilihlah,” sapa papa buat
aku tersentak. Adlan yang berada di sebelah papa tidak ku pandang wajah itu.
Menyampah!
“Lisa rasa ... Lisa pilih yang ni,” jari telunjuk mengunjuk
ke arah mutiara hitam. Kilau mutiara itu sudah menarik perhatian ku sedari awal
lagi, cuma keinginan ini sahaja yang tidak menunjukkan keterujaan untuk
memilikinya.
“Yang ni,” sahut nenek lalu meminta jurujual mengeluarkan
mutiara tersebut dari cermin pameran.
“Cantik, kena pada kulit cucu nenek!” puji nenek sambil
meletakkan mutiara itu di belakang tapak tanganku. Membanding-bandingkan
kesepadanannya!
“Bagi 10 biji,” arah nenek kepada jurujual tersebut.
“Nek, kenapa banyak sangat?” terkejut aku dibuatnya.
“Nenek nak tempah gelang tangan untuk Lisa!” ucap nenek
tersenyum senang.
“Janganlah macam tu nek, seganlah Lisa!” tolak ku enggan
diberikan apa-apa lagi.
“Lisa, rezeki jangan ditolak! Rugi,” papa menyampuk lalu
disambut anggukan kecil dari nenek.
“Ha, Alan nak juga ke? Boleh nenek bayarkan sekali,” gumam
nenek bila menyedari Encik Adlan senyap tidak bersuara sedari tadi lagi.
“Tak naklah nek, barang-barang perempuan ni nak buat apa?”
sahut Encik Adlan acuh tak acuh.
“Barang-barang macam ni lah boleh pujuk hati isteri, bila
dia tengah merajuk! Bukan berkeras tak mahu mengalah!” ucap nenek sambil
membelek-belek mutiara yang dipilih. Aku garu kepala yang tidak gatal. Adakah
selepas aku, Encik Adlan pernah berkahwin lagi? Papa dan nenek tak pernah cerita pun!
“Ambillah Alan,” suruh nenek bagai memaksa Encik Adlan
memilih.
“Ishhh tak naklah nek! nak buat apa dengan benda tu? Tak mahulah,”
Encik Adlan masih enggan menurut.
“Alan suka warna apa?” nenek mengubah topik. Enggan memaksa
Encik Adlan berhati ketul ais itu memilih mutiara yang mampu membuatkan
golongan wanita seperti aku rambang mata seketika. Namun tidak kepada golongan
lelaki!
“Merah!” sahutnya sepatah lalu ku lihat tangan yang sedang
menyeluk poket seluar dikeluarkan dan terus sahaja beralih memeluk tubuhnya
pula. Tampak seperti lelaki ini cukup bosan berada di kedai hiasan wanita. Tidak
seperti papa, tenang dan sentiasa setia menemani nenek kemana sahaja nenek
pergi.
“Merah? Nak buat apa dengan warna merah?”soal nenek
terkejut.
“Yang hitam nenek nak buat gelang tangan, yang merah buat
rantai kaki pulak. Kalau nak panjang, buat rantai pinggang!” gumam Encik Adlan
bersahaja tanpa riak diraut wajah itu. Huh, tak ada perasaan betullah mamat ni!
“Adlan, nak ke tak nak ni?” soal nenek kedengaran geram.
“Merah!” ujarnya pendek.
“Bagi yang merah, 10 biji!” ungkap nenek kepada jurujual
namun pandangan tajam nenek tetap terarah kepada batang tubuh Encik Adlan yang bersandar
di dinding dengan memeluk tubuhnya sendiri tanpa memerhatikan kami di sini.
Usai memilih mutiara, nenek bawa aku ke kedai emas untuk
menempah gelang tangan dan juga gelang kaki untuk isteri Encik Adlan.
“Pinjam kaki Lisa sekejap, nak sukat!” ucap nenek perlahan.
“Untuk isteri Encik Adlan ke nek?” soal ku pantas. Mahu mengorek
rahsia kehidupan bekas suami aku.
“Ya, untuk isteri dia!” sahut nenek tersenyum senang. Hairan!
“Kenapa Encik Adlan tak bawa isteri dia nek?” soal ku lagi
sambil melihat pembantu kedai membuat ukuran saiz.
“Lisa tak payahlah panggil Encik Adlan, panggil Alan kan
mesra!” suruh nenek tanpa menjawab soalan aku. Asyik mengelak, mungkinkah Encik
Adlan tidak mahu hal peribadinya diperkatakan kepada orang luar seperti aku? ceit..
aku pun tak ingin nak ambil tahu!
“Tak naklah nek! rasa macam tak formal pulak!” tolak ku
baik. Aku hanya PA dia bukan siapa-siapa yang tak tahu malu memanggil bos
sendiri dengan panggilan nama. Macam tak hormat majikan sendiri je!
“Bila siap?” nenek menyoal jurujual yang sudah selesai
mengambil saiz ukuran pergelangan kaki aku.
“Dua jam lagi baru siap!” tutur jurujual itu ramah.
“Kalau macam tu, lepas ni kami datang lagi.” Nenek bersuara
lalu menyambut huluran resit berdeposit 1,000 ringgit Malaysia. Entah berapa
banyak nenek habiskan untuk menempah gelang tangan untuk aku, yang pasti aku
tahu harganya pasti mencecah ribuan ringgit.
“Jom Lisa, kita tengok Alan dengan papa dia! Katanya nak ke
kedai sebelah,” gumam nenek melangkah perlahan menggunakan bantuan tongkat.
“Papa nak beli apa nek?” soal ku berbahasa basi.
“Tak tahulah nenek, sementara gelang Lisa siap. Eloklah kita
ikut mereka, nenek rasa Alan ke kedai cenderemata!” ucap nenek lagi aku hanya
mengangguk sekali lantas menuruti jejak itu perlahan-lahan.
***
“Encik Adlan,” sapa ku bila dia melabuhkan punggung di sisi.
Aku berinjak sedikit, menjarakkan kedudukan! Tidak mahu nenek dan papa
memikirkan yang bukan-bukan tambahan pula Encik Adlan sudah beristeri.
“Apasal?” soal dia sepatah. Kasar sungguh!
“Tak ada apa pun!” sahut ku geram. Baru sahaja mahu membuka
bicara tentang kejadian memalukan lewat malam tadi, terus sahaja niat itu terbantut
bila suara Encik Adlan menyapa kasar ke gegendang teling ini. Jika ikutkan hati
aku, dan jika Encik Adlan ni bersaiz
kecil dari aku, sudah tentu aku piat
telinga dia dan aku sumbat mulut dia dengan cili! Tak pernah beli
insuran perlindungan nyawa agaknya! Strawberi bersalut coklat ku gapai, mahu ku
kunyah laju-laju!
“Nak cakap, cakap ajelah!” gumam dia selamba. Kaca mata
ditanggalkan lalu diselit ke ke leher baju berbentuk V. Cuaca panas dingin ini
cukup segar ditambah pula dengan satu cup strawberi coklat yang menyelerakan
namun selera ini pupus bila Encik Adlan bersuara lagi.
“Kalau tak nak cakap, jangan menggatal mulut nak
panggil-panggil!” tutur dia masih selamba. Budget kacak!
“Saya bukan suka-suka
nak panggil Encik Adlan kalau tak ada kepentingan untuk saya berbuat begitu!”
aku yang panas hati mula melawan bicaranya. Memang nak sangat gamaknya aku
bertukar menjadi monster seperti dulu.
“Nak cakap apa? Cakap cepat! Jangan buang masa saya!” tutur
dia betul-betul buat aku panas hati, memang aku nampak dia kecil besar kecil
besar! Hishh kalau tak sabar dah lama juga aku hantuk kepala dia ke dinding!
“Pasal malam tadi!” ucap ku pendek. Aku malu pada perbuatan
sendiri dan aku juga malu pada Tuhan. Pada Encik Adlan, dia memang tak tahu
malu. Langsung tak ada apa-apa perasaan! Atau mungkin dia memang begitu? Kerap melanggan
perempuan? Oh tidak? Takutnya! Macam mana kalau sangkaan aku betul? Ishhh nauzubillah!
Janganlah aku dijangkiti apa-apa penyakit! Seram!
“Herrmm... cakap aje! Tak payah nak berdrama dekat sini!”
gumam dia memang buat aku hilang sabar.
“Macamlah Encik Adlan tak tahu apa-apa!” selar ke perlahan.
“Tahu apa?” soal dia sambil jungkit kening kirinya tinggi. Aku
yang berada di sebelah kirinya menjeling tajam! Memang dia ni mudah lupa
daratan!
“Tak perlu Encik Adlan pura-pura nyanyuk?” akibat rasa sakit
hati, aku hamburkan kata-kata sinis itu. Biar dia rasa, itu lebih baik daripada
aku mengapa-ngapakan dia seperti dulu-dulu. Tak bahagia hidup dia nanti!
“Pasal kita tidur sekatil? Pasal benda tu?” soal dia
mengalih posisi duduknya lalu merenung tajam ke anak mata ini. Aku telan liur
bila anak mata bewarna hitam pekat itu menusuk ke pandangan mata ini.
“Pasal hal tu?’ soalnya lagi. Lambat-lambat aku mengangguk!
“Kenapa?” dia tegakkan kembali tubuhnya lalu berpaling
melihat kelibat nenek dan papa di dalam kedai barangan antik bertentangan
kerusi kosong yang kami duduki sekarang. Latar belakang gunung Kinabalu begitu
indah bila sinar mentari memanah ke puncak gunung.
“Kalau saya mengandung macam mana?” aku lontarkan keresahan
hati ini. Sejujurnya aku bimbang andai aku berbadan dua sebelum bernikah. Bagaimana
maruah aku, mak dan ayah? Dan bagaimana pula caranya untuk aku jernihkan
kekeruhan ini? Dan sudah tentunya aku dipandang keji oleh masyarakat dan hina di sisi agama kerana tersasar dari ajaran yang
selama ini ku pegang teguh. Hanya kerana satu malam? Aku tewas pada Encik Adlan!
Ah bodohnya aku!
“Kalau mengandung?” soal Encik Adlan perlahan. Anak mata ini
kembali menjadi santapan anak matanya.
“Ya, kalau saya mengandung!” ucap ku sedikit sebak, namun
sejujurnya aku tidak mengharapkan satu nyawa di dalam rahim ini sebelum tiba
waktu yang sepatutnya.
“Kalau mengandung! Kalau tak?” dia soal aku kembali. Aku diamkan
diri, aku mahu dia bertangungjawab namun bagaimana? Haruskan aku khabarkan
semua ini kepada mak dan ayah? Atau aku ceritakan kepada nenek dan papa? Ah tidak,
tak mungkin! Pasti aku yang dipersalahkan nanti! Aku tidak mahu digelar sebagai
wanita murahan!
“Jangan buat saya macam ni Encik Adlan! Saya tak pernah buat
benda ni dengan mana-mana lekaki!” gumam ku sendu.
“Apa nak kisah? Awak kata awak ibu tunggal, janda! Orang tak
kisah!” gumamnya angkuh.
“Encik Adlan jangan hina maruah saya, walaupun saya dah
diceraikan dan berstatus janda itu tak bermakna Encik Adlan boleh hina dan
pijak maruah saya! Jangan fikir semua janda di dunia ni tak ada maruah!” selar
ku cuba meredakan pedih di hati sendiri.
“Sorry!” ucapnya sepatah. Lalu aku dengar dia hela nafasnya
perlahan.
“Saya akan bertanggungjawab!” ucap dia bersahaja. Membuatkan
aku tersentak dan sedikit lega. Tapi aku tak mahu bersuamikan dia! Dia jahat! Dia
ku renung tidak berkelip dan serentak itu juga Encik Adlan kalihkan pandangan
matanya ke arah lain.
“Perbuatan kita salah!” tutur ku tegas.
“Perbuatan kita atas kerelaan masing-masing! Kalau tak rela,
kenapa membenarkan!” pertanyaan itu buat aku tewas. Ya benar, aku merelakankan
dalam paksa. Sebahagian hati ini merelakan namun sebahagian lagi menetang
keras. Antara rela dan menegah, aku tewas pada sebuah kerelaan dan keinginan
yang tidak terkawal!
“Saya tak sedar, saya terlalu ikutkan perasaan saya!” ucap
ku berharap dia sedar dan faham keadaan aku ketika itu! Namun atas tujuan apa
aku khabarkan keadaan aku ketika bersamanya malam tadi, aku sendiri tak pasti! Adakah aku mahu dia
bertanggungjawab atas perbuatannya itu? Atau aku mahu dia mengahwini aku
semula? Ah tak mungkinlah! Dia sudah ku reject dari awal!
“Saya tak nak ambil
tahu!” bicara itu buat air mata ku bergenang di tubir. Sedih sebak dan pilu
bersatu bila jawapan itu yang terluah dari bibirnya.
“Maksud Encik, bila saya mengandung baru encik nak ambil
tahu?” soal ku tegas bersulam esak. Dia pandang wajah ku sekali lalu
dipalingkan semula. Tidak lama selepas itu, dia bangkit lalu bersandar ke
penghadang besi menatap panorama menghijau yang sejuk dan dingin.
“Maruah saya?” soal ku sepatah.
“Anggap, semua yang terjadi sebagai apa yang tak sempat kita
rasakan dulu!” bibir itu menguntum senyuman sinis. Mudah sahaja dia
berkata-kata.
“EnciK Adlan jangan hina saya macam ni!” marah ku lalu
bangkit dari kerusi mahu berhadapan dengan dia yang masih setia memerhatikan ladang
teh yang luas terbentang di hadapan mata.
“Siapa hina awak?” soalnya sepatah.
“ Saya pinang awak baik-baik, saya ambil awak jadi isteri
saya.. saya bawa awak ke rumah saya. Saya sediakan semuanya untuk kemudahan
awak, saya beri segala-galanya... tapi apa yang awak beri pada saya? Apa yang
awak beri pada saya?” dia hentikan bicaranya seketika sebelum menyambung
kembali.
“ Awak simbah saya dengan air panas, awak masukkan arang
dalam minuman saya... awak bakar baju saya... awak rosakkan PS3 saya... awak
pecahkan cermin kereta saya.. awak buat saya jatuh tangga!” satu persatu
kekejaman yang pernah aku lakukan kepadanya dulu, diungkit dan diulang satu persatu. Tiba-tiba
hati ini berasa bersalah!
“Macam-macam lagi penyeksaan yang awak beri pada saya!”
tuturnya lagi. Aku tundukkan wajah, sungguh aku yang bersalah!
“Saya minta maaf, masa tu saya tak matang!” ujar ku pendek.
“Orang tak matang,
tak berakal sekalipun tak mungkin berlaku kejam kepada orang lain!”
luahnya perlahan namun menusuk jauh ke dalam hati ini. Memang aku yang
bersalah!
“Dengan mas kahwin, dengan duit hantaran... saya dapat
seorang isteri yang membahayakan nyawa saya sendiri!” gumam Encik Adlan
kedengaran kesal yang amat sangat!
“Saya minta maaf Encik Adlan! Saya betul-betul minta maaf!”
aku tidak tahu bagaimana kata-kata maaf itu harus ku lafazkan kepada Encik Adlan. Pasti dia
kesal kerana mengenali aku walaupun sebulan sahaja kami tinggal bersama. Tapi
dia pun lebih kurang sama, siram aku dengan sebaldi air semata-mata berasa dengki
bila aku mampu tidur dari malam sampai
ke petang!
p/s: maaf atas kekurangan.
Comments
inysallah akan ada nanti. tq for reading :)
--za--
Kusut kpala kay
-miss A-
E3 yg rasa akak mmg amat panas sikit hati akak kat adlan..walaupun..kesemua kejahatan yg dilakukan dulu oleh lisa pada adlan kerana ketidak matangannya pada masa itu.. tidak sepatutnya adlan berdendam pada isterinya lisa..at least adlan tahu yg silisa walaupun dirinya ganas dan berwatakan tomboy tetapi dia masih lagi memelihara maruahnya dan masih lagi dara bila mereka tidur bersama..tak gitu..kenapa tidak beritau sahaja pada lisa yg dia masih isterinya yg sah..dimana ijab dan qabul masih lagi bertaut erat dari membiarkan dirinya lisa memikirkan yg bukan bukan mengenai dirinya yg jauh telah berubah menjadi seorg wanita yg penuh sopan santun,lembut bicaranya dan tidak kasar seperti dulu..