CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART V
“Intan, kalau tak buat benda ni
tak boleh ke?” soal ku sebaik sahaja punggung ku labuhkan di kerusi kosong di
ruang menunggu. Intan menoleh seketika, dia tersenyum mesra, seragam putih yang
disarung ku kerling sejenak. Tidak berkedut dan kelihatan keras sahaja, pasti
uniform baru!
“Abang IS, kalau tak buat macam mana kita nak kahwin? Kan
benda ni wajib, prosedur!” luah Intan turut duduk berdekatan aku yang tidak
senang dengan prosedur yang dimaksudkan. Prosedur ujian darah! Hishh ngeri bila
mengenangkan bilah jarum yang berkilau dipanah cahaya! Tambahan pula untuk apa
ujian darah ini, sedangkan aku yakin aku bebas dari virus HIV atau AIDS.
“Kenapa? Intan tak percayakan abang ke? Abang tak pernah
buat free sex, takkanlah abang dapat AIDS?” soal ku masih cuba berdalih.
Sungguh aku tidak selesa dengan ujian darah yang dimaksudkan, apatah lagi aku
mudah alah pada darah!
“Abang,” panggil Intan mengubah posisi duduknya menghadap
aku yang masih dalam seragam. Aku hanya menjungkit kening, menanti bicara itu.
“AIDS tak semestinya merebak melalui seks, ada banyak cara
penyebaran seks bang. Salah satunya berkongsi jarum suntikan dan juga melalui
pemindahan darah. Lagipun ini cuma prosedur, kita ikutkan aje ya abang IS.”
Pujuk Intan lagi.
“Tapi abang tak pernah guna jarum suntikan, derma atau
pindah darah pun tak pernah! Takkan prosedur ni wajib dibuat semua orang? Tak
ada excuse ke?” soal ku lagi masih berharap ujian darah ini berjaya aku
elakkan.
“Abang... sekejap je abang! Tak lama pun,” pujuk Intan lagi.
“Okeylah,” jawab ku sepatah. Tubuh ku sandarkan di kerusi sambil mata meliar memerhatikan orang ramai yang lalu lalang. Kesemuanya menoleh ke arah ku, ini semua gara-gara aku datang ke sini dengan pakaian seragam polis. Hingga menarik perhatian beberapa orang kanak-kanak yang cuba mengajak ibu bapa mereka berada jauh dari kawasan menunggu ketika ini. Takutkan aku kah?
“Mama... ada polis la!” satu suara nyaring menusuk telinga. Aku palingkan wajah, dan seketika itu kanak-kanak kecil mungkin berusia sekitar 3 hinga 5 tahun menyembunyikan diri dibelakang ibunya. Aku ketap bibir, dengan polis pun takut!
“Ha tahu pun, adik duduk diam-diam! Nanti abang polis tu
tangkap!” ujar wanita itu buat aku terkedu seketika. Mereka takutkan
kanak-kanak dengan polis, hussss.... ada ke patut! Dan serentak itu juga aku
lihat kanak-kanak tadi duduk di sisi ibunya diam tidak berkutik, hanya mata itu
sahaja mencuri pandang ke arah aku. Dan dengan rasa geram dan niat untuk
mengusik aku keluarkan gari lalu ku hayun perlahan. menakutkan si ekcil yang
sedang takut!
“Mama.... dia nak tangkap adik!” jeritan itu kuat bergema dan serentak itu aku sembunyikan kembali gari yang ku hayun tadi.
“Alamak... budak ni tak sporting langsung!” gerutu dalam
hati bila semua mata memandang ke arah aku yang cuba beriak selamba.
“Abang Is pun, mengusik tak kira tempat ya.” Ujar Intan yang
tadi hanya memerhati. Oh terlupa pula, terlepas laku di hadapan bakal isteri
sendiri.
“Sorry Intan, abang IS memang sukakan budak-budak! Tambah-tambah
budak yang penakut macam tu, memang syok kalau kita takutkan dia! Haha...” alu
ketawa lepas sambil aku jegilkan mata ke arah kanak-kanak yang tadinya nyaring
bersuara. Mujur ibunya tidak menyedari tingkah aku! apa lagi, berair mata budak
tu menahan sendu!
“Dah la abang Is, kesiankan budak tu. Jangan usik dia lagi,
mesti mak dia rimas.” Pesan Intan bila melihat kanak-kanak itu sudah mula
membuat perangai tidak mahu berada lama di ruang menunggug di kerusi paling
hujung.
“Okey,” sahut ku pendek. Hilang rasa bosan yang tadi datang
menyempit! Suasana kembali sepi dan hanya bunyi mesin suara yang memanggil
nombor giliran pengunjung hospital tempat Intan bertugas ini sahaja yang kedengaran.
“Abang IS, handsome!” puji Intan tiba-tiba. Dia
tersenyum lagi, aku pula sudah seperti belon panas yang mahu terbang ke angkasa.
Kembang semacam!
“Intan pun cantik!” puji ku membalas pujiannya.
“Tak sangka bila abang pakai uniform abang nampak daring,
macho.... sampai macam ni sekali! Lain sungguh bila abang pakai pakaian
biasa-biasa.” Luahnya jujur. Aku hanya senyum, cover perilaku yang mudah terlepas!
Kalau aku melompat nanti, nampak benar aku dahagakan puji-pujian!
“Man in uniform memang tak dinafikan lagi, smart dan
kacak!” tambah Intan tidak putus-putus memuji aku. Untunglah kalau dipuji
hari-hari sebegini.
“Nurse in uniform always cute and beautiful!” balas ku
bermulut manis.
“Kalau sakit pun, mudah je sembuh! Tambah-tambah ada nurse
cute yang datang uruskan kita.” Tokok ku lagi.
“Abang pernah masuk hospital? Maksud Intan, dirawat di hospital?” tanyanya sebaris.
“Belum pernah lagi, kalau abang masuk hospital! Abang tak nak keluar.”
“Eh kenapa pula?”
“Yelah, ada awek-awek cun yang jaga! Siapa yang sanggup lepaskan peluang kan?”
“Ei... abang ni gatal ya!”
“Sikit!” sahut ku dalam senyuman.
“Intan tak suka!”
“Takpe, abang tak kisah!”
“Tengok tu, takpelah... dia kan handsome! Ramai yang minat!” rajuk Intan cuba menjarakkan diri.
“Jangan merajuk cik adik sayang, nanti cepat berkedut! I say good bye!” ucap ku bergurau.
“Belum apa-apa lagi, dah mention good bye?” how dare you?” soal Intan tegas.
“Hehe.... of course I dare! Dare for you,” luah ku perlahan dan gemersik buat Intan tertunduk malu.
“Kalau abang tak berani, tak ada abang ni berterus terang pada ayah dan mak Intan. Abang dah bosan dengan istilah couple, sekarang abang nak kahwin! Itu je yang abang mahukan,” Intan diam aku juga diam sesudah aku lafazkan kata hati.
“Intan... lama lagi ke turn kita ni? abang nak masuk
kerja sekejap lagi, sempat ke?” gumam ku mengubah topik seraya memerhatikan jam
di pergelangan tangan. Sudah menginjak angka 1.45 petang. Sebentar lagi waktu
rehat akan berakhir dan aku perlu segera melapor diri ke ibu pejabat sementelah
ada kes yang harus aku selesaikan segera. Apa lagi jika bukan kes yang
berkaitan dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi.
“Sekejap Intan tanya member Intan ya,” jawab Intan lantas
aku lihat dia bangun lalu mendekati kaunter pertanyaan tentang giliran kami dan
sesudah itu dia kembali semula dengan sebuah senyuman.
“Jomlah masuk, lepas siap nanti abang boleh masuk kerja
semula, Intan takpelah memang masuk lewat hari ni. Intan kerja petang! Malam ni
abang ambil Intan ya,” pinta Intan ku anggukkan sahaja. Sesudah itu aku dan
Intan berlalu masuk ke dalam bilik rawatan untuk menjalani ujian HIV sebagai
memenuhi tuntutan prosedur dari pejabat agama.
***
~Tiga minggu kemudian~
“Intan... esok hari bermakna kita, kalau boleh abang tak
mahu ada rahsia diantara kita!” luah ku setelah lama menyepikan diri menghadap
padang permainan yang kosong tidak berpenghuni. Entah mengapa, jauh di sudut
kecil hati ini aku merasakan Intan bagai merahsiakan sesuatu dari aku.
“Apa maksud abang?” soal Intan berjeda. Aku ketap bibir,
soalan yang ku lontar berbalas soalan? Dengan apa harus aku jelaskan lagi?
“Maksud abang, kalau ada apa-apa yang Intan nak beritahu
abang, jujurlah! Abang tak mahu lepas kita berkahwin nanti, macam-macam masalah
lain yang datang!” gumam ku menahan getar. Minggu lepas, seorang lelaki datang
mengakui dirinya adalah kekasih Intan. Dan semenjak itu jugalah segala tenang
yang menghuni di hati aku pergi begitu sahaja, aku keresahan ditambah pula aku
mengenali Intan dalam tempoh yang terlalu singkat. Dan dalam pada menghitung
detik diijab kabulkan, pengakuan lelaki itu merentap sebuah ketenangan ini. Dan
dengan itu juga, aku mula berbelah bahagi untuk meneruskan atau menghentikan
sahaja niat memiliki Intan.
“Intan tak ada rahsia, selama tiga minggu ni Intan jujur
pada abang.” Gumam Intan mendekati aku lalu berdiri bersebelahan aku yang
sedang memeluk tubuh memerhatikan padang permainan yang kosong.
“Siapa Helmi?” tebak ku perlahan dan dari ekor mata ini aku
lihat Intan bagai tersentak dengan soalan yang ku hamburkan.
“Siapa dia?” ulang ku semula bila Intan tidak bersuara.
“Dia bekas kekasih Intan, tiga tahun lepas. Intan dah tak
ada apa-apa lagi dengan dia, cuma cinta monyet! Tak lebih dari tu abang Is,”
tutur Intan buat aku lepaskan keluhan ini. Sungguh aku tidak menyangka Intan
pernah bercinta dengan lelaki lain namun siapa aku untuk menghalang kisah silam
Intan sedang aku juga pernah menyulam kasih dengan beberapa gadis namun
kesemuanya tidak kesampaian dan tidak seserius seperti perasaan aku terhadap
Intan ketika ini.
“Abang kenal dia?” soal Intan tidak pula menyebut nama
lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Helmi itu. orangnya segak, mungkin juga
doktor atau pun jika tidak salah perkiraan aku pembantu perubatan! Dari tag nama
itu, aku yakin lelaki itu bekerja di hospital yang sama dengan Intan.
“Tak, tapi dia kenal Intan! Dia cakap Intan girlfriend
dia!” luah ku lagi.
“Abang, jangan pedulikan dia ya! Dia memang macam tu, tak
boleh terima hakikat yang Intan tak mahukan dia lagi.” ucap Intan minta aku
tidak memperdulikan lelaki yang cuba merebut gadis yang bakal menjadi milik ku
kurang 24 jam dari sekarang.
“Abang tak suka dia!” tutur ku bersahaja namun aku
benar-benar maksudkannya.
“Intan pun tak sukakan dia!” jawab Intan juga selamba.
“Jadi abang jangan buat muka macam ni, sedih Intan tengok!”
pujuk Intan.
“Memang muka abang macam ni.” Aku tiada keinginan untuk
berkata-kata. Terasa hati dan terkilan bila ada yang datang merebut Intan dari
hidup aku.
“Taklah! Muka abang Is lagi kacak kalau abang IS senyum,
kalau abang Is buat muka macam ni.... ermmmm kacak juga cuma kurang tampan!”
gumam Intan memancing minat ku berbicara.
“Really?” soal ku teruja sedikit. Memang keturunan aku
pantang dipuji, Kuntum pun begitu! Mungkin itu sikap aku adik beradik!
“Sungguh, abang lagi kacak kalau abang senyum dan abang
bertambah macho bila abang makan crepe yang Intan buat ni.” sua Intan.
Tupperwaer itu ku sambut dan dengan rasa ingin tahu, penutup bekas makanan
bewarna kuning lembut itu ku buka.
Serentak itu juga aroma durian menusuk keras ke deria bau ku!
“Apa ni Intan?” soal ku cemas bila bau yang terhasil
benar-benar menyucuk deria. Tanpa menunggu lama, penutup itu ku rapatkan semula
dan tupperwear itu aku tolak ke arah tubuh Intan sedikit kasar, dengan niat
mengembalikan semula kepada Intan. Dia pandang aku dalam pandangan
berkaca-kaca, mungkin kecewa dengan penolakan ini! Maaf Intan, aku tak sengaja!
“Intan,” panggil ku bila Intan terus berundur dan menjauhi
aku.
“Intan,” sekali lagi aku memanggilnya namun panggilan aku
sudah tidak dipedulikan bahkan langkah kaki dibawa sedikit menjauh. Melihat
keadaan gadis yang sudah berkecil hati itu, aku hayun langkah mengejar susuk
tubuh yang sudah menjauh.
“Intan, wait!” seru ku lagi dan kali ini Intan hentikan
langkah kakinya. Dari arah belakang aku lihat Intan kesat wajahnya dengan
belakang tapak tangan. Menangis ke Intan? Macam mana ni? aku gusar tiba-tiba.
“Intan,” seru ku lagi sambil mengatur langkah mendekati dirinya
dan kini aku sudah berada di hadapan gadis yang segak berbaju kurung.
“Abang minta maaf okey,” ujar ku cuba menarik perhatian
Intan yang masih bersedih.
“Intan, pandang abang! Abang tak ada niat nak buat Intan
terasa hati! Cuma.... Cuma abang tak selesa dengan bau durian! Abang minta maaf
ya Intan,” ucap ku perlahan mengharap pengertian Intan.
“Takpelah,” sahut Intan masih dalam rajuknya.
“Jom kita masuk dalam kereta, kita cakap dekat dalam sana.”
Pujuk ku lagi, dan Intan menurut!
Sebaik aku dan Intan mengambil tempat, enjin kereta ku
hidupkan dan penghawa dingin ku putar hingga ke kelajuan yang paling maksima. Semoga
panas di hati Intan akan reda sedikit demi sedikit! Dan melalui cermin pandang belakang, aku kerling
baju pengantin yang tersangkut di bahagian tempat duduk belakang. Cantik dalam
persalinan warna peach!
“Intan, tadi tu apa
dia?” soal ku cuba berbaik-baik. Intan senyap jari jemari itu sahaja yang bergerak.
“Abang minta maaf Intan, abang terkejut tadi.” luah ku lagi.
“Abang memang alah dengan durian! Abang pening kepala dengan
bau durian, tambah-tambah abang memang tak boleh makan durian. Badan abang
cepat panas,” tutur ku berterus terang.
“Takpelah bang, Intan minta maaf sebab Intan tak tahu yang
abang alah denagn durian.”
“Sorry ya sayang.”
“Its okey.”
“Tapi benda tu apa namanya?”
“Durian crepe!”
“Oh.. yang famous sekarang ni ek?”
“Betullah tu!”
“Pandai Intan buat,” aku puji dia dengan harapan sedih Intan
akan berkurang sedikit.
“Boleh la sikit-sikit!” jawabnya masih berbekas dengan rasa
rajuk.
“Abang nak bawa balik, along abang boleh makan! Dia makan semua
benda atas muka bumi ni kecuali batu dengan kayu.” Luah ku tiba-tiba
teringatkan tentang along. Malam nanti dia akan mandikan aku dengan ‘mandi
bunga’ entah apa tujuan mandi bunga yang dimaksudkan! Merepek sungguh!
“Okey, abang bawa ya! Bagi dekat Kak Kuntum sama,” gumam
Intan ceria. Aku senyum, mujur mudah aku lenturkan rajuk Intan. Alhamdullillah lega
aku!
**
“Is.... kau kenapa? takut ke?” soal Along tersengih-sengih!
“Takut ai... berdebar semua ada!” sahut ku menggenggam jari
jemari. Kuntum hanya tersenyum, Lukman juga ada. Berkepit 24 jam dengan Kuntum,
rimas mata aku!
“Rilek la Is, bukan nak pergi berperang pun! Nak shake hand
dengan Tok Kadi je pun! Sain kontrak seumur hidup,” tekan along masih lagi
dalam senyumannya. Senang la dia cakap, aku ni ha yang nak kena hadap Tok Kadi.
Dengan kamera lagi, orang kampung.. jiran tetangga, abang, kakak, saudara mara
kecil besar! Huiiii.... nervous den!
“Kau dah ready ke? Jomlah mandi bunga!” ajak along buat aku
menggeleng hairan.
“Nak buat apa mandi bunga?” soal ku laju.
“La... tak tahu lagi ke?” along sengih Kuntum pun sama
sengih!
“Apa dia?” soal ku ingin tahu.
“Bagi wangi sikit, kau tu ha... busuk!” cemuh along buat aku mencemik
seketika.
“Cepatlah weh!” along sudah tidak sabar.
“Mandi dekat mana?” aku pun bagai menurut sama. Tidak membangkang
lagi.
“Bawah jambatan!” gumam along.
“Hah buat apa pulak bawah jambatan tu? Khurafat!” terkejut
aku bila along mahu mandikan aku dengan bunga di bawah jambatan pukul dua pagi
macam ni! Dah la malam Jumaat, dengan bulan mengambang lagi. Lain benar ajaran
along, kot–kot along mahu turunkan ilmu bukan-bukan pada aku! Ah tak mahulah! Aku
tak nak bela saka!
“Bukan la... kita ke spa Anis! Awek aku! Takkanlah bawah jambatan! Dah la banyak nyamuk, silap haribulan kena sengat lipan! Tak pun kena patuk ular, hushhh bahaya kut!” tekan along kali ini dalam wajah serius!
“Lain kali cakaplah awal-awal.... kau ni!” rungut ku tidak
menghabiskan kata-kata, dia ku jeling tajam!
“Ala... nak gurau pun tak boleh! Kita kan adik beradik seibu
sebapa!” tokok along kembali tersengih!
p/s: tak sabar nak habiskan part vi.... episode last... :) tq reading luv u :)
Comments
Gurauan dua beradik ni memang best.
Kisah cinta along takde ke. ^_^
Cumel sgt fmily kuntum nie.....best....
І аm sending it to a feω friends ans аdditiоnally sharіng іn delіcіous.
Аnd natuгally, thank уоu to yоur sωeаt!
Here is my web blog :: iphone battery
enjoуed this poѕt. It waѕ іnsρiring.
Keep οn pοsting!
Ϲhеck οut mу web site iphone repair kl