CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II
KEPADA PEMBACA BARU: ini cerpen part II dari Kesinambungan kisah Kuntum Buat Kapten Azdhan... kisah abang kepada Kuntum yang bernama Iskandar, encik polis :)
“Waaa... handsome jugak abang
Kuntum ni ek? Macam ni la baru betul... Inspektor Iskandar! Kan along!” luah Kuntum tersenyum-senyum, along di sisi
mengangguk setuju.
“Tapi....” Along berdehem seketika.
“Apa tapinya long?” soal Kuntum bersahaja. Aku jeling mereka
sekilas, adalah tu yang nak dikatakan nanti!
“Tapi masih tak mampu menandingi kehandsome’an along! Ya dak?
Jurutera terhebat alaf 21 ni.... kan Kuntum!” ucap along membangga diri.
“Betul-betul!” sahut Kuntum menyokong.
“Kau ni long... cakap macam tak ada agama! Tak baik membangga
diri, riak dan takabur! Berdosa! Kita ni orang Islam, kena selalu merendah
diri, bukan bangga diri. Mana ajaran ustaz yang penat-penat mengajar kau dulu
long. Kesian dia, ilmu yang diturunkan, kau tak praktik! Kesian!” ucap ku dalam
raut wajah serius lantas membuatkan along cemberut. Haha padan muka. Kuntum pula
terpempan seketika! Baru tahu dengan siapa mereka sedang berbicara.
“Angah.... sejak bila angah dah bertaubat ni? Angah dah
insaf” soal Kuntum mendekati aku. Aku pandang wajah dia, berkerut-kerut dahi
itu menyoal aku. Apa? Pelik sangat ke apa yang aku cakap tadi?
“Is... kau dah insaf?” along pula menyampuk.
“Insaf?” ulang ku semula. Memang segala kerut dan kedut di
wajah bersatu menunjukkan betapa aku
mengambil serius akan pertanyaan mereka.
“Yelah insaf?” ulang along semula.
“Angah dah insaf? Ya Allah syukur alhamdulillah!” gumam
Kuntum buat aku terkedu. Apa maksud insaf ? ada apa-apa yang aku tak tahu ke?
“Eh Kuntum dengan along ni kenapa?” soal ku bersahaja. Langkah
ku bawa mendekati sofa lalu punggung ku
henyak kasar.
“IS.. sejak kau kawan dengan Intan tu! Seriously kau dah
banyak berubah! bertambah iman dan taqwa, tak sia-sia Kuntum kenen-kenenkan
nurse pendek tu pada kau!” luah along sempat lagi mengutuk ciri fizikal misi
yang tidak mencapai tahap ketinggian yang aku mahukan.
“Kau dah kutuk budak tu... baik kau minta maaf! Menceritakan
keburukan orang lain tanpa pengetahua tuan punya badan dan jika orang tu dapat
tahu dan dia terasa hati maka jatuh hukum dosa mengumpat. Baik kau minta ampun
pada misi pendek tu.” Ucap ku menakut-nakutkan along.
“Alamak... terlepas cakap!” along garu kepala.
“Ha... tahu takut!” aku senyum sinis pada along.
“Eh sekejap! Kau pun sama, panggil dia pendek! Kau pun
mengumpat apa?” along tidak mahu mengalah! Tubuh disandarkan lalu pandangan
selamba dipamer buat aku yang terconggok di atas sofa .
“Alamak... ha’ah la... aku pun panggil dia pendek!” serentak
itu aku juga tekup mulut. Ya Allah macam mana aku pun boleh sama-sama mengumpat
budak senget tu! Hessy... tak patut!
“Ha... kau siap-siap ni nak kemana? Baik kau cakap!” Along
menyoal aku persis aku melakukan jenayah cabul. Keras anda suaranya dan tajam
pandangan mata itu buat aku menelan liur.
“Along.... garangnya! Sabar long sabar... along tengah soal inspektor tu!” tegur Kuntum dalam
tawa. Lucu melihat along sekali sekala tayang wajah tegasnya.
“Garang ke? Oh.... lupa hihihi... tertukar profession pula!”
sengih along bersulam tawa halus.
“Tu la dulu along nak jadi polis, tapi kekacakan along ni
menghalang niat murni! Sudahnya along pilih jurutera, cukuplah nak tanggung
anak bini, makan enam kali sehari. Melancong dan membeli belah!” tawa along
bagai perli aku yang bekerja polis. Benci betul!
“Woit Is.... masam je muka kau tu! Relax la beb..... aku gurau-gurau pun ambil hati. Adik beradik
mana boleh marah-marah. Kita kan seibu sebapa! Ni kau siap-siap ni nak ke mana
pula?” kali ini aku tengok along nampak serius. Betul ke? Entah-entah kejap
lagi ada je point untuk kenakkan aku. Berhati-hati, jenayah gangguan
menyakitkan hati dari along ada dimana-mana! Tidak semena-mena aku nasihatkan diri sendiri!
“Kenduri rumah Iza!” ujar ku pendek tentang hasrat untuk
menghadirkan diri ke rumah bekas kekasih yang bernama Rosliza. Perempuan itu
akan bersanding sekejap lagi. Sekarang baru pukul sebelas, mengikut kad
jemputan kahwin yang diserahkan sendiri oleh tuan punya badan, tepat pukul dua
belas pengantin akan disandingkan.
“Seriously?” along menyoak akan hasrat tulus ikhlas yang
datang dari hati. Aku pandang dia sejenak sebelum kepala ku jatuhkan sekali. Mengiayakan
pertanyaannya.
“Kau yakin ke weh?” kali ini along memainkan peranan sebagai
abang pada aku, terharu rasanya! Bertahun-tahun aku dan dia menjadi pasangan
gurauan berkasih dan bertumbuk juga bergusti, jika tidak melakukan kekerasan fizikal sekalipun
aku dan along sudah tentunya akan melancarkan perang mulut sebagai alat terakhir menghambur rasa sakit di hati,
namun hari ini dia pamerkan sikap sebagai seorang abang yang bertanggungjawba terhadap
aku. Bagaikan mimpi! Atau along sudah buang tabiat?
“Oit! Aku tanya, kau boleh termenung pulak!” pekik along
buat bahu aku terhinjut akibat rasa terkejut yang amat sangat. Tak guna betul
la along ni! Mati aku tadi macam mana?
“Kau yakin ke nak pergi rumah Iza? Nak aku teman?” tawar
along. Bukan aku tak tahu tujuan dia selain menikmati jamuan yang enak-enak di
majlis kenduri. Along, pantang di jemput pasti tidak pernah menolak. Katanya tak
baik tolak jemputan orang!
“Confirm aku pergi! Kalau nak ikut, jomlah!” aku mempelawa. Kesian
pula tengok along tayang muka simpati. Rajin benar menghadiri majlis kenduri!
“Betul ke? Okey aku siap sekarang!” laju sahaja tubuh itu
menghilang ke dalam bilik. Aku sandarkan tubuh kembali ke sofa, sesekali aku
perhatikan wajah Kuntum. Dia tampak tenang dan tidak lagi ku lihat seperti
anak-anak kecil yang harus diberi perhatian. Mungkin perkahwinan bersama Azdhan
mematangkan diri itu. tidak selurus dahulu dan tidak juga manja seperti dulu, mudah
sedikit Azdhan menguruskan Kuntum. Alhamdulillah
lega aku tengok rumah tangga mereka yang aman damai!
***
“Is... aku nak tambah weh! Sedap gak menu lauk kenduri ni.”
gumam along cukup berselera.
“Kau tak makan ke?” sekali lagi along bersuara.
“Kejap lagi, aku nak tunggu pengantin datang!” luah ku
sambil memerhatikan pelamin bewarna merah dilatari dengan warna biru lembut di
belakang tabirnya. Not bad! Tanpa sedar aku menilai sendiri pelamin yang menjadi pilihan Rosliza
bekas makwe aku dulu.
“Asal pulak? Kau jangan nak buat hal join pengantin makan
beradab dekat meja pengantin Is. Kalau kau ada niat macam tu, baik kau bagitahu
aku awal-awal! Aku balik dulu,” ucap along bimbang aku melakukan sesuatu diluar
dugaan.
“Weh, agak-agaklah kan!” pintas ku menyangkal telahan along.
Mengarut! Takkan lah aku yang patah hati ini boleh duduk semeja dengan Iza dan
menjamu selera dengan dia bersama suami baru dia tu? Memang nak terbalik meja makan pengantin tu karang!
“Okey..! aku ingatkan kau nak menyibuk makan dengan Iza
sekali. Ha apa lagi, pergi la makan! Sedap kot! Ambil lebih sikit ya, aku malu
nak tambah!” pesan along tayang wajah laparnya.
“Tengoklah kalau pinggan aku ada kosong!” ucap ku tersengih.
“Huh.... nak bagi harapan palsu lah tu!” sahut along sudah tahu
taktik aku.
***
Nasi minyak di dalam pinggan ku kuis-kuis, selera ku mati
manakala mata pula terasa berat untuk terus menatap pasangan pengantin yang
sedang bersanding di atas pelamin. Sakit hati dan kecewa ini bersatu. Sampai hati
Iza membuang aku begitu sahaja! Habis madu sepah dibuang, itulah aku
diibaratkan! Sakit hati bengang dan kecewa saling merebut tempat teratas di
hati ini.
“IS... sabarlah Is!” pujuk along bagai faham perasaan aku.
“Kau cakap senang la long! Aku yang tanggung, aku yang rasa,”
luah ku pendek namun ternyata aku sebak dan tidak kuat melihat Iza di sisi
lelaki lain. Sepatutnya aku di atas sana tapi kini tempat aku telah diganti
lelaki lain! Aku sakit hati!
“Habis aku nak cakap apa lagi? Takkan aku nak suruh kau
tembak laki Iza tu?” jawab along bagai mahu aku menyalahgunakan kuasa yang aku
ada sebagai seorang anggota polis.
“Kalau aku jadi tempat kau, aku tak tembak Iza! Tapi aku
tembak mak dia! Belagak gila!” tutur along masih tidak berganjak dari
memerhatikan pasangan yang sedang ditepung tawar oleh tetamu yang meraikan. Marah
sungguh along terhadap ibu kepada Iza yang terang lagi bersuluh menolak aku
mentah-mentah! Katanya kerja seperti aku bergaji kecil dan tidak mampu
membahagiakan Iza. Okey fine, aku nak tengok sejauh mana lelaki pilihan orang
tua tu, mampu bahagiakan Iza yang mata duitan! Huh benci!
“Kalau aku jadi kau, ada pistol! Aku tembak kepala mak dia!”
ucap along tidak sudah-sudah bagai menghasut aku pula. Aneh sungguh! Mula-mula
tadi beriya benar menasihatkan aku untuk bersabar, tapi kali ini aku tengok
kepala itu sudah bertanduk-tanduk cuba menghasut! Hisss dugaan-dugaan!
“Tu sebab kau tak layak jadi polis! Emosional!” aku tekankan
perkara paling penting bila menjadi anggota polis. Soal perasaan dan rasional
harus diletak berasingan, agar tiada yang menjadi mangsa ketidak adilan dan
ketidaktelusan.
“Aku bukan tak layak tapi aku tak diterima je.” Balas along
masih leka memerhatikan pasangan yang tidak sepadan bagai pinang dibelah dengan
kapak. Yang lelaki gemuk, pendek dan boroi manakala si pengantin perempuan pula
tinggi lampai berkulit cerah. Memang pinang dibelah-belah! Along sengih seorang
diri!
“Tak nak tepung tawar?” suara yang paling aku benci datang
menyapa. Aku panggung wajah, wanita bernama Jauhar datang menegur. Siapa lagi
jika bukan satu-satunya individu yang menghalang aku dan Iza untuk bersama
bahkan sempat lagi memperkecilkan kerjaya aku. Dan individu itu adalah ibu Iza
sendiri!
“Its okey, tak kut!” sahut ku perlahan.
“Ala... pergilah! Restu Iza,” luah suara itu buat aku
mengetap bibir. Memang sengaja membakar rasa hati ini barangkali.
“Takpelah Makcik, saya bukan Tuhan untuk beri restu,
cukuplah Iza dapat restu ibu bapa dia. Itu dah memadai!” jawab ku tenang
menyembunyikan rasa yang bergelora di dalam jiwa. Jika diikutkan panas hati
ini, mahu sahaja aku tekup raut wajah yang sudah berkedut itu dengan pinggan
yang masih lagi bersisa. Along yang melihat, sekadar melihat tidak tersenyum tidak
juga mempamerkan riak marahnya. Mungkinkah along tengah membayangkan wanita tua
itu terkulai ditembak oleh dirinya? Mungkin juga, tambah-tambah along seorang
yang kuat berimaginasi.
“Takpelah, kalau macam tu. Ha.. jangan lupa makan
kenyang-kenyang! Bukan senang nak makan lauk kenduri Iza.” Pesan Jauhar ku
balas dengan cebikan.
“Woih.... nasib kau tak jadi kawen dengan Iza. Kalau tak
teruk la... nahas... sakit badan sakit hati sakit jiwa dapat mak mertua peel
macam tu! Huh minta-minta mak mertua aku nanti, tak macam tulah perangai dia!”
along bersuara. Perlahan sahaja, perisis sedang mengumpat lagak gayanya!
“Makan la cepat! Aku dah panas punggung menghadap pengantin
tu! Tergedik-gedik, tak tahu malu langsung! Kalau nak peluk-peluk pun buat la
dalam bilik! Ni... selamba je, memang orang sekarang kahwin dah tak ada adab gamaknya!”
bebel along bila mata itu menangkap pasangan pengantin yang bergambar tidak
kena tempat dan bergambar mesra sebegitu di hadapan tetamu.
“Biarlah dah halal pun!” sahut ku mula menyuap nasi ke dalam
mulut. Along pandang aku sekilas, berkerut-kerut dahi dia bagai mahu menyusun
bicara.
“Apa dia?” pintas ku buat along tersenyum.
“Tahu-tahu je kan aku tak puas nak cakap lagi!” along
sengih.
“Tahu...” jawab ku sepatah.
“Memang la halal! Tapi cuba kau tengok tu ha... peluk-peluk,
depan budak-budak! Orang tua lagi, malu l sikit! Kita ni orang melayu, ada adat
ada agama! Jurugambar pun sama! Agak-agak la,
tak patut macam tu.” Omel along sungguh tidak berpuas hati. Jangan-jangan
bila dia kawen nanti, dia pun lebih kurang sama! Mengata orang je lebih! Dunia akhir
zaman ni tak boleh nak mengata sangat, Tuhan bayar tunai dengan apa yang kita
buat!
“Yelah ustaz.” Sahut ku buat along tersengih.
“Alamak terlebih la pulak. Hehehe...” tawa along perlahan
sambil menyentuh gelas lalu disisip air oren berhati-hati.
“Cepatlah!” rungut along bila aku yang payah untuk menelan
ini disuruh mempercepatkan kunyahan nasi.
“Kejap la, tercekik mati pulak aku ni!” aku balas kata-kata
along dengan jelingan tajam. Baru sahaja aku tundukkan wajah menatap pinggan
yang masih penuh, sebuah lagu menyayat
hati dimainkan oleh DJ radio.
“Hah?” along pura-pura terkejut! Aku pula
hentikan tingkah, selera ku mati! Lalu tangan ku cuci bersih sambil
telinga menangkap bait-bait lirik dari lagu Pelamin Angan Ku Musnah yang sedang
diputarkan DJ.
“Long... kalau ikutkan hati aku ni! Nak je aku naik kat
pelamin tu aku tumbuk muka sorang-sorang. Dengan DJ tu aku bedal, dengan mak si
Iza tu sekali aku tibai!” aku luahkan perasaan marah yang merajai hati. Entah siapa
sampai hati putarkan lagu biadab itu ketika majlis kenduri kahwin. Tak tahu ke
aku ni mangsa kepada lagu yang dimainkan! Haih ikutkan bengang mahu sahaja aku
tikam mereka dengan sudu garfu!
“Pelamin Anganku Musnah! Hurmmm.... memang dah musnah! Apa lagi
pergi tumbuk makcik Jauhar tu! Apa lagi... pergi la weh! Tembak ke... tak pun
gantung dekat kipas pun okey gak!” along memang tak tahu menenangkan hati aku
yang diamuk rasa marah dan kecewa tahunya menyuruh lagi adalah!
“Abang Is... oh abang Is....” panggil satu suara. Aku
menoleh seketika, alamak misi pendek ni! Macam mana agaknya dia boleh sesat ke sini? Huh.... asyik jumpa dia ni je!
Comments
Tak puas baca... ^_^
--za--
Tapi Taufiq JMPW watak dia macam serius.