CORET2 E-NOVEL UNTUK JIKA MAWAR PUDAR WARNA
Asslammualaikum wtb
hai semua.... pembaca yang budiman :)
hari ni tak ada entry tentang Taufiq dan si lurus bendul Amira. juga tiada cerita tentang Umran dan Rose
dan sudah lama juga Cerita Encik Polis mahupun Penilai Cinta tidak di upload.
okey.. ini sedikit gambaran tentang cerita JMPW.
“Lebih baik jadi janda selepas berkahwin daripada
memegang status janda sebelum bernikah!” _ Amira.
“Fine! Semuanya bersyarat! Cukup setahun, kita bawa
haluan sendiri!”_ Taufiq
“Alright!”_ Amira gembira.
Kerana ehsan dan belas dalam hati terhadap keluarga yang
banyak membantu, dan juga pemegang amanah terhadap segala aset milik kedua ibu
bapanya yang terkorban dahulu, Taufiq akhirnya bersetuju menerima Amira gadis
polos yang sukar memahami bahasa kiasan.
Kerana sikap lurus itu, Amira telah kehilangan sebuah
mahkota teratas milik seorang wanita. Mahkota yang direnggut ketika
pertemuannya bersama Edrian, kekasih hati yang kemudiannya lari meninggalkan dirinya
tanpa sebuah pembelaan!
Keadaan Amira yang terlebih dahulu diketahui oleh Taufiq
nyata tidak memberi masalah kepada lelaki itu, lantaran kehadirannya dalam
hidup Amira hanyalah sekadar memenuhi ruang dan membantu wanita itu mencapai hajatnya
menjadi janda dalam makna kata yang sebenar.
“Kau dah buat gangguan seksual pada aku! Aku report polis!”_
ugut Taufiq berpura-pura marah.
“Tolonglah jangan! Saya tak sengaja!”_ Amira.
““Huh... semua pakej-pakej yang aku tak mahu, semua ada pada dia! Lengkap
pulak tu...”_ Taufiq
“Saya lapar.... nanti saya mati
karang!”_ Amira
“Perbuatan kau dah cabar kesabaran aku Amira! Kau dah
melampau!” bisik Taufiq sambil menahan perasaan amarahnya saat Amira terlihat
di hadapan mata. Wajah dipalingkan, tahu hatinya tidak kuat menatap apa yang
dilihat!
Apakah yang terjadi antara Amira dan lima orang lelaki dalam
cubaan memperkosa dan kemana perginya Edrian ketika itu? Dan apakah yang
terjadi pada Amira hingga dia dijumpai di dalam bilik hotel bersama Edrian.
Masihkah ada bahagia buat mereka?
........................................................................... cer
teka?
Jadi...?
apa tujuan entry ini di wujudkan?
sebenarnya AULIA cuma mahu mendapatkan pandangan para pembaca yang budiman
tentang
- Keseluruhan cerita JIKA MAWAR PUDAR WARNA
- Jalan cerita? Mengarut, tidal logik atau mengandungi gejala2 serta unsur 18sx?
- Gaya bahasa dan Penulisan
- Terlampau panjang dan meloyakan?
- boring dan apa2 sahaja tentang cerita ini.
buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan...
hamba budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan! :)
update 10.04.2014
ini JMPW yang dikeluarkan bulan February 2014
Comments
gud luck utk awk.. jgn ptus smgat bla dkritik oleh mulut pedas lg bbisa...:)
So far..akak mmg tidak nampak ada apa apa masalah dalam garapan novel adik ini..
Semakin kita membaca E3 yg baru..yg adik uploadkan..akak dan juga yg die hard fan kat sini..rasa tak sabar nak tahu kesinambungannya..cinta yg mungkin telah berputik buat Taufik pada Amira..
Perjalanan kehidupan Taufik bagaimana ia bernikah dengan amira..sejarah cintanya bersama Adila ..kisah putus tunang..kehilangan ibu angkatnya..bagaimana bermulanya penerimaan nya pada Amira dan kisah kisah mereka berdua yg mencuit perasaan kita..yg telah adik garapkan dengan begitu baik sekali..
Watak Amira yg polos..manja ..keanak anakan...panas baran ...degil...spoil brat ..diawal cerita ..membuat kita merasa menyampah dengan karakter Amira..tetapi selepas membaca dan mengenali dirinya...baru kita terasa..betapa malangnya hidup gadis ini..perkenalannya dengan seorg jejaka yg bernama Edrian telah memusnahkan masa hidupnya sebagai pelajar dan dipaksa menerima ijab dan qabul dari Taufik oleh familinya untuk melindungi maruah keluarga dari dinjak injak dan dimalukan dengan kisah silamnya.
Kita melihat disetiap E3 Amira menjadi dewasa dan matang dalam tindak tanduknya apabila berdepan dengan masalah ...baik datangnya dari Edrian..Taufik..Adila..Puteri.
Amira seakan telah dapat menerima takdirnya sebagai seorg isteri pada Taufik..walaupun pada permulaan nya dia menolak Taufik ..tapi mungkin kini Taufik adalah sebahgian dari hidupnya..Taufik yg mengajar dia pengisian sebuah perkawenan ..erti tanggung jawab ..erti membina sebuah rumahtangga yg berbekalkan dengan setia dan kasih sayang....
Akak harap komen akak membantu dan plz nak upah..E3 baru ..he..he..kesinambungan bab 44E..
sentiasa menanti2 entry baru :)
lebih kurang jalan cerita novel2 yg lain...
ker.. penulis tiada idea untuk sambung plot cerita?
jangan beri pembaca harapan dengan karya tergantung sebegini.
amira yg lurus bendul membuat saya senyum selalu
taufiq yg tegas dan ego
kisah suami istri yg cute
semoga terus menulis n success always good luck
I Like(12334x)
hehehe
Pertamanya tahniah. Jalan cerita yang mantap dan masih boleh diperbaiki. Biasalah, kitakan orang baru. Belajar dari kesilapan itu adalah yang terbaik.
Teruskan berkarya. Sudahkan e-novel ini. Buat kerja jangan separuh (macam akak, ngee).
Selamat berjaya!
heroin yg digambarkan sgt polos, kurang matang, tak pandai serba serbi dan bertindak agak terburu2 namun boleh menerima nasihat dan kelemahan dirinya.... tak pandai memasak, tak pandai menguruskan rumahtangga namun sanggup belajar agar adik iparnya sanggup menerimanya.... bukannya seorg yg rupawan yg mempunyai potongan badan yg menawan namun itulah kelebihan amira seorg yg sederhana.....
taufiq..... jejaka idaman malaya..... cukup pakej.... namun sanggup menerima diri amira yg kekurangan serba serbi dan punya sejarah hitam ....sanggup meninggalkan kekasih hati yg setia menanti.... mendidik amira dlm caranya yg tersendiri.... itulah sebenarnya yg digambarkan dlm JMPW.....
itulah yg menariknya tentang JMPW...... membuat hati sentiasa tertanya2 apakah akan terjadi seterusnya....
cik writer,teruskan usaha anda, jgn mudah berputus asa..... harap cite ni boleh diterbitkan dan berada dipasaran dgn segera....
gud job writer!!!!!!!!!
mcm ne cite ne dpt x dibukukan???
xsbr ne nk tau kisah slanjutnya.....
mula2 sy xtertarik nk bc cite ne sbb tjk dia mcm bosan tp bila bc bab 13 kat penulisan2u terus jatuh cinta ngn cite ne smpi kat ofis pn online tgu cite ne...
gud job for nice story and cara penulisan xmemboringkan.... :)
thanks coz sukakan cerita ni hehe
yup tajuknya mmboringkan sikit tapi ada kaitan dgn jalan cerita yg saya buat tq so much support saya dlm next karya ek :)
terima kasih coz support karya saya :)