keropok: : CINTA DI HUJUNG NODA
layankan CDHN okey... sebelum tu entry 38 JMPW dah published dekat bawah tu...
Siang tadi aku bersama
Nia menikmati makan tengahari bersama-sama, terasa lega bila mana keinginan
hati tercapai. Dan kini aku sedang
memandu kereta menuju ke I-CITY Shah Alam bandar bercahaya di mana artis yang
juga pelawak terkenal iaitu Nabil pernah melangsungkan perkahwinannya di sini.
“Abang, mama dengan
Neesa ke mana? Nia tak nampak pun tadi?” soal Nia sebaik kereta sudah memasuki
perkarangan tempat meletak kereta di kawasan I-CITY ini. Aku toleh ke arah Nia seketika
sebelum senyuman ku pamerkan buat dia yang sedang memerhatikan raut wajah ku
menanti jawapan pada pertanyaannya tadi.
“Mama bawak Neesa
berurut, Pak Deris yang hantarkan!”
gumam ku perlahan. Dengan berhati-hati kereta ku pandu memasuki kotak parking.
Enjin ku matikan lalu jari jemari Nia ku sentuh dan ku raih ke dalam genggaman
tangan.
“Jom sayang dah sampai
ni!” ucap ku semakin teruja saat kereta sudah berhenti menghadap bangunan Maybank yang merupakan salah satu
kemudahan perbankkan yang disediakan di I-CITY ini. Kawasan meletak kenderaan
ku perhatikan sekilas, semakin sesak dengan pelbagai jenis kenderaan empat roda
dari pelbagai warna dan jenama. Pasti mereka juga turut meluangkan masa
bersiar-siar di kawasan yang telah dibuka sejak tahun 2010 lagi.
“Sayang... tak nak
turun ke?” soal ku saat melihat Nia masih tidak berganjak bahkan isteri ku ini
seakan keras kaku di tempat duduknya.
“Yang...” aku sentuh
bahunya lantas aku jatuhkan satu ciuman di pipi itu membuatkan Nia tersedar
seketika.
“Jauh termenung,
ingatkan siapa ni?” ungkap ku sambil mengelus wajah Nia yang sedang menatap
wajah ku.
“Nia ingatkan mama,
beruntung Nia dapat mama... makan minum dan sakit pening Nia sepanjang
mengandung ni mama yang tengok-tengokkan. Untung Nia dan Neesa dapat mama
sebaik mama abang,” gumam Nia senyum hingga menampakkan gigi yang tersusun
rapi.
“Alhamdulillah, abang
pun tak sangka yang mama dah banyak berubah! Betullah sayang, setiap yang
berlaku mesti ada hikmahnya! Dan hikmahnya abang dah nampak dan semakin jelas. Kalau dulu abang dan mama
jauh dari agama dan kini abang kembali sedar.
Dan berpeluang kembali semula ke pangkal jalan! Alhamdulillah!” aku
ungkap ucapan syukur ini di hadapan Nia sesungguhnya aku mahu Nia tahu aku
benar-benar sudah berubah dari khilaf dan kesilapan dahulu.
“Alhamdulillah, Nia
gembira dengan perubahan abang!” gumam Nia memeluk erat tubuh ku.
“Jom sayang, dah sampai
ni!” ujar ku bersungguh. Pintu kereta ku tolak dari dalam, Nia juga lakukan hal
yang serupa. Sesudah langkah kaki menjauhi kereta, alarm ku tekan perlahan. memastikan
kereta dalam keadaan berkunci!
Menyusuri laluan yang
dipenuhi cahaya lampu yang bergemerlapan, aku perhatikan seraut wajah Nia yang
bagai teruja dengan keadaan ketika ini.
“Abang, kita nak kemana?”
soal Nia ku sambut dengan senyuman.
“Kita jalan-jalan je
sayang, tengok lampu dan abang nak snap gambar sayang banyak-banyak. Buat
kenangan andai suatu hari nanti abang tak dapat nak pandang sayang lagi. At
least masih ada gambar untuk abang tatap dan peluk!” Gumam ku tanpa maksud.
“Kenapa abang cakap
macam ni? Tak baik tau! Nia akan bersama abang sampai bila-bila selagi Tuhan
mengizinkan!” ucap Nia tegas. Aku senyum lantas bahunya ku peluk erat.
“Abang tahu sayang,
tapi akan datang kita tak pasti dengan perjalanan hidup kita. Abang harap kita
akan kekal bersama sampai bila-bila,”
sambut ku menenangkan Nia yang tampak tidak selesa dengan patah bicara ku tadi.
“Sayang... comel kan
kaktus berduri tu?” aku ubah topik mengembalikan keceriaan Nia yang sudah tayang
wajah muramnya.
“Kaktus? Mana? Nia tak nampak
pun!” balas Nia meninjau-ninjau kawasan sekitar. Aku tersenyum lega, akhirnya Nia dapat melupakan patah bicara
yang terlanjur keluar dari bibir ku tadi.
“Belakang sayang tu,
nampak tak?” soal ku lagi. Nia menoleh ke arah belakang lalu kaktus berbentuk
bulat dan bewarna hijau disimbah cahaya itu diperhatikan lama.
“Ishh... comellah!
Boleh tak kita beli dan letak depan rumah?” soalan Nia membuatkan aku ketawa
besar.
“Nak buat apa letak
depan rumah?”Soal ku dalam tawa yang panjang. Nia tersenyum melihat aku tertawa
begitu.
“Saja-saja bang.... Nia
suka!” balasnya sambil mendekati kaktus bewarna hujau itu.
“Kita letak dalam bilik
tidur kita la sayang! Lepas tu 24 jam Nia boleh tengok. Kalau boleh tengok
sampai lebam.” Ucap ku lagi disambut jegilan tajam mata bundar milik Nia. Hilang sudah senyuman manis itu!
“Abang ni main-main
tau!” Nia pamer rajuknya. Langkah diatur menjauhi aku yang masih sedia berdiri
di sini bersama kamera digital yang kemas dalam pegangan tangan.
“Alolo... abang gurau
je sayang!” pujuk ku bersama suara gemersik menggoda. Dia yang sudah jauh ke
hadapan ku saingi segera.
“Suka buat Nia
merajuk!” omel bibir itu bersama muncung yang panjang.
“Abang bergurau je pun...
sayang janganlah merajuk! Mama kata,
kalau kita kuat merajuk, nanti baby kita
pun kuat merajuk juga. Susah abang nak pujuk nanti,” ucap ku cuba menghambat
rajuk Nia agar tidak terus berpanjangan.
“Betul ke?” soal Nia
inginkan kepastian.
“Entahlah sayang, dah
mama cakap macam tu. Betullah kut!” aku sengih dan Nia senyum mendengar jawapan
dari ku.
“Sayang jom ke sana,”
aku tunjuk ke arah suatu kawasan di mana ramai orang sedang berkumpul namun
belum sempat aku mengatur langkah. Deringan telefon kedengaran nyaring memecah
keheningan malam.
“Hello,
waalaikumussalam. Ya ada apa mama?” aku jawab panggilan dari mama lalu Nia ku
jeling sekilas.
“Sungguh ke ma? Okey
Attar balik sekarang!” gumam ku lantas mematikan talian.
“Ada apa bang?” soal
Nia ingin tahu.
“Neesa nak bersalin. Lepas
balik berurut tadi, dia ke bilik air . Mama kata Neesa jatuh di bilik air,” aku
pimpin tangan Nia lantas ku hala langkah kaki menuju ke arah kereta.
“Teruk ke bang?” soal
Nia dalam nada cemas.
“Entahlah sayang, mama
kata mama dah ada di hospital. Kita ke sana ya sayang!” Nia angguk dan aku
tekan alarm kereta lalu pintu kereta
ku tarik dari luar. Tubuh ku henyakkan dan Nia juga lakukan hal yang serupa.
“Hati-hati bang, jangan
laju sangat!” pesan Nia saat kelajuan kereta ku maksimumkan.
“Sorry sayang, abang
tak sedar tadi!” aku akui kecuaian diri sendiri. Kelajuan ku perlahankan
sedikit dan dengan hati yang dipanah gusar ini, aku titipkan doa agar Neesa
selamat melahirkan bayinya nanti.
Setelah hampir satu jam memandu meredah sesak
akibat kemalangan di lebuhraya persekutuan tadi, kereta bewarna hitam metalik ini akhirnya tiba
di perkarangan hospital. Tanpa membuang masa lagi, aku dan Nia bergegas menuju
ke bilik rawatan yang telah dikhabarkan oleh mama melalui SMS seketika tadi.
“Abah, macam mana
keadaan Neesa?” soal ku pada abah yang baru tiba.
“Alhamdulillah semuanya
baik, jomlah masuk! Abah baru sudah solat isyak dekat surau depan tu.” Gumam
abah sambil tersenyum.
Bicara abah ku
anggukkan sahaja, sambil menggenggam erat jari jemari Nia yang berdiri rapat
dengan ku.
Langkah ku atur mengekori langkah abah yang sudah mendahului.
Sebaik melangkah masuk
ke dalam wad yang menempatkan Neesa, anak mata ini menangkap raut wajah pucat
tidak bermaya Neesa. Di sisinya, seorang
bayi kecil sedang menghisap ibu jari. Terlena di dalam bedungan!
Aku dekati tubuh itu lantas
duduk ku labuhkan di birai katil, mama dan abah turut berada sama. Pak Deris
pula masih berdiri di hujung katil manakala Nia pula hanya berdiri di sebelah
mama. Diam membisu kesemuanya!
“Neesa, you okey?” soal
ku pendek dan wanita yang baru melahirkan zuriatnya itu sekadar mengangguk
sahaja.
“Baby boy or baby
girl?” soalan kedua terlafaz dari bibir ini.
“Baby girl,” suara
Neesa masih kedengaran lemah dan tidak bermaya sesudah melahirkan bayi kecil
yang belum bernama ini.
“Attar, azankan bayi ni. Tahu tak macam mana caranya?”
soal abah mendekati aku. Aku geleng kepala tidak tahu bagaimana cara yang
sepatutnya yang harus aku lakukan.
“Pergilah berwudhuk,
kemudian azankan di telinga kanan dan iqamatkan di telinga kiri. Cepat,” abah tolak
tubuh ku agar segera berwudhuk dan kembali melakukan kelaziman untuk bayi yang
baru lahir.
Aku bergegas ke tandas
berdekatan, usai berwudhuk aku pangku si kecil lalu ku bisikkan azan dan iqamat
di telinga bayi kecil itu agar dia mendengar seruan yang diperintahkan oleh
Pencipta kepada hamba yang bergelar muslim. Agar nanti, dirinya membesar
berlandaskan ajaran agama yang suci ini, tidak tersasar jauh seperti aku! Itu
doaku pada si kecil yang suci tanpa dosa dan noda ini.
Sesudah itu, aku
letakkan semula bayi kecil ini di sisi Neesa, raut wajah itu kelihatan basah
dengan air mata.
“Attar, I nak beritahu sesuatu pada you!” lirih suara itu.
Aku hanya mengangguk perlahan namun pandangan Neesa yang silih berganti
memerhatikan kesemua yang hadir bagai memberi isyarat dia perlukan ruang untuk
berdua bersama aku. Hanya berdua!
“Mama keluar dulu ya,
Nia mari ikut mama.” Panggil mama dan Nia menurut. Abah juga berlalu bersama
Pak Deris. Faham akan maksud pandangan Neesa!
Suasana kembali sunyi
dan sepi, masing-masing melayani kata hati yang sedang keresahan. Sedang aku
leka memerhatikan raut wajah si kecil, suara Neesa akhirnya terlantun keluar.
Walau lemah dan masih kekurangan tenaga, Neesa tetap ku lihat bersungguh untuk
memperkatakan sesuatu. Apa agaknya? Aku sendiri gagal meneka!
“Attar... sebenarnya
anak ni bukan anak you!” aku angguk sebaik Neesa tuturkan hal yang sudah ku
tahu kebenarannya.
“I tahu Neesa, I tak
pernah sentuh you....” gumam ku perlahan dan Neesa mengangguk kecil.
“Jadi, baby ni anak
siapa?” soal ku lagi. Ingin tahu kebenaran yang telah sekian lama ku tagih dari
wanita itu dan aku pasti kali ini Neesa akan berterus terang tentang hakikat
sebenar bayi perempuan yang sedang terlena ketika ini.
“Neesa, jujurlah pada
hati dan pada diri I juga. I mahukan penjelasan,” aku akhiri bicara ku dengan
sebuah pandangan penuh mengharap pada Neesa. Aku inginkan sebuah penjelasan!
Neesa panggung wajahnya, dan aku yang masih duduk di birai katil yang menempatkan
dirinya dipandang dalam raut wajah yang keruh.
“Baby ni anak Shark!”
bicara itu perlahan namun lirih pada pendengaran ku. Sejenak aku rasakan dunia ini
bagai berhenti berputar. Lama berdiam diri, aku kuatkan semangat untuk terus
bertanya kisah disebalik yang terjadi.
“Maksud you?” aku soal
Neesa. Enggan memerhatikan wajah itu ketika ini. Amarah dan simpati ku bersatu.
Nafas ku hela perlahan agar ombak kemarahan yang sedang berperang di dalam dada
dapat ku hentikan segera. Entah bagaimana harus aku berhadapan dengan satu
kenyataan pahit yang sekali lagi menghimpit! Satu keluhan kecil ku lepaskan.
“Baby ni anak Shark,
dia yang lalukan semuanya pada I. I terperangkap!” gumam Neesa bersama esak
tangisnya. Aku tekup wajah lalu ku raup rambut yang mula terjuntai ke dahi.
Perasaan kesal pada tindakan Neesa membuatkan aku kesakitan. Ya aku sakit
berhadapan kenyataan yang sebegini, dan aku seharusnya tidak terlibat dengan
kisah hidup mereka. Mereka kejam pada aku! kejam! Jerit hati ini membuatkan aku
kesedihan dalam diam.
“Attar, maafkan I.”
Gumam Neesa perlahan. Air mata itu diseka dengan jari jemarinya. Aku bangkit,
tidak betah lagi melihat Neesa di hadapan mata namun hal ini harus ku
segerakan. Aku tidak mahu anak ini mempunyai sebarang ikatan dalam hidup ku.
Aku enggan dia berbintikan aku sebagai bapanya!
“Kenapa baru sekarang
you berterus terang Neesa? Apa, you tak nak Shark bertanggungjawab pada kesalahan yang dia lakukan. You biarkan dia
bebas tanpa sebarang tanggungjawab!” soal ku agak kecewa dengan tindakan Neesa
yang membebani masalahnya pada bahu ku seorang diri. Memaksa aku menerima
dirinya bersama kandungan milik dia dan Shark!
“Maafkan I, I tak
sanggup bersama Shark! Pasti dia akan apa-apakan I andai I berterus terang akan
kandungan ni. Dia mahukan duit dari I, I tak ada duit untuk menyara hidup dia
yang kaki judi. Dan I cintakan you, I mengaku segala yang I lakukan kini
semuanya atas dasar cinta dan sayang I pada you. Maafkan I Attar,” gumam Neesa
lagi.
“Ya Allah Neesa, kenapa
sayang dan cinta you membutakan mata hati you? Kenapa you persiakan rasa sayang you pada
insan yang tak cintakan you? You kejam pada diri you!” aku hamburkan rasa tidak
puas hati terhadap sikap Neesa yang kurang matang menagih cinta dan kasih dari
aku yang sememangnya tiada hati pada dirinya lagi.
p/s: ada yg bertanya, okey ini dia review BAB 35 DARI CINTA DI HUJUNG NODA... info terkini mmskrip baru lulus penilaian. cuma saya x tahu bila akan diterbitkan. ehem.... jgn lupa layan JMPW yer.. :)
Comments
x sabo nk baca full n3...
>>k<<