JIKA MAWAR PUDAR WARNA 11
“Letihnya...” Taufiq menggeliat sambil mendepakan kedua
tangannya. Lesu dan memenatkan setelah sepetang berada di tapak projek memantau
perkembangan terbaru projek pembinaan bangunan kediaman yang berkonsepkan gaya
inggeris. Sejenak Taufiq tersedar, kelibat Amira dicari. Batang tubuh itu tidak
kelihatan sejak lelapnya tersedar. Gusar akan
keadaan Amira, Taufiq bingkas menapak menuju ke dalam bilik. Pintu bilik
yang tertutup rapat di tolak laju.
“Apa awak buat ni?” soal Amira sedikit terjerit. Pakaian yang
ingin disarung di tekap ke dada melindungi bahagian tubuh yang terdedah. Tuala yang
melekat di tubuh hampir-hampir melorot jatuh. Taufiq terkaku namun jeritan
kecil Amira menyedarkan dirinya, laju daun pintu ditarik rapat. Kaki dihayun
menuju ke ruang tamu lantas punggung di labuhkan ke kusyen. Dadanya berombak
kencang, tapak tangan ditekap ke dada. Denyut jantung kuat bergetar yang
pertama kali dirasakan bagi mahu tercabut keluar. Taufiq sandarkan tubuhnya
lalu siling diperhatikan lama. Masih terbayang tubuh Amira yang hanya berbalut
tuala separas dada, dia ketap bibir.
Amira di dalam sana sudah disimbah rasa malu yang teramat,
wajahnya terasa panas dengan aliran darah yang menyerbu ke seluruh wajah. Tidak
menyangka tubuhnya akan terlihat sedemikian di hadapan Taufiq. Amira terduduk,
rasa kecewanya menggunung tinggi. Cukuplah sekali itu, dia tidak rela seluruh
tubuh yang berbalut itu menjadi santapan mata lelaki yang bernafsu buas. Dia serik
dan dia enggan perkara sama berulang lagi. Pakaian tidur di sarung ke tubuh,
rambut panjang mengurai dikeringkan dengan tuala lantas dibiarkan lepas bebas.
“Amira, kau nak ikut ke tak nak?” soal Taufiq dari luar
bilik tidur.
“Kemana?” sepatah Amira membalas.
“Makan! Nak ikut atau tak?” sekali lagi Taufiq lontarkan
pertanyaannya.
“Nak tapi malas!” jawab Amira enggan membuka pintu. Biarlah mereka
berbicara sebegitu. Dia masih segan dan terasa malu berhadapan dengan lelaki
itu.
“Malas tak payah makan!” gumam Taufiq mendatar suaranya.
“Lapar,” Amira adu keadaan dirinya pada Taufiq.
“Kalau lapar ikut aku! kalau malas kau tahanlah lapar kau
tu!” ujar Taufiq yang masih berbaring di kusyen dengan menjadikan kedua
lengannya sebagai alas kepala.
“Tolong belikan,” pinta Amira berharap Taufiq sudi
membungkuskan makanan untuknya.
“Ah tak kuasa aku!” gumam Taufiq malas melayan.
“Yelah-yelah, saya siap sekarang!” akhirnya Amira bersuara
juga. Rasa malas dan letihnya diketepikan demi perut yang meronta minta diisi.
“Cepat!” tekan Taufiq lagi.
Amira bersiapa ala kadar, sweater dan jeans berpotongan
lurus digayakan santai. Snow cap diletakkan sedikit senget di kepala sambil
rambut dibiar lepas bebas. Berpuas hati dengan penampilan diri, Amira berpaling
lalu daun pintu diselak dan langkah kaki diatur mendekati Taufiq.
“Saya dah siap,” gumam Amira pendek.
“Hermm....” ulas Taufiq lantas berpaling menghadap Amira. Pandangan
bertaut lama, Taufiq memerhatikan penampilan Amira yang ringkas namun sisi
nakalnya masih sempat membayangkan tubuh Amira yang berbalut tuala seperti yang
terlihat sebentar tadi. Amira menyilangkan kedua tangannya ke tubuh. Dia tahu
akan maksud pandangan Taufiq.
“Eherm... jomlah!” ungkap Taufiq tersedar lalu mengalihkan
pandangan ke arah lain. Seketika kemudian dia bangkit dari kusyen mendahului
langkah Amira yang masih termangu di tepi dinding.
“Kita nakmakan apa?” soal Amira menutup rasa sepi antara
mereka.
“Ikan bakar,” sepatah Taufiq menjawab.
“Dekat mana?” soal Amira lagi.
“Morib!” tutur Taufiq.
“Ohh....” hanya itu yang mampu diulas dengan patah bicara
lelaki yang sedang memandu ketika ini. Bicara
Taufiq sepatah sepatah keluar bagai tidak berminat dengan isu yang diutarakan
lantas wajah dipaling ke luar tingkap kereta, pemandangan waktu malam kelihatan
terang bercahaya disimbah lampu neon yang bergemerlapan.
“Siapa Edri?” sepatah pertanyaan Taufiq membuatkan dada
Amira bergetar tiba-tiba. Bagaimana Taufiq mengetahui nama lelaki itu. Amira
gusar, jari jemari dielus kasar. Melalui ekor mata, Taufiq melihat raut wajah
yang kerisauan.
“Tak perlu kau sembunyikan apa-apa dari aku Amira, semuanya aku dah tahu dan aku
dah jelas. Cuma apa yang ingin aku tahu dari kau, bagaimana kau terjebak dengan
semua ni? Aku mahukan penjelasan,” bisik
hati kecil Taufiq berbicara sendiri.
“Amira, aku tanya kau! Siapa Edri?” ulang Taufiq membuatkan
bahu Amira terhinjut menahan kejut. Tapak tangan di lekap ke dada. Terasa ada
debar dan getar berlagu seiring. Perlukah dia berterus terang sahaja kepada Taufiq?
Perlukah dia membuka aib sendiri? Wajarkah keburukan diri dipersembah kepada
lelaki ini. Amira geleng kepalanya, dia tidak sudi dan enggan lagi diherdik dan
dihina oleh lelaki yang memandang jijik ke atas dirinya. Biarlah duka itu
disimpan dan dilontar jauh dari hatinya. Namun sejauh mana dia melangkah
setinggi mana dia mendaki... rasa sesal dan bersalah itu tetap ada hingga tidak
mampu lepas dari seksa hidup dan rasa kesal yang tidak berkesudahan. Amira ketap
bibir tertunduk memerhatikan jari jemarinya. Sebak yang sentiasa mengheret
hatinya dibiarkan berlagu di dalam hati.
“Amira,” panggil Taufiq sekali lagi.
“Saya tak kenal Edri,” tekad Amira tidak mahu menyebut
sebaris nama itu.
“Aku kenal dia!” balas Taufiq menuturkan kata. Amira menoleh
ke arah lelaki itu.
“Aku kenal dia, aku tahu apa yang terjadi antara korang
berdua. Tak perlu sembunyi apa-apa dari aku lagi.” Amira telan liur. Benarkah Taufiq
sudah mengetahui akan sejarah hitamnya? Amira palingkan wajah ke sisi kirinya
lalu air mata yang bergenang di seka pelahan. Wajarlah andai Taufiq menggelarnya
perempuan sundal. Segala hitam dan kelam masa lalunya sudah dapat di hidu
lelaki itu. Amira ketap bibir, sedar tiada ruang untuk dia berdamping dengan rasa bahagia
walaupun hanya secebis cuma.
“Maafkan aku!” sepatah Taufiq menutur kata. Amira menoleh,
lelaki itu masih tenang memandu menghadap jalan raya. Untuk apa kemaafan itu?
“Aku minta maaf panggil kau yang bukan-bukan!” gumam Taufiq
lagi. Amira mula mencebik, ikhlaskah maaf dari seorang lelaki yang pernah
menghinanya suatu ketika dahulu.
“Dahlah, jom turun. Dah sampai!” Taufiq melepaskan tali
pinggang keledar lalu pintu kereta ditolak dari dalam. Kaki sudah berpijak ke
bumi, tubuh ditegakkan lantas bergerak sedikit menjauh lalu pintu kereta
dirapatkan semula. Masih menanti Amira!
“Amira terkaku, benarkah Taufiq menutur kata maaf? Benarkah?
Dia keliru dengan kata hatinya saat ini.
Tokk...tokkk Amira menoleh cermin kereta yang sudah diketuk
oleh Taufiq yang mengisyaratkan dia keluar segera dari perut kereta.
Perlahan-lahan tali pinggang keledar dilepaskan dari memaut
tubuhnya, keluar dari perut kereta dan beriringan dengan Taufiq menuju ke
deretan kedai makan.
Meja yang terdapat di tengah-tengah kawasan kedai makan itu
di hampiri lalu duduknya dilabuhkan di situ membiarkan angin dari laut menyapa
wajah yang telah hilang kedamaiannya. Amira menolak rambut yang menutup pipi,
wajah dipanggug. Seketika pandangan dia dan Taufiq bersabung. Laju anak mata
dilarikan.
“Abang.... !” Taufiq menoleh. Amira juga!
“Abang dengan siapa ni?” soal Adila yang baru tiba bersama
rakan-rakannya.
“Pergi dulu ya, Dila nak bual dengan abang Dila.” Adila
tersenyum ke arah rakan-rakannya.
“Dila,” panggil Taufiq menahan rasa debar dalam dada. Tidak rela
melukakan sekeping hati milik kekasihnya.
“Abang dengan siapa ni? Jauhnya makan...” ucap Adila bersama
senyuman namun Amira sedar pandangan itu kelihatan berkaca. Wajah itu juga
mendung walau sebaris senyuman terukir indah.
“Kawan. Dengan kawan! Saya kawan kerja Taufiq!” ujar Amira
bagi pihak Taufiq. Dia tahu tidak elok andai menjadi orang ketiga pada kasih
yang sudah lama bertaut antara keduanya. Tiba masanya nanti, dia akan
tinggalkan Taufiq juga.
“Oh... ingatkan siapa tadi!” Adila tersenyum kembali ceria. Taufiq
tertunduk, hatinya berbelah bahagi. Antara kasih dan tanggunghjawab. Dia tidak
dapat memilih antara keduanya.
“Abang, nanti kita bual lagi. Hujung minggu ni kita keluar
sama-sama ya,” ujar Adila disambut
senyuman kecil Taufiq dan anggukan kecil darinya.
“Maafkan aku Adila, aku tak pasti di mana berakhirnya
hubungan cinta kita dan aku juga tak dapat meneka apa kesudahan perkahwinan
ini.” hati kecil Taufiq dihambat sesal menduakan Adila dan mengikat Amira ke
dalam hidupnya.
Comments
Akak rasa terkejut juga bila Taufik dapat menerima kehadiran Amira..mungkin setelah bersama dengannya beberapa hari dan melihat kelakuan Amira..mungkin dia telah sedar kesilapannya yg hanya menunding jari dan meletakkkan kesemua kesalahan itu dibahu Amira..sedangkan dia tahu..it's make 2 to tango..kan...
Dimana juga ek perjalanan perkahwinan mereka..kerana 12 bulan adalah terlalu lama bagi Taufik untuk memperbetulkan diri Amira..Adakah dalam jangkamasa itu..dia tidak akan jatuh hati atau sayang pada perwatakan Amira...yg bukanlah sejahat mana dan segedik mana..Amira tahu membawa dirinya..contohnya bila diofis..dia boleh menyelar si Alisya dengan mengatakan bahawa dia isteri Taufik dan anak ownerkan dan juga bila berjumpa Adila..tapi dia pendamkan sahaja dan tau membawa diri..apatah lagi..bila memikirkan masa dikampung Taufik..Amira tetap menghormati ibu dan adik Taufik..dan juga bila bersama sama dengan Taufik..tak lah kelakuan macam perempuan sundal atau jalanng ..dengan menjaga kelakuannya bila bersama Taufik.. ..dia amat tertib..adakah ini semua akan diambil kira oleh Taufik untuk jatuh cinta pada Amira...Terujanya akak nak tahu kesinambungan citer ini..
ya, dia teraniaya... kemudian bercinta dengan lelaki telah bertunang n hampir berkahwin. tapi kisah lama terbongkar, tunang mira tinggalkan dia so taufiq jadi pengganti bersyarat.
kira antara budi dan ganjaran taufiq terima amira secara bersyarat. anywr thanks sudi tinggalkkan komen untuk story saya ni. cukup mnghargai :)
btw akhirnya taufiq akan jatuh cinta pada mira. hermmm.... dalam masa yg sama Edri dtg bagi harapan.
bekas tunang mira persendakan dirinya dan taufiq melawan rasa ego menerima cinta isteri yg tiada seri dan bagaimana berhadapan dengn adila.
apa pula syarat yg terpaksa mereka lalui bersama. sama2 kita nantikan ya :)
setiap orang ada membuat kesilapankan termasuklah Edri dan Amira ... Taufik merasakan diri dia terlalu baik dan x ada membuat kesilapan ..... macam SUCI gitu.... Taufik Kalau nak marah dan memperbetulkan Amira lihatlah diri sendiri.... berterus terang dengan Adila dan kalau Adila sanggup terima apa yang sedang Taufik buat dan sanggup tunggu Taufik .... kak sue FOLLOW ja....
Edri, dia patut diberi peluang kedua. Pulihkan balik keadaan dan Amira terima Edri kembali. Taufiq bole teruskan hidup dgn Adila.
Sama ada Taufiq jatuh cinta kat Amira ataupun kembali kepada Adila, hanya Aulia saja yg boleh jadikan jln citenya. So, sy akan sabar menunggu episod seterusnya.