CINTA DIHUJUNG NODA 30
“Neesa, kenapa ni? Boleh tak you respect sikit!
Suka-suka hati you ceroboh bilik I!” marah ku saat tubuh Neesa sudah mula
mendekati. Nia yang masih berada dipangkuan ku terkedu seketika, namun segera
dia bangkit dan beralih kedudukan disebelah ku pula. Kedua tangan itu memaut
erat leher ini menjadikan aku sedikit tersentak. Haishhh.... Nia pun dah pandai
melakukan provokasi terhadap Neesa!
“You buat apa pada Attar? Lepaslah, I tak suka you sentuh
Attar macam tu!” Jerit Neesa cuba merungkaikan pelukan erat tangan Nia ni leher
ku saat ini.
“Sorry, I tak buat apa-apa! Just peluk husband sendiri, tak
salahkan?” selamba Nia menjawab buat aku terkaku. Tangan Neesa yang sedang
menolak bahu Nia dari terus terusan memeluk erat bahuku ditepis oleh Nia
sendiri. Aku telan liur, benarkah Nia yang menuturkan kata-kata tadi? Hmmm Nia sudah pandai berebut, ini satu
perkembangan positif!
“Lepaskan Attar! Lepas, jangan sentuh husband aku!!!” bentak
Neesa menarik tangan Nia yang masih melekat dileherku kasar. Aku pula cuba
melepaskan pautan tangan Nia yang sedari tadi ditarik oleh Neesa, jika terus
dibiarkan begitu pasti aku akan mati terjerut di tangan keduanya.
Huh, rasa perit dileher ku gosok perlahan, mujur sempat aku
lepaskan pautan mereka jika tidak entah apa yang terjadi tadi!
“Neesa, boleh tak dalam sehari you jadi manusia yang berhati
mulia. Tak menyusahkan dan tak berhasad dengki?” soal ku kedengaran skema namun
itu sahaja ayat yang terlintas untuk ku ucapkan waktu itu dan kata-kata yang
terluah itu membuatkan aku ketawa sendiri di dalam hati.
“Kenapa dengan you ni Attar, I tak sihatkan! Yang you layan
dia kenapa?” tegas Neesa menyoal aku yang masih lagi duduk di birai katil.
“Kalau you tak sihat, you berehat dalam bilik! Bukan merayap
ke sana ke sini,” perlahan nada yang aku ucapkan buat Neesa semakin baran.
“Neesa, boleh tak you keluar! This is my room!” tutur Nia
tegas sambil memaut pula pinggang ku. Gulppp.... Nia sudah pandai bermanja pula
waktu-waktu begini!
“No! Selagi Attar tak keluar, selagi tu I tak mungkin
keluar!” bentak Neesa kuat hingga Aiman dan mama juga datang terjengul di muka
pintu akibat suara dan bentakkan Neesa yang kuat bergema memenuhi seluruh ruang
rumah tiga tingkat itu.
“Attar kenapa gaduh-gaduh ni, Neesa pula kenapa nak
marah-marah?” soal mama sambil menolak
kerusi rodanya masuk ke dalam bilik. Manakala Aiman hanya berdiri di muka pintu
dan berpaling seketika saat pandangan mata menangkap kelibat tubuh Neesa yang tidak
sempurna menutup aurat! Hanya legging dan baby-t yang tersarung ditubuh milik
Neesa.
Seksi mak buyung itu buat Aiman segera menundukkan pandangan,
menjaga pandangan mata dari memerhati perkara yang tidak sepatutnya! Hah padan
muka! Selar ku dalam hati sempat lagi memadan mukakan Aiman yang menyibuk itu.
Huh!
“Abang, keluar dulu ya! Nia tak pakai tudung dan nak tukar
baju. Lagipun Nia pakai baju abang! Malu
mama tengok,” bisik Nia dekat di telinga ku. Aku anggukkan kepala lantas
bangkit dan bergerak mendekati mama. Neesa pula masih bercekak pinggang di sisi
katil sambil menjeling sahaja aku yang sudah melepasi tubuh wanita itu.
“You, keluar sekarang! Rumah ni besar, so tak perlu rasanya
nak bergaduh dalam bilik I!” ucap ku menghentikan langkah dan berpaling
seketika menghadap wajah Neesa yang sedang baran. Dengusan kasar dihela kuat.
“Mama, kita discuss dekat luar, Neesa cepat keluar!” gumam
ku dalam nada mendatar. Berharap Neesa menurut tanpa membantah namun ternyata
wanita itu gemar dimarahi dan gemar dilayan kasar sebelum boleh menurut setiap
kata-kata ku.
“Keluarlah,” bisik ku perlahan namun masih didalam nada
tegas.
“You ingat I pekak?” Neesa menjawab pula. Memang perempuan
ini tak tahu adab agaknya.
“Kalau tak pekak, sila keluar sekarang! Leave my room,” aku
perlahankan suara dari didengari oleh mama.
“Neesa, boleh you keluar? Tinggalkan I dalam bilik ni,
please!” ucap Nia sambil unjuk ibu jari tepat ke muka pintu.
“Kau jangan nak biadablah Nia, kau ingat Attar layan kau
macam tu kiranya kau dah menanglah? Heh, sorry aku takkan mengalah!” tekan
Neesa kuat berbisik ditelinga Nia. Aku jeling Neesa dengan pandangan tajam!
“Whatever Neesa, aku dah boring dengan permainan kotor kau
tu. Get out!” ujar Nia dalam suara yang ditahan-tahan. Geram benar dia pada
Neesa agaknya!
“Tak guna kau Nia, kau ingat dan dengar sini baik-baik! Aku
takkan beri kau peluang dan ruang untuk kau rasa bahagia! Itu janji aku, dan
andai aku tak dapat, engkau jugak tak mungkin akan dapat!” bentak Neesa sambil
mengorak langkah keluar dari bilik. Aku perhatikan Nia sekilas dan dia hanya
tunduk memandang karpet biru laut, enggan melawan pandangan ku. Ugutan Neesa
sedikit sebanyak menggetarkan Nia sementelah isteri ku ini pernah keguguran
disebabkan perbuiatan Neesa tempoh hari. Aku hela nafas perlahan, entah bila semua kemelut
ini akan berakhir!
“Nia, tukarlah baju tu. Nanti turun ya,” ucap ku disambut
anggukan kecil wanita itu lantas aku atur langkah mendekati mama. Menolak kerusi
roda mama keluar dari bilik dan kembali merapatkan daun pintu.
“Mama kita turun ya,” gumam ku saat kerusi roda sudah
mendekati lif yang terletak berdekatan tangga.
“Attar, boleh mama tanya sikit?” gumam mama meminta
kebenaran ku untuk bertanya. Hairan pula dengan gelagat mama kali ini, jika
dahulu tidak pernah mahu bertanya! Membuat keputusan dan menetapkan sesuatu
yang dikehendakinya tanpa ada sebarang perbincangan tetapi kali ini mama lebih
berdiplomasi berbanding dahulu. Hmmm satu perubahan yang bagus pada perkiraan
ku.
“Mama nak tanya apa ni?” aku garu kepala yang tidak gatal.
Cuba meneka di dalam hati tentang perkara yang ingin ditanya oleh mama.
“Kenapa Nia pakai baju Attar?” pertanyaan mama buat aku
tersenyum malu.
“Attar pun tak tahu, Nia kata dia suka bau badan Attar!”
ucap ku sudah malu-malu. Malu bila Nia enggan memakai bajunya sendiri. Katanya dia
suka menghidu bau badan ku. Pelik sungguh perangai Nia sejak akhir-akhir ini.
“Kenapa pulak?” soal mama pelik. Aku diam seketika, sedang
aku sendiri tiada jawapan untuk soalan mama. Mungkinkah disebabkan Nia
mengandung hingga sikap dan perilaku isteriku itu sedikit sebanyak berubah?
Malu juga ingin
mengkhabarkan tentang kandungan Nia pada mama namun perasaan teruja ini masih
lagi melonjak-lonjak dalam hati. Siapa yang tidak bangga jika diberi kesempatan
untuk merasai nikmat bergelar bapa. Dan sejujurnya aku seorang lelaki sejati
kerana mampu membuatkan isteri ku mengandung! Sungguh aku hebat! Tanpa sedar
aku sudah memuji kehebatan diri sendiri.
“Pelik pulak sikap Nia hari ni ya Attar!” omel mama pelahan
bagai bertanya pada diri sendiri.
“Err... sebenarnya Nia tengah mengandung ma! Baru dua
bulan,” tutur ku lambat-lambat. Dan kali ini mama toleh ke sisi lantas menyentuh
lengan ku perlahan menarik tangan ku itu agar berdiri berhadapannya pula.
“Betul ni Tar?” soal mama inginkan kepastian dan aku hanya
mengangguk pelahan sambil tersenyum gembira.
“Pembawak budak agaknya!’ ucap mama seketika saat mendapat
jawapan terhadap sikap aneh Nia sejak kebelakangan ini. Dan aku pula bagai
terlupa dengan masalah tadi terus terusan melayan keterujaan mama.
“Alhamdulillah,
akhirnya dapat juga mama timang cucu sendiri! Seronok rasanya hati mama ni,
bila due date?” tanya mama tidak sabar ingin mengetahui tarikh kelahiran bayi
aku dan Nia.
“Mungkin awal tahun depan ma, Attar pun tak sangka yang Nia
mengandung lagi! Kali ni Attar kena jaga Nia sebaiknya ma, tak sanggup terjadi
macam dulu!
Yang terjadi dulu semuanya disebabkan Attar yang cuai,” ujar
ku kesal dan mama juga pamer riak kecewa dan terkilan.
“Bukan salah Attar, tapi semuanya salah mama, kalaulah mama
tak buat keputusan terburu-buru pasti Neesa tak ada dalam rumah ni. Tak menyakitkan
hati anak mama ni dan tak susahkan hidup kita sekeluarga!” ujar mama penuh
dengan rasa kesal yang tidak sudah.
“Perkara dah jadi ma, semuanya dah pun kita lalui!” sahut ku
agar mama tidak terus terusan berasa kesal. Sejujurnya kehadiran Neesa yang
gemar membuat onar dalam keluarga ini cukup membantu menjernihkan hubungan aku
dan mama yang dahulunya pernah berantakan.
Dan kerana kedegilan dan keras kepala wanita itu juga aku
semakin tabah berhadapan masalah yang mendatang. Wanita yang tampak sering kali
mahu menjatuhkan dan menyakiti aku itu sebenarnya sedang cuba melatih aku
menjadi seorang lelaki yang tabah dan kuat!
“Attar jaga menantu mama baik-baik, tak sabar mama nak
timang cucu sendiri! Attar pun tahu yang mama dapat Attar lambat, kawan-kawan
mama kebanyakkannya dah timang cucu. Mama sorang yang masih tak ada peluang nak
timang cucu sendiri,” lirih suara mama buat aku tersenyum.
“Anak kawan mama semuanya dah masuk umur 30-an, anak mama ni
je baru masuk 24! Muda lagi ma! Lagipun mama kahwin dengan abah bukannya terus
dapat Attar!” ucap ku buat mama senyum seketika.
“Ya baru mama teringat, bertahun-tahun mama usaha nak dapatkan
Attar. Dari berubat cara moden hinggakan ke kaedah tradisional. Tak juga
berkesan, akhirnya mama dah putus asa! Ulang tahun ke sebelas perkahwinan mama,
baru mama dapat khabar gembira yang mama mengandungkan Attar!” sampuk mama
menceritakan bagaimana perasaan dan
naluri seorang wanita yang begitu mendambakan anak ketika itu.
“Hmmm.... sebab sayangkan Attar teramat sangat, mama
mewahkan Attar dengan duit tanpa
tanggungjawab dan pegangan agama. Berdosa mama!” ucap mama kembali lirih.
“Mama, jangan macam ni! Sekarang Attar dah berubah, kita
sama-sama dah berubah ma. Cuma apa yang perlu kita buat, just jalankan
tanggungjawab kita pada agama. Itu je matlamat kita dihidupkan di atas muka
bumi ni ma,” ucap ku tidak mahu mama menyesali perbuatan lampaunya.
“Betul tu, mujur mama diberi kesempatan untuk sedar semua ni
sebelum terlambat. Mujur ada Nia dan ada Aiman!” tutur mama buat aku tersentak.
Aiman, sebuah nama yang cukup dan tidak aku gemarkan sama sekali.
“Mama jangan sebut pasal Aiman depan Attar! Attar tak suka
ma!” gumam ku tanpa nada. Mama pula tersengih melihat wajah aku yang masam
mencuka.
“Jangan cemburu sangat Tar, nanti baby terikut perangai ayah
dia ni!” usik mama buat aku tersenyum kembali.
“Ishh takkan kut,” soal ku tidak percaya.
“Sungguh mama tak tipu,” sambut mama masih lagi tersenyum.
Kerusi roda mama ku bawa masuk ke dalam perut lif lantas
butang G ku tekan laju. Bunyi dentingan kedengaran serentak itu juga pintu lif
terbuka langsung aku sorong kerusi roda mama menuju ke ruang tamu di mana Neesa
dan Aiman sedang duduk bertentangan.
“You tak sepatutnya pakai kuteks, you tahukan yang kuteks jenis ni tak serap air. Lagipun, you
nampak cantik semulajadi tanpa pewarna kuku,” Tegur Aiman perlahan, penuh
berkhemah saat melihat Neesa menyapu kuteks
pada kuku jari-jemarinya.
“Seriously?” soal Neesa bagai tidak percaya tatkala Aiman
mengatakan dia cantik tanpa mengenakan pewarna kuku yang merah garang itu.
“Sure, kuku tanpa pewarna cukup cantik dan kalau you nak
tengok kulit you di syurga nanti you boleh tengok pada kulit kuku you sekarang
ni! Putih kemerah-merahan. Hanya itu yang tinggal selepas Nabi Adam diturunkan
ke bumi. Jadi you tak cantik if warnakan your nails dengan warna yang pelbagai
ni,” gumam Aiman dalam susunan kata yang sedap di dengar.
“Hishh... nonsense!” gumam Neesa sambil berpeluk tubuh. Aku
yang mendengar tutur bicara Aiman segera memandang kuku jari jemari ini. Ya,
kelihatan putih kemerah-merahan! Tidak dapat tidak, aku akui Aiman mempunyai
pengetahuan yang luas tentang kejadian manusia.
Aku masih senyap berdiri dibelakang mama dan kali ini mata
Neesa yang sedang tajam menerpa wajah ku seketika.
“Hah, tadi you nak ajak I gaduh bukan? Sekarang jelaskan
kenapa you tinggalkan I dalam bilik! You tahu yang I tak sihat, kenapa you
boleh layan Nia pulak?” soal Neesa garang. Dia bangkit lalu berpeluk tubuh.
“Neesa, tak elok cakap macam tu depan suami!” tegur mama
perlahan.
“Mama, jangan masuk campurlah! Ini urusan Neesa dengan
Attar, mama tak ada kena mengena!” jawab Neesa selamba.
“Siapa kata mama tak ada kena mengena? Attar anak mama,
sedar diri sikit!” sampuk Nia yang baru tiba di ruang tamu perlahan.
“Kau diamlah Nia, tak payah nak masuk campur! Tutup mulut
dengan tudung labuh kau tu!” bentak Neesa cuba membakar amarah Nia.
“Sepatutnya pakaian kau yang macam sarung nangka tu kau
tutup dulu, baru boleh tegur aku!” sahut Nia tanpa nada sambil mendekati mama
yang menjadi pemerhati kes pergaduhan aku bertiga malam itu.
“Eh, suka hati akulah! Dosa aku Attar yang tanggung!” aku
angkat wajah, memang wanita dihadapan ku ini mahu aku diheret ke neraka atas
setiap perbuatan dia agaknya.
“Mind your words Neesa, cakap jangan sesedap mulut
berbicara!” gumam Nia perlahan. Siapa Neesa yang sesuka hati mahu melepaskan
dosa yang dilakukan kepada insan lain terutama sekali lelaki yang bergelar
suami. Memang Neesa sudah salah konsep!
“Kau ingat aku tak sekolah agama?” bidas Neesa buat Aiman
yang masih duduk bersandar di sofa tersenyum sinis.
“Yang kau senyum-senyum ni kenapa? Setiap petang memekak
dengan kelas mengaji dia! Bising tahu tak!” rungut Neesa sudah mula mengaitkan
Aiman di dalam pergaduhan mereka malam itu.
“By the way, Madam Neesa..... bila husband you dah nasihat
dan dah menegur perbuatan you. If you still tak berubah itu bermaksud segala
dosa you akan ditanggung oleh diri you sendiri. Dalam Islam tiada istilah dosa
ditanggung oleh orang lain. Minta maaf jika saya tersalah,” gumam Aiman penuh
lemah lembut dalam berbicara.
“Hey, kenapa dengan semua orang dalam rumah ni. Nak jadi
ustaz bagai! Tolonglah!” jerit Neesa panas hati dinasihati dan dibidas oleh
Aiman dan Nia sedemikian. Kali ini dia sudah bercekak pinggang pula!
“Whatever Neesa, now you tak sihat, jadi apa kata you naik
ke bilik you, than you tidur! Baby you dah letih tengok mummy dia terjerit sana
terjerit sini. Tolonglah Neesa jangan buat sesautu yang merugikan diri you
sendiri.” Ucap ku agar dia mengerti bahawasanya dia sedang menganiaya diri
sendiri dengan menagih cinta dari aku yang tiada hati padanya.
“Neesa, masuk dalam bilik than berehat. Kandungan tu dah
sarat, nanti apa-apa terjadi semua orang susah hati!” gumam mama cuba memujuk
wanita itu. Aku kerling Nia yang masih setia di sisi mama. Isteri ku itu hanya
mengenakan tudung dan jubah yang tampak
ringkas tanpa padanan sulaman mahupun manik-manik dan sesuai dipakai untuk
waktu malam begini.
Uweekkkk...!!! sekilas aku yang sedang menekur lantai
memanggung wajah mencari arah datangnya bunyi tersebut. Dan tidak semena-mena
Nia berlari menuju ke dapur, aku bingkas mengejar dan dari ekor mata aku sempat
perhatikan riak wajah Neesa yang nyata terkejut.
“Nia, kau mengandung!!!!” tebak Neesa kuat. Tubuh yang
bersandar di muka pintu dapur itu ku perhatikan sekilas sambil tangan masih
lagi mengusap belakang Nia perlahan-lahan.
“Ya, dia mengandungkan anak I! Coming soon, I akan jadi
daddy!” ucap ku sedikit berbangga. Wajah tanpa reaksi itu ku perhatikan lama
dan buat seketika Neesa memalingkan tubuhnya dan bergerak menuju ke ruang tamu.
Ada senyuman sinis terpamer di pinggir bibir itu!
“Yang, okey tak ni? Nak abang hantar sayang ke klinik?” soal
ku cemas melihat Nia muntah-muntah sebegitu. Usapan lembut masih aku teruskan
melekat dibelakang tubuh Nia, biar isteri ku ini merasai perhatian yang ku
hulurkan padanya.
“Its okey, sikit je! Normal untuk kandungan yang masih baru
ni bang.” Balas Nia memicit kepalanya dengan sebelah tangan.
“Sayang nak muntah lagi?” soal ku dekat ditelinga itu dan
kali ini Nia hanya menggeleng lemah.
“Duduk dulu yang,” aku pimpin Nia hingga ke meja makan di
tengah ruang dapur, lantas kerusi ku tarik laju memberi ruang kepada Nia untuk
duduk.
“Sayang sakit ni, meh sini abang picitkan!” tawar ku segera menarik
tangan kanan Nia dari terus menyentuh kepala. Jari jemari kasar ini terus ku
larikan disekitar kepala Nia, memicit agar urat yang meregang tadi kembali reda seperti sedia kala.
“Ada kurang tak?” soal ku setelah agak lama memicit.
“Sikit,” jawabnya sepatah.
“Jom abang hantar sayang ke bilik, rehat dalam bilik ya!”
gumam ku membantu Nia bangkit dari kerusi lantas perlahan-lahan aku papah tubuh
itu menuju ke lif. Mama dan Aiman yang masih berbual di ruang tamu memerhatikan
aku dan Nia sekilas.Rapat sungguh mama dan Aiman, hairan pula aku dibuatnya, namun
untuk bertanya lanjut aku sudah tiada kesempatan berbuat demikian sedang Nia
pula tidak sihat. Esok masih ada dan masih panjang! Peluang untuk bertanya
masih terbuka luas!
“Ma, Attar naik dulu ya!” ujar ku disambut anggukan kecil
dari mama. Tentang Neesa, tiada pula bersama mama! Entah di mana pula dia
berada?
P/S: maaf atas kekurangan entry ini. leave komen ya! :)
Comments
mati beranak ke