CINTA DIHUJUNG NODA 27 (MUNGKIN *****LAST)
Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh
mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar. Itulah jika
berbuat salah pada seseorang lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju
ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas kepala ku jengulkan ke luar,
memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku itu tidur malam ni. Suasana kelam
buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga
namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki
menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada
hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas
mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana!
Ruang tamu ku lewati, meliar mata ke arah sofa yang kosong
dan ruang dapur juga gelap gelita maka tak mungkin Nia berada di sana, buat
seketika aku berhenti dan berfikir sejenak waktu-waktu begini apakah yang
sering dilakukan oleh Nia selain melakukan tahajud? Ya mungkin Nia sedang
melakukan solat sunat tahajud.
Bilik solat ditingkat bawah ku hampiri, ada cahaya terbias
dari bawah daun pintu. Pasti Nia di dalam sana, wajarkah aku ganggu sahaja
khusyuknya atau menunggu sahaja hari esok untuk ku pujuk hati itu? sedang
berkira-kira untuk masuk, teguran mama buat aku kalih pandangan ke wajah itu.
“Mama, buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi?” tegur ku
perlahan enggan didengari oleh Nia yang berada di dalam sana.
“Mama dahaga, freezer dekat atas sana dah kehabisan mineral!
Jadi mama turunlah, yang Attar terhendap-hendap ni kenapa?” aku telan liur
adakah mama memerhatikan tingkah aku sedari tadi lagi?
“Tak ada apa-apa ma, kenapa mama?” ucap ku dalam nada
kalut-kalut.
“Mama ingat Attar buat apa, dari tadi terhendap-hendap! Sebagai
lelaki kalau isteri merajuk, pujuklah. Rendahkan ego kalau nak bertahan dalam
rumah tangga,” nasihat mama lantas berlalu pergi menuju ke ruang dapur. Aku telan
liur, benarkah aku ego?
Ah nantilah, perlukah aku merendahkan ego sedang Nia sendiri
tidak cuba memahami keadaan aku? Aku sudah berjanji dengan arwah mama Neesa
untuk jaga dan lindungi Neesa hingga akhir nyawa ku.
Aku berpaling semula untuk naik segera ke tingkat atas,
biarlah masa yang tentukan! Aku sudah patah hati, aku sudah terlalu penat
berhadapan dugaan demi dugaan tanpa henti-henti. Di manakah silapnya hingga aku
sukar menggapai bahagia? Apakah yang kurang lagi hingga aku sudah korbankan masa
untuk diri sendiri demi insan lain, demi kebahagiaan jiwa yang lain? Sedang jiwa
aku sudah luka, terhiris dan mungkin juga hancur ini siapa yang pedulikan? Ya Allah,
aku tak mampu lagi diuji sebegini! Wajah ku raup dan nafas ku tarik
sedalam-dalamnya agar bila ku hela nanti, biar ia berlalu pergi bersama beban
dan resah dari hati.
“Abang,” satu suara panggilku sekali. Aku yang sedang
berkira-kira mahu melangkah terpateri di situ sambil tubuh masih lagi ku
kakukan dari berpaling mencari suara yang memanggil tadi.
“Abang,” serunya sekali lagi lantas ada pelukan kemas dari
arah belakang. Aku pejamkan mata, tidak rela menatap wajah Nia waktu ini sedang
hati ku sudah lemah untuk terus berjuang menamatkan permainan yang semakin jauh
membawa aku dari rasa bahagia.
“Abang, maafkan Nia! Maafkan Nia menjadi seseorang yang
pentingkan diri sendiri.” Ujarnya sambil air mata gugur membasahi belakang tubuh
ku yang tersarung t-shirt.
“Abang maafkan Nia, tolong maafkan Nia!” ucapnya bersama
sedu sedan. Aku hela nafas perlahan, terasa berat dan beban yang tergalas di
bahu ini sudah tidak ada upaya untuk ku tanggung lagi.
“Nia, abang nak rehat! Abang letih sayang, maafkan abang!”
gumam ku sambil pelukan erat Nia ku leraikan menjadikan esak tangis Nia kembali
kuat bergema.
“Nia mintak maaf bang,” ucapnya terduduk di lantai beralas
karpet. Biarlah kali ini Nia tahu beban perasaan aku yang sudah lama tidak
diketahui oleh sesiapa pun hatta diri ini juga sudah terlalu lama menanggung
perit sendirian.
Hari berganti hari dan Neesa juga sudah kembali pulih cuma
diri itu tidak sekuat mana. Hari ini tibalah masa aku ceritakan hal yang
sebenarnya tentang Arwah Datin Azimah. Tidak sanggup lagi untuk aku terus
bohonginya sedang dia layak mengetahui hal yang sebenarnya!
“Neesa, I nak cakap sesuatu dan I harap you bersabar dan
tabah untuk terima semua ini. I harap you tenang dan anggaplah semua ini
ketentuan untuk hidup you.” Gumam ku menelan liur. Dia angkat wajah mencari
kebenaran disebalik wajah aku dan Nia di sisi aku perhatikan sekilas.
“Apa dia Attar?” tanya Neesa sambil tunduk menekur lantai.
“Sebenarnya mama you dah lama meninggal, tiga bulan lepas!”
tutur ku perlahan dan reaksi itu ku perhatikan lama.
“Kenapa you bergurau dengan I macam ni Attar? You nak buat I
menangis ya?” gumam Neesa sambil kuntum senyum dan aku geleng kepala berharap
dia percaya semua kata ku itu benar dan sahih.
“Nia, betul ke apa yang Attar katakan?” Neesa tanya pula Nia
yang diam tidak berkutik. Hanya anggukan kecil buat Neesa tertunduk memandang
lantai.
“Mama pergi mana?” soal Neesa dalam air mata yang mulai
bertakung dibirai mata. Aku senyap, tidak sanggup untuk menyatakan kebenaran
bahawasanya ibunya itu mati di tangannya sendiri.
“Mama kata nak jumpa Neesa bila Neesa dah bersalin nanti.” Ujar
bibir itu sambil elus jari jemarinya perlahan. Selimut yang menutupi hingga
paras peha ditolak jauh hingga ke pergelangan kaki.
“Mama kata, mama nak bawa Neesa jalan-jalan jauh dari sini. Tapi
mama kena tunggu Neesa sampai baby ni lahir,” gumam Neesa sambil bercerita
tentang mamanya yang sedang menunggu dia di suatu tempat.
“Neesa, janganlah macam ni!” aku lihat Nia memeluk erat
Neesa yang sedang basah dengan air mata. Wajah itu kelihatan pucat menahan
sakit dan pedih. Mungkin ini kesudahan hidup Neesa setelah bertahun lama
bergelumang dalam noda.
“Nia, mama aku pergi mana? Kenapa dia tinggalkan aku?” ucap
Neesa sambil teresak pelahan. Dagunya tersangkut di bahu Nia yang sedang
menenangkan hati yang sedang kecewa dan luka dihiris.
“Dia tak tinggalkan kau, dia selalu perhatikan kau dari
jauh!” gumam Nia memujuk dan Neesa enggan hentikan air matanya lantas dia
bersuara lagi.
“Mama kata mama sayangkan aku, tapi kenapa mama tinggalkan aku Nia?” aku lihat Nia juga sudah gugur bersama air mata.
“Aku dah tak ada sesiapa lagi, Attar tak sayangkan aku. Mama
pula dah pergi tinggalkan aku, papa juga entah ke mana. Dah tiada sesiapa lagi
yang sayangkan aku,” rintih Neesa sambil seka air mata yang gugur dengan hujung
jari.
“Aku sayangkan kau Neesa, percayalah!” ucap ku buat dia
angkat wajah.
“Kau tak sayangkan aku, tapi kau kasihankan aku. Sayang dan
kasihan tak sama,” tutur Neesa sambil memeluk lutut, dan wajahnya disembamkan
ke lutut yang sedang bersatu itu.
“Aku sakit Nia, aku sakit.... mama dah mungkir janji! Mama dah
mungkir janji yang dia akan jaga aku sampai aku mati. Kenapa mama yang mati,
kenapa mama tak bawa aku sekali Nia?” aku tahan sebak bila pertanyaan demi
pertanyaan Neesa merentap hati aku sebagai anak yang pernah berbuat salah
kepada kedua ibu bapanya dahulu.
“Kenapa mama tinggalkan aku? Mama dah berjanji akan jaga aku
sampai akhir nyawa. Mama tipu....” lirih suara Neesa sambil pandang aku dan Nia
dalam pandangan berkaca.
“Mama tak tipu, tapi masa mama dah sampai dulu.” Ucap Nia
kembali meraih Neesa dalam dakapannya.
“Kenapa mama tak jumpa aku sebelum dia pergi, kenapa mama
pergi tanpa pesan?” soal Neesa tidak putus-putus.
“Neesa jangan macam ni, mari kita solat dulu!” ajak ku cuba
melarikan diri Neesa dari rasa sedih yang hadir saat itu. Dia angguk seraya
bingkas merapati Nia.
“Nia, kau tak jijik tengok aku macam ni?” soal suara itu
buat aku tahan sebak sekali lagi. Aku tahu Neesa sedang berperang dengan rasa
sakit dan pedih akibat penyakit yang tidak sembuh-sembuh itu walau pelbagai
ubat sudah doktor bekalkan untuknya dan antibodi itu tidak mampu lagi melawan
virus yang mula bersarang dalam tubuh. Dan ketahuilah aku dia menghidapai AIDS.
Penyakit yang tiada ubatnya selain sabar dan berdoa memohon kekuatan dari Sang
Pencipta!
“Aku tak pernah pandang jijik pada kau Neesa, kau kawan aku!”
Nia peluk Neesa berulang kali. Biar Neesa tahu hatinya tetap sayangkan Neesa
walau suatu ketika dahulu dirinya pernah dilukai sahabat sendiri.
“Attar, kau jijik pada aku?” tegur Neesa sambil perhatikan
aku dalam pandangan beningnya!
“Tak Neesa, sekali pun tak!” jawab ku jujur.
“Ni semua balasan atas dosa aku pada kau, pada Nia, pada
mama dan pada semua orang. Maafkan aku Nia, maafkan aku Attar!” ucap Neesa
dalam rasa yang aku sendiri sukar tafsirkan. Jujur dan ikhlas ungkapan maaf itu
buat aku terkedu, pertama kali Neesa memohon maaf dalam hening pagi Jumaat itu
aku lihat dia kuntum senyum dalam kepayahan.
“Kita solat dulu, subuh dah nak berakhir!” ucap ku sambil
bantu Nia mengambil air wuduk melalui besen kecil untuk Neesa.
Hari ini Jumaat aku imamkan solat buat kedua isteri ku,
dalam rasa sedih dan sebak akhirnya aku dapat satukan mereka dibawah satu
kiblat yang sama. Bersaksikan Allah, aku mohon semua yang diatur menjadikan aku
redha dan terima ia dengan ikhlas hati.
Usai bersolat, aku selimutkan Neesa dan kali ini aku ingin
bersama Nia, berbual dan berbicara dari hati ke hati.
“Sayang, abang sayangkan sayang walau apa terjadi pun
percayalah abang tetap sayangkan Nia sampai akhir hayat abang!” aku ungkap
perkataan sayang berulang kali biar Nia tahu rasa sayang ini sehebat dan
setinggi rasa sayang yang Allah titipkan dalam hati ku buatnya.
“Nia sayangkan abang juga, baby kita pun sayangkan papa dia!”
ungkap Nia sambil usap perut yang tampak kempis itu berulang kali.
Aku pandang dia sambil senyum, aku tahu dia mahukan zuriat.
“Belum tiba masanya sayang,” ucap ku harap dia mampu
bersabar.
“Dah tiba masanya abang jadi papa dan Nia jadi mama untuk
anak kita. Nia mengandung dua bulan bang.” Ucap suara itu penuh teruja.
Ya Allah terima kasih atas pemberian ini. Penantian yang
cukup lama aku rasakan namun hari ini bagai satu keajaiban ia berlaku pada aku
dan Nia. Dan tubuh itu ku raih dalam dakapan lama dan kejap.
“Jaga anak kita dan didik dia jadi anak yang soleh dan
solehan. Jangan biarkan anak kita hidup dalam noda seperti mana ayah dia, didik
dia jadi anak berguna dan berakhlak. Abang harapkan Nia sudi jaga zuriat abang
walau abang dah tiada nanti,” ucap ku penuh mengharap dan Nia tekup mulut ku
tidak mahu mendengar kata-kata yang terluah itu.
“Kita akan jaga sama-sama,” potong Nia sambil peluk ku erat.
Aku tarik dia rapat ke arah ku ingin ku nyatakan dia insan yang ku sayang
selepas mama dan abah.
Buat seketika, aku dan Nia segera melangkah keluar dari
bilik tamu ditingkat bawah menuju ke ruang tamu dan mata ini sempat
memerhatikan kelibat Neesa yang sedang berjalan perlahan menuju ke pintu pagar.
“Neesa, nak kemana?” soal ku dari jauh. Dia paling pada aku
dan Neesa lantas kuntum senyuman tawar. Ya dia sudah terlalu lemah waktu ini,
kandungan itu juga sudah terlalu sarat di dipandangan mata.
“Neesa nak jumpa mama, mama tunggu Neesa dekat depan sana!”
ucapnya sambil teruskan semula langkah kaki menyeberangi jalan. Kicau burung
juga sudah tidak kedengaran seperti biasa, cuaca diluar juga kelihatan mendung
dan suram bagai hari ini hari yang cukup memilukan.
Bunyi hon dan geselan tayar kedengaran kuat menyapa dan aku
segera berlari mendapatkan tubuh Neesa yang dari jauh sudah tertiarap di atas jalan raya sambil bibir itu meyeru
nama mamanya berulang kali. Aku lintasi jalan tanpa menoleh kiri dan kanan dan
kini aku rasa aku juga sedang melayang ke udara. Dunia ku kelam dan sepi!
“Abang!!!!!!!!!” jangan tinggal Nia. Jangan tinggal Nia
macam ni bang, jangan tinggal anak kita macam ni bang!” suara Nia buat aku
kembali tersedar.
Aku perhatikan wajah Nia, mama dan abah silih berganti. Aiman juga turut serta bersama, dan kepala Neesa sedang dipangku oleh mama. Ya aku tidak bermimpi!
Darah yang membasahi seluruh tubuh dan luka yang menampakkan isinya tidak lagi aku rasai kesakitannya melainkan tangis itu yang membuatkan aku sakit terseksa.
“Jangan tinggalkan
Nia dengan anak kita,” esaknya sambil peluk tubuh ku kejap. Nia maafkan aku,
aku sudah tiada upaya lagi untuk bertahan dan aku sudah tiada upaya lagi
menatap wajah penuh kasih itu.
“Abang.... bangun! Bangun bang! Neesa bangun.... bangun....
kenapa semua tinggalkan aku...” rintih dan esak Nia kali terakhir singgah
menyapa dan kali ini tiada lagi insan tersayang bersama aku, hanya suram dan
sepi menemani aku saat ini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>TAMAT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
p/s: harap terhibur la hendaknya ya.
patut ke tak patut berakhir macam ni? nak sambungan ke tdak? pilih la..... :)
update: sebab ramai yg tak puas hati!!! cerita ni masih belum tamat sebenarnya. tapi untuk blog ni mungkin akan dihentikan buat smntara waktu sebab nak edit skrip yg tabur merata2 nih....
penulis tersebut sedang bertarung dengan final year project yg tak siap2 tu (padan muka) huh!
cerita ini akan tamat bila masa siapa itu Nia, siapa itu Aiman, dan anak siapa yg Neesa pregnant n last sekali lelaki yang bertgjwb pada kandungan Neesa. jangan mara2 ye. maafkan saya huhu ;)
update: sebab ramai yg tak puas hati!!! cerita ni masih belum tamat sebenarnya. tapi untuk blog ni mungkin akan dihentikan buat smntara waktu sebab nak edit skrip yg tabur merata2 nih....
penulis tersebut sedang bertarung dengan final year project yg tak siap2 tu (padan muka) huh!
cerita ini akan tamat bila masa siapa itu Nia, siapa itu Aiman, dan anak siapa yg Neesa pregnant n last sekali lelaki yang bertgjwb pada kandungan Neesa. jangan mara2 ye. maafkan saya huhu ;)
Comments