CINTA DI HUJUNG NODA 32
“Kau nak apa Aiman? Bunyi macam tak puas hati?” soal ku
tanpa memandang ke wajah itu. Dan waktu ini aku dengar tawa halusnya, tajam
menyindir!
“Kalau aku tak puas hati? Apa yang kau boleh buat?” gumamnya
tanpa nada. Aku palingkan wajah melihat riak lelaki yang sedang membahasakan
dirinya ‘aku’ waktu ini.
“Apa masalah kau sekarang ni?” keras nada suara ku namun
masih lagi perlahan terkawal. Dia yang sedang duduk di kerusi sambil merenung
ke arah ku tadi segera bangkit lantas melangkah mendekati aku yang masih
berendam di dalam air.
“Aku tak ada masalah dengan kau!” tuturnya menunduk sedikit
wajah ke arah aku yang berada di dalam kolam renang sambil jungkit kening
kanannya tinggi. Seketika kemudian, dia tegakkan semula tubuh dan mendongak
wajah menatap dada langit. Kedua tangannya di depakan seketika!
“Habis, apa tujuan kau nak panggil buaya tembaga bagai?”
soal ku sinis dan kali ini aku sudah duduk di birai kolam renang. Angin malam
menyapa lembut menjadikan tubuh ku sedikit menggigil.
“Tapi kau yang bermasalah dengan aku!” tuturnya kembali
tersenyum sinis.
“Kau buaya tembaga, satu KL kenal siapa itu Muhammad Fiqri
Attar! Hebat...” leret suara Aiman berkata-kata. Aku telan liur, apa maksud
yang cuba disampaikan oleh lelaki ini. Apa yang dia mahukan sebenarnya?
“So what?” tutur
ku tanpa nada sengaja mahu membakar hati itu. Dan dia tersenyum sekali. Tidak sedikit
pun termakan provokasi yang aku lakukan tadi.
“Attar.... Attar.... jangan ingat semua salah kau dulu
terampun seperti mana kotor yang kau bersihkan dengan air. Nampak bersih tapi
tak suci!” tekannya dalam. Aku terkedu, entah apa pulak yang ingin disampaikan
kali ini. Bahasa cukup berputar belit.
“Straight to the point!
Tak payah nak bermadah berhelah depan aku!” sekali lagi aku tekankan kehendak
hati yang mahu dia terus sahaja berterus terang tanpa perlu berpusing ke sana
ke sini. Cukup membuang masa aku!
“Kau tak layak berdamping dengan Nia!” tuturnya tegas. Aku yang
sedang memerhatikan pintu pagar tersentak seketika. Laju sahaja pandangan ku
kalihkan menatap wajah itu. Dia sedang berpeluk tubuh sambil memerhatikan aku
dengan pandangan tajam.
“Apa maksud kau Aiman?” soal ku keras.
“Kau dah rampas hak aku!” tuturnya pendek namun cukup
mendebarkan rasa hati yang semakin berombak ganas di dalam dada.
“Apa yang kau nak cakapkan ni Aiman, aku tak faham!” tekan
ku lantas bangkit dan menapak mendekati meja. Tuala kering ku tekup ke muka,
lama! Cuba meredakan rasa yang sedang berperang di dalam hati.
“Nia pernah jadi tunangan aku! Dan dia bakal isteri aku!”
tuturnya buat aku terduduk ke kerusi yang diperbuat dari kayu jati. Lama hingga
terasa jantung ini semakin kuat untuk berdetak.
“Ap...apa..apa maksud kau Aiman?” aku sudah tidak betah
berlama-lama di situ. Ingin sahaja aku dapatkan Nia menuntut penjelasan dari
wanita yang sudah sah menjadi isteri ku ini.
“Kau merampas hak aku Attar,” pendek bicaranya namun seakan
mencarik-carik sekeping hati yang tersemat jauh di dalam tubuh.
“Hubungan aku dan Nia mendapat restui oleh kedua belah keluarga.
Dan sepatutnya dia sudah menjadi isteri aku waktu ini. Kalau bukan kerana
peristiwa khalwat dulu, dia sudah bahagia dengan aku!
Tapi kau, kau punca hubungan aku dan Nia putus di tengah
jalan! Kau lelaki yang merosakkan semuanya!” gumam bibir itu kedengaran lirih.
“Bila?” pertanyaan ku disambut dengan tawa halusnya.
“Bila?” ulangnya sekali.
“Kau tanya pada diri kau sendiri Attar! Aku tak tahu kenapa
kau sanggup perangkap Nia, dia tak sepatutnya berdamping dengan kau. Kau tak
layak untuk dia, yang layak hanyalah Neesa! Itu perempuan yang sepatutnya
berdamping dengan kau, bukan Nia!” gumam Aiman perlahan dalam nada yang cukup
sinis.
“Boleh aku menuntut hak aku semula?” pertanyaannya
menjadikan aku resah. Adakah Nia ingin diambil pergi dari aku? Ah tak mungkin,
Nia isteri yang sah buat aku! Tiada siapa dapat memisahkan aku dan dia
melainkan kuasa Tuhan.
“Kau bukan Tuhan untuk mengambil hak lelaki lain!” aku cuba
bertegas dalam diam sedangkan hati ini sudah berkocak bagai tiada lagi
ketenangan yang akan aku hadapai akan datang.
“See... tunggu
masanya Attar!” gumam Aiman seraya melangkah meninggalkan aku di situ. Sesekali
dia menghentikan langkahnya dan berpaling semula ke arah aku. Ada senyuman yang
dilempar menyapa aku yang sedang dipanah dengan perasaan debar menggila.
“Benarkah aku sudah merampas tunangan orang, benarkah dahulu
Nia ini adalah bakal isteri kepada Aiman? Kenapa aku tak pernah bertanya pada
Nia? Dan mengapa Nia sendiri tidak pernah membuka cerita berkaitan hal
sepenting ini? Dan apa tujuan Nia membawa lelaki ini datang ke rumah lalu memperkenalkan
ia kepada aku? Ya Allah, apa semua ini?” rambut yang basah ku ramas kasar dan wajah
yang kusut ku raup berkali-kali.
Aku melangkah lesu menuju ke bilik tidur, perlahan tombol
pintu ku pulas dan wajah Nia yang sedang terlena ku perhatikan lama. Langkah kaki
ku atur menuju ke birai katil, ingin ku tatap wajah itu sepuasnya, andai suatu
hari nanti jodoh yang tersurat tidak kekal berpanjangan, aku masih mampu
berpuas hati dapat melihat seraut wajah yang cukup aku sayang dan kasihi.
“Nia, kenapa kau rahsiakan semuanya dari pengetahuan aku? Kenapa
tidak kau berterus terang sahaja perkara yang sebenar, aku bersalah merampas
hak lelaki lain. Sedangkan aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi antara kau
dan Aiman.
Mungkin Aiman turut merasa perit melihat kekasih sendiri
sedang berada di dalam dakapan seorang lelaki lain. Aku juga pernah merasa luka
kerana cinta dan luka itu tidaklah setanding luka yang terpaksa ditempuh oleh
lelaki bernama Aiman.
Awal pagi itu aku turun lewat dari kebiasaan, dan seperti
biasa mama menegur aku dengan suara cerianya.
“Monyok je Attar, tak sihat ke?” tanya mama sambil menyentuh
dahi ku dengan belakang tangan.
“Sihat ma,” balas ku pedek. Aku tarik kerusi duduk berhadapan
Nia. Seawal pagi tadi dia mengejutkan aku yang terlena di atas sejadah. Namun kepala
yang berat dan hati yang gundah menjadikan aku kembali menyambung lena di atas
katil pula.
“Abang, nak minum air
apa?” soalnya ceria dan aku pandang wajah itu sekilas sebelum kembali menekur
sandwich di dalam piring. Kerutan di dahi itu bagai meminta penjelasan namun ku
abaikan sahaja. Dan sesekali mata ini terarah tepat ke wajah Aiman yang sedang
tersenyum. Aku tahu maksud disebalik senyuman itu, mungkinkah dia sedang
berusaha mendapatkan haknya semula. Aku kembali resah dalam diam.
“Assalammualaikum, hai semua! Selamat pagi,” gumam satu
suara dan serentak semua yang berada di meja makan menoleh ke arah muka pintu.
“Waalaikumussalam,” semua mereka menjawab salam yang
diucapkan oleh abah seketika tadi.
“Morning papa,” gumam Aiman lantas bangkit dan mendapatkan
abah yang sedang menapak masuk mendekati meja makan. Tangan Fakhrudin dijabat
mesra dan bahu itu sekali lagi dipeluk erat.
“Papa? Siapa Aiman sebenarnya? Kenapa dia panggil abah aku
dengan panggilan papa?” riak wajah yang cukup terkejut ini tidak mampu lagi
disembunyikan.
“Papa, join us!”
pelawanya pendek dan abah ketawa senang hati.
“Attar, kenapa buat muka terkejut tu?” soal mama dalam tawa
halusnya. Aku masih senyap tidak berkutik.
“Aiman ni anak tiri abah, ingat tak dulu? Yang mama pernah
syak abah ada perempuan lain? Attar ingat tak?” soal mama cuba menarik aku
keluar dari khayalan yang sudah jauh entah ke mana.
“Err... tak ingat!” tutur ku menutup rasa canggung yang
sedang menghimpit.
“Yang mama dengan abah bergaduh dulu, sebenarnya Aiman ni
anak tiri abah! Nia pulak dah lama kenal dengan Aiman ni sejak di Mesir lagi!”
tambah mama mengaitkan nama Nia waktu itu.
“Bukanlah mama, Nia kenal Aiman sejak sekolah menengah lagi.
Aiman ni pelajar pintar, dapat masuk satu kelas dengan Nia. Tapi dia lambat
sambung ke Mesir, tu yang tak habis study lagi.” Gumam Nia penuh ceria serentak
mereka semua tertawa senang. Aku sorang yang dihambat rasa gelisah.
“Tapi Nia bukan tunang Aiman lagi, Nia dah jadi isteri abang
Attar.” Sampuk abah buat aku terkedu. Abah selalu ada untuk menyelamatkan aku,
sekurang-kurangnya biarlah Aiman sedar sedikit. Nia yang sedang mengunyah
sandwich langsung tersedak mendengar tutur bicara abah! Mungkinkah abah pernah
mengenali keluarga Nia satu masa dahulu.
“Mana abah tahu Nia pernah jadi tunang Aiman?” soal ku
sekadar menduga. Wajah Aiman ku kerling melalui ekor mata. Dia masih seperti
tadi, tersenyum bagai tiada apa yang merungsingkan.
“Dulu abah yang hantar rombongan meminang, masa tu Nia dekat
Mesir. Abah tak kenal tambah-tambah Nia pakai purdah. Jadi bila berjumpa dekat
butik tempoh hari, abah tak tahulah pulak yang Nia dah kawin dengan Attar. Ada juga
rezeki abah nak bermenantukan Nia,” tutur abah membuatkan Nia dan Aiman tunduk
menatap makanan masing-masing. Bagai keduanya terluka dalam keadaan terpaksa. Aku
telan liur, terasa bagai sebiji-sebiji masuk menerobos melepasi kerongkong.
“Attar pergi dulu ma, bah!” dan Nia aku biarkan begitu
sahaja. Hati ku sebal dan waktu aku ingin melangkah Neesa pula menuruni anak
tangga sambil menggamit ke arah ku.
“Attar, I rasa I nak beranak!” tuturnya entah betul
entah tidak. Sudah banyak kali aku dengar dia berkata begitu. Aku hampiri
tubuhnya, dan aku sambut huluran tangan yang dihulurkan ke arah ku tadi. Serupa
penguin sahaja Neesa melangkah. Aku ketawa dalam hati, terasa lucu memerhatikan
tubuh yang sudah membulat itu.
“You ni asyik nak
beranak je, jangan main-main boleh tak?” tutur ku kedengaran merungut.
“Betul, kali ni I
rasa nak beranak! Cuba you pegang
perut I ni, lain macam!” ujarnya
sambil menarik jari jemari ku langsung dilekapkan ke atas perut yang memboyot
itu. wajahnya kelihatan serius bagai menyatakan kebenaran tutur katanya tadi.
“Ha, you rasa tak
apa yang I rasa?” tanyanya lagi. Aku kerutkan
wajah.
“Rasa apa?” soal ku tanpa perasaan.
“Ni rasalah betul-betul, you
ni buta mata hati!” tempiknya tiba-tiba. Sesuka hati dia, mengatakan aku buta
mata hati bila aku tidak dapat merasa apa yang dikatakannya tadi.
“Tak apalah, I nak
makan. Lapar sangat ni, you nak pergi
kerja ke?” soalnya dalam nada lembut. Sejuk sikit hati ku.
“Ha’a..” aku menjawab hendak tak hendak.
“Drive carefully.” Ucapnya sambil tersenyum manis. Lain macam pulak
sikap Neesa pagi-pagi begini. Buang tabiat agaknya?
“Abang...” panggil Nia saat aku sedang menyarung kasut
kerja. Dan dia sedang bersandar di bingkai pintu memerhatikan aku sedari tadi
lagi.
“Yup,” jawab ku
masih enggan melihat raut wajah itu.
“Hati-hati ya,” pesannya dan aku angguk sahaja.
“You tiru ayat I,” omel Neesa dari meja makan. Aku tersenyum
dan Nia juga, saat mendengar tutur bicara Neesa. Memang sejak semalam Neesa
berkelakuan aneh. Hairan sungguh, kenapa ya?
“Maafkan Nia,” ucapnya lembut menyapa pendengaran ku.
“Abang dah lama maafkan Nia, abang pergi kerja dulu!” jawab
ku sambil bergerak menuju ke kereta. Wajah Nia ku tatap seketika langsung aku
teruskan langkah yang terhenti tadi.
p/s: okey saya dah update cinta dihujung noda & aku penilai cinta.
sekarang masa untuk saya study!!!!
esok ada paper.
ha seperti biasa da baca silalah komen, komen awak2 semua penting untuk saya memperbaiki jalan cerita ini. agak2 apa yang terjadi pada Neesa dan Aiman untuk next entry? cer teke...
tq anda ;)
update: tq menjadikan blog ini mencapai 100,010 pada pukul 7.55 am
hihi lebbiuuuu :)
sila la komen yer, sebab cik penulis dah boring nak baca cerita sendiri. so komen anda yg cik penulis nk baca lak, win win situation. ewah hihi... ;)
Comments
iAllah.... tapi saya habis 15hb
dua hari pas tu da masuk office praktikal
dlam tempoh praktikal nk kena inspect case study
dekat Pangkor. (kembali semula ke tempat praktikal lama)
herrrmm jadual yg padat.
neway tq cik has, coz sudi membaca hihi...