CINTA DI HUJUNG NODA BAB 53-54-55 (FINAL)
Assalamualaikum, habis la cite novel yang paling lama Aulia Iman simpan.
Sila baca tapi jangan copy paste, jangan screen shot jangan buat pendua kepada cerita ni. Maaf ye, Ai tak izin dan TIDAK BENARKAN cerita ni dibawa keluar dari blog AI tanpa pengetahuan AI. Selamat membaca :-D
Sila baca tapi jangan copy paste, jangan screen shot jangan buat pendua kepada cerita ni. Maaf ye, Ai tak izin dan TIDAK BENARKAN cerita ni dibawa keluar dari blog AI tanpa pengetahuan AI. Selamat membaca :-D
BAB
53
Sesudah
majlis akad nikah itu selesai, aku dan seluruh ahli keluarga ku kembali semula
ke rumah yang menyimpan seribu kenangan. Abah juga ku pujuk untuk bermalam
sahaja di rumah mama kerana hari semakin lewat. Untuk meninggalkan dirinya
pulang dan berseorangan di rumah, bukanlah sesuatu yang mampu ku biarkan begitu
sahaja. Lebih baik, andai abah bersama kami seperti dahulu. Aku perlukan
mereka!
“Nia dah solat?” tegur ku saat Nia masih duduk di birai
katil sambil menidurkan Amsyar dan Qalisya yang keletihan setelah sesi
bergambar selesai.
“Sudah bang, maaf tak tunggu abang tadi. Amsyar dan Qalisya
merengek nak tidur,” gumam Nia bersama seulas senyuman. Aku atur langkah
mendekati dirinya lalu duduk ku labuhkan di birai katil sambil menghadap Nia
yang duduk bersimpuh di atas tilam. Rambut yang panjang mengurai dibiarkan
lepas bebas! Ah, cantiknya dia!
“Dah tidur anak-anak kita?” pertanyaan ku disambut angguk.
Kemudian aku lihat selimut digapai lalu di hamparkan ke atas keduanya. Usai
segalanya, Nia ku hampiri.
“Sayang... sini ikut abang!” aku raih tangan Nia lalu ku
kucup perlahan sebelum ku tarik pergelangan tangan itu menuju ke arah jendela
yang terbuka luas. Angin malam menerobos masuk hingga membuatkan rambut Nia
bergerak-gerak perlahan.
“Nia dah jadi isteri abang kan?” aku soal dirinya dan
anggukan kecil kelihatan bersama seribu kerutan di dahi.
“Kenapa abang tanya? Abang confused eh?” Nia menyoal dalam senyuman. Aku pula menggeleng
perlahan sebagai respon terhadap pertanyaannya itu.
“Terima kasih sudi terima abang sekali lagi,” aku lafazkan
kata-kata yang lahir dari hati yang tulus mencintai wanita ini.
“Sama-sama, Nia juga ucapkan terima kasih pada abang sebab
sudi bersama Nia lagi. Dan terima kasih beri peluang Nia rasa majlis
perkahwinan sebenar,” gumam Nia sambil melentokkan kepalanya ke bahu aku yang
tegak berdiri di sisi jendela kaca yang terbuka luas.
“Memang Nia tak mahu bersanding?” persoal ku meminta sebuah
kepastian.
“Tak mahulah bang, cukuplah sekadar akad nikah dan duduk di
pelamin tadi. Semua tu dah memadai buat Nia,” ungkapnya manja. Jari jemari
runcing itu ku elus lembut dan sesekali ku bawa rapat ke bibir dan ku kucup
mesra.
“Kalau
macam tu, abang ikutkan je. Asalkan Nia bahagia, abang pun akan bahagia sama.”
Tenang aku lontarkan rasa hati. Nia tersenyum menyambut bicara yang ku luah.
“Nia,
sebenarnya ada sesuatu yang ingin abang katakan pada Nia,” aku merapatkan
pelukan itu sambil rambut panjang mengurai Nia ku usap penuh kasih.
“Apa
dia?” persoal Nia tenang sambil membiarkan dirinya dibelai oleh jari jemari
ini.
“Abang
mohon maaf atas ketelanjuran dan kekhilafan yang pernah abang lakukan pada Nia
dulu. Mungkin usia tidak matang, menjadikan abang salah membuat pertimbangan!”
ujar ku lagi.
“Shhh...”
Nia lekapkan jari telunjuknya ke bibir ku lantas dia mengangkat wajah melawan
pandangan mata ku. Aku bungkam tanpa suara, sesekali rasa kesal kerana
kesilapan dan kebodohan lalu bagai datang menghimpit ke dalam diri.
“Abang...
tiada apa lagi yang harus kita kesalkan bang, semuanya sudah terjadi dan Nia
terima diri abang seadanya. Nia harapkan perkahwinan kita kali ini akan kekal
hingga ke syurga dan Nia inginkan abang sentiasa di sisi Nia, sampai
bila-bila!” Patah bicara Nia masih lembut seperti dahulu cuma yang berbeza
kini, Nia semakin matang meniti usia 26 tahun seusia dengan diriku.
“Terlalu
banyak salah abang dalam mengemudi rumah tangga kita, abang lemah sayang!” aku
hamburkan rasa kesal yang menggunung tinggi. Aku tahu, aku gagal menjadi ketua
keluarga yang mampu melindungi keluarganya sendiri. Aku nakhoda yang tewas
dalam pelayarannya sendiri!
“Abang,
seperti yang Nia katakan... Nia tak pernah simpan semua ni dalam hati. Nia dah
maafkan abang dan Nia sanggup terima kelebihan dan kekurangan abang! Nia tak
mahu abang kesalkan apa yang sudah berlaku, sekarang dah tiba masa kita bina
hidup baru. Dan Nia akan berusaha jadi isteri yang sempurna untuk abang.” Gumam
Nia panjang lebar. Aku terkedu, baik dan tulus sungguh hati Nia memaafkan aku
dan menerima aku seadanya.
“Terima
kasih sayang,” aku sentuh wajah itu lantas dahinya ku kucup syahdu.
“Nia
sayangkan abang! Sila bahagiakan Nia!” dia peluk erat tubuh ku bersama satu
pengharapan yang aku juga turut mengharapkan perkara yang sama.
“Abang
sayangkan Nia, dan abang harap kasih sayang abang tidak teruji lagi. Harapan
abang agar Nia sama-sama membantu abang menjadikan rumah tangga kita bahagia di
dunia dan syurga di akhirat.” Pinta ku bersama sebuah senyuman.
“Insyaallah
bang,” sahut Nia kembali melentokkan kepalanya. Tubuh ini semakin erat dipeluk
hingga hangatnya menjalar ke seluruh tubuh.
Dalam
rasa dingin malam, pelukan Nia kembali mengghangatkan tubuh ini! Aku telan
liur, keinginan bagai datang menuntut untuk dilunaskan. Aku merindui liuk
lentok Nia, dan aku juga rindukan
belaian manja seorang isteri yang lama aku tinggalkan dahulu.
“Dah
malam ni sayang, ehem apa kata kita tidur dulu. Letihnya sayang....” aku gosok belakang leher yang terasa lenguh.
Nia tegakkan tubuhnya lantas tersenyum simpul terhadap bicara yang ku lontar
tadi. Tidak semena-mena jari jemarinya ligat mencubit pinggang ku.
“Letih
ya abang?” Nia jungkit kening kanannya bersama senyuman yang tersungging di pinggir
bibir. Aku angguk lalu tersengih memandang dirinya yang sedang tersipu-sipu.
“Letih
Yang... jom tidur!” aku pegang pergelangan tangannya mahu dia mengekori aku
menuju ke katil.
“Awal
lagi bang, baru pukul satu pagi!’ ucap Nia bagai menolak. Aku enggan mengalah,
rasa rindu ini sudah lama membebani hati dan minda.
“Tapi
abang rindu...” aku tayang wajah penuh mengharap di hadapan Nia sambil mata ku
layukan meraih simpatinya. Nia pula melepaskan pegangan di tangannya lalu dia
menarik tubuh ku agar berdiri berhadapan melawan pandangan matanya pula.
“Nia
rindukan abang... tapi anak-anak kita tu..” aku memandang Amsyar dan Qalisya
yang lena dibuai mimpi. Sedikit pun tidak bergerak!
“Kenapa
dengan anak kita?” soal ku tidak mengerti.
“Kita
nak tidur mana bang? Lagipun mereka dah pandai bercakap, tak eloklah buat di
sini.” Tutur Nia malu-malu.
Betul
juga kata-kata Nia, andai mereka terlihat yang bukan-bukan nanti lalu bercerita
pula kepada orang lain. Pasti aku dan Nia tidak mampu berbuat apa melainkan
menanggung beban akibat rasa malu yang tidak tertahan. Huh tak sanggup rasanya!
“Abang,
termenung pulak?” pinggang ku disiku perlahan.
“Oh
sebab tu je? Okey, sayang ikut abang ya!” aku tarik tangan Nia menuju ke muka
pintu lalu tombol pintu ku pulas berhati-hati. Mahu ke bilik sebelah, di sana
mungkin lebih privacy dan selamat dari sebarang gangguan.
“Attar,
Nia... nak ke mana tu?” aku menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Mama...
err... “ aku kehilangan kata-kata. Ishhh kenapa mama tak tidur lagi ni? Gggrrrrr... aku rasa
terganggu!
“Nak
kemana?” mama datang menghampiri kami.
“Nak
turun ma.... dahaga!” gumam Nia menjawab bagi pihak aku.
“Mama
ingatkan nak kemana tadi? Terhendap-hendap!” omel mama hairan pada tingkah laku
kami.
“Hehehe..”
“Sembunyi
dari siapa?” soal mama lagi. hesyy.. mama siasat pula.
“Err..
mana ada ma! Kami dahaga, nak turun! Kan sayang?” aku kerdip mata ke arah Nia
agar dia mengiyakan sahaja.
“Betul
ma, kami dahaga!” sahut Nia bersama anggukan.
“Hurm...
pergilah, mama pun baru sudah minum. Singgah sekejap ke tingkat tiga ni, tengok
barang-barang yang pak Deris bawa siang tadi,” tutur mama bersahaja.
“Pergilah,
mama masuk tidur dulu!” ucap mama ku balas anggukan. Seketika mama hilang
menuruni anak tangga menuju ke dalam kamarnya di tingkat dua. Aku hela nafas,
lega kerana Nia membantu menyelamatkan keadaan.
“Tak
baik menipu!” ucap Nia senada. Aku sengih lagi, bukan niat mahu berbohong!
Tapi, kalau berterus terang kami juga yang malu nanti.
“Tipu
terpaksa!” sahut ku mudah.
“Jom
sayang,” akhirnya aku tekad untuk bersama Nia melayari malam nan indah berdua
tanpa gangguan sesiapa pun.
BAB
54
“Papa
mana? Qalisya nak papa,” rengek tangis Qalisya menyedarkan aku dari lena yang
panjang. Mata ku genyeh sekali lantas ku buka perlahan-lahan! Rasa kantuk ini
cuba ku usir sejauh mungkin setelah awal-awal pagi lagi aku sudah terjaga dari
tidur lantaran tangis Amsyar kedengaran kuat bergema akibat keadaan perut yang
tidak selesa.
“Abang,
Qalisya cari abang!” Nia mendekati aku sambil
memimpin Qalisya yang sudah basah dengan air mata. Aku yang pada mulanya
mengiring ke kiri kini mengubah posisi berbaring menghadap siling.
“Kenapa
Qalisya menangis ni?” soal ku lantas tubuh itu ku letakkan di atas perut. Nia
duduk di birai katil sambil memerhatikan raut wajah ku.
“Qalisya
cari abang, katanya abang dah janji nak mandi pool dengan dia. Amsyar pun dah
tukar baju, abang sorang je yang tak turun lagi.” Gumam Nia menyedarkan aku
seketika.
“Alamak,
abang terlupa la.... patutlah anak papa ni menangis? Sekejap papa tukar baju!
Shhh... jangan menangis lagi! Pergi turun dulu, kejap lagi papa turun.” Ungkap
ku masih sempat menyeka air mata yang bergenang di wajah Qalisya yang mirip
wajah Neesa, lantas tubuh itu ku letakkan ke sisi.
Dengan
rasa malas, aku tegakkan tubuh lalu ku regangkan urat yang terasa bagai
bersimpul-simpul ini. Perlahan-lahan aku hampiri almari pakaian lalu sehelai
tuala bersih ku gapai. Tanpa berlengah, swimming trunk dan t-shirt separas peha
ku sarungkan ke tubuh, melindungi apa yang patut.
“Oh
ya, Nia tak nak join abang sekali ke?” aku menoleh ke arahnya yang masih duduk
di birai katil. Nia hanya menggeleng malas.
“Malaslah
bang... Nia tak suka basah-basah ni!” gumamnya memberi alasan.
“Kalau
macam tu, temankan abang. At least, tak adalah abang bosan sorang-sorang
melayan Qalisya dengan Amsyar!” wajah Nia ku perhatikan sekilas.
“Okey,
Nia tunggu abang dekat bawah. Oh ya, janganlah seksi sangat, bahaya!” ucap Nia
bersama satu senyuman nakal.
“Yang....”
aku hentikan bicara. Langkah kaki ku atur mendekati tubuhnya yang sudah tegak
berdiri. Tangan Nia ku tarik mendekati tubuh ku semula, rapat hingga dada
bertemu dada.
“.....bahaya
untuk siapa?” kali ini aku sambungkan patah bicara yang terhenti tadi. Nia pula
sudah tersipu-sipu menahan rasa malu yang hadir. Senyuman menggoda ku ukir buat
tatapan matanya.
“Sayang...
cepatlah bagitahu abang! Bahaya untuk siapa ni?” Dagu ini ku sangkut ke bahu
itu sambil pelukan tangan ku biar melingkari pinggang rampingnya.
“Bahaya
untuk tatapan anak-anak kita bang,” ucap Nia malu-malu.
“Hurmm...
anak kita tak faham apa-apa lagi! Ke... bahaya untuk tatapan mata mamanya?”
persoal ku buat Nia ketawa kecil. Pinggang ku dicubit sekali, hampir
menyeringai aku dibuatnya dan dia pula semakin galak ketawa. Dan pelukan
direnggangkan sedikit, aku menatap wajah yang penuh kegembiraan itu.
“Sakit
bang?” persoal Nia sambil senyum segaris.
“Sakit
Yang..” leret suara ku sambil sebelah tangan menggosok pinggang yang pedih
dicubit Nia.
“Lain
kali nak buat lagi?” sekali lagi Nia menyoal.
“Untuk
Nia abang rela... bahaya pun abang tak kisah! Sakit apatah lagi! Sedangkan
lautan api sanggup abang renangi, inikan pula pedih dicubit Nia. Demi isteri
tersayang, abang sanggup dan abang rela!” gumam ku buat Nia semakin galak
tertawa.
“Metafora
yang melampaui batas! Hessyy... ada-ada je abang ni!” ujar Nia bila tawanya
semakin reda.
“Sungguh
sayang, abang sanggup!” aku yakinkan Nia. Sedang hakikat yang sebenar, terkena
percikan api juga sudah sakit teramat inikan pula merenangi lautan api. Memang
kerja gila!
“Hesyy..
abang jomlah! Layan abang ni sampai bila pun tak habis! Jom,” arahnya lantas
mahu berpusing menuju ke muka pintu namun pinggang itu ku raih ke dalam
dakapan. Lehernya ku kucup penuh kasih lantas wajah ku rapatkan ke wajahnya. Bibir
mungil itu ingin ku kucup. Belum sempat kenakalan ini ku teruskan, suara
Qalisya menyapa.
“Jomlah
papa... Sya nak mandi!” rengek Qalisya sambil menarik-narik hujung baju ku. Tindakan
nakal ini mati dengan segeranya! Aku
menunduk lalu wajah pengharapan Qalisya terbias di ruang mata. Seketika
kemudian wajah Nia ku pandang tanpa berkelip.
“Sorry
sayang, line tak clear!” ujar ku sambil kenyit mata kanan. Nia tersenyum sambil
tampar dada ku sekali sebelum berpaling lalu meninggalkan aku keseorangan di
sini bersama Qalisya yang sudah lama menunggu untuk mandi di kolam renang!
BAB
55
Di
kolam renang, riuh rendah suara Amsyar dan Qalisya bermain air sedikit sebanyak
menyenangkan hati ini, sungguh aku terhibur dengan keletah keduanya. Nia pula
masih setia memerhatikan aku dan anak-anak kami bermain, Amsyar tampak teruja
hingga becok mulut itu menuturkan kata-kata yang sukar untuk aku fahami
berbanding Qalisya yang semakin petah berbicara.
Walau
rasa dingin sudah mula menggigit permukaan kulit ini, aku masih cuba bertahan
demi menemani keduanya bermain kerana aku tahu selepas ini pasti sukar untuk
aku peruntukan masa yang berkualiti buat keduanya, melainkan pada cuti hujung minggu sahaja. Dan
Nia juga pasti akan kembali menguruskan butiknya.
Mujur
juga mama sudi menjaga mereka berdua sepanjang aku dan Nia keluar bekerja. Abah
pula sedang ku pujuk hati tua itu, agar kembali semula kepada mama, kerana aku
mahu mereka bersatu sebagai suami isteri dan tinggal bersama kami seperti yang
pernah aku rasakan dahulu.
“Abang,
jauh termenung?” Nia duduk di birai kolam renang dengan kaki terjuntai ke dalam
air. Melihat mama mereka datang menghampiri, Amsyar dan Qalisya menjerit
kesukaan sambil menggapai tangan untuk mendekati Nia.
“Sayang..
bahagia tak?” soal ku bangkit lalu mengangkat tubuh duduk di sisi Nia. Kaki ini
ku biarkan terjuntai ke dalam air kolam sama seperti Nia.
“Kenapa
abang tanya?” soalan Nia membuatkan aku tersenyum sambil mata tidak lepas
melihat karenah kedua anak ku yang sedang menepuk-nepuk permukaan air . Pelampung
yang mengapungkan tubuh mereka ku biarkan ke tengah kolam dan sesekali aku
pastikan keadaan mereka selamat dan tidak membahayakan. Gusar juga andai
terjadi sesuatu yang tidak diingini!
“Sebab
abang nak dengar dari mulut Nia sendiri!” ungkap ku lagi.
“Nia
bahagia dan Nia bersyukur dengan rasa yang Allah berikan kepada kita saat ini.
Kalau boleh Nia nak sentiasa rasa gembira macam ni,” Nia luahkan rasa hatinya
dan aku pamer segaris senyuman.
“Sungguh?”
aku soal Nia dan dia angguk sekali.
“Abang
pula macam mana? Bahagia dengan Nia? Dengan kehidupan kita?” persoal Nia ku
sambut dengan anggukan kecil sebagai respon terhadap pertanyaannya itu.
“Sungguh!
Abang betul-betul rasa bahagia! Teramat sangat!” jawab ku sehabis jujur!
Seketika kemudian, aku kalihkan pandangan ke tengah kolam! Ingin mencipta satu
kenangan bersama isteri ku, Nia.
“Abang
nak mandi dengan Nia,” ujar ku seraya menarik tubuh Nia masuk ke dalam kolam.
“Abang,
apa ni? basahlah Nia!” jeritan Nia bergema. Aku ketawa manakala anak-anak kami
bersorak gembira!
“Abang
jahat!” gumam Nia perlahan. tegak berdiri memandang aku yang sedang
memerhatikan dirinya.
“Really?”
“Yes..
definetely!” aku ketawa dengan jawapan balas Nia.
“I
love you, sayang!” sejurus itu aku ucapkan ayat ini bersama senyuman manis.
“Lagi?”
“I
love you.. honey!”
“Lagi?”
minta Nia tanpa henti.
“I
love you, darling!”
“Lagi?”
“I
really... really love you!”
“Lagi?”
“Malaslah
nak cakap...” sahut ku sekadar mengusik.
“Ha..
tengok tu! Nia suruh ulang aje, itu pun abang dah tak larat! Kata, lautan apa
sanggup direnangi! Ini tak... Nia cuma minta abang sebut ayat tu berulang kali.
Itupun abang dah tak mampu!” gerutu Nia. Wajah itu sudah bertukar cemberut!
“Nak
lagi?”
“Hurmm!”
sahut Nia bersama anggukan kecil.
“Okey..
get ready!” aju ku buat Nia tersipu. Perlahan-lahan aku dekati dirinya dan
senyuman menggoda ku hadiahkan kepada dirinya.
“Nur
Farhanatul Nadia,” namanya ku seru. Jari jemarinya ku sentuh!
“Ya,
Muhammad Fiqri Attar!” sahut bibir merah sensual itu senada.
“Abang
sayangkan Nia!” di tengah-tengah kolam, aku ucap ayat itu sekuat hati. Dan Nia
tampar dada ku berkali-kali kerana merasakan sedikit segan tatkala perbuatan ku
tika ini mengundang perhatian Pak Deris dan Mak Mah. Tercegat keduanya
memerhatikan kolam renang yang menjadi saksi pengkuan cinta lelaki ini!
“Shhhh...
apa abang ni? Malulah, Pak Deris dan Mak Mah tengok!” bisik Nia perlahan.
“Ala..
mereka masa muda-muda pun sama macam kita juga. Apa yang nak dimalukan,” aku
sedapkan hati Nia.
“Tapi,
Nia malu.... abang lainlah! Memang spesis tak tahu malu,” gumam Nia buat aku
mencebik.
“Abang
memang tak tahu malu,” sambut ku lantas kucupan ku jatuhkan ke pipinya.
“Abang,
sudah la... Pak Deris tengok tu!” ungkap Nia melirik ke arah halaman yang
sedang diselenggarakan oleh Pak Deris. Sesekali dia menolak pelukan ini.
“Takpe,
dia tak marah punya!” ucap ku selamba. Mengeratkan lagi pelukan!
“Abang
ni,” Nia merungut lantas bibirnya ku kucup laju. Tersentak Nia buat seketika.
Aku senyum membalas pandangan bening isteri ku ini!
“Nia
sayangkan abang?” aku bertanya lagi.
“Ya,
Nia sayangkan abang!” wajah basah itu sekali lagi ku kucup bersama pelukan yang
erat melingkari tubuhnya. “Thanks sayang!” ucap ku pendek.
“Abang
jangan lepaskan Nia, kaki Nia tak sampai bang.” Gumam Nia memperingatkan aku.
“Bukan
ke Nia pandai berenang. Kalau tidak masakan dulu waktu abang lumpuh Nia boleh
selamatkan abang?” persoal ku buat Nia tersenyum.
“Ala
nak manja-manja pun tak boleh,” tutur Nia mesra. Berpura-pura bagai tidak tahu
berenang hingga menimbulkan kehairanan di benak ini.
“Oh
sayang abang ni nak bermanja ke? Ingatkan Nia betul-betul tak tahu berenang
tadi, ” sambut ku perlahan. Senyuman dan pelukan ini semakin ku eratkan dan
pandangan mata Nia ku balas dengan lirikan yang menggoda.
“Tuan
Attar jangan nak mengada-ngada di tempat awam ya.” Peringat Nia buat aku ketawa
besar.
“Abang
nak bagi adik pada Amsyar!” tutur ku selamba.
“Kesian
Amsyar dan Qalisya, bosan main berdua!” ujar ku lagi membuatkan Nia menjegilkan
matanya. Lantas aku hamburkan tawa ini melihat reaksi dari Nia. Sejujurnya, aku
sukakan riak wajah Nia yang marah-marah manja
sebegitu! Tawa ku hentikan dan Nia ku perhatikan tanpa jemu.
“Eiii
tak malu. Seganlah bang, dekat kolam renang pun boleh buat kerja!” gerutu Nia
perlahan menyapa pendengaran.
“Sayang
ni, suka sangat bersalah sangka! Takkan la abang nak baham sayang di
tengah-tengah kolam renang ni. Hessyy malu la...” sambut ku dalam rona wajah
yang sudah bertukar kemerah-merahan.
“Aik,
abang malu? Macam tak percaya je?” tubuh Nia masih ku ampu dan masih terapung
di tengah kolam. Sesekali Amsyar dan Qalisya ku perhatikan. Masih gembira dan
seronok menepuk permukaan air.
“Apa? Ingat abang ni tak reti malu ke? Abang ni
pemalu sebenarnya!” sambut ku buat Nia ketawa kecil.
“Yelah,
abang pemalu.... okey sekarang ni Nia dah sejuk. Nia nak naik ke atas,” pinta
Nia ku baut endah tak endah! Namun dengan tiba-tiba hujan turun dengan selebat-lebatnya.
“Dah
hujan, cepat naik ke atas! Nanti demam,” tutur ku sedikit kuat menyaingi bunyi
hujan yang turun. Dalam kesejukan yang semakin menggigit, tubuh Nia ku bawa
rapat ke dinding kolam agar dia dapat naik ke atas sana. Seketika kemudian aku berenang semula ke tengah kolam
mendapatkan Amsyar dan Qalisya yang semakin galak bermain air hujan!
Keduanya
ku dukung lalu ku bawa mereka berlindung di bawah gazebo, tuala kecil ku balut
di tubuh itu lantas keduanya ku serahkan kepada Mak Mah yang sedia menunggu di
muka pintu.
Sesudah
itu aku dapatkan Nia, isteri ku ini sedang kesejukan! Perlahan-lahan tuala yang
membalut tubuh ini ku leraikan ikatannya lalu ku hamparkan ke belakang tubuhnya.
Wajah yang basah dan tampak menggigil itu ku sentuh dengan hujung jari lalu
anak mata itu ku renung sedalamnya.
“Abang
cintakan Nia!” aku ungkap perkataan itu entah yang ke berapa kali! Dan Nia juga
membalas sambil mengelus rambut ku yang basah.
“Nia
juga cintakan abang!”
“Terima kasih sayang,” ucap ku ikhlas dari
hati. Nia melentokkan kepalanya sambil merapatkan pelukan di tubuh ini.
Titis
hujan ku perhatikan tanpa jemu, akhirnya aku kembali merasai damai dan
ketenangan jiwa yang suatu ketika dahulu hilang dari hati yang pernah tercalit
noda dan kelam dosa silam. Ku akui, segala yang terjadi dan segala yang
tersurat hanyalah satu jalan hidup yang memberi peluang untuk aku kembali dekat
kepada Sang Pencipta. Dan ku akui kerana ujian dan dugaan yang silih berganti
itu, aku dihadiahkan sebuah kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya. Aku bahagia
di sisi Nia dan aku bahagia bersama ibu bapa yang akan kembali bersama dan aku
juga bahagia bersama anak-anak yang comel dan manja kaletahnya.
Sesungguhnya
aku yang bernama Muhammad Fiqri Attar telah peroleh cinta dan kasih sayang
Allah di hujung noda yang telah lama ku tinggalkan dahulu.
Terima
Kasih Tuhan menganugerahkan kehidupan yang membawa seribu ketenangan dan
kebahagiaan ini. Dan satu pinta ku sebagai seorang suami kepada An Neesa yang
telah pergi dahulu, doa ku agar dia tenang di alam sana. Dan semoga rohnya
ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, serta di dalam golongan orang yang
soleh dan solehah. Aaminnn.
TAMAT
p/s: maaf atas kekurangan cerita ni. Cerita bertahun dulu sewaktu AI masih belajar menulis. Semoga terhibur dan jangan salin dalam bentuk apa jua keadaan dan bentuk , AI tak izin dan tidak membenarkannya. Maaf atas segala kekurangan dan semoga support karya Ai yang lain. Jangan lupa baca kisah Usop Hantu vs Cik Bunga. Salam sayang dari Aulia Iman.
Comments