Cinta Paling Padu BAB 1 & 2
![]() |
USOP HANTU |
![]() |
CIK BUNGA |
BAB 1
Nama
lelaki itu Yusuf Abid, namun mesra disapa dengan panggilan Usop Hantu. Sebut je
Usop Hantu, satu kampung kenal dengan figura lelaki itu. Dan Usop Hantu adalah
salah satu hantu yang tidak digeruni oleh penduduk kampung kerana hantu
sebegitu sebenarnya payah nak jumpa. Mengikut sejarah silam, panggilan Usop
Hantu yang diperoleh lelaki itu bukanlah kerana dia pernah bertemu dengan
mana-mana jenis hantu, tetapi, hal ini berlaku kerana perangai Yusuf Abid
sebenarnya telah menyamai perangai hantu
yang suka mengusik.
Sejak
kecil lagi, tabiat Usop Hantu memang tak sama seperti kedua abangnya. Bila
dibawa ke pasar, Usop Hantu akan buat sesuatu yang menjadikan mulut ibunya tak
senyap walau sekejap.
Jika
lalu di kawasan penjual ikan, Usop akan cucuk mata ikan-ikan tersebut dengan
gembiranya. Jika lalu di kawasan penjual sayur pula, tangan Usop ligat
menggapai buah tomato untuk dilambung-lambung seperti bola. Jika ibunya singgah
di gerai menjual pakaian, Usop tak segan silu menanggalkan pakaian yang
tergantung di penyangkut baju dengan seronoknya lalu dilempar ke merata tempat.
Oleh
kerana kenakalan Usop, orang ramai gemar memanggilnya dengan gelaran Usop
Hantu. Lagi pula, di kampung tempat Usop tinggal memang ramai jejaka sebaya
bernama Yusuf. Tak tahulah kenapa, mungkin ketika waktu itu nama Yusuf adalah
sebaris nama yang paling sedap disebut-sebut. Mungkin, dan aku pun tak tahu
sejauh mana kebenarannya.
Bercakap
mengenai Usop Hantu, lelaki itu memang selalu buat darahku menyirap. Apa
tidaknya, sejak kecil, meniti remaja, hingga aku dewasa, Usop Hantu tak pernah
jemu mengusik. Lawaknya kasar, dan guraunya menyakitkan hati.
Baru-baru
ni Usop perli aku.
“Ceh,
belajar tinggi-tinggi, sampai ke oversea,
end up jadi cikgu taska juga.” Komen Usop tanpa memandang manusia yang
sedang diperli-perli.
Ketika
aku diperli, aku butakan mata dan pekakkan telinga sambil pilih cili-cili segar
untuk dibawa balik ke rumah.
“Kalau
akulah jadi kau, dah lama aku sembunyi dalam hutan. Malu weh, belajar
jauh-jauh, takde keja pastu terperap dekat taska. Buat duit mak bapak je.”
Bila
Usop dah kaitkan mak bapak, darah aku yang tadi menyirap kini sudah menggelegak
dan meruap-ruap. Karang, tak fasal-fasal ada juga yang telan cili merah ni
mentah-mentah. Mulut takde insurans!
“Aku
rasa kau dah buat kesalahan besar dengan belajar kat luar negara. Eh,
sepatutnya kau tak belajar pun takpe, yelah kau kan nak jadi cikgu taska je?”
Gelak Usop betul-betul uji sabar aku. Cili yang aku pegang, aku hempas ke
tempatnya lalu aku berpaling ke kiri sambil bercekak pinggang memandang Usop
yang berwajah selamba.
“Usop,
kau kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Kau tak penat ke kutuk aku,
keji aku, hina aku? Kau tak penat?”
Dengan
bersahaja Usop membalas pertanyaan aku.
“Penat? Mana ada penat. Aku seronok!” Usai dia bercakap, Usop terus berlalu ke kaunter untuk
membuat bayaran meninggalkan aku terkulat-kulat di situ.
Usop
memang hati kering, dia boleh mengutuk aku, menghina dan buat perkara yang
menyakitkan hati wanita aku, tapi dalam masa yang sama dia boleh tayang muka
selamba dan muka selenga dia tu. Geram? Memang aku geram, haih entah bagaimanalah
untuk aku ajar mamat selengan ni daripada terus menyakitkan hati aku. Setiap
kali berjumpa, setiap kali tu Usop akan cari pasal dengan aku.Dah kenapa dia
jadi macam tu? Pelik betullah!
BAB
2
“Dah habis kelas ye cikgu Bunga?”
Macam biasa, mamat yang sering buat
hati aku meletup buat-buat ramah bertanya. Nak cari gaduh dengan aku lagilah
tu.
“Taklah, mana habis lagi. Esok baru
habis.” Sahutku dengan ayat sarkastik dan aku ingat Usop akan terus senyap,
rupanya tidak. Ada pula idea dia nak perah limau kat luka yang belum sembuh.
“Oh patutlah, yelah gaji cikgu taska
bukan boleh beli kereta pun kan?! Maka haruslah bekerja sampai esok!”
Aku ketap bibir dan pejamkan mata
untuk sejenak. Dalam hati sudah beristighfar berkali-kali mohon Allah kuatkan
jiwa dan raga aku untuk berdepan dengan makhluk bernama Usop Hantu.
“Memang betul pun tak boleh beli
kereta, kenapa kalau saya tak beli kereta pun? Awak ada masalah?” Soalku dengan
mata membulat. Lembut sikit bahasa aku kali ni, tak berengkau dan beraku seperti selalu.
Usop pandang ke lain, dia senyap dan
beberapa saat kemudian aku dengar dia tergelak kecil sebelum dia luahkan ayat yang
memang betul-betul buat hati aku sakit bagai direjam lembing tumpul.
“Memang ada masalah, yelah…
tiap-tiap hari menyemak jalan kaki depan kedai orang. Kalau beli kereta kan
mudah, tak sakit mata ni tengok orang yang sama lalu lalang pagi petang siang
malam.”
Ya Allah dia ni, manusia ke apa?
Kerjanya nak sakitkan hati aku je. Kau tunggu, orang macam kau memang harus
disekolahkan.
“Helo, awak fikir jalan ni jalan
siapa ek?”
Usop
tak menjawab bahkan dia buat pekak dengan pertanyaan yang aku hamburkan. Usop
ni memang jiwa dia kontang agaknya.
“Untuk
pengetahuan awak, saya akan selalu dan sampai bila-bila pun akan gunakan jalan
ni. Untuk ilmu tambahan, jalan yang saya pijak ni bukan jalan mak bapak awak
tau. Jalan ni digazetkan untuk kegunaan orang ramai. Jadi tak timbul istilah
saya menyemak atau menyakitkan mata awak. Faham? Kalau tak faham, tolong
banyakkan membaca.” Gerutu ku lantas mengayun langkah kaki dengan lebih laju
meninggalkan perkarangan bengkel motosikal Usop Hantu. Bengkel kesayangan mamat tulah!
Alah, apa yang Usop boleh buat pun
selain buka bengkel motosikal. Iyalah, dia kan lepasan SPM je. Mana layak nak
sambung belajar dengan keputusan yang cukup-cukup makan. Lainlah aku, bumi
Europe pun aku dah pijak, jadi tak patut dia perlekehkan aku yang lebih educate
dari dia.
Kejap! Kejap! Kejap! Memanglah aku
lebih educate daripada dia, tapi dia dah ada business sendiri. Aku pula
terkial-kial nak cari kerja. Haih, itulah Mawar Aisyah, suka sangat pandang
rendah pada orang lain. Sedangkan orang yang kau pandang rendah tu, sebenarnya
lebih berjaya daripada apa yang kau fikirkan.
“Kalau nak jalan ‘mengencot’ pun,
boleh tak jangan buang sampah merata-rata. Sila kutip tisu hingus awak ni Cik Bunga.”
Suara itu bergema lagi. Aku yang dah
berjalan dekat 50 meter ke hadapan, terpaksa menghentikan langkah lalu berpaling
ke arah Usop Hantu. Bibir ku ketap dan lelaki itu aku dapatkan.
Kaki sudah ku angkat dan hentak
persis orang berkawad dalam masa yang sama mahu menyampaikan isyarat kepada
Usop Hantu yang sebenarnya aku tengah diamuk kemarahan. Siap kau Usop!
“Kutip tisu hingus ni! Geli!” Muka
Usop sama seperti tadi. Tiada reaksi dan berwajah selamba namun tidak aku yang
sudah merah padam menahan marah. Sabar Ecah, sabar!
“Ehem!”
“Kutip tisu tu! Tak payah
berdehem-dehem.”
Memang
menyakitkan hati. Takpe, kau tunggu apa yang aku nak cakapkan ni.
“Excuse
me, Usop Hantu. Ini bukan tisu hingus, ini tisu lap muka sebab lalu depan kedai awak ni memang banyak habuk! Jadi sila betulkan
statement awak! Jangan buat kesimpulan pada perkara yang tak pasti. Boleh jadi
fitnah tau!” Gumamku lantas tunduk mengutip tisu yang sudah ku renyuk.
Haih,
kalaulah Usop Hantu boleh dikeronyok, dah lama aku keronyokan dia lepas tu aku
lontar masuk tong sampah supaya dapat dibawa ke tapak pelupusan sebelum dilupus
buat selama-lamanya.
Usop Hantu vs Cik Bunga
Comments