PUJAAN HATI KANDA BAB 1
Kring!!!
Kring!!! Sedang kalut memandu menuju ke lapangan terbang, telefon bimbit
berdering lagi. Lamunannya terhenti dan minda terus sahaja teringatkan tunang
yang tercinta. Pastinya Nadine sudah tidak senang duduk.
“Hello,
you dekat mana?” Tanya Nadine saat talian disambungkan.
“I
tengah drive.”
“Jauh
lagi ke? Sempat ke tidak?”
“Dekat
je sayang. Dah nak sampai ni.”
“Yelah
tu, dari tadi lagi you cakap benda yang sama! Tapi tak sampai-sampai pun!”
Bebel Nadine memeritkan telinga Danny yang mendengar.
“Ya,
I tahu! You tunggu dekat situ, kejap lagi I terus ke sana. Dah nak sampai ni.”
“Berapa
banyak masa yang you perlukan?” nada Nadine kedengaran bosan.
“Almost
10 minutes my dear.”
“Okey,
jangan lambat! Kalau you lambat, I tinggalkan you.”
“Ya,
sayang.” balas Danny tenang melayan kekalutan Nadine yang sudah tidak
sabar-sabar. Apa susahnya, kalau mereka tertinggal kapal terbang, esok’kan
masih ada! Ambil tiket baru dan terbanglah ke Bandung, Indonesia. Bukannya jauh
mana, seberang laut je pun!
“Ingat,
jangan lambat! Kalau you lambat, I tinggalkan you.” Sekali lagi Nadine
mengugut.
“Ya,
I tahu!”
“Semuanya
you tahu! Tapi, sampai sekarang, batang hidung you pun tak nampak-nampak! I dah
tak sabar nak ke Pasar Baru Trade Center. Banyak barang kahwin kita yang I nak
beli dekat sana. Kalau lambat, I tinggalkan you. Jangan ingat I takut nak buat
semua tu!”
“Ya,
I tahu! Trip kali ni teramat penting bagi you. Lagipun, you nak beli kain lace,
you nak beli barang-barang hantaran dan kalau boleh you nak beli semua yang
dijual dekat sana kan?” Danny sudah tergelak-gelak.
“Aik,
perli nampak?”
“Mana
ada I perli you sayang. I gurau je. Jumpa kejap lagi okey.”
“Okey,
tapi ingat kata-kata I, kalau you lambat….
Cepat-cepat
Danny menyambung. “… Kalau I lambat, you tinggalkan I.”
“Tahu
takpe!” Nadine disebelah sana sudah tersenyum tetapi tidak pada Danny. Dia
sudah geleng kepala, mahunya tidak, Nadine asyik dengan kata-kata ugutannya.
Namun, kerana perasaan sayang yang mendalam, tingkah-laku yang menjengkelkan
itu, dibutakan mata dan dipekakkan telinganya.
“Okey..
okey! I nak drive ni! Kejap lagi kita borak sampai bosan okey!” Ujar bibirnya
mahu menghentikan perbualan seterusnya fokus kepada pemanduan.
Faham
dengan kehendak Danny, Nadine menurut. “Okey, jumpa you kejap lagi! Love you.”
“Love
you too darling!” setelah itu Danny menamatkan panggilan. Telefon di dalam
pegangan tangan dijauhkan dari telinga lalu diletakkan di atas dashboard
kereta.
Sedang
dia ralit memandu, getaran kecil yang menandakan ada mesej masuk ke dalam
aplikasi whatApss membuatkan telefon itu jatuh ke lantai kereta. Tanpa
berlengah, kepala ditunduk dan tangan meraba-raba lantai kereta mencari gajed
bewarna hitam itu. Sehinggalah….
Dummmmm!!!!
Danny
terkedu, cepat-cepat pedal brek ditekan dan kepala diangkat. Memerhatikan apa
yang sedang berlaku.
“Gosh!!!
Macam mana aku boleh langgar kereta orang ni?” dia gelabah. Tambah-tambah
melihat bahagian belakang proton Iswara yang dilanggar sudah kemek di sana
sini.
Tok..
tok.. tok.. cermin kereta diketuk. Cepat-cepat, dia menoleh. Seorang lelaki berjambang
dengan riak wajah yang bengis tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah, punat
kecil ditekan bagi merendahkan cermin yang tadinya tertutup rapat.
“Keluar!”
arah seorang lelaki. Kemungkinan pemandu kenderaan yang dilanggar olehnya
sekejap tadi.
“Okey..
okey!” Dengan segera, Danny menurut.
Sebaik
sahaja dia keluar dari perut kereta. Bibir terus bersuara. “Sorry bro, aku tak
sengaja!” ucapnya memohon maaf atas kesilapan dan kelekaan yang mengundang
padah kepada orang lain.
“Banyaklah
tak sengaja! Ni macam mana? Kemek sana sini, siapa nak tanggung rugi?!”
“Takpe-takpe..
biar aku yang tanggung! Aku yang langgar!”
“Bayar
sekarang! Aku nak lima ribu!” gumam lelaki tadi mengejutkan Danny.
“Eh,
takkan kemek macam ni sampai lima ribu kot? Agak-agaklah bro!” Tanya Danny tak
puas hati. Yelah, Iswara jenis lama, takkanlah sampai lima ribu ringgit. Tak
logik langsung!
“Kalau
macam tu, ikut aku buat report polis!”
“Wait…aku
dah lambat ni bro! Flight aku kejap lagi. Tak sempat nak buat report segala!”
“Habis,
kereta aku ni macam mana? Boleh elok sendiri?” Tanya lelaki tadi bersama nada
bengang.
“Apa
kata kita settle luar? Tak payah libatkan polis bagai. Boleh?”
“Boleh!
Kau bayar aku?”
“Lima
ratus cukup?”
“Kemek
sana sini, kau nak bayar lima ratus? Mana cukup! Kau ingat, kereta aku ni besi
buruk?” bentak lelaki tadi membuatkan Danny terpaksa bertindak segera. Di sana
Nadine sudah menanti, di sini pula dia terlibat dengan kemalangan. Ah, serabut
sungguh!
“Macam
ni’lah bro, aku dah lambat ni! Apa kata kau ambil nombor telefon aku dan nanti
kau call aku! Aku nak kejar flight ni. Dah lambat!”
“Kau
nak lari ke apa ni? Jangan ingat aku bodoh!”
“Tak….
Bukan nak lari! Flight aku kejap lagi bro! Okey, pendekkan cerita, berapa aku
kena bayar?”
“Aku
nak lima ribu, bukan lima ratus! Cash!”
Danny
ketap bibir. Teringatkan wang di dalam beg duit. Mana cukup lima ribu. Gila ke
apa menyimpan lima ribu, boleh kembung wallet dia yang mahal tu!
“Sorry bro, aku mana ada cash sebanyak tu.”
“Aku
peduli apa! Aku tetap nak lima ribu. Kereta aku dah rosak teruk, lagipun kau
yang langgar aku! Kau yang cuai! Kau nak cepat.. aku pun nak cepat! Senang
cerita, kau bayar lima ribu, masalah ni selesai. Tak payah libatkan polis bagai.”
“Sumpah
bro, lima ribu memang aku tak ada. Kalau seribu lebih, itu ada’lah!” beritahu
Danny jujur.
Lelaki
tadi terdiam sambil berfikir-fikir.
“Baiklah,
seribu lebih pun bolehlah! Tapi, masih tak cukup! Aku nak lima ribu!”
“Apa-apalah
bro! Janji aku tak terlepas flight.” gumam Danny malas mahu tawar menawar. Dia
tahu, individu jenis ini sememangnya akan mengambil kesempatan disebalik
kekalutan yang berlaku. Lihat sahaja cara dan pembawakan dirinya, langsung
tidak mahu bertimbang-rasa.
Dompet
didalam poket belakang, ditarik keluar. Wang tunai sebanyak seribu lebih dikira
sebelum not-not itu berpindah tangan.
“Macam
mana aku nak contact kau? Nak tuntut balance yang tak cukup ni?” tanya lelaki
itu sambil mengira jumlah wang yang diterima.
Danny
mengeluh perlahan. Dengan malas-malas, dia bergerak ke kereta sambil mencari
kertas. Tak jumpa! Tanpa berfikir panjang, sekeping kad kahwin yang diambil
seketika tadi terus disambar. Nombor telefonnya ditulis laju. Entah lelaki ini
boleh faham atau tidak, dia sudah tidak peduli. Nadine lebih penting daripada
segalanya.
“Ni
nombor telefon aku. Lima hari lagi baru aku balik ke sini.” ajunya seraya
menyerahkan nombor telefon yang ditulis kepada lelaki yang tidak diketahui
namanya.
“Nombor
ni aktif ke tidak?”
“Cubalah
call kalau nak tahu.” Danny malas mahu melayan karenah lelaki yang banyak
peelnya itu.
“Handphone
aku habis bateri, tapi takpe.. aku percayakan kau. Kalau kau tipu, siap!!”
Danny
mencemik. Sudahlah diberi wang sebanyak itu, nombor telefonnya juga diserahkan
dan kini dia diugut lagi. Asyik diugut sahaja. Ah, bosan!
“Okey,
ada apa-apa lagi? Aku dah lewat ni.” Danny pandang jam tangan memberi isyarat
kepada lelaki tadi supaya faham situasinya sekarang.
“Settled!
Okey, lepas lima hari aku call kau. Tuntut baki ganti rugi kereta aku ni.” Ucap
lelaki tadi seraya menjeling sepintas ke arah Iswaranya yang remuk di bahagian
belakang. Danny turut memandang, BMW nya tidak berapa ketara kerosakkannya.
Hanya calar dan kemek sedikit. Tetapi tak menjejaskan rupa sebenarnya yang
masih kacak!
“Okey,
kalau macam tu.. tak ada masalah! Aku blah dulu.”
“Okey!
Ingat, lima hari lagi aku call.”
Danny
diamkan diri. Tanpa membalas, dia terus masuk ke dalam perut kereta. Dengan
hati yang membengkak, duit yang sudah melayang, enjin kereta dihidupkan dan
lalu kenderaan merah garang itu diundur sedikit ke belakang sebelum terus
dipandu laju menuju ke lapangan terbang.
Assalamualaikum.
lama tak berbelog. Hai.. Hai.. rindunya awak2 semua :)
Comments