RATUKU YANG MANIS II (aka Penilai Cinta)
“Saf... kalau tak pergi tak boleh ke?
Siapa nak jaga Ira kalau Saf pergi lama-lama?” seperti biasa Nazira memujuk
Amer Safwan yang berkeras untuk pergi.
“Tak boleh, Saf ke sana untuk masa depan
kita jugak. Lagipun papa Ira yang suruh Saf pergi, ikutkan Saf.. memanglah Saf
malas. Dah bapak mertua suruh pergi, hendak tak hendak, kenalah Saf turutkan.”
Aju Amer Safuan sambil menolak belakang tubuh Amir Nazira masuk ke dalam kamar.
Berat ya amat, entah apa dimakannya!
“Kalau Ira rindukan Saf, macam mana?”
Nazira menyoal lagi. Kaki pula sengaja diberat-beratkan.
“Kalau rindu, tengoklah gambar kahwin
tu!” Muncung Amer Safuan sudah terarah ke dinding. Dia yang kurus mengenakan
tengkolok bersama baju songket! Dah macam apa je gayanya!
“Ala gambar tu? Bukannya boleh buat
apa pun! Ira nak tengok Saf... tahu tak? Iran nak tengok Saf yang cekeding!” Soal
Nazira kedengaran membentak, dalam masa yang sama turut mempersoalkan susuk
tubuh Amer Safwan yang tidak berketak. Persis budak lepasan SPM. Hurm....!
“Sekarang tengok puas-puas, esok Saf
nak ke Dubai! Good bye,” senyum Amer Safuan sudah melebar. Gembira sungguh
untuk ke Dubai!
“Tengok tu, seronok sangat dia! Langsung
tak fikir Ira dekat sini.” Rungutan itu kedengaran lagi.
“Buat apa nak fikir?” soal Amer
Safwan mengusik lagi.
“Tengok tu... Tergamak Saf cakap
macam tu! Kalau macam tulah gayanya, Ira tak peduli! Ira nak ikut jugak!”
“Tak boleh, nanti papa marah! Kerja
Ira dekat office macam mana?”
“Biarlah!”
“Aipp... degil ya!”
“Nak ikut Saf... Takkan tak boleh?”
“Memang tak boleh!”
“Kenapa?”
“Adalah.. rahsia!”
“Hesyy... tengok tu! Dah pandai
berahsia pulak!”
“Memanglah, tak semua perkara boleh
dikongsi dua!”
“Kenapa?”
“Sebab.. ni hal orang lelaki. Ira
bukan lelaki, so Ira tak boleh tahu!”
“Ha.. tengok tu... ni mesti ada
apa-apa! Saf ada niat nak curang ya?” Amira Nazira menebak.
“Eh, mana ada!”
“Kalau Saf curang, Ira blender Saf
hidup-hidup! Main-mainlah dengan Ira.. Ira
bersungguh-sungguh tau!” Ugutan itu terbias di pinggir bibir Amira Nazira.
Sungguh dia tidak redha andai kata Amer Safwan menduakan dirinya.
“Ira.. “ Seru lelaki itu sepatah.
“Apa dia!” Garang benar nada yang
kedengaran.
“Ala... Saf bergurau, itu pun nak ambil
hati! Bukannya serius pun! Ni, sudah kenapa tayang muka macam tu. Ergghh tak
ada selera Saf nak pandang!” Gerutu Amer Safwan mengusik lagi.
“Saf yang buat Ira sakit hati..
lepas tu boleh Saf kata, tak ada selera pandang Ira. Saf ni memang....” kali
ini Amira Nazira merajuk pula. Sudah panjang muncungnya hingga Amer Safwan yang
jarang ketawa, akhirnya mengalah jua.
“Alololo.... Sorry okay! Saf
main-main aje tadi. Jom, Saf hantar Ira ke bilik. Tidur ya, jangan ganggu Saf. Esok
awal-awal lagi kita nak ke airport!” Peringat Amer Safwan sambil menolak
belakang tubuh Amira Nazira dengan kudrat sedia adanya. Arghh berat!
“Ala kalau tak pergi, tak boleh ke?”
cebikan itu kembali dilihat. Amira Nazira masih mahu mencuba untuk menggagalkan
keputusan yang dibuat oleh suaminya.
“Tak boleh, memang kena pergi! Semuanya
dah berbayar, rugilah kalau Saf absent!”
“Saf....” nada meleret Amira Nazira menjadikan
Amer Safwan senyum sendiri. Adalah tu!
“Herrmm?”
“Saf sayang Ira?”
“Isteri, kenalah sayang!
“Kalau bukan isteri? Tak sayanglah? Macam
tu?”
“Of course la.. buat apa Saf sayang perempuan
yang bukan isteri Saf.”
“So, Saf sayang Ira?”
Amer Safwan mengangguk sambil berkata. “Adalah
sikit!”
“Tengok tu.....”
“Okey.. Saf sayang!”
“Kena paksa baru nak mengaku! Tak ikhlas!”
“Ikhlas tak boleh diukur!”
“Okey lupakan! So, kalau Saf sayang.. Saf
kena janji pada Ira.”
“Janji apa pulak ni? Saf dah
mengantuk la Ira... esok lewat pulak kita bangun!”
“Kejap je..”
“Okey... ha tentang apa?”
“Teman Ira tidur.. Pastu Saf boleh
ke Dubai dengan tenang!”
“Tidur sekali?”
“A’ha.. tidur sekali!”
“Tak boleh.. Tak boleh.. nanti Ira
dera Saf!”
“Ira tak pernah dera Saf!”
“Mana Ira tahu?”
“Yelah.. Ira cuma minta Saf teman tidur
aje! Bukan suruh buat apa pun!”
“Itu adalah penderaan tanpa sengaja
namanya, Puan Nazira!”
“Eh, yeke! Mustahillah! Suruh tidur
pun boleh dianggap mendera! Tak logik!”
“Please... intan payung, kita tidur!
Dah pukul 12 ni puan! Esok pukul lapan kena berada di KLIA. So.. boleh kita
tidur sekarang?”
“Boleh dengan syarat, teman Ira
okey.”
“Yelah.. yelah! Jom!” Amer Safwan
terpaksa mengalah dan bersetuju.
***
Gooshhhhhhhhh!!!!!! Pukul 11 pagi!
“Ira... dah pukul 11. Tengok... kan Saf
dah cakap....” Amer Safwan merungut. Dengan tergesa-gesa, selimut ditolak,
tidak lama kemudian fabrik berwarna merah lembut itu segera ditarik semula.
Menutupi bahagian tubuh yang agak seksi. Arghh memalukan!
“Terbabas!” sepatah perkataan itu
meluncur perlahan. Hilang semangat untuk seketika. Kelibat isterinya segera
dicari, namun tidak terlihat dek sepasang mata yang kuyu. Dia benar-benar tidak
cukup tidur apabila bersama Amira
Nazira! Terganggu jiwa dan raga!
“Ira.. where are you?” Soal Amer Safwan
mencari Amira Nazira. Seluruh ruang
kamar sederhana besar itu diperhatikan. Entah kemana menghilangnya, dan dia pula
masih lagi dalam sisa-sisa mengantuk.
“Saf... dah bangun?” Dari muka pintu suara
itu menyapa halwa telinga. Dengan segera Amer Safwan menoleh. Isterinya sedang
tersenyum senang.
“Saf dah terlambat! Kapal terbang dah
separuh jalan, macam mana nak kejar?” Bicara Amira Nazira tidak bersambut,
namun soalanya pula yang keluar bertubi.
“Mana Ira tahu...” dengan bersahaja
Amira Nazira menjongket bahu.
“Mana Ira tahu...” Amer Safwan mengajuk
gaya dan cara percakapan isterinya. Kalaulah dia tidak tergoda selepas subuh
tadi, pasti kelewatan ini tidak terjadi. Arghh dia yang terleka.
“Saf... sorrylah, Ira pun terlewat juga.
Sedar-sedar, dah pukul sembilan! Ira langsung tak dengar bunyi jam loceng. Sorry
ya Saf..” Aju Amira Nazira memohon maaf.
“Dah terlewat, nak marah pun dah tak ada
guna!” Keluh Amer Safwan cuba mententeramkan diri dari dihambat rasa tidak puas
hatinya.
“Saf pergilah mandi, nanti Ira call papa
dan Ira maklumkan yang Saf tak dapat fly ke Dubai.”
“Hurmmm okey la.” Angguk Amer Safwan disusuli
keluhan panjang.
Sesudah itu tuala yang tersangkut di
kepala katil, ditarik berhati-hati. Usai
membaluti tubuh dengan tuala bewarna putih itu, Amer Safwan segera bangkit dan
berlalu ke bilik air dengan raut wajah yang masam mencuka. Amira Nazira pula
sudah sembunyi senyum, namun sebaik sahaja tubuh itu hilang disebalik pintu
bilik air, senyuman terus sahaja melebar.
“Yes... tak jadi pergi!” desis hatinya
senang.
Comments