IKATAN BERSIMPUL MATI BAB 10
“Harmi,
you call I esok aje! I dah mengantuk ni!” aku dengar Encik Adlan bersuara.
“Eh,
you ni kenapa? I mengantuk! Tolonglah faham!” gumam lelaki itu bagaikan sedang
bertelingkah dengan pemanggil yang disapa Hermi. Siapa pula Hermi ni? Aku pun tak
tahu, barangkali salah seorang koleksi kekasih Encik Adlan! Mungkin ada
betulnya, siapa tahukan!
“
Up to you, ok bye!” Encik Adlan putuskan talian. Amboi tak bagi
salam, tak bagi apa, main putuskan panggilan macam tu je! Seketika kemudian, aku
nampak Encik Adlan masukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar. Sejurus itu, dia panggung wajah menancap aku
di atas katil. Dia senyum, tapi bukan
senyum untuk bersedekah... tapi senyuman
itu, senyuman yang boleh membuatkan aku terkujat dan bakal melompat keluar dari
tingkap. Ishh takutnya!
“Encik
Adlan, saya nak balik!” gumam ku bila dia menapak mendekati. Dan aku pula
mengesot menjauhi.
“Nak
balik? Takkan semudah tu?” soal dia bersahaja. Dia bersuara sambil mengetap
bibir!
“Apa maksud Encik ni?
Saya nak balik, dah lewat sangat!” tutur ku menghambur alasan. Ngeri bila
pandangan aneh Encik Adlan menerpa sepasang anak mata ini.
“Dah panaskan orang, pastu
nak balik macam tu je?” tadi aku lihat dia ketap bibir, kali ini aku nampak dia
mengecilkan sedikit anak matanya itu.
“Kenapa Encik pandang
saya macam tu?” aku soal tanpa nada. Risau pulak bila Encik Adlan buat perangai
gatal macam tu. Miang ke apa?
“Awak rasa kenapa?” dia
soal aku balik. Main-main pulak dia ni! Aku dah mengantuk faham tak! Nak tidur!
“Entahlah, Encik tak
sihat kut!” tutur ku seraya bangkit dari katil. Dan dia mengekori aku yang
sudah bergerak ke sisi katil.
“Encik ni, nak apa?”
aku hairan dan pelik dengan sikap Encik Adlan yang menggedik tiba-tiba. Raut
wajah itu ku tatap sekilas, dia pandang aku macam tak pernah pandang perempuan.
Kenapa entah!
“Saya nak awak!” ucap
dia sepatah.
“Saya tak nak Encik!
Saya nak balik, lagipun semua kerja saya dah buat! Yang tak siap tu Encik buat
tak nampak ajelah ya!” beritahu ku segera mahu berlalu. Panas pula bila berdua
dengan Encik Adlan yang berubah laku dengan tiba-tiba.
“Ai... takkan nak balik
macam tu je? Tu,” dia menjuih ke arah baju yang berlonggok.
“Saya dah buat kerja
saya, cuma belum siap. Esok saya sambung lagi!” bohong ku harap-harap dia percayalah.
Bolehlah aku balik dan berehat di rumah!
“No, tak payahlah balik!”
nada suara Encik Adlan kedengaran perlahan merayu.
“Kenapa? Saya nak balik
ni Encik Adlan. Lagipun tak elok bersekedudukan!” ujar ku bersahaja.
“Bersekedudukan?” ulang
dia sepatah.
“Iyalah! Berdua-duaan
dengan bukan mahram!” aju ku biar Encik Adlan terus menyangka aku masih belum
mengetahui status aku pada dirinya.
“Hermmm nice!” sambut Encik
Adlan terus sahaja menapak mendekati aku. Ya Allah, kenapalah Encik Adlan ni
tak pernah berubah?
“Encik, esok saya nak pergi kerja! Kalau masuk
lambat, nanti bos saya marah.” Tutur ku buat dia senyum segaris lalu aku lihat
dia menggeleng kepala sambil tertunduk menekur lantai.
“Bos awak marah?” Encik
Adlan menyoal sambil terus dekati aku di sisi kepala katil.
“Hermm ya, nanti dia
marah!” ujar ku lagi.
“Kirim salam pada bos
awak tu, tapi saya tak peduli sama ada dia nak marah ke.. nak naik angin ke..
atau apa-apalah! Selagi awak tak siapkan kerja-kerja ni, jangan bermimpi awak
boleh balik ke rumah!” gumam Encik Adlan tegas.
“Encik Adlan, bos saya
tu bapa mertua saya merangkap papa Encik Adlan sendiri!” aku peringatkan dia
siapa bos aku! Encik Adlan ni dah lupa ke apa?
“I don’t care!” gumam
Encik Adlan selamba.
“Encik, tolonglah
kasihankan saya yang serba kekurangan ni! Saya nak balik, mengantuk lagi! saya
nak berehat!” tutur ku dalam keadaan separa merungut. Dia ketap bibir seraya
menggeleng sekali.
“Kalau awak penat,
rehat dekat situ!” dia suruh aku rehat atas katil dia. Ni mesti berniat buruk
pada kaum hawa yang lemah seperti aku! Aku perlu berjaga-jaga dan berwasda. Air
yang tenang jangan disangka tak ada buaya. Dan lagi satu, jangan jadi seperti
‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Encik Adlan ni boleh dikategorikan pagar
dan aku pula pokok padinya. Kalau dia tumbang, nahaslah aku!
“Takpelah Encik, saya
tak layak berbaring di atas tilam empuk Encik tu.” Gumam ku menolak dengan
lemah lembut persis aku ini seorang yang merendah diri. Sedangkan hakikatnya,
aku mahu mengelak dari gangguan Encik Adlan. Lihatlah tadi, dalam dia kata aku
mencabul dia... tidur tanpa sedar memeluk dia. Tapi dalam masa yang sama dia tengah
bergayut dengan koleksi girlfriend dia tu. Apalah!
“Saya tak suruh awak
baring atas tilam saya! Saya suruh awak siapkan kerja tu!” dia pandang kain
yang berlonggok sekilas pandang, sebelum mengalih pandangannya ke arah aku
semula. Ai, tadi bukan ke dia yang suruh aku berehat dekat situ. Tadi cakap
lain, ni cakap lain!
“Encik Adlan, saya dah
mengantuk! Nak balik, nanti mak dan ayah risau.” Ucap ku baik-baik. Mengharapkan
simpati yang ada di dalam diri Encik Adlan. Tapi aku tak pasti, sejauh mana
Encik Adlan sudi melepaskan aku pergi.
“Mak dengan ayah
risau?” dia ulang semula patah bicara ku tadi. Sambil tayang senyumannya, cukup
berbeza dengan lima tahun lalu. Sudah tampak matang, dan tubuh tidak berbaju
itu ku renung tanpa berkelip. Tegap dan cukup sempurna!
“Kenapa?” Encik Adlan
soal aku bila aku diam tidak berkutik. Alahai mata ni pun satu, tak baik
renung-renung Encik Adlan sampai macam tu sekali. Nanti tergoda!
“Bagi sebab kenapa mak
dan ayah awak nak risaukan awak?” dia menyoal aku. Aku jatuhkan pandangan ini,
segan melihat susuk tubuh Encik Adlan dan dalam masa yang sama aku sedang
memikirkan alasan untuk menangkis segala pertanyaan itu.
“Ya, saya ni anak
tunggal dia! Encik kenalah faham,” gumam ku lagi.
“Baiklah kalau macam
tu,” dia angguk sekali lalu aku lihat dia keluarkan telefon bimbit dan menapak
menjauhi aku. Sejurus itu, aku lihat dia terus sahaja menghubungi seseorang.
“Assalammualaikum yah,
ni Alan!” aku dengan dia berkata-kata. Encik Adlan ni tefefon ayah aku ke apa?
Hessy apa lagi yang Encik Adlan nak buat ni. Janganlah dia buat bukan-bukan,
susah hati aku nanti!
“Lisa ada dekat sini,
Alan bermalam dengan dia!” tutur Encik Adlan sambil jeling ke arah aku sekilas.
Mak ai, senang-senang je dia cakap macam tu pada ayah? Tak malu ke apa? Eii
malunya!
“Insyaallah nanti Alan
hantar dia balik, maybe pagi esok!” ucap Encik Adlan lagi. Ni mesti ayah dah
bersetuju dan benarkan Encik Adlan
‘bermalam’ dengan aku. Huh sakitnya hati! Aku tak nak!
“Baiklah, thanks ayah!
Assalammualaikum.” senyuman itu mengakhiri perbualan Encik Adlan bersama ayah.
“Ayah awak dah bagi
green light!” dia unjuk telefon bimbit lalu digoyangkan sedikit. Wajah itu ku
lihat sungguh menyakitkan hati ini.
“Sudahlah, jom kita
makan dulu! Ayah ada bagitahu tadi, yang awak tak makan lagi.” Encik Adlan
letak telefon bimbit dia di atas meja kerja lalu dekati aku semula.
“Jomlah,” dia tarik
tangan aku dan tanpa mampu menolak aku turuti juga langkah kakinya.
“Nak makan apa?” Encik
Adlan soal aku.
“Tak tahulah Encik,”
jawab ku pendek. Aku tak ada selera tambah-tambah Encik Adlan tak mahu lepaskan
pegangan tangan aku.
“Kita makan dekat luar
ya,” usul Encik Adlan ku anggukkan sahaja.
“Betulkan tudung tu,
dan senget benget! Nanti orang fikir kita buat bukan-bukan pulak!” ujar Encik
Adlan seraya mengenyitkan matanya. Hesss... tak sukanya aku!
*****
Sudah berkali-kali aku
menahan kuap, mata pula semakin layu dan minda juga sudah terasa berada di
awang-awangan. Bilalah nak sampai, dekat-dekat sejam juga Encik Adlan ni
memandu. Restoran yang dituju tetap juga tidak kelihatan!
“Kenapa?” soal Encik
Adlan sepatah.
“Mengantuk!” sahut ku
seraya mengalih pandangan ke sebelah kiri jalan raya. Lengang dan tidak terlalu
banyak kenderaan.
“Tahanlah sekejap! Ada
perkara penting saya nak cakapkan!” luah Encik Adlan. Mengikut firasat aku,
mesti Encik Adlan nak berterus terang tentang status kami yang masih lagi suami
isteri. Hermmm kebarangkalian itu ada, tambah-tambah bila aku lihat air muka
Encik Adlan yang berubah tegang dengan tiba-tiba. Kenapa agaknya?
“Tentang apa Encik
Adlan?” aku menyoal sambil renung wajah itu sekilas lalu.
“Nanti saya cakap!
Sekarang ni belum sesuai, tak cukup udara!” luah Encik Adlan buat aku hairan.
Apa kaitan udara dengan perkara yang yang ingin disampaikan? Mungkinkah perkara
itu bakal membuatkan aku sesak untuk bernafas? Hessyy... berdebarnya!
“Kita makan dulu,
kemudian baru saya cakap! Awak nak tidur ke?” Encik Adlan pandang aku seketika
sebelum menancap jalan raya. Aku lihat wajah itu serius namun cukup bersahaja.
“Saya dah mengantuk!”
luah ku seraya mengangguk sekali.
“Dah nak sampai, takkan
nak tidur lagi.” gumam Encik Adlan buat aku pandang ke hadapan. Deretan
restoran yang membiaskan cahaya berwarna warni singgah ke pandangan mata. Jam
di pergelangan tangan sudah menginjak angka satu pagi tapi keadaan restoran
masih lagi sesak dengan orang ramai. Makan lewat malam, salah satu tabiat yang
tidak wajar diamalkan!
“Jom,” seru Encik Adlan
sebaik sahaja enjin kereta dimatikan.
“Hermm!” angguk ku
sekali seraya melepaskan tali pinggang keselamatan yang sedang membelit tubuh.
Sesudah itu aku bergandingan bersama Encik Adlan menapak masuk ke sebuah
restoran yang dibina di sebuah tanah lot.
“Duduklah, nak makan
apa?” Encik Adlan mempersilakan aku duduk lalu aku lihat dia juga melabuhkan
punggungnya di sebuah kerusi sambil membelek-belek menu yang sudah berada di
atas meja makan.
“Selamat datang, order
bang!” sapa pelayan lelaki itu buat Encik Adlan panggung wajahnya seketika.
“Sekejap ya!” gumam
Encik Adlan pada pelayan restoran itu. Sesudah
itu dia kalihkan pandangan ke arah ku.
“Nak makan apa?” soalan
pendek itu buat aku yang sedang leka memerhatikan suasana restoran ini sedikit
tersentak.
“Tak kisah, apa pun
boleh!” sahut ku bersama sebuah senyuman.
“Okey, kalau macam tu.
Bagi yang ni.. yang ni.... dengan yang ni!” aku lihat jari telunjuk Encik Adlan
mengunjuk ke arah gambar di buku menu, manakala pelayan itu ligat mengambil
pesanan yang dimahukan oleh Encik Adlan.
“Itu je bang?” soal
pelayan itu disambut dengan anggukan kecil Encik Adlan.
“Okey, saya ulang
semula!” lantas aku lihat pelayan tadi menyebut satu persatu menu yang dipesan
sambil sempat lagi memerhatikan aku secara curi-curi.
“Nasi putih dua, tomyam
campur satu, kailan ikan masin satu, pari bakar satu, ayam bakar satu, sambal
sotong satu, honey dew ais dua dan air kosong satu. Ada yang tertinggal?” ulang
pelayan lelaki yang kemas dalam persalinan kemeja putih.
“Okey, cukup!” sahut
Encik Adlan pendek.
“Sekejap lagi saya
hantar. Err... bang,” panggil pelayan itu perlahan. Aku lihat Encik Adlan
panggungkan wajahnya sambil kening itu menjungkit tinggi.
“Adik abang ke? Kirim
salam ya!” bisik pelayan itu perlahan namun masih dapat ku dengar dengan jelas.
Sesekali aku lihat diri itu menyimpul senyuman.
“Dah depan mata, kenapa
tak cakap sendiri?” soal Encik Adlan dingin. Lalu menjatuhkan semula pandangan
ke arah senarai menu makanan yang berada di atas meja.
“Sorry bang, errr...
awak!” pelayan itu panggil aku. Dan aku toleh ke arahnya seketika.
“Nak nombor telefon
boleh?” soal pelayan itu sambil buat isyarat tangan kepada aku. Aku hanya
geleng sekali, malu dan segan bila diperhatikan orang tambah-tambah Encik Adlan
ada terconggok depan mata aku ni.
“Ala... takkan tak
boleh? Kalau macam tu, awak ambil nombor
telefon saya!” aku hanya senyum dan seketika kemudian aku nampak dia tulis sesuatu
pada kertas.
“Nah, ni nombor celcom!
Awak miscall je, nanti saya terus je call awak!” gumam pelayan itu masih lagi tersenyum-senyum.
Aku tahan senyuman dengan keletahnya yang mencuit hati. Huluran kertas itu ku
sambut perlahan lalu ku letakkan di atas meja.
“Abang, terima kasih!
Cun adik abang,” sebelum berlalu sempat lagi dia katakan sesuatu pada Encik Adlan.
“Awak, jangan lupa
miscall okey!” ujar pelayan itu sebelum berlalu meninggalkan kami di sini.
“Perempuan zaman
sekarang ni susah dipercayai! Depan nampak baik, di belakang macam-macam boleh
jadi!” tiba-tiba Encik Adlan bersuara seperti menyindir aku. Aku jeling dia
sekilas, dia ni nak cari gaduh ke apa? Hessy!
“Bukan belakang je,
depan-depan pun dah berani buat perangai!” tokoknya lagi. Ai, dah lebih-lebih
ni Encik Adlan! Tak baik menfitnah! Berdosa!
“Encik Adlan tujukan
ayat tu pada siapa ya? Setahu saya, dekat sini cuma ada saya dengan Encik Adlan
je. Tak tahulah pulak, kalau-kalau ada perempuan lain dengan kita” Tutur ku
turut menyindir Encik Adlan.
“Bagi sini kertas tu!”
Encik Adlan minta dengan cara sedikit kasar.
“Bak sini kertas tu!”
kali ini Encik Adlan hulurkan tangannya dan aku menggeleng sekali.
“Nak buat apa? Ni saya
punya, dia kasi saya! So saya punyalah!” gerutu ku menyembunyikan tangan di
bawah meja.
“Saya minta baik-baik,
so lebih baik kalau awak beri pada saya secara baik!” ugut Encik Adlan
kedengaran aneh.
“Dia tak beri pada
Encik Adlan, dia beri pada saya! Dia beri pada ‘adik’ Encik!” terangku hakikat
sebenar. So, mengapa Encik Adlan nak menyibuk pula. Suka hati akulah! Dia
berfoya-foya, bergayut di telefon berjam-jam, dating sana sini. Aku tak pernah
ambil kisah pun, mengapa bila giliran aku. Bila tiba masa aku, dia nak
marah-marah pulak!
“Sebab awak, ‘adik’
sayalah, saya tak suka!” Gumam dia persis dia adalah abang aku! Huh please!
“Maaf Encik Adlan, ini
urusan peribadi saya. Jangan libatkan personal matter dengan urusan kita.
Urusan kita hanya tertakluk sebagai pekerja dan juga majikan. Itu sahaja!” ujar
ku mahu menguji sejauh mana dia mahu menyembunyikan status kami yang
sebenarnya.
“Fine, okey saya nak
awak tahu yang awak tu isteri saya. Masih lagi isteri saya!” tutur dia buat aku
terperanjat. Hessy Kay, cubalah semenggah sikit. Kan awal-awal kau dah tahu
yang kau tu isteri dia, ni nak terkejut pulak kenapa? Behave! Behave!
“Ehem!” aku berdehem
seketika menutup rasa canggung ku ketika ini. kertas tadi ku sumbat ke dalam
poket seluar jeans. Sejurus itu aku letakkan kedua tangan di atas meja lalu ku
sulam di antara satu sama lain. Sesekali wajah Encik Adlan ku renung, dan
pandangan ku jatuhkan semula ke permukaan meja makan.
“Encik Adlan, saya rasa
Encik Adlan sedang bermimipi!” uji ku sekali. Dan sebaik sahaja bicara ku berakhir,
Encik Adlan sandarkan tubuhnya ke kerusi
lalu dia biaskan sebuah senyum sinis. Wajah pula dipalingkan ke arah
luar restoran yang semakin lengang bila pengunjung mulai beredar pulang.
“Antara kita dah lama
berakhir!” tutur ku lagi. Dia kembali tersenyum. Sinis dan cukup menyakitkan
hati.
“Siapa kata?” soal dia
pendek. Aku telan liur, kali ini riak wajah Encik Adlan tampak tegang.
“Semua orang kata yang
kita dah tak ada apa-apa!” ucap ku bernada tegas. Cuba menyakinkan diri sambil
mahu melihat sejauh mana Encik Adlan mahu bermain tarik tali.
“Sepuluh juta! Ada
sepuluh juta, saya benarkan awak say good by to me!” dengan angkuh Encik Adlan
lafazkan bicaranya sambil terangkat-angkat kening itu ketika membicarakan
perkataan sepuluh juta. Sepuluh juta untuk proses tebus talak, itupun jika aku
sudah tidak mahukan dia lagi. Kalau dah 10 juta, macam mana aku nak cari. Payah
kut! Gaji tiga ribu macam ni... sepuluh tahun lagi pun belum tentu aku dapat
bayar harga tebusan. Ermm.. inilah salah
satu penganiayaan pada insan selemah aku.
“Kalau tak ada 10 juta,
lebih baik awak bersabar dan bertabah untuk terus jadi isteri saya!” tambah
Encik Adlan buat aku sesak dada.
“Tapi kenapa? Mahal
sangat 10 juta tu, bagilah diskaun!” aku minta sedikit potongan harga.
Harap-harap Encik Adlan bertimbang rasa.
“10 juta tu tak mampu
tampung segala penderitaan yang saya hadap selama sebulan, 10 juta tu juga tak
boleh tanggung segala trauma dan tekanan perasaan yang saya alami dulu! Dan 10
juta tu juga, sebagai jaminan masa depan, andai awak apa-apakan saya dalam
tempoh kita beri’idah! Siapa nak jaga saya lagi? Jadi, sebagai jaminan lebih
baik saya ambil langkah berjaga-jaga.” Gumam Encik Adlan bersahaja. Tapi aku
tahu dia hanya ambil kesempatan!
“Amboi Encik Adlan,
macamlah saya jahat sangat!” hambur ku perlahan.
“Jahat tak jahat, kalau
boleh buat saya macam-macam. Tak mustahil awak boleh cederakan saya lagi.”
ujarnya buat aku sedih. Ya Allah, teruknya perangai aku! Sampai Encik Adlan
boleh berasa takut macam tu sekali!
“Saya minta maaf Encik Adlan,
saya tak buat lagi.” tutur ku lirih menahan rasa bersalah.
“Saya tak mahu perkara
lama berulang lagi, saya dah tak sanggup nak hadap semua tu!” tokoknya lagi langsung
membuatkan aku bertambah-tambah rasa bersalah.
“Habis tu macam mana
dengan hubungan kita, saya tak rasa yang kita boleh bertahan dan berbaik!” ujar
ku yakin hal itu lantaran sikap Encik Adlan bagaikan tidak pernah berubah walau
aku cuba bertabah walaupun payah.
“Beri masa untuk diri
kita sendiri! Selepas tempoh percubaan nanti, awak bebas kemana sahaja asalkan
ada 10 juta!” ujar dia buat aku ketap bibir. Tak habis-habis dengan 10 juta dia
tu! Tengoklah nanti, kalau dapat 10 juta tahulah aku nak buat apa.
“Berapa lama tempoh
percubaan tu Encik Adlan?” soal ku sekadar bertanya.
“Sampai saya puas hati!”
tutur Encik Adlan buat aku pandang dia dengan pandangan tajam. Memang Encik
Adlan ni nak balas dendam agaknya! Mana boleh, aku tak sepatutnya menurut! Tapi
kalau tak menurut, mana aku nak dapat 10 juta yang dia minta tu? Husihhh...
rungsingnya! Jari jemari ku elus satu persatu, dalam berfikir aku tatap wajah
Encik Adlan. Tersenyum memanjang!
“Jadi?” aku soal dia.
“Jadi, bersedialah jadi
isteri saya semula. Pesanan saya, bertabahlah!” dia lafazkan bicara itu, takut
pula aku mendengarnya. Jangan-jangan memang Encik Adlan dah bertekad mahu buat aku
kecewa sepertimana dia kecewa dulu.
“Encik Adlan, saya tak
mampu jadi isteri Encik yang mendengar kata! Saya tak mampu jadi isteri yang
taat kepada suaminya, saya tak mampu melayani Encik seperti mana seorang isteri
melayani suaminya. Tolonglah Encik faham, saya tak mampu!” tutur ku berharap Encik
Adlan sedar akan hal itu. Hal yang sedari dulu harus Encik Adlan ketahuinya.
“Kenapa? Awak sudah berpunya?”
soalan itu buat aku tertunduk.
“Bukan!” jawapan ku
mudah.
“Habis tu? Sebab saya
tak kaya? Tak kacak? Tak ada wang berjuta?” dia soal aku dan aku geleng lagi.
“Bukan!” aku geleng
sekali.
“Berapa ramai yang kata
saya ni kacak, handsome! Kaya, macho, so what? Apa lagi yang tak cukup?” Dia
mengakui hal itu. Aku pula ketap bibir, ai Encik Adlan ni puji diri sendiri ke
apa? Bersungguh-sungguh benar dia berkata-kata.
“Saya bukan ahli muzik,
bukan juga lawyer ataupun majistret, tapi saya ni businessman! Kaya apa? Bagi
seribu sebab kenapa awak rasa hubungan kita tak kemana? Tak ada seribu, jangan
bermimpi untuk jauhkan diri awak dari saya.” soal Encik Adlan buat aku pelik. Minta
seribu alasan pula. Tak pernah minta sikit-sikit, semuanya main ribu-ribu
sampailah ke juta-juta!
“Sebabnya, saya tak
yakin boleh tahan dengan perangai Encik Adlan tu! Perangai Encik dah serupa
macam hantu jembalang! Saya tak suka!” aku jujurkan sebuah pengakuan. Dia pandang
aku, senyap tanpa suara. Alamak, aku salah cakap ke?
“Maaf Encik, saya terlepas
kata.” Ucap ku dalam nada perlahan.
“It’s okay,” sahutnya
sepatah. Suasana kembali hening tanpa bicara, melainkan bunyi alunan gamelan
yang masih terpasang di dalam restoran sederhana mewah ini. Dalam aku
tercari-cari patah bicara untuk di lafazkan kepada Encik Adlan yang sedang diam
membisu, kelibat pelayan lelaki itu muncul kembali bersama menu yang dipesan.
“Terima kasih,” ucap ku
sebaik sahaja menu yang dipesan tadi diletakkan di atas meja.
“Sama-sama, jangan lupa
miscall ya!” pesan dia buat aku senyum sambil menggeleng kepala sekali.
“Tak baik kacau anak
dara orang!” tiba-tiba Encik Adlan bersuara. Mendatar tanpa intonasi.
“Bang, saya minat dengan
adik abang ni! cantik!” puji lelaki bersama pengakuan berani matinya. Serentak itu juga,
aku terbatuk kecil. Gila ke apa?
“Kalau setakat cantik,
baik lupakan je! Carilah yang baik budi pekerti, lemah lembut dan yang paling
penting, ada pegangan agama!” ujar Encik
Adlan sambil jeling ke arah ku sekali. Tahu sangat dia tengah perli aku yang
kasar seperti gengster, dia pun apa kurangnya? Samseng!
“Takpe bang, saya boleh
didik adik abang jadi isteri solehah!” ucap pemuda ini buat aku tersipu. Sengaja
mempamerkan sebuah kelembutan di hadapan lelaki ini, biar Encik Adlan tahu aku hari
ini sudah jauh berbeza dengan yang dulu. Tak kasar dan paling penting, lemah
lembut!
“Takpelah, abang tak
minat! Lagipun adik abang ni bukannya baik sangat!” tutur Encik Adlan cuba bakar
line aku! Memburuk-burukkan aku pula. Aku buntangkan mata ke arahnya namun
seperti biasa Encik Adlan buat-buat tak faham isyarat tubuh ku.
“Degil, tak dengar
cakap! Kuat melawan, kuat mendera...semua yang buruk tu ada pada dia!” tokok Encik
Adlan bersungguh-sungguh seperti aku tak wujud di hadapan matanya. Nak kena ni!
Hah ambik kau! Kaki Encik Adlan aku pijak dengan kasut tumit tinggi, lalu aku
tenyeh sedikit,
“Arghhhh!” Encik Adlan terjerit kecil manakala aku pula pamer
senyum mekar bila jelingan Encik Adlan menerpa pandangan mata. Berkerut-kerut dahi itu menahan sakit!
“Kenapa ni Encik?”
pemuda itu bimbang.
“Err... tak hurmmm ada
kucing. Hah, ada kucing gigit!” aku lihat Encik Adlan tergugup melontar bicara
akibat rasa sakit yang tertanggung.
“Oh kucing, takpelah! Saya
buat kerja saya dulu! Nanti bos marah,” gumamnya mahu berlalu pergi.
“Ha, eloklah tu!”
sambut Encik Adlan perlahan.
“Apa dia?” pemuda yang
baru menapak selangkah kembali berpaling.
“Eh, tak ada apa-apa!”
Encik Adlan panggung wajahnya seketika sebelum geleng kepala sambil menggosok
kakinya yang pedih.
“Saya pergi dulu!”
gumam anak muda yang bekerja di restoran ini. Aku hanya angguk seraya
melepaskan sebuah senyuman, bila dia juga pamerkan senyumannya. Sesudah itu,
aku kalihkan pandangan ke arah Encik Adlan.
“Sakit ke Encik?” aku
soal dia bila wajah itu masih berkerut-kerut menahan sakit. Rasa bersalah
terbit di hati ini.
“Tak, tak sakit! Sikit pun
tak sakit!” ucap Encik Adlan buat aku telan liur. Tambah-tambah jelingan Encik
Adlan tampak cukup menakutkan. Matilah aku kali ni!
P/S: maaf atas kekurangan cerita ni. selamat membaca... terlebih terkurang dalam penyusunan dan penggunaan bahasa, saya mohon maaf. ada sesetengah penggunaan bahasa, tidak boleh diterima oleh sesetengah individu. saya mohon maaf, dan kalau boleh tegurlah mana yg tidak menyenangkan anda. insyallah saya akan perbaiki :)
sekian <3
Comments
hahaha ayat zizan razak dah keluaq....
best kak....next2...
nak sambungannya lagi hehehe...
hahaha...duduk pun boleh tertaip tidur sebab ngantok sesangat yer cik penulis....hihihi
lisa ngan adlah ni betul lah sepadan seorg gangster lagi seorg samseng...
lisa tak sedar kah dirimu yang adlan memang tak akan melepaskan kau pergi dari sisinyer....jadi belajar lah memahami yang sebenar nya abang adlan tu CINTA KAMU.....
tengok bukan senang2 dia nk lepas kan lisa dengan alasan yang beribu dan duit berjuta2....fokus2 lisa...
--za--
ini semua poyo! hihi tq again :)
tq so much coz sudi drop komen n reading kt sini :)
thanks beritahu..
terlepas pandang.. menaip dalam gelap n penuh nyamuk kiki... ini mesti kes bercakap dgn orang sambil menaip laju2 huhuhu...
mmg syarat yg alan letak 'syarat spt [uteri gunung ledang letak utk sultan melaka' susah nk dapat :)
mean dia x mahu lepas si lisa ni.
Haaa kau.. Br nak ngaku isteri bila Lisa kena ngorat dpn mata ...
Hahaha.... Alan.. Alan... Buang laa ego tu skit... Suka katakan suka
Jgn laa layan camtu, sian Lisa.. Lisa kan dah insaf...
abis la lisa...
best...
-miss A-
-ms sweetheart87-
☺☺😄