IKATAN BERSIMPUL MATI 9
“Nice,” dalam aku
sedang bertanya itu ini Encik Adlan melontar sebuah bicara. Aku hentikan
bebelan, lalu pandangan ku fokus ke arahnya.
“Cantik bilik ni,
decorate sendiri ke?” soal dia perlahan sambil memerhatikan seluruh ruang bilik
sederhana besar ini dengan penuh minat.
“Iyalah, rumah saya ni
tak ada orang gaji macam rumah Encik!” ujar ku sebaris.
“Kalau ada orang gaji
pun, belum tentu dapat hias bilik macam ni! Ni, nak sambut pengantin ke apa?”
aku telan liur bila perkataan pengantin meniti di pinggir bibir Encik Adlan. Bagi aku, bilik yang berhias ringkas ini hanya
biasa-biasa sahaja!
“Taklah,”
sahut ku pendek.
“Hermm.. nevermind!
Pasal tadi, I’m so sorry!
Libatkan awak dalam personal matter saya!” gumam dia sambil
menegakkan tubuh. Sesekali wajah ku menjadi santapan anak matanya yang hitam
pekat! Tiada senyuman mahupun apa-apa reaksi di wajah itu melainkan pandangan
bening yang sukar aku mengertikan.
“It’s okay Encik
Adlan, saya tak ambil hati!” aku luahkan rasa yang ikhlas datang dari hati yang
memang tidak terasa apa-apa.
“Thanks,”
balasnya pendek.
“Errr.. saya nak cakap something!”
ujarnya lambat-lambat.
“Encik nak cakap apa?”
soal ku laju. Mungkihkah Encik Adlan mahu membuat pengakuan berani matinya?
Mengakui aku masih lagi isteri dia?
“Saya rasa awak perlu
tahu tentang hal ni,” aku lihat dia bergerak ke cermin solek ku pula. Aku yang
masih berdiri di belakangnya tetap setia menanti bicara itu.
“Tentang apa?” soal ku
sekadar berbahasa. Sedangkan di dalam hati ini, aku sudah menjangkakan apa yang
ingin diperkatakannya sekejap lagi. Namun apa yang aku nantikan tetap tidak
kedengaran, lelaki itu hanya diam membisu lalu memaksa aku mendekati dirinya.
“Encik nak cakap apa?”
soal ku sebaris. Intonasi ku pula kedengaran mendatar sahaja.
“Tak ada apa!” sahut
dia dalam suara tegang. Aik tadi nak cakap, ni tak sampai seminit dah tukar
fikiran. Aneh betul!
“Saya nak balik!” Encik
Adlan berpusing lalu menapak mendekati pintu yang tertutup rapat.
“Err... kenapa pula ni
Encik?” soal ku hairan. Aku pandang meja solek dan Encik Adlan silih berganti.
Sebahagian hati aku ligat meneka perubahan Encik Adlan yang tiba-tiba.
“Tak ada apa!” pendek
namun tegas bicaranya. Aku ketap bibir apa yang tak kena ya? Aku teliti satu
persatu ruang kamar ini, dari katil singgah ke almari lalu terfokus ke arah
cermin solek.
“Oh no! Macam mana
boleh tak perasaan frame gambar tu!” aku menjerit dalam hati. Gambar aku
bersama seorang lelaki, teman sekampus ku dulu menancap pandangan mata. Lelaki yang
pernah bergelar kekasih hati ku buat tempoh satu jam, namun hubungan itu
terhalang angkara mak dan ayah tidak merestuinya. Dan gambar itu bukanlah
memberi apa-apa makna pada ku melainkan sekadar hiasan untuk almari solek yang
kelihatan kosong. Takkanlah aku nak letak gambar Encik Adlan yang sememangnya
aku benci! Hilanglah mood aku nanti! Tambahan
pula, sudah bertahun bingkai gambar itu berada di sana. Gambar ketika zaman
kanak-kanak rebina!
“Saya nak balik! Datang
ke sini pun just nak say sorry!” ujarnya lalu memulas tombol
pintu dan menapak keluar dari kamar ku.
“Encik Adlan,” panggil
ku sekali bila dia terus terusan menapak tanpa menoleh ke arah ku lagi.
“Encik Adlan,” seru ku
lagi bila dia enggan memperdulikan.
“Encik Adlan,
tunggulah!” rayu ku bila dia semakin menjauh menuju ke luar rumah.
“Awak nak apa? Dah
malam ni,” gumam dia seraya menghentikan langkah namun tubuh itu masih tegak
memerhatikan jalan yang terbentang di hadapan mata.
“Encik Adlan, nantilah
kejap!” seru ku seraya mempercepatkan langkah mendekati dia di hadapan sana.
“Saya nak balik!” tegas
lelaki itu sekali lagi.
“No, tak boleh!”
sahut ku juga dalam nada tegas. “Mak dan ayah saya macam mana? Takkan Encik nak
balik macam tu je, takkan tak cakap apa-apa?” soal ku sedikit geram bila dia
berlalu dengan mudah tanpa memperdulikan mak dan ayah aku yang masih berada di
dalam rumah.
“So?” soal dia
lalu memusingkan tubuh menghadap aku di belakangnya tadi.
“Mak dan ayah saya
hidup lagi, ada terpacak dekat dalam tu! Takkan Encik nak anggap mereka macam
tunggul kayu? Buat-buat tak nampak!” jerit ku sedikit kuat angkara rasa geram
yang tidak terkawal.
“Fine,” dia
bersuara lalu kembali semula menuju ke dalam rumah meninggalkan aku
terkulat-kulat di bahu jalan.
“Waits!” seru ku
bila menyedari lelaki itu sudah hampir menuju ke rumah yang terletak di lot
tepi.
“Nak apa lagi?” Encik
Adlan bersuara tegang. Langkah dihentikan seraya anak mata itu tajam menikam
raut wajah ku tika ini.
“Tak ada apa-apa!” aku
geleng kepala sekali . Tidak semena-mena aku dengar dia menghembus nafasnya
sedikit kuat lalu kembali menapak masuk ke dalam rumah. Dan aku? Hanya
mengekori Encik Adlan dari arah belakang.
“Mak, ayah... Alan nak
balik!” aku lihat dia dekati mak dan ayah yang duduk di sofa.
“Tak tidur sini ke Alan?”
pelawa ayah buat aku geleng kepala ku. Aku tak selesa kalau-kalau Encik Adlan
tidur di sini. Balik dari Kundasang semalam, segala apa yang dikatakan oleh
nenek ku khabarkan kepada mak dan ayah. Ketika itu dan detik itu juga hati ku luluh
bila ayah lafazkan kata-kata maaf kerana merahsiakan hal itu dari pengetahuan
aku sebegitu lama. Kasihan ayah, pasti berasa amat bersalah pada aku kerana
menyimpah rahsia itu terlalu lama dan aku pula mengetahuinya dari orang lain,
bukan dari mulut mereka sendiri. Berkali-kali ayah lafazkan kata maaf, namun
sebagai anak! Aku faham mereka sudah melakukan yang terbaik untuk aku yang
bergelar anak tunggalnya.
“Alan jangan risau,
kalau tak mahu ke bilik sana tu. Banyak lagi bilik kosong dalam rumah ni!”
tokok ayah mencadangkan bilik yang lain.
“Takpelah yah, Alan
rasa Alan nak balik!” gumam Encik Adlan kedengaran bersopan menutur bicara.
Tadi marah yang amat, kini pandai pula bersopan santun.
“Kalau Alan dah kata
macam tu, ayah tak paksa. Kalau nak tidur sini, bila-bila masa Alan lapang Alan
datanglah!” pelawa ayah dianggukkan sahaja Encik Adlan. Aku lihat dia tersenyum
hambar sebelum menyambung kembali bicaranya tadi.
“Alan nak minta izin
ayah, nak bawa Lisa keluar sekejap!” tiba-tiba Encik Adlan bersuara meminta
kebenaran ayah untuk bawa aku keluar dari rumah. Ayah pandang aku, mahukan
perdapat aku barangkali.
“Err... Kay rasa mengantuk! Uarghhh.” aku pura-pura
menguap. Namun jelingan maut mak terus sahaja memanah anak mata ku. Serentak
itu juga, kantuk yang ku buat-buat hilang begitu sahaja.
“Pergilah Kay, jangan
melawan kata suami!” mak dekati aku lalu berbisik perlahan sebelum menuju ke
dapur untuk membancuh air katanya.
“Kay, pergilah bersiap!”
suruh ayah pula dan aku lihat Encik Adlan sembunyikan senyumannya. Menanglah
tu, bila mak dan ayah sebelahkan dia.
Dengan langkah malas,
aku hampiri kamar lalu pintu yang terbuka ku tolak sedikit sebelum ku loloskan
tubuh ke dalamnya. Sesudah itu aku rapatkan kembali daun pintu untuk menukar
pakaian! Sedang aku berkira-kira menanggalkan baju yang tersarung di tubuh, pintu
bilik terkuak dari luar! Hampir-hampir
aku menjerit bila wajah Encik Adlan terjengul di muka pintu.
“Encik Adlan, saya nak
tukar baju! Boleh Encik keluar sekejap!” pinta ku penuh hormat.
“Tukar ajelah! Bukan
tak pernah tengok pun!” sahut dia bersahaja seraya merebahkan tubuh di katil
bujang ku.
“Saya tak selesa!”
gumam ku tentang sebuah rasa ketidak selesaan ini.
“Malam tu okey je!” dia
sebut lagi peristiwa beberapa hari lepas.
“Encik Adlan jangan
sebut hal tu lagi! Saya tak mahu ingat!” tegas ku buat Encik Adlan bangkit dari
baringannya lalu memerhatikan aku di meja solek.
“Kenapa tak mahu ingat?”
soal dia ku balas dengan gelengan. Aku tak mahu membincangkan sesuatu yang
tidak au sukai. Lantaran lelaki ini tidak sekalipun mengakui aku adalah
isterinya. Sengaja membiarkan aku menyangka, bahawasanya aku dan dia sudah
tiada apa-apa hubungan.
“Kalau Encik macam
ni.... makin lambatlah kita keluar!” beritahu ku sengaja mengubah topik
perbualan. Encik Adlan pandang aku tanpa
riak. Entah apa yang sedang difikirkan oleh Encik Adlan agaknya?
“Lambat pun takpe!”
tutur dia bersahaja.
“Encik Adlan, jangan
macam ni. Saya nak tidur, esok saya kerja! Nak berebut bas lagi, kereta yang
Dato Fadli bagi tu, dah tertinggal dekat basement! Kalaulah saya tak ikut Encik
siang tadi, tak adanya saya susah hati macam ni.” rungut ku sedikit tidak puas
hati. Kerana mengikut lelaki itu, aku terpaksa berhadapan dengan Wanda yang
cukup gedik! Kerana mengikut lelaki itu, aku terpaksa balik sendiri! Meredah titis hujan di celah-celah orang ramai yang
menapak perlahan menuju ke stesen KTM. Berpenat lelah menunggu giliran beratur
menaiki KTM sebelum selamat tiba di rumah. Banyak sungguh halangan dan dugaan
yang harus ku tempuh seketika tadi!
“Terpulang pada awak,
kalau awak lambat... lambatlah kita balik!” dia beri kata putus kepada aku. Dia
enggan keluar dan aku pula diberi pilihan sama ada memakin pakaian di
hadapannya atau hanya menunggu hingga dia sendiri beredar.
“Tutup mata!” aku
arahkan dia berbuat begitu.
“Perlu ke?”Soal dia
selamba.
“Nampak ni?” aku
tunjukkan penumbuk yang ku kepal erat.
“Hai, tak habis-habis
lagi ke nak mendera saya?” bicara itu buat aku terkedu seketika. Perlahan-lahan
tangan yang gagah terhala ke arahnya jatuh lemah ke sisi. Aku? Aku ke yang
pernah dera dia dulu? Tidak semena-mena keluhan panjang ku lepaskan tanpa
sedar.
“Kenapa?” soal Encik Adlan sebaik sahaja keluha ku menerjah ke
gegendang telinganya.
“Tak ada apa!” aku
geleng kepala ku sekali.
“Saya nak pakai baju!
Pandang sana,” aku suruh Encik Adlan dan perlahan-lahan dia mengalih wajah ke
arah lain. Lalu aku mengambil kesempatan ini untuk keluar untuk menukar pakaian
di dalam bilik air yang terletak di luar bilik tidur.
**
“Gosok semua baju yang
ada dalam almari tu!” suruh Encik Adlan sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik
tidurnya. Nenek dan papa tidak pula kelihatan, mungkin sudah tidur di kamar
masing-masing lantaran jam di tangan sudah menunjukkan angka 11 malam. Sudah cukup
lewat bagi golongan lanjut usia berjaga waktu-waktu begini.
“Encik Adlan, saya ni
PA encik di pejabat! Hal dan urusan encik di rumah, bukan tugas saya dan semua
ni diluar bidang kerja saya! Saya tak dibayar gaji untuk buat semua kerja-kerja
ni!” luah ku seraya memerhatikan dia yang sedang sibuk dengan permainan PS3
nya. Sedap-sedap je suruh aku buat itu ini, dia pula elok berlingkar di depan
TV.
“Buat je! Tak payah
banyak tanya, saya up gaji awak seribu!” tutur dia perlahan sambil leka
memerhatikan kaca TV. Aku kerling ke arah skrin TV, entah games apa yang sedang
dilayaninya!
“Kalau gaji beribu pun,
hati tak tenang nak buat apa Encik Adlan?” soal ku sebaris. Geram pula dengan
sikap Encik Adlan yang menyangka wang mampu membeli segalanya! Tak patut aku
yang bekerja di pejabat dibawa pulang ke rumah dan diminta menguruskan
pakaiannya pula.
“Saya up lagi seribu!
Tiga ribu gaji di office, dua ribu lagi gaji menguruskan saya!” gumam dia tanpa
menoleh aku yang memandang tajam ke arahnya.
“Dua ribu untuk uruskan
Encik Adlan?’ soal ku antara percaya dan tidak. Dah buang tabiat ke apa? Dia bukannya
sakit pun, kenapa perlu diuruskan bagai?
“Yup! Dua ribu,” ulang
Encik Adlan bersungguh.
“Kerja apa yang boleh
saya buat untuk Encik?” soal ku sekadar ingin tahu namun aku belum memutuskan untuk
menerima atau menolak tawaran pelik darinya.
“Buat apa yang saya
suruh! Mudahkan!” dia berpaling pada aku dengan riak selambanya seperti tadi.
“Tak mahulah Encik
Adlan, kerja di pejabat pun saya tak larat nak buat! Ni kan pulak nak tambah
kerja-kerja yang lain!” aku tolak mentah-mentah.
“It’s okey, fine!
Empat jam buat kerja pejabat, empat jam lagi buat kerja yang saya suruh!” putus
Encik Adlan betul-betul buat aku sakit hati. Dia ku tatap dengan pandangan mata
yang sedikit mengecil. Geram!
“Sudah, tolong gosok
baju kerja saya! Selagi tak habis satu almari, jangan harap boleh balik!” dia
perintahkan aku sesedap mulut. Mahu sahaja aku cilikan mulut Encik Adlan yang
selamba menutur bicara. Langsung tak menjaga hati aku!
“Iron ada atas
kabinet!” tokok dia lagi. Aku pandang seterika yang dimaksudkan, kemas terletak
di dalam rak di atas sana. Ingin sahaja
aku ambil dan tekap pada muka Encik Adlan. Harap je muka kacak, perangai tak
pernah berubah.
“Apa pandang-pandang?
Buatlah cepat! Kalau rasa nak tidur sebilik, tak payah buat! Tak payah siapkan!”
dia ugut aku dan aku jeling dia lagi. Ingat aku nak sangat tidur dengan dia ke
apa? Perasan!
“Jeling-jeling, pergi
buat cepat! Sekarang dah pukul sebelas! Dalam almari tu ada 23 helai baju
kemeja! Gosok semua!” arah dia lagi.
“Blazer, seluar dengan
t-shirt sekali!” tambah Encik Adlan penuh tegas. Aku ketap bibir sambil
menancap batang tubuh lelaki yang masih leka dengan PS3 nya.
“Jangan sampai berkedut!
Kalau berkedut, gosok sampai hilang!” aku ketap bibir bila dia mengarah itu
ini. Memang lelaki ni dah lama tak rasa susah hati agaknya.
“Encik Adlan, maaf ya!
Saya tak minat nak turut kehendak Encik!” aku atur langkah lalu bergerak menuju
ke pintu namun dia hanya tersenyum sinis sambil mencemik sekali. Ah pedulikan,
langkah kaki ku atur laju mendekati muka
pintu lalu tombol ku pulas. Mahu segera meninggalkan Encik Adlan yang sudah
menyalah gunakan kuasa yang dia ada.
“Tak boleh buka ke?”
soal Encik Adlan dalam senyuman. Tersengih-sengih dia ketika ini, dan waktu
serta detik ini aku lihat kepala Encik Adlan bagaikan bertanduk lima. Nampak
semua kejahatan yang pernah dia lakukan pada aku dulu.
“Kenapa kunci?” soal ku
pendek bila tombol yang ku sentuh tidak dapat digerakkan.
“Siapkan semua
kerja-kerja ni dulu! Kalau tak siap, tak boleh keluar.” Dia senyum seketika dan
sejurus itu kembali menancap kaca TV.
“Encik Adlan, behave
yourself!” aku sudah panas hati dengan tingkah dan perbuatannya.
“What?” soal dia
sepatah.
“Saya nak jumpa
boyfriend saya! So, let me go!” aju ku mencari alasan untuk dilepaskan.
“Boyfriend?” ulang
Encik Adlan sekali.
“Yup!” sahut ku menyakinkan
lelaki itu.
“Yang dalam gambar tadi?”
tokok Encik Adlan dalam nada suara mendatar.
“Handsomekan?” sahut ku
selamba. Huh dia ingat, dia je ada girlfriend, aku pun ada boyfriend tahu!
“Lelaki macam tu, awak
kata handsome! Dah rabun ke apa?” ejek Encik Adlan buat aku naik angin!
“Suka hatilah, habis tu
Wanda yang tergedik-gedik tu Encik Adlan ingat cantik sangat ke?” aku kutuk
awek Encik Adlan. Padan muka dia! Sudahlah perasaan cantik, merengek tak kena
tempat! Cemburu buta lagi! hessy sanggup pula Encik Adlan jadikan awek! Kalau akulah
jadi lelaki, jangan harap perempuan spesis Wanda menjadi pilihan hati aku. Mujur
aku dicipta sebagai seorang perempuan!
“Saya nak balik! Dah lewat,”
gumam ku pendek.
“Sorry! Selagi tak
gosok semua baju dalam almari tu, jangan harap saya lepaskan awak balik! Bila dah
siap semuanya, jangan lupa lipat baju dalam bakul dekat hujung sana!” ucap dia
dalam nada suara yang agak keras. Aku pandang sudut yang dimaksudkan, alamak
ai... sebeban baju tidak berlipat menerpa anak mata. Heh sudah kenapa pulak
dengan dia ni? Macamlah tak ada orang gaji dalam rumah ni?
“Mana orang gaji Encik
Adlan, saya bukan orang gaji di sini!” aku masih bersopan santun melayani dia
yang sudah naik angin. Ah, nasib ni Lisa bukan Kay. Walaupun individu yang
sama, namun keduanya punya karakter yang berbeza. Kalau beginilah cara Encik
Adlan bercakap dengan aku dulu, entah apa-apa lagi kekejaman yang mampu aku lakukan
pada dia. Nauzubillah!
“I don’t care, lepas
siap gosok baju! Lipat baju, kemas cadar ni! Tukar alas yang baru. Vakum lantai
dan cuci bilik air!” dia senaraikan tugasan yang harus ku pikul malam ini.
Amboi banyak betul, agak-agaklah kan!
“Ha, sebelum buat kerja
tu! Tolong buat air!” suruh dia lalu bangkit dari sofa dan melabuhkan pula
punggungnya di kerusi rotan berdekatan kepala katil. Aku yang mendengar sudah
panas telinga, nak kena ke apa Encik Adlan ni. Melebih-lebih pulak,
mentang-mentang aku dah insaf dan berubah jadi sopan santun. Macam ni pulak dia layan aku.
“Tak payah nak
jeling-jeling! Pergi buat cepat!” arah dia selamba.
“Air apa?” soal ku
sepatah.
“Apa-apalah!” gumam dia
buat aku ketap bibir, geram benar dengan sikap kuat memerintah Encik Adlan. Dah
lama agaknya lelaki bernama Adlan Zakuan ini tak merasa kesengsaraannya dulu!
Tungu kau Encik Adlan, tunggu dekat situ! Langkah ku atur menuju ke muka pintu
mahu membancuh air yang bakal menjadi ingatan dan igauan ngeri buat Encik
Adlan. Tapi, pintu berkunci! Dia ni betul ke tak!
“Jangan nak menganiaya saya pulak, rumah ni
ada CCTV!” dia gumam sambil ketawa mengejek. Ah sakitnya hati aku. Mana dia
tahu aku nak apa-apakan dia? Dia ada bela apa-apa ke? Hesss.... jangan percaya
benda macam tu Khalisa, tahyul semua tu! Astaghfirullahalazim, Ya Allah
ampunkan aku!
“Yelah! Pintu ni kunci,
macam mana saya nak keluar?” soal ku bersahaja. Cuba menahan rasa geram yang
membukit di hati.
“Hermm... tak payahlah!
Pergi buat kerja awak tu!” Encik Adlan sanggup menahan dahaga semata-mata
enggan melepaskan aku pergi. Pasti dia sudah arif tentang sikap aku yang gemar
melarikan diri sebaik sahaja ada peluang yang terhidang.
Perlahan-lahan aku
menapak menuju ke almari pakaian. Helaian demi helaian kemeja ku campak ke atas
katil. Sejurus itu, aku gapai seterika dan papan penggosok baju lalu ku bawa
mendekati soket. Mahu segera menyudahkan kerja-kerja yang di arahkan oleh
majikan yang menjalankan pemerintahan kuku besi.
“Encik Adlan jangan nak
buli saya,” peringat ku bila dia tidak sudah-sudah mencari salah ku. Ada sahaja
yang tak kena di pandangan matanya. Berkedut sedikit pun berkira-kira! Mengomel
itu, mengomel ini. Persis dialah raja besar yang harus mendapat penghormatan
tertinggi dari aku. Eh, kalau tak sabar... dah lama aku tangan-tangankan Encik
Adlan ni. Ke dia dah lupa segala perit kesengsaraan yang dilalui dulu hingga
dia berani-berani menyuruh aku melakukan itu ini. Yang aku pun satu, mengikut
semua telunjuk dia ni kenapa pulak? Heran.. heran!
“Buat kerja tu biar
semenggah sikit, ni apa? Gantung pun tak betul, belakang leher ni masih lagi
berkedut. Hujung lengan berlipat! Macam ni awak buat kerja?” soal dia pada aku
yang sudah sakit pinggang setelah hampir sejam lebih menggosok pakaian
kerjanya. Sebaik sahaja bicaranya berakhir, aku pamerkan tindak balas ku
melalui jelingan tajam! Geram betul dengan dia ni!
“Ikut Enciklah, saya
tak larat nak layan!” gumam ku perlahan. Sejurus itu aku hamparkan kain tebal
di atas lantai lalu seterika ku bawa ke bawah. Mahu menggosok baju dalam
keadaan bersila pula. Kaki sudah tidak mampu menampung berat badan terlalu
lama. Harap-harap kaki ku tak lenguh dan pinggang pula tak sengal!
“Buat kerja tu biar
ikhlas,” perli Encik Adlan bila merasakan kerja yang aku lakukan tidak menepati
citarasanya. Aku panggung wajah ku menatap batang tubuh Encik Adlan yang duduk
di birai katil. Aku semakin mengantuk, bibir lelaki ini pula semakin kuat
membebel. Hessy rimasnya!
“Ikhlas tu tak boleh
dipaksa!” luah ku sambil menekup mulut akibat kuap yang sudah berkali-kali
terhambur. Tangan masih ku kerah untuk menggosok baju kemeja Encik Adlan walau
aku sedar pandangan mata ini semakin berpinar-pinar dan akhirnya suasana kelam
membuai aku ke alam indah.
Angkara rasa sejuk yang
menggigit tubuh, bantal peluk ku gapai lalu ku dakap seeratnya.Wangian yang
terbit dari fabrik membuai-buai lena ini. Seraya itu juga, aku dekatkan wajah
lalu ku gesel hidung yang dianugerahkan sedikit mancung ini ke permukaan bantal
peluk. Harum dan menyegarkan! Aku selesa dan hangat, lalu ku paut bantal peluk
itu seerat mungkin! Rasa kantuk ini mengheret aku untuk terus terbuai di dalam
mimpi yang indah namun sebaik sahaja sepasang telinga ini mendengar bicara
seseorang, mata yang tertutup rapat ku buka sedikit!
“What?” Encik Adlan
bersuara sebaik sahaja pandangan mata ku berlaga dengan pandangan bening
darinya. Encik Adlan? Dia buat apa dalam bilik aku ni?
“Errr!” aku kehabisan
bicara. Macam mana aku boleh tidur dengan dia ni? Sekatil pulak tu! Ah... sudah!
“Dah puas mencabul?”
soal dia buat aku terkedu. Aku pandang diri ku, serentak itu juga aku telan
liur. Kedua tangan ku sedang memaut belakang leher Encik Adlan. Manakala sebekah
kaki ku pula berada di atas perut Encik Adlan yang sedang berbaring.
Dan wajah ini sedang melekap di dada dia yang tidak berbaju!
“Oh no!” aku jerit
sekuat hati dan serentak itu juga aku bangkit menjauhi Encik Adlan.
“Errr... I’m so sorry Encik
Adlan! Saya tak sengaja!” tutur ku kedengaran sedikit gugup. Dia ku pandang
takut-takut!
"Encik Adlan saya mintak maaf!" ujar ku bersungguh. Aku
lihat, Encik Adlan bangkit dari
berbaring lalu duduk berlunjur di atas katil sambil sepasang anak mata itu liar menjamah raut wajah ku.
“Sorry?” soal dia
bersama kening yang dijungkit tinggi. Aku hanya mengangguk sekali, mengiyakan bicaranya.
“Ya! Sorry... Encik Adlan. Saya tak
sengaja.” Tutur ku seraya menarik rambut menutupi seluruh wajah. Aku malu
tambah-tambah bila Encik Adlan kata aku telah mencabul dirinya!
“Tunggu dekat situ
sekejap!” gumam Encik Adlan bersama arahan barunya. Aku angguk sekali lalu
kakukan diri di sudut katil. Encik Adlan pula sudah bangkit dan bergerak ke
jendela kaca yang sedikit terbuka. Di tangan kanan lelaki itu kulihat telefon
bimbit sedang dipegang erat!
p/s: maaf atas kekurangan. :)
Comments
They're both funny.
What happened at the end? I don't get it...
apalah yang adlan plan nak kenakan si Lisa ni,
makin tak sabar, nak lagiiii... hihi :)
“Encik Adlan, saya nak balik!” gumam ku bila dia menapak mendekati. Dan aku pula mengesot menjauhi.
“Nak balik? Takkan semudah tu?” soal dia bersahaja.
“Apa maksud Encik ni? Saya nak balik, dah lewat sangat!” tutur ku menghambur alasan. Ngeri bila pandangan aneh Encik Adlan menerpa sepasang anak mata ini.
da edit semuanya 16 pages tau kkikiki... thanks for reading :)
Alan pn satu..nk mgenakan org je
-miss A-
cerita yang menarik dan akak suka sgt. What happen to JMPW dan Sekadar Hiasan Dunia? rindu kat Amira dgn Taufiq serta apa jd kat Firdaus dan Reen semuanya masih tergantung.
Macam biasa, nak lagi dan lagi dan lagi...
tunggu lah skit masa lagi bila perut lisa dah berisi ....jeng2....
siapa pula yang talipon itu....err waktu tu pukul berapa ek...dah pagi ker? kalau si Wanda berasap kay nanti ....hihihi
--za--
tq for reading :)
sekadar hiasan dunia, otw tuju jalan penamat.
nak lagi ek kak? wah kikiki.. akak punya macam mana?
susahlah nak buat watak serius... acane ni?
akak baru baca bab 7,8 dan hari ini bab 9 sekali rap..apa yg akak dapati plotnya semakin hari semakin menarik..akak dapat bayangkan pertelegahan mereka berdua yg akak rasa masih terbiasa 5 tahun dahulu..nampak gayanya mereka ini masih belum matang lagi..dan akak rasa adlan cuba memikat lisa @ kay dengan caranya yg macam samseng ..dan adakan adlan akan menggunakan kuasa vetonya sebagai suami untuk menyuruh kay bermalam disitu ..yg kelakarnya..apa di kisahkan oleh si Kay tu..kan..Terujanya nak tahu..adakah malam itu mereka akan merasai seperti malam pertama mereka dahulu dan adakah yg membuat panggilan itu ibu dan ayah Kay yg hanya menanya khabar yg anak mereka akan bermalam disana..
thanks kak ida... mmg adlan masih nak cari pasal dgn si lisa.. tambah2 bila dia tengok frame gambar lisa dgn seorang lelaki.
tentang panggilan telefon tu, heheh sama2 nantikan ek :)
Adlan masih lagi dengan misi membalas dendam
Kay@Lisa pula jadi penurut pula :) aura melawan masih lagi tersimpan...
Apa Adlan buat dengan talipon tu, dia nak ambil gambar Lisa ke?
Moga acara buli membuli tidak mencapai tahap maksima
bimbang Lisa akan lari lebih jauh...