IKATAN BERSIMPUL MATI 7 & 8
“Buatkan air,” Encik
Adlan bersuara sebaik sahaja langkah kaki ku mendekati pintu dapur.
Lambat-lambat aku berpaling ke arah dia yang sedang membelek-belek risalah
destinasi menarik sekitar negeri Sabah ini. Untuk apa, aku pun tak pasti kerana
pagi-pagi esok kami semua akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
“Air panas eh,” tambah
Encik Adlan lagi.
“Encik nak air apa?”
soal ku acuh tak acuh. Mungkin dia tidak tahu, yang aku sudah tahu aku dengan
dia masih lagi suami isteri. Isshh macam manalah boleh jadi macam ni? Macam
manalah aku boleh terikat dengan Encik Adlan? Hessy.... tidak sedar aku
mendengus panjang.
“Kalau tak ikhlas, tak perlu buat!” ujar Encik Adlan buat aku terkesima. Nada suara itu mendatar tanpa intonasi.
“Err... bukan macam tu Encik, saya cuma buat senaman nafas tadi.” ujar ku bagi alasan entah apa-apa. Ah lantaklah, asalkan ada jawapan menepis bicara Encik Adlan tadi itu sudah cukup baik.
“Encik nak minum air apa?” aku menyoal dia. Tubuh ku sandarkan ke tepi dinding, sambil menanti dia bersuara.
“Teh ‘O’ laici!” sahut Encik Adlan buat aku terpempam seketika. Eh, dia ni ingat ni kedai makan ke apa? Mana nak cari laici tengah-tengah malam buta macam ni? Mengada-ngada!
“Encik,” seru ku sekali.
“Hermm..” dia menyahut lalu mengalih pandangan ke arah ku seketika. Kening itu ku lihat terangkat sebelah, menanti aku meneruskan bicara. Dengan langkah longlai, aku dekati dirinya. Kali ini aku tidak takut lagi, lantaran aku dan dia masih halal dan tiada apa harus aku takutkan lagi.
“Rumah ni tak ada laici, yang ada peket kopi je!” ujar ku sebaris.
“Habis tu, kenapa tanya tadi?” soal dia bersahaja dan diri itu ku lihat bangkit berhadapan aku yang sedang berdiri di sisi sofa.
“Errr..” apa aku nak jawab ek. Aku juga yang menggatal tanya nak minum apa? Padahal dekat dapur tu cuma ada peket kopi je pun!
“Siaplah, kita keluar sekejap!” tutur Encik Adlan memberikan aku kata putus antara sebuah permintaan dan juga sebuah arahan.
“Nak kemana Encik? Dah malam ni, tak elok keluar lewat-lewat macam ni.” aku hamburkan bicara mahu mengelak dari berdua-duaan dengan Encik Adlan. Tak mahu aku, nanti jadi macam semalam pulak. Tak mahulah!
“Kita keluarlah, bukan boleh buat apa pun dalam rumah ni! Boring,” Encik Adlan bersuara lagi.
“Boring?” ulang ku sepatah.
“Hermmm boring! Siaplah, tunggu dekat luar! Jangan lambat!” ujar Encik Adlan seraya mendekati pintu utama lalu menarik tombol pintu dan beberapa saat kemudian, Encik Adlan sudah hilang dari pandangan mata. Aku pula bergegas ke bilik menukar pakaian lalu menggapai tudung yang terdampar di atas katil. Penampilan ku rapikan di hadapan cermin solek, sejurus itu kaki ku bawa menuju ke arah Encik Adlan yang sudah sedia menunggu di luar apartment.
“Nak kemana ni Encik?” soal ku sambil beriringan dengan lelaki yang sedang memeluk tubuhnya ketika ini.
“Ikut je,” suruh dia tidak mahu aku terlalu banyak menyoal jawab lalu kereta yang terletak di kotak parking dihampiri. Sebaik sahaja tubuh diboloskan ke dalam perut kereta, Encik Adlan terus sahaja memandu hingga ke suatu tempat! Aku hanya menurut dan memerhati.
**
“Encik Adlan, saya
sejuklah! Jomlah balik,” gumam ku memohon Encik Adlan bertimbang rasa sedikit.
Buat apa tengah malam-malam buta dekat ladang teh ni? Hisss... buang tabiat ke
apa Encik Adlan ni?
“Encik Adlan, jomlah
balik! Nyamuk, seram lagi. Jomlah balik!” aku sentuh lengan dia kemudian aku
goncang sedikit agar dia sedar perbuatannya ketika ini.
“Shhh...” Encik Adlan
suruh aku senyap. Dia masih terkondok-kondok bersembunyi di sebalik pohon teh
separas dada kami.
“Encik tengok apa?” aku
berbisik dekat di telinga dia.
“Kelip-kelip!” sahut
dia perlahan.
“Mana? Mana?” aku
dekati Encik Adlan lalu turut sama mengintip apa yang sedang menjadi intipannya
ketika ini.
“Tu,” Encik Adlan
perhatikan aku sejenak sebelum memuncung ke arah hujung daun teh yang menjadi
persinggahan kelip-kelip.
“Nampak tak?” soal dia
gemersik.
“Tak,” aku geleng
kepala sekali sambil cuba memerhatikan apa yang diperhatikan Encik Adlan.
“Dekat sana tu,” tidak
semena-mena bahu ku dipeluk dan tubuh kami menunduk sedikit melihat ke arah
hadapan sana.
“Nampak?”
“Herrmmm nampak!
Cantiknya!” ujar ku teruja.
“Cantikkan!” sahut
Encik Adlan bersama senyuman yang sukar aku mengertikan. Di sana sepasang
kelip-kelip sedang berterbangan dari satu daun ke satu daun yang lain. Terbang
berpasangan di dalam suasana kelam tidak bercahaya.
“Kelip-kelip ni cantik
bila tiba waktu malam, waktu siang kita takkan dapat nampak cahayanya.” Gumam
Encik Adlan perlahan.
“Oh,” aku angguk sekali
dan cuba menjarakkan tubuh bila Encik Adlan semakin mengeratkan pelukan di bahu
ku. Dalam tingkah berhati-hati itu, aku mengundur setapak ke belakang dan
sentuhan bahu yang erat terlerai dengan sendirinya.
“Kita balik iya, saya
sejuk!” ujar ku mohon simpatinya.
“Marilah!” dia tegakkan
tubuhnya kembali lalu berpusing menghadap aku yang sudah berdiri di
belakangnya.
“Nah, ambil ni.” jaket
yang tersarung di tubuh ditanggalkan lalu diserahkan kepada aku yang sedang
menggosok lengan di antara satu sama lain!
“Ambillah!” sua dia
bila aku enggan menyambut.
“Jangan degil Kay,”
tiba-tiba aku tersentak bila mana panggilan itu menerpa pendengaran ini.
“Err...” aku kehabisan
bicara. Dan tanpa disedari Encik Adlan sendiri meletakkan jaket tersebut di
belakang tubuh ini.
“Jom balik, kita
singgah ke restoran! Pukul 10 esok, kita nak fly ke KL.” Beritahu dia buat aku
angguk sekali. Aku bungkam seketika, bagai tiada patah perkataan yang mampu ku
luahkan saat ini bila jari jemari ku
digenggam erat mengikuti langkahnya menyusuri lorong kecil di tengah-tengah ladang
teh yang kelam tidak bercahaya.
***
Encik Adlan tak ada hari
ni. Katanya mahu ke Seremban bersama
Felina kerana ada sedikit urusan kerja. Dan aku, sudah tentunya tidak dibawa
ikut bersama lantaran tiada keperluan untuk aku bersama mereka. Maka aku harus
menguruskan segala kerja-kerja yang bersangkut paut dipejabat, menguruskan
temujanji juga merencanakan jadual kerjanya sepanjang minggu ini.
Sedang aku duduk
termangu di meja kerja, telefon di sudut kanan meja ini berdering lagi. Tidak
semena-mena aku menghela nafas. Malas sebenarnya mahu menjawab panggilan yang
tiada kena mengena dengan urusan kerja.
“Good morning, AZ Bizz
Management, may I help you miss?” ujar ku memberi kata-kata selamat kepada
pemanggil di sebelah sana.
“Pass my phone call to
Adlan Zakuan!” suara disebelah sana kedengaran kasar dan tidak sabar-sabar.
“Sorry miss, he is not
in office.” Ujar ku masih lagi berbudi bahasa.
“What?” aku dengar dia
membentak siap pakej jeritan menjerit lagi. Apalah dia ni, dah Encik Adlan tak
ada. Nak marah-marah aku pulak! “Bila dia balik?” kali ini dia menyoal lagi. Keras
sungguh nada suara yang terlafaz.
“Mungkin petang ni,”
sahut ku pendek. Malas sebenarnya melayani orang yang tak reti menghormati
orang lain.
“Pukul berapa?” dia
masih menyoal ingin tahu.
“Saya tak pasti, kalau
ada urusan penting Cik boleh tinggalkan pesanan kepada saya! InsyaAllah bila
bos saya sampai ke office, saya akan sampaikan pesanan Cik kepada Encik Adlan!”
cadang ku agar dia di sebelah sana tidak lagi berapi-api dan menghamburkan api amarahnya
kepada aku.
“Hey, you ni siapa ha?
This is my personal affairs, perlu ke beritahu you?” ejek dia memperlekehkan aku.
“I’m so sorry Miss.”
ujar ku sudah mula terasa malas melayani panggilan dari pemanggil yang tiada
adab dan budi bahasa dalam berbicara.
“Herrmm... nanti kalau
dia balik, inform dia yang I nak jumpa dia! Oh lupa nak beritahu you, my name is
Wanda. Called me Wanda or Wan.” Beritahu dia tanpa aku yang bertanya.
“Okey...” belum sempat
kau meneruskan bicara dia sudah memutuskan talian. Hessyy dia ni kan sengaja
buat aku naik angin ke apa? Huh!
“Siapa call tadi?” Puan
Dania yang menemuduga aku tempoh hari datang mendekati.
“Wanda,” ujar ku
pendek.
“Dia nak apa?” soal
Puan Dania lagi.
“Entahlah Puan, saya
pun tak tahu! Katanya ada urusan dengan Encik Adlan!” gumam ku buat Puan
Dania tersenyum segaris.
“Janganlah panggil
Puan, panggil Kak Dania je! Lebih selesa dan lebih mesra!” ujar Puan Dania yang
mahu aku menyapa dirinya dengan panggilan Kak Dania. Syukur, mereka semua baik
pada aku yang masih baru di sini.
“Yang call tadi Wanda
ek?” soal Kak Dania berwajah serius.
“Hermm, betullah tu!”
angguk ku sekali.
“Kenapa kak?” aku soal
Kak Dania hairan dengan riak wajahnya ketika ini.
“Tak ada apa-apalah!”
dia senyum kembali.
“Wanda, sedapkan nama
tu.” Ujar ku memuji nama pemanggil tadi.
“Kalau nama sedap, tapi
perangai tak elok... tak kemana juga Lisa.” Ucap Kak Dania buat aku ketap
bibir. Mengata aku ku ke apa? Nama aku bukan ke sedap, tapi perangai aku boleh
juga dikira hampeh! Tapi itu dulu kut,
sekarang aku cukup bersopan santun! Kagum mak dan ayah!
“Lisa,” seru Kak Dania
buat aku tersentak. Mujur tidak terlepas pen yang melekat di celah jari.
“Kak Dania,” sahut ku
sambil tekap tapak tangan ke dada.
“Apalah Lisa ni,
terkejut pulak. Termenung jauh, jelous dengan buah hati Encik Adlan ke?” tebak
Kak Dania pada aku yang sememangnya terkejut kini bertambah-tambah terkejut.
“Buah hati Encik
Adlan?” soal ku pendek. Di dalam hati ini, aku sudah merasakan aku sememangnya telah
terkahwin dengan orang yang salah.
“Iyalah buah hati Encik
Adlan,” sahut Kak Dania ketawa lucu.
“Habis tu Felina tu
siapa pulak?’ soal ku hairan. Sekali lihat, persis mereka pasangan bercinta.
Kemana-mana bagai belangkas yang tidak boleh dipisahkan lagi.
“Felina? Yang putih
melepak tu? Herrmmm dia pun girlfriend Encik Adlan!” gumam Kak Dania buat aku
garu kepala.
“Girlfriend Encik
Adlan? Banyaknya!” ulas ku kedengaran antara percaya dan tidak.
“Orang kacak, banyak
duit... ada harta pula tu! Siapa yang
tak mahu,” soal Kak Dania buat aku tersenyum kecil. Jika ditanya, siapa
yang tak mahu pada Encik Adlan, aku ada jawapan untuk persoalan itu. Akulah
orang yang tak mahukan Encik Adlan! Dan aku yang tak mahu ini, sudah pun
terperangkap dalam kehidupan Encik Adlan. Huh tak sukanya aku!
“Lisa, ada parcel untuk
Encik Adlan. Tolong tanda tangan untuk dia,” salah seorang staf yang bekerja di
reception di tingkat bawah datang mendekat.
“Parcel apa ni?” soal
ku hairan bila sekotak bungkusan berbalut dengan kertas berbunga kecil sampai
ke atas meja.
“Alah benda biasa bila
Encik Adlan ada krisis dengan buah hati yang berderet-deret tu.” Tutur Kak
Dania bagi pihak staf yang memakai tag nama Haila.
“Oh,” sahut ku bersama
anggukan kecil.
“Cepatlah tanda tangan,
lepas tu boleh Haila pas pada budak penghantar
dekat bawah tu.” Suruh Kak Dania ku anggukan sekali lagi. Dengan pantas
aku gapai pen yang terdampar di atas meja lalu ku jatuhkan tanda tangan di
resit yang tertera.
“Terima kasih iya
Haila,” sua ku bersama ucapan penghargaan. Dan tanpa berlengah, gadis itu
berlalu pergi. Sesudah itu aku tebarkan pandangan ke arah Kak Dania, sambil
senyuman ku ukir segaris.
“Ha Lisa, Kak Dania
buat kerja dululah! Dah banyak sangat kita bualkan!” ucap Kak Dania lalu
meminta izin kembali semula ke meja kerjanya.
“Okey, nanti tengahari
kita lunch sama-sama eh! Bolehkan?” gumam ku sedikit kuat.
“Okey, no problem!” Kak
Dania menyahut sambil memberi isyaratkan untuk kembali semula ke meja kerjanya.
***
“Encik Adlan, ni
bungkusan untuk Encik! Dan tadi Wanda telefon, dia pesan dia nak jumpa Encik!”
ucap ku bersahaja. Bungkusan tertera
perkataan ‘Special for My Love Alan Zack’ di tengah-tengah kad kecil itu
menerpa penglihatan ini untuk entah keberapa kali.
“Wanda?” soal Encik
Adlan sibuk benar dengan kertas kerja yang bertaburan di atas meja.
“Dia kata nama dia
Wanda!” ulang ku semula.
“Herrmm..” dia menyahut
namun masih leka menancap kertas laporan tadi.
“Kotak ni nak letak
kemana?” soal ku bila dia bagaikan hanyut dengan kerja yang bertimbun.
“Kotak?” dia panggung
wajah menancap wajah ku sekali.
“Ha, kotak ni! Nak
letak ke mana?” soal aku tanpa riak. Kotak besar tapi bila dipegang, terasa
ringan. Apa yang ada di dalam ni ya?
“Awak ambillah! Kalau
awak tak nak, buang je!” suruh Encik
Adlan kembali menyambung kerja-kerjanya. Amboi merajuk sakan nampaknya Encik
Adlan ni, susah juga hendak di pujuk!
“Saya ambil?” ulang ku
memohon kepastian.
“Ambillah!” ucap dia
perlahan.
“Thanks Encik Adlan.”
Aku ucap terima kasih kepada suami yang bukan suami kepada aku.
“Ehem..!” aku dengar
Encik Adlan berdehem kecil. Dengan rasa ingin tahu, aku berpaling ke arahnya.
“Encik Adlan nak cakap
apa-apa ke?” soal ku perlahan sambil jungkit kening ku tinggi.
“Sebelum balik, ikut
saya sekejap!” arah dia. Aku kerutkan dahi, pukul lima bermakna waktu kerja aku
dah tamat! Ni kenapa pulak aku kena ikut dia? Mana adil? Overtime ke apa?
“Saya nak beli barang
sikit!” gumam dia tentang hasrat hatinya.
“Oh, kalau macam tu
takpelah! Nanti saya tunggu Encik dekat meja kerja saya.” Tutur ku bersahaja.
***
“Kenapa bawa kotak tu?”
Encik Adlan bersuara bila kotak sebesar saiz kertas A4 menyapa pandangan
matanya, sesekali aku kerling dia yang segak mengenakan Ray Ban bewarna hitam.
Tali leher sudah dirungkaikan sedikit dari lehernya, manakala lengan baju
disinsing hingga ke paras siku. Kacak!
“Saya tak buka lagi,”
ujar ku pendek.
“Bukalah, nak tahu juga
apa yang ada dalam kotak tu.” Gumam Encik Adlan. Dari kaca mata itu, aku lihat
dia kerling kotak yang berada di atas riba ku. Tadi bukan dia yang tak mahu ke?
Ni sibuk pulak nak tengok. Nak buka ke tak? Nak buka ke tak? Aku tak pasti.
“Bukalah, saya pun nak
tengok juga hadiah apa yang orang tu kasi!” tutur Encik Adlan memutuskan rasa
berbelah bahagi di hati aku ketika ini.
“Sekarang?” soal ku
perlahan.
“Yup!” sahut dia dan
aku angguk sekali dan dia tersenyum segaris sebelum mengalih semula pandangan
matanya ke arah hadapan.
Tanpa berlengah, aku
koyak sedikit pembalut hadiah yang kemas melekat. Dari sudut kanan ku alihkan
pula ke sebelah kiri dan seterusnya aku tarik balutan tadi hingga terlerai.
Nah, kini kotak bewarna hitam itu tertera di hadapan mata ku.
“Bukalah!” suruh Encik
Adlan bila aku merenung kosong.
“Hermm!” aku angguk
lalu membuka kotak yang tertutup kemas. Senyuman ku ukir segaris, mesti hadiah
mahal dan paling tidak pun pasti gajed-gajed terkini. Hurmmm apa lagi hadiah
yang boleh diberikan kepada lelaki jika bukan barangan serupa itu. Sebaik
sahaja, aku tarik kotak yang tertutup mata ini membuntang luas.
“Homagad!” tekejut aku
dibuatnya. Oleh kerana terlampau terkejut , aku baling kotak itu kepada Encik Adlan yang
sedang memandu membuatkan dia juga terkejut dan memberhentikan kereta dengan
tiba-tiba.
“Kenapa ni?” soal Encik
Adlan cemas. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Pandangannya ku balas dengan gelengan
kecil.
“Apa?” soal dia ku
geleng lagi. Tanpa berlengah, dia mula membongkokkan tubuh dan memanjangkan
tangan untuk menggapai isi kotak yang bertaburan jatuh ke lantai pemijak.
“Kenapa dengan benda
ni?” soal dia tanpa melihat apa yang sedang dipegangnya ketika ini. Aku geleng
kepala ku lagi, segan untuk melihat apa yang sedang dipegang oleh Encik Adlan.
“Encik Adlan err...
saya rasa, lebih baik Encik simpan takkpun Encik ambil je! Saya rasa saya tak
minat dan saya tak perlukannya!” aku tolak baik-baik. Sambil cuba mengalih
pandangan ke arah lain. Namun ekor mata ini masih terarah ke raut wajahnya.
Menanti reaksi empunya diri.
“Kenapa?” soal dia
sambil jungkit kening kirinya bagai tidak mengerti dengan bicara aku sebentar
tadi. Perlahan-lahan aku lihat dia menoleh ke arah benda yang sedang dipegang
kemas.
“Omak!” dia juga
terkejut dan tidak semena-mena aku lihat benda itu berterbangan pula ke arah aku.
“Apa ni Encik Adlan, ni
encik punya!” aku campak semula hingga mendarat ke muka kacak Encik Adlan lalu
dia gapai laju-laju lantas melempar ianya ke arah aku kembali.
“Bukan! Bukan saya
punya!” dia gugup dan aku bingkas
menyentuh lalu meletakkan ke atas pehanya dan dia pula terus sahaja menggapai lalu
menghulurkan kembali kepada aku! Dan aku yang meihat terus sahaja geleng tak
mahu.
“Ambillah!” suruh dia
dan aku lihat wajah dia sudah merona merah.
“Tak nak! Saya tak
pakai benda ni!” luah ku lalu ku tolak tangannya menjauhi aku.
“Habis tu nak buat apa
ni?” soal dia buntu.
“Encik ambillah!” aku
cadangkan hal itu kepada dia.
“Tak mahulah!” dia
campak semua tu ke tempat duduk belakang.
“Bagi hadiah entah
apa-apa!” gerutu bibir itu buat aku tersenyum sendiri. Aneh betul hadiah
pemberian buah hati Encik Adlan. Tak senonoh pun ada, pakaian dalam? Hessyy
gelilah!
“Siapa yang bagi?”
soalan Encik Adlan buat aku terkedu. Garang sungguh! Lambat-lambat, aku kutip
pembalut yang jatuh melurut ke kaki. Kad yang masih melekat di atasnya ku
leraikan. Dan mata ku larikan ke arah kad yang bertinta dakwat hitam.
“Wanda yang kasi.”
Gumam ku pada Encik Adlan.
“Dia lagi, tak
habis-habis!” aku dengar Encik Adlan membebel. Tanpa aku duga dia hentak
stereng kereta agak kuat hingga membuatkan aku kecut perut! Huh boleh tahan
garang encik bos ni!
***
“Encik Adlan kita nak
kemana ni?” soal ku mengikuti langkahnya dari arah belakang.
“Ikut je!” ujar Encik
Adlan tanpa menoleh ke arah aku yang terpaksa melangkah besar-besar mengejar
langkahnya yang jauh ke hadapan.
“Oh KLCC, ingatkan nak
kemana tadi?” aku kuntum senyuman sebaik sahaja kami tiba di dalam ruang yang
serba mewah ini.
“Awak ingat kita nak
kemana tadi?” soal Encik Adlan bersahaja. Aku hanya geleng kepala ku sekali
sambil leka memerhatikan persekitaran ruang KLCC yang sedikit lengang.
“Jom ke sana!” jari
telunjuk Encik Adlan lurus ke arah butik pakaian lelaki. Butik itu menjadi
sasaran langkah kaki kami ketika ini.
Wah tinggi juga
citarasa Encik Adlan. Boleh tahan high class! Sedang aku sibuk melihat-lihat
design dan corak tali leher yang pelbagai itu, aku kerling Encik Adlan yang
sedang membawa beberapa helai suit hitam ke fitting room berhampiran. Mahu
menyuai padan dengan tubuhnya sendiri, agaknya! Sebaik sahaja Encik Adlan
berlalu, aku alihkan pemerhatian ku ke arah design pakaian yang bergayutan di
stand besi.
“Lisa,” nama ku diseru
sekali.
“Ya,” aku menyahut dan
cuba mencari dirinya.
“Okey tak?” Dengan
pantas aku toleh ke arah Encik Adlan yang berdiri di belakang tubuh ku.
Terpempam aku seketika melihat susuk tubuh yang tegap bersama tuxedo yang kena
dan sepadan pada tubuhnya.
“Lisa! Okey tak?” soal
dia sekali lagi.
“Errr.... hurrmmm!” aku
angguk sahaja kerana terlalu gugup meluah perkataan. Memang lebih daripada
okey! Kacak dan smart! Itu jawapan yang tak mampu aku ungkapkan!
“So, yang ni okey ke?”
soal dia lagi.
“Okey. Sesuai!” ulas ku
pendek dan dia tersenyum lagi.
“Kalau macam tu, bagi I
yang ni! Dua warna, saiz yang sama cuma warna tu bagi black and dark grey!”
ucap Encik Adlan kepada pembantu butik itu.
“Okey,” sahut pembantu
butik itu dengan senyuman manisnya. Sesudah itu aku lihat Encik Adlan menapak
mendekati aku.
“Nak beli apa-apa ke?”
Encik Adlan menyoal aku yang masih termangu.
“Err tak!” ucap ku
sekali. Lalu dia ukir senyumannya dan kembali semula ke fitting room
mendapatkan pakaian yang ditanggalkan tadi. Lima minit kemudian, lelaki itu
kembali semula mendekati aku.
“Adlan, oh ini kerja
you eh?” satu suara buat keterujaan aku pupus dengan sendirinya. Tanpa
berlenggah, aku palingkan wajah ke arah Encik Adlan yang berada di sisi.
“Kerja apa?” Encik
Adlan menjawab bersahaja.
“Jangan pura-pura tak
tahu! I call you tak jawab, bila I text you, you buat tak tahu! Bila I
tinggalkan pesanan, you buat tak dengar! So what? Apa yang you nak elakkan
sangat dari I ni?” soal gadis itu buat aku terkaku seketika. Garang betul!
“I busylah!” mudah
sahaja Encik Adlan menjawab.
“Busy kata you? Macam
ni busy, busy berdating ke apa?” kali ini gadis itu sudah menyorot pandangan
matanya ke arah aku yang sedang memegang beg kerja milik Encik Adlan.
“Wanda, you jangan nak
curigakan I! Kita bukannya ada apa-apa pun!” ujar Encik Adlan berwajah tegang
ketika ini. Aku hanya memerhati, langsung tidak berminat untuk masuk campur.
Pandai-pandailah kau Encik Adlan! Dah pandai menggatal, pandai-pandailah
tanggung penyakit sendiri! Malas mahu masuk campur, aku bergerak menuju ke rak
pameran. Di situ, pakaian yang tersusun lebih menarik minat aku berbanding
menadah telinga mendengar mereka berdua bergaduh sesama sendiri. Dan kehadiran
pembantu butik bersama tuxedo milik Encik Adlan ku sambut dengan senang hati.
“Cik, ni barangnya
tadi. Dan yang ni kad suami Encik!” gumam pembantu butik itu sambil menyerahkan
beg kertas berisi pakaian Encik Adlan dan juga kad debit lelaki itu. Di dalam
hati, aku tertanya-tanya sendiri, bagaimana pembantu butik itu tahu bahawasanya
Encik Adlan itu adalah suami aku!
“Kalau tak ada apa-apa,
saya pergi dulu!” dia memohon untuk berlalu.
“Hermm tak ada. Okey...
thanks ya!” ucap ku menutup rasa tidak selesa ku ketika ini. Encik Adlan pula masih
lagi bertikam lidah. Hiss bilalah nak habis ni!
“Macam mana I tak
curiga? You kata you busy dengan kerja, now apa yang I nampak? You sedang
berfoya-foya! Apa semua ni Adlan! Apa semua ni, you jangan ingat I tak tahu dan
I tak perasankan perubahan you tu.” Gerutu gadis yang disapa Wanda oleh Encik
Adlan agak panjang lebar. Riak wajah itu tegang dan alis itu berubah
kemerah-merahan. Pasti mehanan sebak dan mungkin juga menahan rasa kesedihan
diabaikan kekasih sendiri.
“You jangan nak tuduh I
bukan-bukan Wanda! I tak suka,” aju Encik Adlan masih lagi perlahan menutur
bicaranya. Lalu aku lihat dia mendekati aku yang berdiri di hujung sudut rak
pameran.
“Sudah ke?” Encik Adlan
menyoal aku. Aku angguk kemudian tidak lama kemudian aku geleng semula. Apa
maksud ‘sudah’ yang ditanya Encik Adlan tadi. Bukan aku yang membeli belah,
tapi dia yang berbelanja. Aku hanya menemani!
“Takpelah, next time
kita cari lagi!” gumam dia lalu menarik tangan ku untuk meninggalkan ruang
pakaian berjenama mewah itu juga meninggalkan pertanyaan di hati aku sendiri.
“Adlan, siapa dia ni?”
Wanda hamburkan kecurigaanya bila Encik Adlan dengan selamba memaut lengan agar
aku segera mengikut langkah kakinya.
“Perlu ke you tahu
siapa dia ni?” Encik Adlan palingkan wajahnya ke sudut lain.
“Patutlah you buat tak
tahu dengan I, rupanya budak ni dah gantikan tempat I di hati you tu?” Wanda
meneka lagi. Aku geleng kepala ini
sekali, sungguh tidak pernah sekalipun aku dan Encik Adlan menyimpan sebuah
rasa cinta di sudut hati kami. Kami berkahwin tanpa rasa cinta, dan sepanjang
lima tahun lalu sedikit pun tidak ku simpan sebaris nama Adlan Zakuan di lubuk
hati ini. Apatah lagi menyulam kembali hubungan yang sudah lama bersemadi. Dia
bukan pilihan hati ku, apatah harapan untuk aku jadikan dirinya putera
pemerintah di singgahsana rasa cinta ini.
“I tak puas hati, I tak
puas hati! Kenapa you sanggup bohong I? Kenapa you tipu I? Kenapa you curang
dengan I?” ketika ini aku lihat Wanda sudah menangisi nasibnya manakala Encik
Adlan pula sedaya upaya untuk membawa dirinya keluar dari situasi yang aku sendiri
tidak jangkakan. Seperti di dalam drama pula!
“I tak pernah bohong
you,” gumam Encik Adlan bersahaja. Aku ketap bibir, memang dasar kasanova. Huh
dengan Felina pun masih manja-manja, sekarang ni dengan Wanda pula. Hessy...
apalah maknanya jadi playboy! Best sangat ke dipuja dan dicintai ramai wanita?
Hurmmm... apa ek? Tidak semena-mena minda aku ligat memikirkan motif
mereka-mereka yang pernah dan masih bergelar playboy.
“No, you bohong I!”
tegas Wanda lagi. Suara itu mengembalikan aku ke alam realiti.
“Eh, suka hati youlah
Wanda! I cakap you tak mahu dengar, so sekarang.. up to you!” Encik Adlan
menegaskan lalu menarik lengan ku kembali agar menjauhi Wanda yang sudah
membentak-bentak. Orang ramai yang lalu lalang tidak dihiraukan. Aku malu,
kalau mereka tak malu itu aku tak mahu ambil tahu.
“Habis tu, siapa dia
ni?” soal Wanda mengejar aku dan Encik Adlan yang semakin menjauh semata-mata kerana
rasa ingin tahunya. Menagih sebuah kepastian siapa aku di sisi Encik Adlan.
“No, I takkan lepaskan
you selagi I tak tahu siapa dia di hati you!” gumam Wanda bertegas ingin tahu.
Encik Adlan matikan langkah dan aku yang tidak sempat berhenti terus sahaja
terpeluk tubuh itu dari arah belakang.
“Oh no!” gumam ku
hampir tidak kedengaran bila tubuh Encik Adlan erat di dalam pelukan aku.
Hingga haruman tubuhnya menyapa deria bau! Perlahan-lahan aku mendongak ke
arahnya. Dia sedang memerhatikan aku tanpa berkelip.
“So..so..sorry Encik
Adlan!” aku gugup namun tangan ini pantas menolak tubuhnya menjauhi.
“Hei, you ni siapa?
Peluk-peluk boyfriend I!” marah Wanda langsung menarik tangan ku berhadapan
dengan dirinya. Encik Adlan pula ku lihat menghela nafasnya agak kasar bila
kelakuan Wanda sukar ditangani.
“Wanda, listen!
Listen!” sergah Encik Adlan namun Wanda tidak memperdulikannya. Dan aku pula
menjadi objek kecurigaan diri itu.
“Who are you?” soal dia
dalam pandangan tajam. Encik Adlan memandang ke arah lain sambil aku lihat
kedua tangannya sudah dimasukkan ke dalam poket seluar dan rahang itu ku lihat
bergerak-gerak perlahan.
“Hei, Adlan, who is
she?” Wanda mengalih pula soalan itu kepada Encik Adlan bila aku senyap tidak
bersuara.
“Hei, you all ni dah
bisu ke apa?” bentak Wanda lantas memukul dada Encik Adlan berkali-kali.
“Hei, Wanda! Stop to be
like this! Be matured, please!” ujar Encik Adlan bersuara tegas.
“My name Khalisa,
Personal Asistance for Encik Adlan Zakuan!” akui ku seraya menghulur tangan
untuk berjabat. Raut wajahnya ku tatap tanpa berkelip dan aku lihat dia
menjarakkan tubuh dari Encik Adlan lalu beralih mendekati aku di sisi lelaki
ini. Jelingan itu masih tajam dan riak
curiga itu masih terbias di raut wajahnya.
“Yang jawab call I
tengahari tadi?” soal dia pendek.
“Ya, saya yang jawab
panggilan Cik Wanda.” Ucap ku bersahaja.
“Hanya PA bukan? Tak
lebih dan tak kurang?” soal dia lagi. Curiga itu masih kedengaran melalui
bicara yang terluah.
“Ya, hanya PA. Sekadar
PA!” tegas ku sekali lagi.
“Okey, I’m Wanda! Encik
Adlan’s girlfriend!” perkenal Wanda buat aku tersenyum segaris. Tangan itu ku
sambut dan ku jabat mesra. Kalaulah Wanda tahu siapa aku yang sebenarnya, dan
tahu tentang Felina serta beberapa lagi
gadis yang berdampingan dengan majikan aku. Sudah tentunya perang dunia
bakal meletus hebat!
“Dah puas hati?” soal
Encik Adlan sambil melepaskan keluhan.
“Sorry sayang, I tak
sengaja! I bukan apa, I risaukan you! I tak boleh terima kalau-kalau you ada affair
dengan perempuan lain.” Gumam Wanda seraya mengelus-ngelus tali leher Encik
Adlan. Tingkah itu buat aku mencemik. Gedik!
“So, apa lagi?” soal
Encik Adlan, lagak gaya itu seperti malas mahu melayan.
“Boleh kita pergi
makan? I rindukan you!” rengek Wanda buat aku semakin geli untuk terus mendengar. Tadi terjerit-jerit kini merengek-rengek
manja pula. Isshh gelinya!
“Tak boleh, I nak
hantar PA I balik!” Kali ini Encik Adlan gunakan nama aku pula. Mana boleh, senang-senang
je petik nama aku untuk selamatkan diri sendiri.
“Teksi kan banyak?
Kenapa pula you yang kena hantar?” soal Wanda tidak puas hati.
“I yang paksa dia temankan
I ke sini, sekarang ni dah lewat! Kalau I tak hantar, apa pula kata mak ayah
dia.” Ujar Encik Adlan buat aku semakin hairan. Kali ini, Encik Adlan gunakan
nama mak dan ayah aku pula.
“Huh, dasar gadis
kampung! Dah besar panjang pun dikongkong dengan mak bapak lagi.” bibir itu
terkumat kamit mempelekehkan aku dan serentak itu juga aku lihat dia menjeling
ke arah ku sekali.
“Cik Wanda jangan nak
biadab! Kalau saya tak usik cik Wanda, saya tak ganggu hidup Cik Wanda! Saya
nasihatkan agar Cik Wanda jauhi urusan
peribadi saya, lebih-lebih lagi hal yang melibatkan mak dan ayah saya! Faham!”
aku tegaskan suara ku di hadapan dia yang terkebil-kebil.
“Encik Adlan Zakuan,
terima kasih banyak-banyak! Saya boleh balik sendiri, jagalah buah hati Encik
Adlan ni! Jangan nak menyusahkan hidup orang lain pulak!” gumam ku seraya
menghempas briefcase dan beg kertas yang ku pegang tadi ke atas kaki Wanda.
Puas hati aku! Nak main kasar sangat! Hei ni KAY okey, KAY!
**
“Kay, keluarlah!” mak
ketuk pintu bilik. Mahu memujuk aku keluar makan malam bersama.
“Kay,” panggil mak lagi
aku diamkan diri.
“Kay, bukalah pintu
ni!” gumam mak lagi.
“Kay, mari keluar
makan!” pujuk mak lagi.
“Malaslah mak, tak ada
selera!” ketukan berakhir bila mak tidak lagi bersuara. Sejurus itu bantal
peluk ku gapai lalu aku rebahkan tubuh ke tilam. Namun tidak lama selepas tu,
pintu bilik kedengaran diketuk lagi. Mak
ni kenapa, selalunya bila dah menyahut mak pasti takkan ketuk lagi. Pasti
membiarkan rajuk aku beransur pulih dengan sendirinya. Ni kenapa pula,
ketuk-ketuk dari tadi. Nak tidur pun tak senang.
“Mak nak apa?” aku
pulas tombol pintu seraya melemparkan sebuah pertanyaan kepadanya.
“Mak...” bicara ku mati
bila wajah itu yang ku lihat. Bukan mak, bukan juga ayah!
“Lisa,” seru dia
sekali.
“Oh, Encik Adlan. Saya
nak berehat, lagipun waktu kerja dah habis!” gumam ku pendek. Masih berada di
muka pintu! Dan masih lagi terkejut dengan kehadiran Encik Adlan di hadapan
pintu bilik aku malam-malam begini.
“Lisa, I’m so sorry!”
gumam dia pendek.
“Saya tak rasa apa-apa
pun!” luah ku bersahaja.
“Kita cakap dekat
luar.” Pinta Encik Adlan lagi.
“Malas, saya malas nak
keluar!” beritahu ku bahawasanya aku sememang malas nak keluar.
“Kalau malas, kita
cakap dalam bilik ni je!” ujar dia mencadangkan.
“No, nanti apa pula
kata mak dan ayah saya!” ucap ku akan hal itu. Pasti Encik Adlan menyangka aku
masih tidak tahu yang aku sudah tahu bahawasanya aku ini masih lagi bergelar
isterinya. Nenek sendiri yang mengkhabarkan dan berpesan agar aku tidak
memperbesarkan hal ini di hadapan Encik Adlan. Apa motif sebenar Encik Adlan
merahsiakan hal ini dari pengetahuan aku, aku sendiri tidak pasti.
“Saya tak peduli apa mak
dan ayah mertua saya nak kata!” gumam Encik Adlan terus sahaja menapak masuk
lalu menolak daun pintu yang ku tahan dengan kaki. Sebaik sahaja tubuh itu
lolos ke dalam ruang bilik, dengan pantas daun pintu ditutup rapat dan tombol
itu ditekan laju.
“Saya tak mahu
bersekedudukan!” ucap ku sekadar menduga sejauh mana dia mahu berterus terang
dan menjelaskan status sebenar diri ku padanya. Aku mahu dengar semua itu dari
mulutnya sendiri! Dan aku mahukan sebuah penjelasan mengapa aku harus terikat
dengan dirinya hingga ke saat ini!
“I don’t care!” ucap
dia mudah lalu melabuhkan punggungnya di birai katil bujang milik ku.
p/s: maaf atas kekurangan. :) enjoy reading :)
Comments
..JW..
kenapa dia masih nak main sorok2 dengan lisa akan ikatan bersimpul mati mereka?????
ada kah dalam masa lima tahun tu mereka tidak pernah berjumpa tapi adlan memantau perkembangan lisa dari jauh ? lisa kerja di situ pun ada kah telah dirancang oleh kedua2 keluarga????
sila jawab cik penulis.....
p/s....dah agak dah titipan wanda tu bila lisa rasa benda tu ringan jer ...hish sungguh kurang sopan si PANDA nieooooopppsss sori tersilap nama ...hihihi wat malu kaum jer lah ...aduhai...
--za--
best.. nk lg..
lagi satu takde watak antagonis yang melebih-lebih and konflik yang berat, so ringan and senang je hati bila baca... thumbs up!! :)
Panjg..best
Suka kay jd garang
-miss A-
insyaallah ada nanti k :)
tq komen... insyallah ada nanti :)
haaaa jgn feeling lebih2 ya ':)
tq so much :)
u suka? i pun suka kay dgn watak tomboy dia heheh..
Jgan lah lama y cik Aulia next n3 .. Thanks .. B-)