IKATAN BERSIMPUL MATI 6
“Nek, umur Encik Adlan
tu berapa eh?” aku melontar pertanyaan ini kepada nenek yang sedang menikmati
aroma teh sabah yang memukau deria rasa.
“Lisa tak ingat?”
soalan nenek buat aku telan liur ku sebentar. Bukan aku tak ingat, tapi aku
memang tak pernah ambil tahu pun!
“Tak berapa nak
ingatlah nek,” sahut ku dalam senyuman.
“Lisa kahwin umur 18,
Alan pula baru je masuk 22 tahun masa tu.” Ucap nenek buat aku angguk kepala ku
sekali. Patutlan perangai Encik Adlan serupa hantu jembalang, dia pun sama-sama
mentah macam aku. Tak tahu apa erti kahwin yang sebenarnya! Jika tidak, masakan
dia boleh kejutkan aku dari tidur dengan menggunakan pistol air. Memang biadab
tahap tak ingat!
“Oh,” angguk ku sekali.
“Nek,” seru ku pada
nenek. Dan nenek kembali menancap raut wajah ku.
“Lisa nak tanya apa-apa
ke?” senyum nenek bagai mengerti dengan apa yang mahu aku perkatakan saat ini.
“Herm.. a’ha nek,”
angguk ku sekali lagi.
“Cakaplah,” suruh nenek
senang hati.
“Kenapa Lisa dengan
Encik Adlan kahwin? Siapa yang suruh?” soal ku perlahan bimbang andai Encik
Adlan yang berada di balkoni terdengar perbualan kami.
“Dia dah gatal!” gumam
nenek buat aku ketawa kecil.
“Ala nek, cakaplah
betul-betul.... kenapa kami kahwin muda masa tu?”soal ku benar-benar ingin
tahu. Jawapan yang tidak pernah aku perolehi dari ibu bapa aku. Dan sudah
tentulah dengan adanya nenek, aku boleh mengetahuinya serba sedikit.
“Alan, dia kata dia bosan! Nak kahwin, tapi tak ada calon sesuai!” gumam nenek tersenyum hingga menampakkan barisan gigi palsunya yang kemas bersusun.
“Tak ada calon?” soal
ku pendek namun bernada aneh. Tidak ada calon sesuai? Habis yang dia pilih aku
kenapa? Dah tahu aku ni tomboy! Pakaian, gaya jalan dan cara berbual pun lebih
kurang dia je! Yang dia pilih aku kenapa? Sudahnya, ambik kau! Merana hidup siang malam!
“Entahlah, nenek pun
tak tahu! Setahu neneklah, dekat kampus
bukan main jadi rebutan! Keluar dengan yang itu, skandal dengan yang sini.
Rimas nenek! Alih-alih, nak kahwin... dia kata tak ada calon!” gerutu nenek tentang
sikap Encik Adlan yang tak pernah aku tahu. Rupanya dia pernah masuk ke
universiti, aku ingatkan dia ni spesis ke laut. Tahu merapu je, rupanya bijak
jugak Encik Adlan ni!
“Habis tu mana Encik
Adlan kenal Lisa?” soal ku hairan. Yelah Encik Adlan ni orang Kuala Lumpur, aku
pulak orang Kedah. Merbok Kedah! Celah mana pulak dia boleh nampak aku lepas tu
menggatal masuk meminang. Kenal pun tidak, apa dia ingat ni zaman musang
berjanggut drama P.Ramle dulu-dulu? Ni zaman moden tahu, mana ada istilah serbu
menyerbu! Yang hairannya, boleh pulak ayah dengan mak kahwinkan aku. Kesian
aku, budak-budak lagi dah jadi isteri orang sebulan lepas tu pegang status janda
berhias. Ceit!
“Lisa tak tahu ke yang
Alan pernah belajar dekat sana? Dekat kampung Lisa tu?” soal nenek buat aku
termangu seketika. Ingatkan lulusan luar negara, rupa-rupanya sama macam aku juga,
made in Malaysia.
“Lisa tak kenal dia,”
terangku hakikat sebenar.
“Tapi dia kenal Lisa,
katanya selalu tengok Lisa berpeleseran dekat Sungai Petani!” ujar nenek
tersenyum penuh makna. Aduhai, malunya aku! Boleh pulak Encik Adlan ceritakan
keburukan aku pada keluarga dia! Berpeleseran,
huh serupa macam aku gadis liar. Bukan macam tulah, aku ni orang baik-baik, cuma
aku aku suka berkawan dengan budak-budak lelaki. Mereka sporting dan tak mudah
sentap! Tapi itu dulu, zaman aku tak matang. Sekarang aku dah jauh berbeza,
terserempak mereka mesti aku cuba mengelak sedaya boleh! Malu mengimbas zaman
remaja sendiri.
“Mungkin masa tu Lisa
keluar jalan-jalan kut!” dalih ku menutup sifat kuat berpeleseran. Iyalah waktu
tu baru habis SPM mestilah bersuka ria, dari Sungai Petani bawa ke Alor Setar
dan kalau rajin singgah ke Pantai Merdeka. Tak pun bermandi manda di Lubuk
Tupah!
“Waktu tu lah jodoh
Lisa sampai! Kalau Lisa tak keluar, tak adalah Alan nampak Lisa, lepas tu
merengek pada nenek suruh pujuk papa masuk meminang Lisa.” Ujar nenek buat aku
terkejut. Suka hati Encik Adlan je, tak kenal tapi ada hati nak masuk meminang.
Hessy pelik-peliklah dia ni!
“Tapi nenek dengan papa
datang meminang Lisa kenapa? Lisa kan tomboy masa tu?” soal ku hairan. Ada juga
ibu bapa yang bersetuju mengahwinkan anak lelakinya dengan spesis tomboy seperti
aku? Bukan ke, ciri-ciri keperempuanan itu ciri utama untuk dijadikan isteri?
“Itu dulu, sekarang
cucu nenek ni dah jadi ayu! Cantik, mestilah Alan suka!” puji nenek buat aku
terkesima. Apa kaitan Alan dengan aku pulak? Hubungan kami dah lama tamat! Dah
habis! Tak perlu rasanya, nenek mengaitkan aku dengan dia lagi. Tambah-tambah
Encik Adlan tak sukakan aku! Tengok, dia sendiri yang pura-pura tak kenal siapa
aku. Itu bukan ke tanda yang dia memang tak mahukan aku?
“Tapi Encik Adlan tak
suka Lisa! Lagipun kami tak ada apa-apalah nek! Seperti bos dan pekerja, tak
lebih dan tak kurang!” luah ku perlahan.
“Apa salahnya lebih
dari tu? Nenek dengan papa memang harapkan Lisa dan Alan berbaik macam dulu!”
ujar nenek berterus terang. Nah ambil kau Lisa, mereka masih mengharapkan!
“Tapi nek, Encik Adlan
dah ada isteri!” luah ku agar mereka mengerti aku dan Encik Adlan tak mungkin
bersatu apatah lagi merosakkan hubungan rumah tangga orang lain. Aku juga
wanita, tahu bagaimana sakitnya andai hubungan yang sedia terbina berantakan
kerana orang ketiga. Seboleh-bolehnya, aku tak mahu dan sedaya upaya cuba untuk
mengelak!
“Kesian pada isteri dia
nek! Lisa tak nak ganggu rumah tangga orang!” tokok ku tegas dengan penderian
sendiri. Namun nenek hanya tersenyum dan tersenyum, belakang tapak tangan ku
disentuh lalu ditepuk perlahan.
“Lisalah isteri dia!”
gumam nenek buat aku hampir-hampir melompat! Terkejut aku dibuatnya!
“Nek, janganlah
bergurau dengan hal macam ni!” luah ku agar nenek tidak bergurau hingga ke
tahap ini.
“Tak, nenek tak
bergurau! Tak ada sebab nenek bergurau dengan hal seperti ini Lisa!” nenek
sentuh sedikit kepala ku yang dilindungi tudung, lalu dielus lembut.
“Nek,” seru ku perlahan.
Sebenarnya aku tak suka dengar semua ni!
“Lisa ni cucu menantu
nenek! Lisa tak sayang nenek?” soalan itu buat aku serba salah.
“Lisa memang sayangkan
nenek! Tapi Lisa dah bercerai nek! Ayah cakap Lisa dah putus hubungan dengan
EncikAdlan!” beritahu ku mungkin nenek tidak jelas dengan apa yang terjadi
selama ni. Sedangkan mereka semua sudah bersepakat mengakhiri hubungan aku
dengan Encik Adlan lantaran aku sendiri yang tidak mahukan lelaki itu lagi. Dan
ketika keputusan dibuat, aku sudah berada di bumi Kelantan mengikuti program
Khidmat Negara. Semuanya ku serahkan kepada orang tua untuk meleraikan segala
kekusutan ini!
“Lisa bukan isteri
Encik Adlan lagi,” tutur ku perlahan. Agar nenek tidak berkecil hati dengan
pengakuan ikhlas ini.
“Lisa, dengar sini.”
Nenek hela nafasnya sekali. Sejurus itu aku lihat bibir nenek bergerak-gerak
untuk menyambung bicaranya kembali.
“Nenek, papa, mak dan
ayah Lisa dah setuju pisahkan Lisa dengan Alan sementara waktu! Itupun bila
Lisa dan Alan memang tak boleh nak berbaik! Dan selepas semuanya dipersetujui,
Alan sambung belajar ke luar! Frust katanya!” ujar nenek tersenyum
senang.
“Frust?” ulang
ku sekali. Mesti Encik Adlan frust sebab tak dapat membuli aku
lagi. Nenek tersenyum lagi sebelum
menyambung bicaranya semula.
“Lisa dan Alan berpisah
cuma sementara, sekarang dah tiba masanya Lisa kembali pada suami sendiri. Dia
perlukan isteri,” gumam nenek buat aku telan liur, ngerinya!
“Tapi ayah Lisa kata
Lisa dah tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Adlan!” peringat ku lagi. Sejujurnya
aku tidak dapat menerima berita seumpama ini. Hampir lima tahun aku hidup
dengan menyangka aku ini sudah diceraikan. Kenapa dengan tiba-tiba perkhabaran
ini yang aku dengar? Ah buntunya!
“Jangan salahkan ayah
Lisa, Alan sendiri yang tak mahu lepaskan Lisa! Ingat tu, dia kata Lisa tetap
milik dia walaupun Lisa tak suka!” aju nenek buat aku tersentak. Sudah, ni
pasti dia mahu membalas dendam kesumat dia pada aku!
“Tapi ayah dah janji
nak selesaikan semua ni!” gumam ku perlahan. Mungkinkah ayah membohongi aku?
Aku tak boleh terima kalau ayah dan mak menyembunyikan hal ini! Aku ada hak untuk tahu! Patutlah selama ini
mereka cukup berang andai mendapat tahu aku berkawan dengan mana-mana lelaki.
Rupa-rupanya, ini yang menjadi halangan. Encik Adlan memang sengaja mendera
aku!
“Jangan salahkan ayah
mahupun mak Lisa! Alan tak mahu lepaskan Lisa, kalau tebus talak sekalipun dia
minta Lisa bayar 10 juta!” tutur nenek
tersenyum sambil menggeleng kepala. Namun tidak pada aku, patutlah ayah kata
ayah nak selesaikan, rupa-rupanya memang tak boleh selesai! Teruklah Encik
Adlan ni! 10 juta kut? Gila banyak! Mana aku nak cekau duit sebanyak tu? Tak
wajar andai aku persalahkan ayah, rupa-rupanya dalam hal ni ayah dan mak tak
bersalah! Mereka juga tersepit! Kut-kut pening kepala fikirkan masalah aku!
“Nenek dah beritahu hal
sebenar, jangan Lisa beritahu pada Alan yang Lisa dah tahu sudahlah iya!
Sebelum ni dia buat-buat tak kenal Lisa!” ucap nenek buat aku tersenyum.
Ingatkan Encik Adlan hilang ingatan, rupa-rupanya dia pura-pura nyanyuk!
Padanlah!
“Baiklah nek,” aku
angguk kepala sekali dan nada suara ini kedengaran perlahan bagaikan tidak
terkeluar.
“Lisa layanlah Alan
elok-elok, jangan dera dia lagi ya!” tutur nenek tersenyum hingga menampakkan
barisan gigi itu. Aku pula ketap bibir, malunya bila nenek cakap begitu. Nampak
benar, aku kasar melayani Encik Adlan suatu ketika dulu. Tak semena-mena aku
rasa raut wajah ku membahang dengan sendirinya.
“Tapi Lisa tak suka
Encik Adlan, dia tu kan....” aku tercari-cari sesuatu yang boleh dijadikan
persamaan kepada sikapnya itu.
“.... hermm perangai
dia tu nek! Lisa tak boleh nak tahan!” gumam ku bersungguh. Memang aku hilang
sabar dan suhu serta darjah kepanasan
hati aku meningkat berganda-ganda bila dia mula melancarkan usikan demi
usikan. Bermula di ruang tamu, ke dapur sampaikan ke bilik tidur. Kemana aku
pergi, di sudut mana aku berada pasti dia tidak melepaskan peluang untuk
menyakat! Mana aku nak tahan dengan perangai dia yang entah apa-apa itu!
“Lisa... Lisa.... Alan
memang macam tu! Dia kuat bergurau!” ucap nenek menerangkan sikap sebenar Encik
Adlan. Aku hanya mengangguk sahaja bila nenek tuturkan tentang perihal Encik
Adlan. Dah nama pun cucu nenek, mestilah nenek bela dia!
***
(LIMA TAHUN LALU)
“Kay, bangunlah! Dah
pukul berapa ni?” suara itu buat aku sakit hati lagi. Lantas, bantal ku gapai lalu ku tekup ke telinga.
“Kay, bangunlah! Aku
lapar!” gumam dia lagi.
“Bangunlah weh! Lapar
tahu tak! Bak sini kunci kereta aku!” dia sua tangan sambil sebelah tangannya
lagi memegang pistol air.
“Bangunlah! Kalau tak
aku tembak kau dengan pistol air ni!” ugut dia tidak aku hiraukan. Sudahlah malam tadi dia buat
aku tak boleh tidur, siang-siang macam ni pun nak kacau aku lagi!
“Kau main-main dengan
aku ek! Nah ambil ni!”
“Eh apa ni, basahlah!”
marah ku seraya cuba menepis pancutan air yang mengenai wajah. Serentak itu
juga aku bangkit dan cuba bergerak meninggalkan katil yang ku huni seketika
tadi.
“Bak sini kunci kereta
aku!”
“Jangan harap!” ejek ku
buat dia panas hati.
“Bagilah, aku lapar
tahu tak! Dah pukul lima petang, satu benda pun tak masuk dalam perut aku! Bak
sini,” dia sua tangan dan aku pula buat tak nampak! Masih mempamerkan riak
tidak mengerti!
“Oh kau nak main-main
dengan aku ya,” dia kendurkan suara lantas menapak perlahan menuju ke bilik air
dan aku pula mengambil kesempatan ini untuk keluar dari kamar yang semakin
menyesakkan.
Dengan langkah yang
agak laju aku berlari menuju ke luar bilik seterusnya mendekati anak-anak
tangga untuk turun ke tingkat bawah menyembunyikan diri di bilik stor di
belakang rumah. Dalam aku terkocoh-kocoh melangkah anak-anak tangga, sebaldi
air disiram dari atas lantas membuatkan aku basah lencun. Mujur tak jatuh
tergolek! Aku ketap bibir, terasa seluruh tubuh yang dingin ini membahang
dengan tiba-tiba! Memang dia dah lama hidup di muka bumi ni agaknya. Tanpa
berlengah, aku dongakkan wajah mencari dia yang menganiaya aku seketika tadi.
“What? Tak puas hati?”
dia bercekak pinggang sambil tersengih –sengih.
“Memang aku tak puas
hati!” aju ku keras.
“Bagi balik kunci
kereta aku!” dia bersuara. Heh, dia ingat dengan dia simbah air pada aku, aku
akan menurut kata dia selepas tu? Adlan Zakuan, kau silap besar!
“Kunci kereta!” dia
bersuara lagi sambil menapak mendekati tangga, aku pula hanya melihat. Ada
sesuatu yang hendak aku lakukan.
“Kunci kereta?” soal ku
dan dia angguk sekali.
“Ni dia, ambillah!”
ucap ku lembut sopan santun dan dia pula tersenyum manis.
“Sinilah,” panggil aku
gemersik. Kunci kereta ku kepit diantara hujung jari telunjuk dengan hujung ibu
jari.
“Betul ni?” dia tampak
was-was. Manakala aku mengangguk sekali
lantas menguntum senyuman mekar yang manis bergula-gula.
“Seriously?” soal dia menapak
perlahan. Dan aku yang berada di anak tangga terakhir mengangguk sekali lagi
sambil mengedipkan mata ku pada dia yang berada di anak tangga teratas.
“Ambillah,” sua ku dan
dia terus sahaja melangkah untuk mendapatkan kunci keretanya lalu aku yang
yakin dia terpesona dan terpedaya dengan lakonan ku tadi segera melangkah
pantas meninggalkan tangga berbentuk U menghubungkan bahagian bawah dengan
bahagian atas rumah dua tingkat ini.
“Kay, waits!”
panggil dia bila melihat aku meninggalkan dia dengan sebuah senyuman mengejek
dan aku juga tidak mahu beralah terus sahaja melajukan langkah hingga tidak
sedar tiba-tiba gegendang telinga ini menangkap bunyi seperti nangka busuk
jatuh ke tanah! Aku yang baru sahaja sampai ke pintu dapur menghentikan hayunan
langkah lalu berpaling lambat-lambat ke arah belakang. Adlan sudah tergolek ke
lantai sambil mengaduh sakit.
“Kay, tolong! Kaki aku
patah!” gumam dia menahan sakit. Aku kakukan diri di tepi dinding, takut kalau
apa yang diucapkan tadi benar-benar terjadi.
“Kay, tolong aku Kay!
Sakit macam nak mati!” ujar dia buat aku semakin tidak keruan. Berkerut-kerut
dahi Adlan ku lihat ketika ini! Sakit sangatkah! Atau dia juga berlakon
sepertimana aku berlakon tadi?
“Kau tengok je, kalau
aku mati siaplah kau!” dalam hendak mati Adlan sempat mengugut aku.
“Weh, aku sakit ni! Kau
telefon ambulance!” arah dia sambil berusaha untuk bangkit.
“Tolong aku Kay, call
parents aku!” pinta dia namun aku
menggeleng sekali. Aku tak mahu, aku takut kalau-kalau mereka laporkan pada
polis bahawasanya aku sudah mendera anak mereka.
“Tak nak!” gumam ku
pendek.
“Kay, tolonglah aku!”
rayu Adlan buat aku simpati.
“Kaki aku sakit sangat!
Aku tak boleh bergerak,” lirih suara Adlan buat aku semakin gusar. Tidak
semena-mena aku lihat ada darah di dahinya.
“Kay,” seru Adlan lalu
dia jatuh semula ke lantai tidak sedarkan diri. Dalam rasa takut dan bimbang,
aku gagahi langkah kaki mendekati dia. Kepala itu ku pangku di atas riba.
Berharap Adlan tidak mati, kalau dia mati... aku pun boleh mati sama!
“Adlan, janganlah mati
lagi!” rayu ku dalam esak. Namun tubuh itu kaku tidak bergerak.
“Tolonglah jangan mati
lagi!” gumam ku sebak. Aku bukan berniat mencederkan dia apatah lagi mahu
membunuh! Aku bukan pembunuh, aku tak mahu masuk penjara dan akhiri hidup aku
sebegitu rupa.
“Adlan janganlah mati!
Aku mintak maaf!” rayu ku berselang seli esak tangis dan tidak semena-mena aku
rasa tubuh ku dipeluk erat.
“Ha, aku dah dapat!”
ucap Adlan kuat dan dia kini sedang mencuba untuk peluk tubuh aku lantas memaut
erat.
“Hei, kau tipu aku!”
jerit ku berusaha untuk melepaskan diri.
“Bak sini kunci kereta aku!
kalau tak,” dia ugut sambil tersenyum jahat!
“Lepaskan aku Adlan!
Lepaskan aku!” pekik ku kuat di telinga dia dan serentak itu juga dia lepaskan
pelukan lalu menekup telinganya yang berdesing mendengar frekuensi jeritan ku
tadi.
“Ah, jangan harap!” Aku
yang baru cuba merangkak menjauhi dia namun sebelah kaki ku sempat direntap.
“Lepaslah!” aku
bergelut untuk melepaskan diri namun dia seperti tadi tersenyum lalu
mempamerkan sengihan jahatnya.
“Kunci kereta aku!” dia
masih meminta.
“Atas bumbung! Aku dah
baling dekat atas bumbung!” terangku seraya mengunjuk ke arah bumbung gazebo.
Segugus kunci sudah berada di sana.
“Aku nak ambil macam
mana hah? Aku nak ambil macam mana?” dia ulang ayat itu dua kali.
“Kau buang, aku ambik!
Kau ambik sekarang.” Dia rentap tangan ku lalu memaksa aku bangun dan mengikut
langkahnya menuju ke luar rumah!
“Nak ambil macam mana?”
aku soal dia semula.
“Habis, kau baling atas
bumbung tu... kau ingat aku boleh ambil?” dia soal aku semula.
“Manalah aku tahu!” aku
jungkit bahu sekali. Malas layan dia!
“Sekarang kau ambil!”
dia suruh aku panjat gazebo di tepi kolam renang itu.
“Aku ni perempuan tahu
tak!” peringat ku pada dia.
“Perempuan? Macam ni
perempuan? Buktikan yang kau perempuan!” dia cabar aku! Melampau! Sengihan
mengejek dia memang buat aku panas hati.
“Perempuan ke? Gaya
macam lelaki,” dia perli aku lagi dan aku ketap bibir. Memang sengaja menaikkan
darah aku gamaknya!
“Ambil cepat!” dia
kembali kepada motif utama aku dibawa ke sini.
“Nak ambil macam mana?
Mana tangganya!”
“Rumah ni tak perlu
tangga!”
“Aku bukan tanya rumah
ni perlu tangga atau tidak! Aku tanya mana tangganya, aku nak panjat macam
mana?” soal ku geram.
“Ikut suka kaulah!” dia
bersahaja.
“Aku tanya, mana
tangganya! Kalau tak ada, tak payah ambil!” sejurus itu aku pijak kaki Adlan
sekuat hati.
“Sakitlah perempuan!”
jerit Adlan lalu sentuh kakinya yang sakit.
“Tak payah ambil!”
sergah ku lalu menapak menjauhi namun memang dia lebih pantas. Lengan ku sempat
pula ditarik.
“Jangan nak lepas
tangan! Panjat belakang aku!” dia membongkokkan tubuh dan aku tersenyum senang.
Terima kasih kerana sudi mengorbankan diri sendiri. Tanpa berlengah, aku pijak
belakang Aldan! Bestlah pulak!
“Berat macam gajah! Kau
makan apa hah?” Adlan tak habis-habis membebel. Ikutkan hati aku ni, jangan
haraplah aku baik hati dapatkan semula kunci kereta dia ni. Tak mahu aku!
“Dah ke belum?” soal
dia lagi.
“Sudah,” sahut ku
berhati-hati untuk turun.
“Jaga-jaga, aku nak
turun!” pesan ku dan dia hanya diam.
“Nah,” segugus kunci
milik Adlan ku serahkan pada dia semula. Tubuh ku tegakkan semula dan dia
menyambut tenang.
“Sebagai tanda terima
kasih aku, aku harap kau ingat sampai bila-bila!” dia bersuara dalam senyuman
yang sukar aku mengertikan. Tidak semena-mena tubuh ku terasa melayang ke udara
dan terasa bagai aku dicampak dan dilepaskan ke lantai. Dalam keadaan tidak
terduga itu aku hanya mampu melindungi kepala dari tercedera.
Gedebummm! Percikan air
keluar dari kolam manakala kolam yang beriak tenang menghasilkan gelombang yang
besar. Sedarlah aku, dia mengucap tanda terima kasihnya dengan melempar aku ke
dalam kolam renang hingga basah lencun aku dibuatnya! Adlan, kau memang tak
boleh hidup aman! Janji ku pada diri sendiri.
“Ingat sampai mati!”
ucap dia lantas berlalu meninggalkan aku di tengah-tengah kolam renang.
“Lisa,” kenapa termenung? Mari masuk, dah lewat ni.”
panggil papa buat aku menghela nafas panjang. Segala peristiwa lama berlalu
begitu sahaja. Adlan yang berada di sofa hanya sekadar memerhati. Dia juga
senyap aku juga diam, kami tidak lagi berbual-bual selepas perbincangan petang
tadi tamat. Namun pandangan matanya, buat aku tertanya-tanya apa sebenarnya
yang bermain di minda lelaki itu. Aku tak dapat meneka jauh sekali mampu menduga
fikirannya.
p/s: maaf atas kekurangan. enjoy reading ya :)
Comments
Setia menunggu n3 seteyusnya .. ;-)
Tunggu..tunggu n tunggu next n3..
thank you so much... jgn serik ke sini lagi :)
nantikan next entry ya :)
insyallah ada nanti :)
bila cerita best, rasa teramatlah pendek..
Aulia..sambung lagi ya..
hihihi... tq for reading ek. jgn lupa datang sini lagi :)
Akak harap mereka dapat meletakkan ego mereka ketepi dan mulakan perhubungan mereka dengan nafas yg baru dan akak farap lisa dapat menerima ketentuan takdirnya untuk hidup bersama dengan adlan dan bukan mendera mental simamat poyo tu lagi..kerana bagi akak siadlan tu masih mencintai si lisa sepenuh hatinya dan ingin menguji hati siisteri yg telah ditinggalkan selama 5 tahun..dan malam yg dia mencumbui isterinya..adalah untuk memilikki isterinya agar Lisa akan sentiasa disisinya dan menganggap bahawa sebagai isteri dia sepatutnya sudah mengetahui apa tugas seorg isteri buat dirinya dan tidak mahu sessiapa pun mengusik isterinya dan sekaligus mengingatkan Lisa batas batas pergaulannya sebagai seorg isteri..
Terujanya akak nak tahu..apa akan berlaku pula bila adlan sekali lagi menagih haknya sebagai seorg suami dan adakah Lisa akan menolaknya kerana syurga seorg isteri adalah bersama suami..kematangan Lisa akak rasa akan membenarkan seorg suami menyentuhnya dan adakah Lisa akan menanyakan kepada adlan kenapa adlan tidak bercakap benar kepadanya pagi itu yg mereka masih lagi terikat sebagai sepasang suami isteri dan dia telah melakukan dosa yg besar apabila menyakiti hati seorg suami..dengan kata katanya dan apatah lagi dengan perlakuannya yg menampar suaminya..kesiannya Lisakan pasti dia berasa bersalah yg amat terhadap mamat poyo tu..
:-) tak perpaling n berhenti ... Muehehe .. " juni w"
rasa nk komen lak time ni...
best la enovel ni...
tiap2 masa lawat blog ni sebab nak tgk ada tak update yg baru..huhu
klau lisa mengandung,buatla dia suka duk dekat dgn adhlan tapi adhlan jual mahal...hihi
--za--
Biar lisa gelak..hahahahaha...
P/s: jahatnya aku
-miss A-
oo nak sweet macam tu ek... okey insyallah tunggu tiba entrynya nanti ek :)
tq so much :)
thanks for comment. usia membawa perubahan mental n fizikal.. sama2 lah lihat sisi gelap Adlan yang berubah kerana perbuatan Lisa dulu :)
x terlambat... baru je upload malam 3hb..
tq for reading :)