IKATAN BERSIMPUL MATI 1
Pagi lagi suara mak kedengaran sayup-sayup menyapa peluput telinga semakin lama semakin kuat dan kuat hinggalah mata yang terpejam erat terpaksa ku buka sedikit demi mencuri lihat keadaan ketika ini.
“Khalisa bangun! Kata ada interview
hari ni?” kelibat mak yang sudah bercekak pinggang menerpa sepasang anak mata
ini. Serentak itu juga kelopak mata ku buka luas!
“Dah pukul berapa ni mak?” kelam kabut aku
bangun bila perkataan interview terluah dari bibir mak. Ya Allah macam mana aku
boleh lupa? Hisshh... dah pukul berapa sekarang. Tanpa memperdulikan mak di
muka pintu, wajah ku toleh ke kanan dan ke kiri mencari kemana perginya jam
loceng yang selalu berada di atas meja.
“Cari apa?” sergah mak pendek. Aku panggung
wajah mencari wajah ibunda kesayangan. Dia melihat penuh kehairanan manakala
aku pula pamer riak wajah kekeliruan. Oh aku terlupa yang aku tengah mencari
jam loceng.
“Jam loceng!” ujar ku sepatah. Rambut
yang menutupi wajah ku selak ke belakang.
“Tu ha... ada tepi bantal! Sudah
tu, siap cepat! Nanti boleh suruh ayah hantarkan!” aku angguk sekali sambil
meraba-raba ke arah bantal. Oh di sini rupanya jam loceng aku! Jam berbentuk
empat segi itu ku tenung lama, baru menghampiri angka lapan pagi. Aku angguk
sekali baru pukul lapan rupanya! Hah? Pukul lapan! Kali ini aku benar-benar
terkejut bila angka lapan mula berada di dalam minda sedar ku. Ini bermakna,
tinggal setengah jam sahaja untuk aku sampai ke tempat temuduga yang
dimaksudkan! Alamak, apasal boleh careless ni! memang aku marahkan diriku
sendiri!
Setelah bersiap serapi mungkin,
ayah menghantar aku ke sebuah bangunan pejabat berketinggian 15 tingkat, jika
tak silap aku diluar bangunan tadi tertera perkataan Wisma Mustapha. Siapa Mustapha
itu, aku tak pasti. Yang nyata, pemilik bangunan ini mestilah seorang yang kaya
raya hingga mampu menubuhkan wismanya sendiri.
Dalam langkah penuh debaran, aku
memasuki perut lif menuju ke tingkat tujuh dimana sesi temuduga akan
berlangsung. Setibanya aku di sana, beberapa calon temuduga yang lain telah
tiba lebih awal. Entah pukul berapa mereka bangun namun aku yakin mereka lebih
bersedia dari segi mental dan fizikal berbanding aku yang terpaksa terjah
setelah mendapat tahu tentang panggilan temuduga ini lewat petang semalam. Itu
pun tidak disengajakan aku terbuka kotak email.
“Hai.. you all semua. Dah breakfast?”
soal seorang gadis. Cantik dan anggun, putih dan langsing! Itu pandangan dari
mata yang memerhati. Mungkin setiausaha mungkin juga pembantu peribadi. Aku pun
tak tahu, maklumlah ini pertama kali aku menjejaki alam pekerjaan dan sudah
tentunya aku tiada pengalaman serupa ini.
“Sebentar nanti awak semua akan
ditemuduga oleh Encik Fikri dan Puan Dania. Dan mungkin mengambil masa yang
agak panjang, jadi saya cadangkan pada sesiapa yang belum bersarapan. Awak semua
boleh pergi sarapan dulu, pukul sembilan boleh kemari. Sesiapa yang dah
sarapan, boleh terus ambil nombor giliran di meja saya!” ujar gadis manis itu
bersama senyuman yang sememangnya manis bergula!
Aku kakukan diri sambil memikirkan
cadangan yang diberi, memang aku belum bersarapan! Jadi lebih baik andainya
perut ku isi dulu sambil membuat persediaan seketika.
“Cik, saya rasa saya nak keluar
sekejap! Nanti saya masuk balik.” Gumam ku pada gadis yang memberi
penerangannya tadi.
“Pukul sembilan datang ke sini
semula ya! Jangan lambat!” ucapnya ku sambut anggukan kecil.
“Terima kasih!”
“Sama-sama!” gadis itu menyahut
ucapan terima kasih ku bersama senyuman manisnya sekali lagi.
****
Dua minggu berlalu dan semalam aku
dikejutkan dengan panggilan telefon dari syarikat yang menemuduga aku tempoh
hari. Entah apa ke nama syarikat tu! Aku pun dah lupa! Katanya hari ini aku
akan mula bekerja dan benarlah aku sudah terconggok di atas bas Rapid menuju ke
Wisma Mustapha.
Dalam langkah longlai, aku menapak
menuju ke lobi bangunan sebelum menuju ke deretan lif. Di sana beberapa pekerja
syarikat tersebut sudah siap sedia menunggu pintu lif terbuka. Fuh, ramai
giler! Takpelah, bagi mereka naik dulu! Aku lambat-lambat pun takpe!
Aku masih diam memerhatikan karenah
mereka-mereka yang berebut menggunakan lif hinggalah keadaan menjadi lengang
seketika barulah aku berdiri betul-betul di hadapan pintu lif menunggu pintu
lif terbuka dengan sabar. Ni high speed ke apa? Bangunan dah cantik, lif
terkedek-kedek! Tanpa sedar aku menyelar keadaan lif yang bakal membawa aku ke tingkat 12.
Sebaik pintu lif berdenting, aku
boloskan diri ke dalam perut lif! Dan butang bernombor 12 ku tekan pantas dan
serentak itu juga aku lihat daun pintu lif tertutup perlahan-lahan.
Satu persatu tingkat di daki oleh
lif yang nampak naif! Dalam menunggu dan sabar menunggu itu lif terasa
terhinjut seketika dan lampu di dalamnya terpadam sesaat dua sebelum kembali
terang membuatkan perut ku bergelojak seketika. Ya Allah, aku betul-betul mual
bila keadaan ini yang harus ku tempuh. Dalam rasa pening yang datang tiba-tiba,
aku melangkah keluar dari perut lif tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan hingga
bahu seseorang ku langgar tanpa sedar.
“Hei! Mata tu letak dekat mana? Lutut!”
sergahnya buat aku terkedu. Suara itu seperti pernah ku dengar suatu ketika
dahulu. Tapi siapa, aku pun ingat-ingat lupa. Siapa agaknya ya! Aku meneka dan
memanggung wajah mencari jawapan untuk persoalan hati.
“Hah?” aku tekup mulut lalu wajah
ku tundukkan kembali. Ddi... dia! Dia buat apa dekat sini? Hishh... takkanlah
kerja satu tempat dengan aku?
“ Hei young lady!” sergah dia buat
aku mencemik seketika. Perangai tak pernah berubah! macam manalah orang nak
suka!
“I’m so sorry Encik Adlan, saya tak
nampak tadi.” gumam ku masih menyembunyikan wajah dari dijamah sepasang
pandangan tajam itu.
“How do you know my name?” soalnya
curiga. Aku tekup mulut, YA Allah macam mana aku boleh terlepas kata. Eh, dia
tak kenal aku? Atau dia telah hilang ingatan? Ah apa aku nak jawab ni! Jari
jemari ku elus satu persatu.
“How do you know my name?” soalnya perlahan
tapi tegas. Aku telan liur, sikap garang seperti singa bukan sikap lelaki itu
sebelum ini. Mungkinkah dia berubah laku setelah aku simbah dirinya dengan air
panas suatu ketika dulu? Ah banyaknya soalan! Mana satu nak jawab! Aku marahkan
diri sendiri.
“Maaf encik, saya... saya... saya
teka je. Ya, saya main teka!” ujar ku gugup berserta sebuah jawapan kurang
cerdik. Huh lantaklah! Asalkan semuanya nampak beralasan, itu lebih bagus!
“Teka? Huh..” dia bercekak pinggang
lalu tergelak sinis. Seraya menentang pandangan mata ku tajam dan penuh
mengejek. Tiba-tiba dia hampirkan tubuhnya ke tubuh ku, dan aku berganjak
sedikit tapi dia masih cuba mendekat!
“Jangan bagi alasan bodoh! Sebab alasan
bodoh akan menampakkan tahap kebodohan awak!” bisikknya perlahan namun perit
untuk gegendang telinga ku menerimanya. Sejurus itu dia berlalu pergi tanpa
menoleh ke arah aku lagi. Hairannya! Dia tak ingat aku ke? Ke dia dah lupa
bekas isteri dia ni? Huh... baguslah! Aku pun tak ingin nak kenal apatah lagi
nak ingatkan kau Encik Adlan!
“Khalisa, it’s you?” soal seseorang
buat aku tersentak lalu wajah ku palingkan ke arah suara yang menegur.
“Yup, Khalisa here! Encik Fikri...
saya terlambat ke?” soal ku berbahasa.
“Eh, taklah! Awal lagi ni.”
sambutnya beserta sebuah senyuman mesra.
Aku senyum dan mengangguk sekali
seraya mendekati tubuh itu, lelaki ini yang menemuduga aku tempoh hari dan
dalam keadaan tergesa-gesa aku dipanggil bekerja. Hairan tapi itulah hakikat,
aku yang tidak punya pengalaman dan tidak punya keputusan yang bagus juga boleh
diterima masuk bekerja di syarikat korporat seperti ini.
“Mari kita masuk ke bilik saya! Saya
nak bagi offer letter dan awak boleh tanda tangan kontrak.”
“Baiklah, terima kasih Encik Fikri
sudi terima saya bekerja di syarikat ni.” ucap ku luhur dari hati.
“Saya cuma mengikut arahan,
selebihnya terpulang pada pihak atasan.” Gumam Encik Fikri buat dahi ku
berkerut. Dia mempersilakan aku duduk di kerusi beroda sebelum dia ku lihat
mengeluarkan beberapa set dokumen.
“Maksud Encik?” soal ku sepatah.
“Tak ada apalah, nah.. ambil baca
dan tanda tangan!” kontrak disua ke arah ku. Dan dengan rasa yang masih keliru
huluran itu ku sambut tenang. Ku baca dan ku fahaminya dengan jelas lalu
tandatangan ku jatuhkan dia atas kertas bertinta dakwat hitam.
“Encik Fikri.. boleh saya tanya
sesuatu.” Dokumen yang selesai ku tanda tangan kini bertukar tangan dan dia ku
tatap lagi.
“Ya, apa dia?” kening Encik Fikri
terjungkit tinggi dan aku balas dengan senyuman sebelum pertanyaan itu ku
lontar.
“Yang tadi tu siapa ya?” soal ku
sekadar menduga Encik Fikri.
“Oh yang tu Encik Adlan, dia senior
kita!” Encik Fikri senyum pada ku. Aku angguk sekali lagi sambil sebelah tangan
memperkemaskan lilitan selendang yang sedikit senget.
“Senior kita bermakna dia lebih
lama bekerja dari Encik Fikri?’ soal ku pendek.
“Ya, dah bertahun Encik Adlan bekerja
dekat sini! Maklumlah anak bos!” ujar Fikri tertawa kecil membuatkan aku yang
mendengar bicaranya menelan liur. Jangan cakap yang aku bekerja di syarikat
bekas keluarga mertua aku! Ah... apa semua ni! Aku tak tahu pun bekas suami aku
tu anak orang kaya, ada syarikat besar lagi. Kenapa aku tak tahu ni? Kenapa? Kenapa?
tanpa sedar hati menjerit kuat! Mereka cuba ku jauhi tapi semakin hampir pula
aku pada kehidupan keluarga itu. Oh
mungkin kau terlupa, aku memang tak pernah kenal siapa itu Adlan sebelum aku
berkahwin dengan dirinya dahulu. Waktu tu, aku baru menamatkan zaman
persekolahan. Masih mentah dan masih muda remaja! Dan kini aku jauh lebih
matang berbanding dulu! Lima tahun berlalu, dan lima tahun itu pasti menyimpan
seribu kenangan yang tidak manis pada aku dan mungkin juga pada Adlan.
“Encik Fikri... boleh saya tanya
lagi.” mohon ku agar lelaki ini tidak jemu melayani karenah aku.
“Ya, silakan Khalisa!” ucapnya
tenang dalam senyuman. Lega sedikit hati aku!
“Encik Fikri panggil saya Kay, itu
lebih selesa pada saya.” Gumam ku sebelum meneruskan bicara.
“Kay? Hurmmm nice name!” dia ketawa
halus.
“So nak tanya apa tadi?” dokumen
kerja yang ku tanda tangani sebentar tadi dibelek-belek. Sesekali mata itu
terarah ke raut wajah yang ku tempel dengan solekan nipis.
“Tak... err macam ni sebenarnya
tentang Encik Adlan tadi.”
“Kenapa dah jatuh cinta?” tebak Encik
Fikri memintas bicaranya ku langsung membuatkan aku bagaikan tercekik seketika.
Memang aku akui, Adlan kacak, tapi tak semudah itu untuk aku jatuh cinta pada
lelaki itu.
“Encik Adlan tu ada penyakit
amnesia ke?” soalan ku buat dahi Encik Fikri berkerut-kerut. Mungkin pelik
dengan soalan yang ku lontar.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Encik
Fikri menyoal aku tanpa menjawab persoalan ku tadi.
“Err... tak ada apa-apalah! Saja saya
tanya!” aku tergelak kecil menutup canggung pada tingkah yang aneh.
“Oh ya... satu lagi soalan! Encik Adlan
tu dah kahwin?” soalan ini tanpa sengaja membuatkan Encik Fikri ketawa halus.
“Awak ni Kay... bukan awak seorang tapi ramai yang tanya
soalan ni pada saya. Tapi awak lebih berani sebab awak terus tanya soalan tu
pada hari pertama awak bekerja! Bagus!” aku tak tahu sama ada Encik Fikri
memuji atau memerli. Ah aku tak peduli! Aku nak tahu!
“Tak silap sayalah, rasanya Encik
Adlan tu pernah kahwin! Tapi ramai yang tak tahu, awak jangan kecoh-kecohkan
hal ni pulak! Kalau ada yang tahu, saya cari awak sampai lubang cacing!” ugutan
itu bersulam senyuman namun aku tahu Encik Fikri benar-benar maksudkan
bicaranya. Hurmm... tahulah aku, bekas isteri Encik Adlan adalah aku! Ini
bermakna, sejak lima tahun lepas dia belum pernah berkahwin untuk kali ke dua. Takkanlah
dia setia pada aku yang keji ni? Atau dia serik untuk berkahwin lagi, manalah
tahu kalau-kalau tersangkut pada perempuan satu spesis seperti aku? Huh
kesianya Encik Adlan!
“Miss Kay,” sapa Encik Fikri buat
aku terkejut. Terhapus lamunan ku dengan tiba-tiba. Jangkal bila gelaran
dipangkal nama itu disebut oleh seorang lelaki walau hakikatnya aku sudah
berstatus puan dan kembali menjadi cik puan sebulan kemudiannya.
“Bilik awak dekat sebelah sana! Bersebelahn
dengan bilik kerja Encik Adlan! Bolehlah awak tengok dia selalu,” usik Encik Fikri
buat aku tidak senang duduk. Kenapa pula aku ditempatkan di situ? Ah sudah,
kalau dia tahu siapa aku yang sebenarnya! Matilah aku nanti, mesti dia akan
balas dendam pada perbuatan aku dulu! Aduh takutnya!
“Cik Khalisa, kenapa ni? Awak macam
tak selesa je!” tebak Encik Fikri bagai dapat meneka rasa hati ku.
“Kenapa saya ditempatkan di sana
ya?” soal ku pendek.
“Awak akan menggantikan pembantu Encik
Adlan buat sementara waku. Lepas tiga bulan, awak akan dipindahkan ke unit
lain!” guamamnya menerangkan tugas dan bahagian kerja yang harus ku pikul.
“Saya takutlah!” luah ku tidak
semana. Dan serentak itu juga Encik Fikri tayang wajah cemberutnya.
“Apa yang awak nak takutkan Kay? Encik
Adlan tu tak makan orang! Dia makan nasi,” gelak lelaki itu sedikit pun tidak
meredakan rasa takut ku pada Adlan. Aku benar-benar bimbang andai Adlan
mengenali aku seterusnya membalas dendam pada perbuatan ku dahulu hingga aku
dan dia bercerai talak satu! Cerai tanpa sengaja, tanpa sempat menikmati alam
rumah tangga yang sebenar.
P/S: ini buah tangan terbaru.. kerana sekadar hiasan dunia akan tamat tak lama lagi,. enjoy reading :) drop komen untuk pendpat anda. dan tajuk belum officially lagi. mungkin akan diubah nanti.
Comments
One word dari akak..It's awesome...!! teruja nya nak tahu..adakah Kay ni umurnya 22 tahun..maknanya dia berkawen masa umurnya 17 tahun..!!! apa sebenarnya yg berlaku dalam rumahtangga mereka sehingga dia diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami dia tu..Adakah mereka berkawen kerana cinta..kawen atas paksaan keluarga..akak harap ada sambungan pada E3 ni.. nampak gayanya watak perempuan ini nampaknya ganas giler..kan..sebab boleh simbah air panas kat muka suami..apa yg berlaku menyebabkan tercetus perbuatan yg agak melampau itu..adakah disebabkan gurauwan yg tidak bertempat atau disebabkan Adlan tu kaki pukul..
tq komen akak. yup dia kahwin lepas habis spm. mereka kahwin x kenal tapi hubby dia suka pada pilihan keluarga. but kay pulak budak2 x faham apa mksud kawen yg sebenar2nya n sifat si adlan ni kuat bergurau. so itulah punca kena simbah air panas.
Adakah kehadirannya telah diketahui dan ditunggu oleh bekas suaminya ..dan adakah keluarga mereka mengetahui dan cuba menyatukan mereka kembali..
saya still otq siapkan jmpw hihi... susahnya mncri jalan penutup untuk cerita tu :) tq reading selamat menyelami dunia IKATAN BERSIMPUL MATI.