CINTA DIHUJUNG NODA 31
Semoga terubat rindu pada sesiapa yang merindu CDN ini....
komen ;)
CDN 31
“Nia, tidur dula ya sayang! Abang nak turun sekejap, dahaga.
Nak apa-apa tak? Boleh abang ambilkan nanti?” ujar ku sambil menjatuhkan
langsir yang tadinya kemas terikat. Usai menjatuhkan langsir, aku lurutkan
sedikit kain itu agar kedut kesan terikat tadi hilang sedikit.
“Rasanya tak ada apa-apa, Nia tidur dulu ya! Kepala ni berat
sangat,” balas Nia sambil menarik selimut hingga ke paras dada.
“Ermm... abang turun dulu! Kejap lagi abang naik balik,”
tutur ku sambil menuju ke muka pintu dan daun pintu ku selak sedikit, seketika
langkah ku terhenti dan wajah ku palingkan pada Nia yang sedang memerhatikan
aku di situ.
“Ermmuuuuahhh,” aku layangkan ciuman terbang buat Nia dan
dia tersenyum sambil menekup mulut.
“Ishhh.... gatal!” dia mencebik seketika namun tidak lama
kemudia dia kembali pamer senyuman manis
pada ku. Aku juga tersenyum lalu segera menapak keluar.
Tombol pintu bewarna kuning keemasan itu, ku tarik dari luar
lantas tertutup kembali daun pintu yang tadinya terbuka luas.
Sengaja memilih jalan jauh, anak tangga itu aku turuni
berhati-hati dan mata ini juga seakan membesar melihat keadaan yang tak
sepatutnya aku lihat dari seorang wanita yang sedang sarat membuntingkan
zuriatnya sendiri.
“Neesa, apa ni?” soal ku perlahan. Malas sudah terjerit dan
terpekik dengan wanita yang masih sama seperti dahulu, tidak sekali pun pernah
berubah .
“Smoking!” sepatah jawabnya jujur. Aku geleng kepala melihat
tindakannya waktu ini, dengan seluar paras peha, baju tanpa lengan dan rokok yang
masih menyala di celah jari. Dia kelihatan selamba menyedut asap tipis itu
tanpa rasa bersalah pada kandungannya yang sedang berkembang subur di rahim.
“Bak sini,” pinta ku sambil sua tapak tangan tepat ke
hadapan wajahnya.
“Nope,” jawabnya sekali lagi sambil menyembunyikan tangan
yang sedang mengepit rokok yang bersisa separuh itu ke belakang badan.
“Neesa, kenapa merokok pulak ni? You pregnant, jaga
kesihatan baby you jugak!” aku turut duduk melabuhkan punggung bersebelahannya
sambil mata masih menancap pemandangan luar rumah melalui dinding yang
diperbuat dari cermin itu.
“I sihat ke... I tak sihat ke... tak ada siapa yang peduli! Tambah
pula, Nia dah pregnant! You pun akan jadi daddy tak lama lagi. So, apa gunanya
I pada you?” soalnya perlahan sambil cuba menyedut kembali rokok yang
disembunyikan tadi.
“Nope, you tak boleh merokok! I tak suka perempuan merokok,”
tutur ku masih cuba berlembut dengan Neesa. Rokok itu ku leraikan dari celah
jari yang cuba dikemaskan agar tidak terlepas ke dalam peganganku. Namun siapalah
dia untuk melawan kudrat dari aku seorang lelaki yang sememangnya dikurniakan
kudrat yang kuat melebihi kudrat seorang wanita.
“Neesa, boleh I tanya you something?” gumam ku sambil bahu
itu ku peluk sedikit. Ya, dia masih isteri aku! Sejahat mana dia, dia tetap
dibawah tanggungjawab aku! Nia juga sudah sering mengingatkan aku tentang hal
itu, cuma hati ini yang masih berdegil menolak takdir yang tersurat.
“Apa dia?” tanya dia masih tiada semangat.
“Dulu you serumah dengan Nia right? Macam mana you all
berdua boleh kenal?” soal ku sambil hela nafas perlahan dan dia yang masih
terlentok di bahuku segera menegakkan tubuh perlahan-lahan.
“Nia my best friend sejak sekolah rendah, semua benda I
share dengan dia! Masuk sekolah menengah dia pindah ke sekolah agama dekat
Pantai Timur, than lepas SPM dia sambung Sijil Tinggi Agama. Hmmmmm.... tahu-tahu
dia dah sampai ke Mesir.” Gumam Neesa sambil kembali melentokkan kepala ke bahu
ku.
“Than macam mana you all boleh jumpa lagi?” tanya ku yang
sudah berminat ingin tahu kisah keduanya.
“Dua tahun lepas, I jumpa dia dekat taman permainan
kanak-kanak. Waktu tu dia tengah menangis, so I ajak dia balik than tinggal
menyewa dengan I sekali. Masa tu I pun tengah cuti semester!
Tapi sekejap, dalam sebulan dua dia ke Mesir semula sebab
cuti dah habis! So dari situ I contact semula dengan dia!” beritahu Neesa
tentang serba sedikit hubungan dia dan Nia.
“Maknanya, you kenal dia sebelum you kenal I lagilah?” soal
ku meleret dan Neesa angguk kepalanya menjawab pertanyaan ku tadi.
“Kami kenal satu sama lain sejak sekolah tadika lagi Attar! Dia
best friend I... yang selalu tolong I dalam kelas, sama-sama pergi sekolah
fardhu ain dan selalu jugak backup I bila ada member-member kacau. Semua benda
I share dengan dia, dan paling tak sangka suami pun I share dengan dia jugak!”
Neesa ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya sekali. Lucu mungkin
dengan kisah mereka yang suka berkongsi hingga suami juga terpaksa dikongsi
dua.
“Entah dekat mana silapnya, dia jadi alim dan I pulak jadi
jahat? Hairankan?” tanya Neesa buat aku diam seketika. Mungkin aku punca Neesa
menjadi liar barangkali! Aku juga yang sering mengajarnya melakukan aktiviti
berkunjung ke kelab malam hingglah mengenali barang-barang yang terlarang. Semuanya
aku yang perkenalkan pada dia, jadi wajarlah andai aku dipersalahkan.
“I cemburu dengan hidup dia, semua perjalanan hidup dia
nampak sempurna! Tak ada masalah, bahagia dan nampak teratur!” gumam Neesa
lagi.
“Maksud you?” soal ku tidak mengerti.
“Dia dapat kasih sayang you Attar, dia dapat kasih sayang
mama... dia juga dapat perhatian Mak Mah dan Pak Deris! Semuanya dia ada, I
pulak? I tak ada apa-apa, mama pulak dah tak ada.... papa pulak langsung tak
ingatkan I lagi!” lirih Neesa bersuara dan waktu ini aku nampak sisi lain
seorang wanita yang sebelum ini cukup tegar melawan kata ku dan cukup biadap
menjawab segala tutur bicara ku dahulu.
“You ada I, you ada baby!” ucap ku sambil cuba memujuk dia
dan mengingatkan dia tentang anak yang sednag dikandungnya itu.
“Tapi I tak nak baby ni, I tak suka dia!” jawapan Neesa buat
aku tersentak.
“Kenapa you tak nak? Bukan semua perempuan diberi peluang
untuk mengandung...” tutur ku cuba memujuk wanita itu.
“I benci anak ni, I tak suka dia!” ujar Neesa sedikit kuat
buat aku kaget dengan perubahan mendadak dia kali ini. Dia bangkit dan aku juga
lakukan hal yang sama.
“Kenapa you nak benci baby tu? Yang salah you, bukan anak
tu!” ingat ku pada dia. Dia tegakkan tubuh lantas segera berpaling lalu melangkah
naik meninggalkan aku sendirian terkulat-kulat di situ.
Pelik sungguh dengan perlakuan Neesa, ingat ku dia sudah
insaf rupanya segala telahan ku salah belaka. Lantas aku atur langkah menuruni
anak tangga menuju ke dapur.
Peti sejuk ku hampiri dan botol mineral kecil ku gapai lalu ku tutup semula
pintu peti sejuk.
Langkah kaki ku atur pula menuju ke kolam renang, terasa
tubuh yang pansa bagai minta disejukkan. Aku tenung dasar kolam yang membiaskan
cahaya dari sinaran lampu anjung yang terang benderang. Penutup botol mineral
ku buka perlahan lalu ku teguk airnya, hilang dahaga buat seketika. Sesaat kemudian,
aku letakkan botol mineral ke atas meja yang tersedia di tepi kolam dan langkah
kaki ku atur menuju ke bilik persalinan berhampiran bilik air di tepi kolam
renang.
Swimming trunk ku gapai lantas seluar ku londeh dan ku ganti
dengan suit renang itu.
Tanpa sedar aku sudah berendam di dalam kolam sambil
berenang-renang! Untuk seketika aku rehatkan tubuh di tangga kolam dan aku
sandarkan tubuh ke di situ. Stamina yang satu masa dahulu berada di tahap
terbaik kini semakin merudum, mudah benar aku lelah kali ini.
“Hebat!” tutur satu suara dari arah belakang dan aku
palingkan wajah mencari suara itu.
“Aiman! Buat apa dia dekat sini?” tebak ku bergema di dalam
hati.
“Hebat juga renangan buaya tembaga!” tuturnya sinis dan aku
ketap bibir dengan kata-katanya kala ini.
Comments
org jahat memangla kita agak takut tp kita leh agak sejahat-jahat orang apa dia leh buat
tp kl org yg nmpk baik tp dlm sebenarnya jahat, xtercapai akal apa dia leh wat
susah sikit nak masukkan entry pnjg2 skrg
kekangan masa. saya sedang exam hihi ;)