CINTA DIHUJUNG NODA 29
Semoga terhibur
Usai bersolat aku perhatikan tubuh Nia yang tersarung pijama milik ku sedang
menyisir rambut dihadapan cermin solek. Aku hampiri tubuh itu lantas aku
tundukkan sedikit tubuh yang tinggi lampai ini memaut erat leher jinjang itu
mesra. Aku perhatikan rupa paras Nia yang terbias di cermin solek, rambut paras
pinggang sedikit beralun itu ku sentuh dan ku usap perlahan dan lembut. Ubun-ubun
yang masih lembab basah dengan wudhuk tadi ku kucup sekali dan Nia balas
perbuatan ku dengan senyuman manisnya.
“Sayang, kenapa hari ni sayang abang ni nampak pelik? Ada apa-apa
ke?” soal ku sambil tarik dia menuju ke birai katil. Aku labuhkan punggung
lantas ku tarik Nia duduk diribaan ku kali ini, tubuh itu ku peluk dari arah
belakang penuh mesra dan penuh rasa kasih yang menggunung tinggi namun Nia masih
kaku tidak memberi sebarang respon.
“Sayang, jangan kata sayang dah jatuh cinta pada ustaz Aiman
tu... abang tak rela.” Resah dalam hati ku hamburkan jua saat jiwa ini mula
berbicara tentang lelaki bernama Aiman yang ku lihat bagai menarik perhatian
Nia sepanjang petang tadi.
Mungkin jua Aiman kisah silam Nia sebelum bertemu aku? Atau mungkin
juga mereka pernah menjalinkan hubungan yang aku sendiri tidak tahu, dan kerana
hubungan yang tidak sampai ke mana itu dia kembali hadir menagih cinta dari Nia
hingga sanggup menggelar Nia sebagai kakak semata-mata untuk mengaburi mataku! Siapa
tahu niat disebalik kebaikan yang dipertontonkan itu?
“Sayang, abang tak suka sayang berbual dengan Aiman! Please cari
guru al-Quran yang lain untuk mama. Kalau perlu, biar abang sendiri yang cari.”
Gumam ku lagi sambil erat dan ketatkan pelukan tadi.
“Abang, kenapa ni?” wajah ku disentuh dengan jari jemari
runcingnya sedang dia masih lagi ku dakap erat. Lantas dagu ku sangkut di bahu
itu menyatakan rasa tidak selesa ku saat lelaki bernama Aiman itu bagai merebut
perhatian Nia sedang aku pula terpaksa bersaing mendapatkan perhatian dari Nia
yang merupakan hak aku yang mutlak itu.
“Abang tak suka Aiman,” tutur ku pelahan. Nia hela nafasnya
perlahan, seketika sentuhan jari jemari yang bermain diwajah ku tadi beralih
jatuh ke tangan yang sedang melilit pinggangnya pula.
“Apa kesalahan yang dia buat, hingga abang tak sukakan dia?”
Nia masih lembut melayan rasa tidak puas hati ku saat begini, hanya aku yang
baran ini sahaja yang begitu sukar menyembunyikan rasa hati yang semakin parah
diusik cemburu.
“Dia tak salah apa-apa, tapi abang tak sukakan dia! Nia faham
tak, dengan apa yang abang maksudkan ni?” tutur ku lagi sambil renggangkan
sedikit pelukan tadi. Nia bangkit lantas duduk bertentangan dengan ku. Kedua jari
jemari ku diaraih dalam pegangan tangannya dan sesekali dia mengucup tanganku
dan tersenyum seketika. Aku? Dan aku yang dipagut rasa terhiris cemburu ini hanya
sekadar mampu tersenyum hambar membalas senyuman manisnya waktu ini.
“Nia tak faham bang,” manja nada suara itu buat aku terbuai
seketika dan dia sentuh kedua wajah ku sekali lagi.
“Nia tak faham bang, kenapa dengan sayang Nia ni?” ucapnya
memanggil aku dengan gelaran ‘sayang Nia’. Aku kelatkan wajah yang sudah hambar
tadi, memperlihatkan ia dihadapan Nia yang bahawasanya aku cukup terasa hati dan tidak selesa
membicarakan tentang lelaki bernama Aiman. Sedangkan di dalam hati lelaki ku
ini ada sekeping hati yang sudah luka berdarah melihat kemesraan yang tercipta
diantara mama, Nia dan Aiman.
Sesungguhnya dari hati yang kecil ini aku sama sekali tidak
dapat menerima kehadiran lelaki itu di dalam rasa bahagia yang mula ku cipta
bersama Nia.
“Abang....” panggilnya sekali dan aku tundukkan wajah tidak
mahu wajah yang sedang keruh ini diperlihatkan dihadapan Nia. biarlah rasa ini
ku simpan sahaja, andai Nia mengerti.... mengertilah dia dan andai isteriku ini
tidak memahami siapalah aku untuk menyekat kehendaknya itu.
“Abang kenapa ni?” soalnya sambil tarik kepala ku rapat ke
wajahnya hingga dahi bertemu dahi dan hidung bertemu hidung! Aku telan liur
yang terasa berpasir di kerongkong, beraninya Nia waktu ini?
“Abang.... Nia sayangkan abang! Nia sayangkan abang
sangat-sangat,” ucapnya perlahan dan dalam hingga singgah ke dasar hati yang suatu
masa dahulu pernah diselami seseorang.
“Abang....” terhenti kata-kata ku saat ini. wajah Nia ku
tatap dalam dan rasa kasih ini cukup tinggi hingga aku rasa sakit cemburu yang
datang bagai menghiris-hiris rasa yang mula bertandang. Aku lekapkan tangan ke
dada,menarik nafas sedalam mungkin dan menghelanya perlahan.
“Abang nak keluar,” ucap ku lantas bangkit dan berdiri mahu
melangkah namun lengan ku disambar oleh Nia hingga aku terduduk kembali ke
birai katil.
“Maafkan Nia,” ucapnya sambil berdiri berhadapan ku.
“Tentang Aiman biarlah kemudian Nia ceritakan pada abang. Tapi
tolong maafkan Nia, andai perbuatan Nia melayan Aiman buat abang terasa hati!”
ucapnya penuh merayu dan aku yang terasa hati ini kembali sejuk saat Nia menyedari tentang apa yang cuba kusampaikan
di awal-awal tadi.
“Maafkan Nia bang,” ucapnya sambil pandang wajah ku dengan
pandangan redup merayu. Dan aku jatuhkan pandang ke arah tubuh yang tersarung
pijama milik ku.
“Sayang kenapa pakai pijama abang?” pertanyaan ku dijawab
dengan senyuman.
“Nia rindu bau abang! Hairanlah!” pengakuannya buat aku juga
berasa hairan.
“Hishh.. pelik sayang abang ni!” dan dia senyum lantas mengeluarkan
sesuatu dari poket seluar dan meletakkan di atas tapak tangannya. Seketika Nia
unjukkan ia dihadapan mata ku.
“Apa ni sayang?” soal ku perlahan saat jari manis ku disarungkan
sebentuk cincin platinum.
Usai menyarungkan cincin itu dia seluk semula tangannya ke dalam poket
pijama sambil menanti reaksi aku saat
ini.
“Apa ni sayang?” soal ku sedang aku sendiri tahu ia hanyalah
sebentuk cincin platinium namun untuk apakah semuanya ini. Apakah simbolik
disebaliknya? Aku tidak dapat menangkap sama sekali maksud yang ingin
disampaikan oleh Nia.
“Sempena hari lahir abang semalam, Nia tak beri apa-apa
hadiah. Jadi ini hadiah untuk abang sebagai tanda abang suami Nia dan lepas ni
orang tengok jari abang mesti dapat hint yang abang bukan single tapi dah
triple.” Ucapnya malu-malu.
“Triple?” sepatah perkataan keluar dari mulut ku saat ini.
“Seorang lagi siapa? Neesa?” soal ku naif. Dia muncung
sambil sedikit menjauhkan diri dari aku yang sedang terpinga-pinga ini.
“Bukan,” ucapnya sudah memalingkan tubuh membelakangi ku. Aku
bangkit dan melangkah menghampiri tubuh itu dan ku peluk dia dari arah
belakang.
“Habis siapa sayang?” aku gemersikkan suara dekat ditelinga
itu dan mata ku pejamkan merasai getar perasaan halus yang datang singgah di hati.
“Abang,” panggil Nia sambil tarik tangan ku yang sedang
memeluk erat tubuhnya dibawa ke bahagian perut itu.
“Dalam sini ada satu nyawa yang sedang berkembang bersama
kasih sayang abang pada Nia,” ucapnya penuh gemersik. Aku tergamam, benarkah
apa yang aku dengari saat ini atau ia hanya satu mimpi?
“Abang...” Nia panggil aku sekali lagi.
“Abang tak suka?” soalnya sebaik tiada tindak balas yang ku
berikan saat itu.
“Ya sayang... boleh sayang ulang sekali lagi? Jelas dan
kuat!” pinta ku sambil tarik tubuh itu berhadapan melawan pandangan mata ku
yang inginkan kepastian ini.
“Dalam tubuh Nia, ada buah cinta kita berdua! Ada bukti
kasih sayang kita, ada rasa rindu dan cinta hangat dari abang,” ucapnya
tersenyum manis. Aku bulatkan mata lantas ku tarik dia dekat hingga hidung ini
hampir berlaga. Dia menolak dada ku denagn kedua tangannya sambil senyuman
masih tidak lepas-lepas terhias di bibir mungik itu.
“Betul ke sayang? Serius ni????” tanya ku separuh menjerit. Dan
Nia hanya angguk sedikit memberi jawapan untuk pertanyaan ku tadi.
“Ya Allah, seriously abang happy sangat sayang! Sayang abang,
thanks! thanks sayang!” tubuh itu ku dakap erat tidak mahu lagi ku lepaskan. Wanita
ini sedang mengandungkan zuriat ku, dan kali ini akan ku pastikan kandungan ini
terus subur dan mekar hingga tiba waktu kelahirannya nanti.
“Sayang, abang happy! Tolong jangan sedarkan abang!” ucap ku
buat Nia ketawa kecil. Dalam dakapan yang sedang erat itu, aku menyentuh perut
yang sedikit membulat. Lantas ku tarik Nia mendekati birai katil dan aku
labuhkan duduk ku kembali ke situ dan pijama yang tersarung tadi ku singkap
sedikit, melihat tubuh yang sedang mengandungkan zuriat ku ini.
Ku usap kandungan itu perlahan dan Nia membiarkan sahaja,
lantas ku kucup benih yang sedang berkembang di dalam.
Aku sayangkan kau Nia, aku sayangkan anak kita! Akan ku
pertahankan dirimu walau apa pun terjadi! Itu janji ku pada mu, isteri yang
banyak kali terluka dan kerap kali teruji ini.
“Papa sayangkan anak papa,” bisik ku perlahan hingga getar
yang hadir menusuk halus ke dalam hati. Inikah perasaan yang dititipkan oleh
Pencipta saat ada satu nyawa dicipta untuk aku yang bakal bergelar bapa ini? Indahnya
perasaan ini? Alhamdulillah Ya Allah terima kasih. Sesungguhnya ini berita yang
cukup menggembirakan aku sepanjang aku hidup di muka bumi ini, bahagiakah aku? Ya
memang aku sedang meniti rasa bahagia ini!
Kandungan itu sekali lagi ku kucup, buat Nia sedikit menolak wajah ku.
“Kenapa sayang?” soal ku hairan dan Nia hanya menggeleng
kecil.
“Nia gelilah bang, jangan la cium-cium lagi ermm hihi...”
ketawa Nia sudah kedengaran saat aku terus terusan mengucup perut yang sudah sedikit
kelihatan membulat itu.
“Abang bukan cium Nia, abang cium baby kita!” alasan ku berikan
pada Nia dan dia ku tarik duduk diribaan ku seperti tadi.
“Sayang, esok kita pergi beli baju baby eh? Abang nak renovate bilik baby kita lepas tu kita survey
barang-barang baby dan hias sama-sama! Tak sabarnya abang nak kendong baby
sendiri,” gumam ku sudah jauh membayangkan zuriat ku nanti sudah pastilah comel
seperti Nia isteri ku ini.
“Awal lagi bang, baby kita baru dua bulan!” gumam Nia menyedarkan
aku seketika.
“Dua bulan?” soal ku meminta kepastian.
“Ya cik abang buah hati Nia,” gumam isteriku sambil sentuh
wajah aku sekali. Aku membalas senyumannya dan jika dikenang kembali dan jika peristiwa
beberapa bulan lepas tidak terjadi, sudah pasti kandungan Nia juga sudah
memasuki usia enam bulan. Namun takdir menentukan, aku kehilangan zuriat tanpa
aku sendiri sedari bahawasanya Nia sedang mengandung. Kesal dan sebak silih
ganti menerpa hati kerana cuai menjaga Nia ketika itu.
“Sayang, janji kali ni sayang kena jaga diri baik-baik! Abang
tak nak peristiwa lepas terjadi lagi, please sayang jaga diri untuk abang,
abang sanggup lakukan apa-apa sekalipun! Asalkan sayang jaga kandungan kita
sebaik mungkin! Sayang janji dengan abang!” pinta ku penuh mengharap. Dan Nia
angguk kepalanya perlahan, bagai berjanji menjaga anak ini hingga lahir bertemu
aku dan Nia bila sudah tiba masanya nanti.
“InsyaAllah bang,” aku lega mendengar kata-kata Nia dan
sekali lagi aku kucup pipi itu sekilas.
“Abang sayangkan Nia, terima kasih kerana sudi mengandungkan
zuriat abang!” ucap ku sambil tidak melepaskan pelukan erat di tubuh itu.
“Terima kasih bang, memberi peluang Nia mengandung sekali
lagi!” tuturnya perlahan. Aku senyum dalam rasa bahagia yang sarat ini.
“Attar apa yang you buat ni?” jerkah Neesa tiba-tiba setelah
pintu bilik yang tidak berkunci itu dirempuh kasar. Lantas aku dan Nia palingkan
wajah serentak memerhatikan riak wajah bengis Neesa kala itu.
p/s: maaf atas kekurangan.
mungkin lepas ni jrg update. tata ~
Comments
>>k<<
kenapa jarang update lepas ni?ni yang sedih ni :(
bukan cenggitu...
sebenarnya saya perlu jrg2 update untuk kualiti.
kalau selalu update kualiti x okey... x menraik juga kn? tq sudi membaca :)
seminggu sekali kot baru mampu ku update hoho... da~