CINTA DIHUJUNG NODA 28
“Umur Aiman berapa? Study di mana?” soal mama sambil
memasukkan kitab al-Quran yang sudah di baca tadi ke dalam beg manakala Nia
pula menolak kerusi roda mama menuju ke ruang tamu tempat aku sedang duduk
membaca akhbar Harian Metro.
“Aiman baru 22 tahun, ada lagi setahun nak habiskan study.
InsyaAllah hujung tahun depan Aiman habis. Oh ya, Aiman study sama tempat
dengan Kak Nia,” balasnya sambil senyum pada Nia. Heh sesedap mulut dia panggil
Nia aku, Kak Nia! senyum pulak tu, nak makan penumbuk apa????
“Jadi Nia kenallah dengan Aiman?
Kenapa tak beritahu
awal-awal pasal Aiman dekat mama, kan senang tak payah mama nak cari ke sana ke
sini orang yang sanggup mengajar mama al-Quran dekat rumah.” Gumam mama
disambut tawa kecil Aiman dan Nia juga senyum. Hairan aku melihat Nia yang
tidak berniqab kali ini. Memang dia sengaja nak membalas dendam sakitkan hati
aku agaknya! Sengaja nak tayang kecantikan dia pada lelaki lain. Huh memang Nia
sengaja cari pasal dengan aku. Kau pun Aiman, siaplah. Menggedik je!!!
“Abang, sini Nia kenalkan abang dengan cikgu al-Quran mama.”
Gumam Nia mendekati aku. Aku toleh dia sekilas sambil jeling tajam pada Aiman
yang sedang tersenyum-senyum itu.
“Dia buat apa dekat sini?” bisik ku kasar di telinga Nia.
“Dia nak ajar mama baca al-Quran lah,” balas Nia turut
berbisik sambil senyuman dihadiahkan kepada mama dan Aiman yang sedang
memerhatikan tingkah aku dan Nia dari jauh.
“Nia kan ada degree pangajian Al-Quran dan Sunnah! Kenapa
bukan Nia je yang ajar mama?” soal ku tidak puas hati. Memang Nia dan mama
bersubahat menjemput lelaki ini agaknya. Menggatal waktu aku tiada di rumah!
Siapa tahu???
“Nia kerja, macam mana Nia nak ajar mama. Lagipun Nia
perempuan, ada waktu uzur!” balas Nia tegas lalu mula menjauhi aku. Dia yang
sedang menjarakkan dirinya ku hampiri lantas ku tarik lengan itu mendekat
semula ke arah aku.
“Sakitlah bang, apa tarik-tarik ni?” rungutnya perlahan
tidak mahu didengari mama dan Aiman.
“Yang tak pakai purdah ni kenapa? Nak tayang kecantikan pada
lelaki lain? Heh baik bukak semua!” provok dari aku yang sudah dipagut api
cemburu. Jika dahulu dengan aku sanggup dia berpurdah hingga aku yang sah ini
dibiarkan jatuh terlentang ke lantai kerana menarik purdahnya dahulu, mengapa
dengan lelaki ini mudah benar dia pamerkan keindahan wajahnya? Pasti ada
sesuatu yang disembunyikan, jangan-jangan Aiman ini bekas kekasihnya? Siapa
tahu?
“Isteri abang yang satu lagi, seksi pakai baju paras
peha.... dedah lengan dedah bahu dedah sana sini kenapa abang tak sekolahkan?
Kenapa abang tak dakwah dia berubah! Jangan sebab Nia tak pakai purdah, abang
nak tegur! Dia tak tutup aurat dengan sempurna abang bela! Nia yang buka niqab
dan terang-terang tak salah di sisi agama abang persoalkan. Shame of you!”balas
Nia sambil menepis pegangan kejap di lengannya!
“Shame of you,” berkali-kali perkataan itu terngiang-ngiang
di telinga. Nampaknya Nia memang marahkan aku dan Neesa. Tapi aku tak sayangkan
Neesa seperti mana kau sayangkannya! Lantak dialah nak pakai apa sekalipun,
tidak menjadi kudis pada ku! Dan tentang Nia pula, aku cukup sayangkan diri itu
sepenuh hati dan tidak sanggup andai keindahan miliknya dipertontonkan pada
lelaki lain. Aku tak suka!!!! Jerit hati kecil ku lantang memprotes.
Aku mula sebal memikirkan kata-kata Nia lewat petang tadi,
mereka yang sedang galak ketawa di dikolam renang itu ku perhatikan sahaja dari
jendela yang terbuka luas. Ceria sungguh Nia bersama ustaz muda itu, tampak benar
dia sukakan keadaan sebegitu dan mama juga sedang rancak berbual tentang topik
yang aku sendiri tidak pasti.
Hari ini dan saat ini baru aku tersedar, siapalah aku pada Nia yang dahulu pernah
impikan seorang suami yang soleh, beriman dan patuh berpegang pada ajaran agama
sedang aku yang bukan impiannya ini pula menjadi suaminya. Suami tanpa relanya!
Aku rebahkan tubuh di atas tilam sambil merenung jauh ke
siling berlatar warna putih dihiasi ukiran pada setiap sudutnya. Tanpa sedar
ingatan ini kembali menerawang pada satu pertemuan enam tahun lepas setelah
Neesa ku lepaskan dia pergi nun jauh ke seberang laut sana.
Dengan berkaca mata hitam aku perhatikan tubuh Neesa
memasuki balai berlepas bersama beberapa orang lagi sahabat ku yang lain.
Bertuah mereka kerana berpeluang menyambung pengajian diluar negara sedang niat
aku untuk turut serta mati-matian ditentang oleh mama, entah apa tujuan sebenar
mama menghalang aku menyambung pelajaran ke luar negara aku sendiri tidak
pasti. Apa yang pasti aku hanya mampu menghantar dan memerhatikan sahaja mereka
pergi meninggalkan bumi Malaysia dengan rasa yang cukup gembira dan teruja.
Siapa yang tidak gembira andai berpeluang merantau jauh ke tempat orang?
“Excuse me,” satu suara lembut dan manja menyapa aku yang
masih lagi berdiri memerhatikan mereka berlalu pergi.
“Yes,” aku palingkan muka mencari wajah kepada pemlik suara
yang lunak itu. Dia senyum dan lantas meminta kebenaran dari ku untuk
mendapatkan beg galasnya yang tertinggal.
“Oh, sorry....” ucap ku laju dan dia masih lagi memerhatikan
aku dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir mungil yang merah basah.
Beg itu ku serahkan padanya dan dia tersenyum hingga menmpakkan lesung pipit di
sebelah kanan pipinya itu.
“Hi, nice to meet you, Im Qaisara.” Ujarnya sambil hulur
tangan untuk berjabat. Aku perhatikan tangan yang dihulurkan itu, tersarung
glove bewarna hitam. “Dari planet mana agaknya perempuan ini datang?” Omel ku
pelik dengan cara pemakaian gadis yang sedang berdiri dihadapan mata ku
waktu-waktu begini.
“Actually, I baru balik dari hantar member I tadi. You buat
apa dekat sini, if you dont mind boleh kita bual-bual sekejap?” huluran tangan
itu dijatuhkan setelah tidak bersambut dan ramah ia berbicara buat aku sedikit
selesa. Aku dan Qaisara melangkah masuk ke sebuah restaurant yang berhampiran.
“You nampak sedih, why? Kekasih hati pergi jauh ke?”
tebaknya tiba-tiba dan aku angkat wajah mencari wajah gadis yang
memandai-mandai bertanya itu ini sedang aku langsung tidak mengenalinya .
“Saya minta maaf kalau buat awak tak selesa, honestly saya
suka berkawan dan awak, tapi dari tadi
awak senyap. Saya nak panggil awak apa
ya?” soalnya bagai minta aku menyatakan nama ku padanya.
“Attar, call me Attar!” gumam ku perlahan. Straw di dalam
gelas ku kacau berulang kali.
“You stay area mana?” sekali lagi dia menemuduga aku seperti
polis. Aku bosan mahu melayan gadis ini, rambut bewarna seakan coklat kehitaman
itu buat aku tertanya-tanya siapakah gadis ini sebenarnya? Jangan-jangan dia
orang upahan mama yang kerap kali mama lantik untuk mengawasi aktiviti aku
saban hari!
“Im sorry bertanya macam-macam, ni phone number I! Kalau you
free contact-contact lah I ya! kita boleh berkenal-kenalan bukan?” aku masih diam, kad tertera
namanya ku sambut perlahan. Qaisara Balqis, nama itu ku sebut sekali di dalam
hati.
“I balik dulu, see you later!” tuturnya sambil melambai aku
yang masih lagi termangu dihadapan gelas yang berbaki sedikit itu.
Pulang dari menghantar Neesa dan Bella, aku terus menuju ke
Pavilion tempat aku habiskan masa untuk melepak bersama Shark dan yang
lain-lain. Shasha juga masih berada di sana sedang bergembira melayani karenah
nakal sahabat-sahabat ku yang turut serta dalam pertemuan lewat petang itu.
“Attar, cool beb! Relax wey, takkan sebab Neesa sambung
study dekat sana kau dekat sini tayang muka monyok! Dia dekat sana jumpa
boyfriend mat saleh... yang kau dekat sini pulak, frust menonggeng! Apa kes?” bakar Shark
tidak sudah-sudah, sesekali aku hala pandangan tajam ke arahnya. Bukan mahu
menenangkan hati ku yang sedang gundah gulana ini tapi menambah pula rasa sakit
yang sudah tersedia sakit terguris! Tak guna punya member, Shark ku sumpah
dalam hati.
“Attar, tengok sana! Cepat ar..” siku Shark tepat mengenai perut ku sambil matanya tidak
lepas-lepas memerhatikan arah yang dimaksudkan. Aku kalih pandangan turut
melihat apa yang dilihat oleh Shark. Gulppp!!! Gadis yang ku temui di KLIA tadi
tersenyum sambil membalas lambaian dari Shark.
“Jom, awek baik punya!” gumam Shark sambil tunjuk isyarat
thums up pada aku. Aku masamkan muka sama sekali tidak berminat dengan pelawaan
lelaki ini. Yang nyata dan terang mempergunakan aku untuk matlamatnya.
“Jom ar...” dia tarik tangan ku dan langkah kaki diatur
mendekati sekumpulan gadis yang sedang duduk berbual.
“Hai Qaisara,” tegur ku pendek dan dia juga membalas teguran
tadi sambil mempelawa aku duduk bersebelahannya namun Shark lebih dahulu merebut
dan melabuhkan punggungya sebelum sempat aku menghampiri kerusi itu. Wajah itu sedikit kelihatan serba salah dan aku masih diam mencari kerusi kosong yang lain.
“Its okey, I duduk sini!” tutur ku tanpa nada. Dia angguk
sekali langsung menyedut minumannya.
“Attar, you all dah kenal ke? Soal Shark sedikit hairan dan
aku senyap membiarkan gadis bernama Qaisara itu sahaja yang bersuara.
“Actually I kenal dengan dia pun masa di KLIA tadi. Kira
erm... baru dua jam kami berkenalan!” tuturnya sambil kerling jam tangan
berjenama Citizen Eco-Drive. Aku angguk mengiayakan kata-katanya, hmmm baru dua jam aku
dan gadis ini berkenalan!
“Umur you berapa? Nampak sweet, sekolah lagi eh?” Shark
sudah mula menggatal. Aku masih tidak selesa untuk berbual dengan gadis yang
kurang 24 jam ku kenali ini tidak seperti Shark kelihatan ramah menyusun
bicara. Bicara dari mulut seoarang buaya darat!
“You silap, I dan 19 dan you all mesti 18 kan?” tebaknya
lagi buat Shark angguk sahaja kepala. Tertipu dengan ciri fizikal gadis itu. Petang itu aku habiskan
masa berbual dan berkenal-kenalan dengan Qaisara yang tua setahun dari usia ku.
Namun gadis itu tidaklah sematang usianya kerana mudah sahaja mempercayai
kata-kata Shark yang tampak benar banyak berbohong. Naif juga rupanya gadis bernama Qaisara
ini!
Masa berlalu terlalu pantas tanpa aku sedar usia perkenalan aku
dan Qaisara juga sudah menginjak ke angka empat bulan, walau berbeza tempat
pengajian dia dan aku sering juga bertemu dan berbual hingga perasaan yang bagi
ku sekadar rakan itu baginya sudah bertukar pada rasa kasih yang sukar ku
bendung.
“Attar, I rasa hubungan kita ni mungkin boleh pergi ke fasa
yang lain.” Tuturnya lambat-lambat. Aku diamkan sahaja, rasa hati itu bukan
sekali dua diperdengarkan bahkan hampir saban kali aku bertemu dengan gadis ini
dan setiap kali itulah juga kata-kata yang terarah pada hubungan yang lebih
dari sekadar kawan itu akan diungkapkan dan dibicarakan!
“Sorry Qai, I tak nak ada komitmen! Lagipun, I selesa hidup
macam ni.” Ucap ku memberi alasan sedang aku ada agenda yang tersembunyi
terhadap gadis itu. Shark juga sudah lama meminta dan merayu hanya aku sahaja
yang masih berkira-kira untuk tidak melepaskannya. Belum tiba masa yang sesuai!
“Why, I rasa kita serasi even berbeza umur! You tak suka
sebab I tua dari you? Common Attar, itu sekadar angka, bagi I usia bukan dijadikan
ukuran untuk sebuah hubungan itu terbina!” tuturnya tegas dan masih lagi manja
dipendengaranku. Namun rasa hati yang sudah mati pada cinta seorang insan yang bergelar wanita yang
suatu hari dahulu pernah mencalarkan hati lelaki ini, menjadikan
rasa cinta yang datang selepas itu bagaikan salju yang tak mungkin
cair dipanah api cinta mereka.
“Serious you nak hubungan ni lebih dari apa yang kita lalui
sekarang?” aku soalnya sekali dan dia angguk sambil tersenyum mesra. Cukup
cantik tetapi hati ini tiada lagi rasa cinta untuk mana-mana gadis selepas
penolakan Neesa tempoh hari.
“Kalau you tak kisah, you datang Zouk! Malam ni I akan
perkenalkan you dengan member I yang lain!” ucap ku sambil tersenyum sinis.
Nahaslah kau Qaisara Balqis!
“Zouk? Sorry I tak pergi tempat macam tu... you tahukan I
jenis macam mana?” ucapnya harap aku mengerti bahawasanya dia gadis suci yang
tidak berkunjung ke kelab hiburan seperti gadis gadis lain diluar sana. Sucilah
sangat! Dia ku selar dalam hati.
“I tak paksa, tapi syarat untuk I terima you hanya itu. Terpulang,
you nak atau tidak!” aku bagi kata dua padanya bagai dua pilihan yang hasilnya
daripada kedua-duanya sama sekali tidak berbaloi.
Dia masih diam, dan aku tignggalkan gadis itu untuk berfikir
sejenak, pasti malam nanti tubuh itu akan terkulai dan datang melutut menyembah
kaki ku. Senyuman sinis ku pamerkan sekilas biar pun dia tidak dapat melihat tetapi malam ini pasti menjadi kenangan
dan igauan paling buruk dan ngeri untuk gadis itu. Aku yakin!
Malam menjelma, aku masih lagi setia menunggu kelibat
Qaisara Balqsi yang sedari tadi masih belum kelihatan. Shark di sisi sudah
kegelisahan tidak sabar lagi, entah apa jenis pil sudah ditelan lelaki itu. Rokok
juga sudah berbatang-batang dihabiskan! Kelibat Qaisara masih juga tidak
kelihatan.
“Biar betul ni Attar, dia datang ke tak?” tempelak Shark yang
sudah kelihatan mabuk itu. Puntung rokok ditenyeh ke atas meja. Pengotor!
“Sabarlah, kalau dia nak datang! Mesti dia datang! Kalau tak
datang tu, maknanya tak adalah!” tempelakku sambil pandangan mata liar
memerhati seluruh pelusuk kawasan kelam yang hanya disimbah cahaya lampu disko.
“See... dia datang!” ucap ku penuh sinis dan Shark juga
sudah bangkit dari sandarnya turut sama memerhatikan muka pintu di mana Qaisara
berada. Aku lambai ke arah tubuh itu dan dia yang melihat sahaja akan lambaian
ku tadi segera atur langkah mendekati aku yang masih duduk menikmati coke di
dalam gelas yang sudah tinggal sedikit lagi untuk kuhabiskan.
“Attar, I dah datang! Sekarang kita dah boleh keluarkan,”
soalnya polos dan aku ketawa geli hati mendengar kata-kata itu.
“Kenapa you ketawa?” soalnya mulai curiga, Shasha dan Shark
juga senyum meleret begitu juga sahabat-sahabat ku yang lain, tersenyum sumbing
melihat Qaisara yang mudah benar dipermainkan itu.
“You nak kemana tergesa-gesa? Duduklah dulu,” arah ku
berinjak sedikit memberi ruang dia duduk bersama.
“I takutlah, jom keluar sekarang.” Pintanya dalam nada lirih
dan aku hanya menunduk mengacau coke di dalam gelas menggunakan straw.
“You minumlah dulu, takkan belum apa-apa dah nsk balik? Tak
sporting,” gumam Shark sambil hulur coke ke arah Qaisara. Dia diam tidak
menyambut lantas aku pandang wajah itu meberi isyarat mata agar dia minum
sahaja tanpa banyak bantahan. Dia akur dan menurut! usai sahaja minuman itu dihabiskan, aku menyambut tepukan di tangan Shark dan Shasha serentak. mereka ketawa gembira dan aku juga senyum puas hati!
“Kenapa dengan I ni,” suara Qaisara yang terputus-putus itu
buat aku dan Shark ketawa kuat.
“You buat apa ni Attar? Kenapa kepala I sakit?” tuturnya
lagi sambil menyentuh kepala dengan kedua belah tangan.
“Aku nak bawak dia ke rumah Adni, port selamat kita!” tutur
ku selamba dan tubuh Qaisara ku papah keluar dari hiruk pikuk muzik yang kuat
bergema dan berhati-hati aku letakkan tubuh itu di seat belakang.
“Attar apa yang you buat pada I ni?” ucapnya memohon
penjelasanku.
“Aku buat apa?” soalku bagai tidak mengerti pertanyaannya.
“You bagi I minum apa? Kepaa I sakit! pening!” ucapnya
merungut sekali sekala.
“I tak beri you minum, you yang ambil dan teguk sendiri!”
ucap ku tidak mengaku salah. Ya memnag aku tidak salah, dia mengambil dan meneguk
dengan kudratnya sendiri bukan atas paksaan dari aku mahupun sesiapa.
“Sampai hati you, hantar I balik!” tuturnya mula teresak
kesedihan.
“I nak hantar you baliklah ni, you sabar ya!” ucap ku
membohongi gadis itu.
“Ini bukan jalan nak ke rumah I. You nak bawa I ke mana
Attar! Tolong hantar I balik,” rayunya sudah tidak mampu bergerak hanya
pandangan mata merayu itu dapat ku lihat dari cermin pandang belakang.
“Diam!” arah ku buat dia tersedu sedan.
Tiba sahaja di tempat meletak kereta kondominium milik Adni,
tubuh itu ku papah dan ku heret naik ke dalam rumah terletak di tingkat 25,
lantas ku tolak tubuh yang sudah tidak mampu memberi tindak balas itu ke atas
tilam dan tanpa belas ehsan aku tinggalkan dia di situ.
Shark sudah menunggu dalam keadaan mabuk yang teruk dan
dalam keadaan langkah yang sedikit terhuyung hayang itu dia menapak masuk ke
bilik yang dihuni Qaisara. Aku baringkan tubuh ke sofa lantas remote TV ku
gapai. Daun pintu berdentum di hempas
oleh Shark saat tubuh itu melepasi daun pintu yang terbuka luas tadi. Aku perhatikan
muka pintu yang sudah kembali rapat, jeritan dan esak tangis Qaisara buat aku
tidak betah berdiam diri, sedikit sebanyak aku rasa berdosa dan sebahagian hati
ku pula merayu agar aku tidak mencampuri akan perbuatan Shark yang sudah lama
menggilai batang tubuh sempurna milik Qaisara.
Eesak tangis dan jerit rayuan gadis itu buat aku bangkit
dari duduk dan berkali-kali aku meraup wajah antara rasa sakit hati dan dendam
pada perempuan bernama Neesa atau rasa belas ehsan yang masih lagi bersisa jauh
di sudut hati ini. Aku tekapkan tapak tangan ke dada memohon pertimbangan akal
yang waras saat ini.
Mengenangkan Shark yang sudah mabuk teruk itu, rasa takut ku
kembali menggila dan aku juga gusar andai Qaisara dicederakan dengan lebih
teruk! Sedangkan orang yang mabuk sudah pastinya tidak dapat berfikir dengan waras bahkan juga boleh bertindak ganas pada insan yang tidak menurut katanya.
Setelah berkali-kali mundar mandir dihadapan bilik, aku
mengambil keputusan untuk masuk sahaja. Tidak sanggup mendengar rayuan Qaisara
yang sedari tadi menjerit memanggil nama ku berulang kali. Memohon belas ehsan
dan simpati dari aku, lelaki yang sanggup berlaku kejam terhadapnya!
Tubuh Shark yang sedang menindih Qaisara ku tolak
hingga jatuh ke lantai lantas tangan itu ku tarik laju meninggalkan perkarangan
bilik sederhana besar itu sendirian. Shark yang sudah mabuk teruk terus terusan
terbaring tidak sedarkan diri lagi.
Aku heret gadis yang sudah tidak bermaya itu memasuki perut
lif dan melihat sahaja tubuh itu seakan ingin rebah, aku bingkas mengendong ia
ke dalam dakapan lantas ku atur langkah menuju ke parking kereta yang sedikit
tersorok dari pandangan mata setelah pintu lif terbuka tadi.
Berhati-hati aku letakkan tubuh longlai Qaisara ke dalam
kereta, mata itu masih terpejam dan pakaian yang sudah koyak rabak dibahagian
bahu dan sebahagian dada yang terdedah itu ku lindungi dengan jaket hitam yang
sentiasa tersangkut di belakang seat
pemandu.
“Maafkan aku,” wajah basah dan luka sana sini ku perhatikan
dekat dan lama. Rasa kasihan ku tumpah waktu itu! aku tegakkan semula tubuh
dari terus terusan memerhatikan segenap wajah Qaisara, lantas pintu kereta di
bahagian penumpang hadapan ku tutup rapat.
Aku pandu kereta laju menuju destinasi yang aku sendiri
tidak ketahui, sesekali wajah Qaisara yang sudah lebam sana sini ku perhatikan
sekilas.
Kejamkah aku pada wanita yang menuntut cinta dari ku?
Sesekali hati kecil ini berbicara dan setiap kali itulah bayangan Neesa kembali
hadir tersenyum sinis ke arah ku. Ah persetankan! Semua perempuan dalam dunia
ni sama! Tak boleh pakai!!!! Marah ku juga tiba-tiba hadir mempersoalkan
tindakan aku menyelamatkan Qaisara dari dibaham nafsu gila Shark!
Aku hentikan kereta di bahu jalan, masih diam menanti Qaisara
tersedar, entah apa yang diberikan Shark dalam minuman Qaisara tadi aku sendiri
tidak pasti, apa yang dimaklumkan oleh Shark pil itu mampu menjadikan mangsanya
tiada kudrat melawan melainkan membiarkan sahaja segala perlakuan ke atas
dirinya tanpa dapat menolak atau membalas!
Aku kerling tubuh yang sudah bergerak sedikit, Qaisara
membuka matanya yang sudah bengkak kerana terlalu lama menangis dan bibir itu juga
luka hingga darah yang sudah kering terlekat di pinggir bibir itu mencuri
pandangan mata ku.
“Sekarang kau ambil ubat ni, dan jangan cari aku lagi!”
sebungkus ubat ku letak di atas pehanya dan dia memerhatikan sahaja tanpa
sebarang reaksi.
“Ambik, dan blah dari hidup aku!” unjuk ku pada ubat yang ku
beli dari farmasi yang beroperasi 24 jam itu.
“Awak kejam!” tuturnya seraya memalingkan muka ke luar
tingkap. Ada air jernih kembali bergenang.
“At least aku tak biarkan kau kena rogol!” gumam ku
pertahankan diri.
“Rogol, perkosa dan cabul semuanya sama! Tiada yang beza!”
tuturnya lirih dalam sendu.
“Up to you, sekarang kau turun! Dan jangan cuba cari aku
walau sekali pun!” bentak ku kasar dan dia perhatikan aku sekali lagi dan air
mata itu gugur laju menuruni lekuk pipi. Aku palingkan wajah keluar tingkap.
“Sudahlah, aku bukan nak tengok kau menangis!” gumam ku
kasar dan dia angguk sekali.
“Terima kasih atas perbuatan kejam awak, awak takkan bahagia
selagi awak tak sedar dan kesal atas segala kesilapan awak!” ucapnya menolak pintu kereta dari
dalam. Ah persetankan, bahagia atau tidak bukan dia yang menentukan tapi aku! Ya
aku yang layak menentukan jalan hidup ku sama ada bahagia atau tidak!
Aku hela nafas, bait-bait kata Qaisara kembali terlayar di
ingatan ku dan kali ini aku pejamkan mata seketika menarik nafas dan aku buka
semula mata sambil nafas ku hela perlahan. Wajah Qaisara benar-benar sedang
menatap aku dalam senyuman, aku bungkam mahu apakah dia waktu-waktu senja begini.
“Aku mintak maaf Qaisara, maafkan aku!” ucap ku takut andai
hantu Qaisara datang menganggu aku. Hantu memang gemar merayap waktu senja
begini, itu yang sering dimomokkan oleh Mak Mah sejak aku kecil lagi!
Dia hanya diam dan kembali berwajah muram dihujung katil,
aku beranjak sedikit kebelakang sambil memeluk bantal.tubuh tersalut kurung putih dan berselendang putih itu ku perhatikan sekilas.
“Aku dah minta maaf dan aku dah betaubat yang aku takkan
buat lagi!” tutur ku harap dia mengerti yang aku sudah lama berubah laku. Meninggalkan
perbuatan keji setelah Nia datang dan hadir dalam hidup ku.
Dia masih diam dan seketika kemudian dia tersenyum dan
bergerak sedikit menghampiri aku yang sedang memeluk lutut di hujung kepala
katil.
Melihat tubuh itu semakin hampir, aku capai bantal di tepi peha langsung ku
tekup ke muka. Pasti dia datang untuk menuntut bela dan membalas dendam pada
ku. Aku dah berubah Qaisara, maafkan aku! Tolong jangan ganggu aku! Dalam resah
aku merayu agar bayangan itu pergi tanpa mengaggangu aku lagi.
“Abang, bangun senja ni... tak elok tidur waktu asar bawa ke
senja, nanti gila!” ucap satu suara dan kali ini Qaisara mengusik sedikit kaki
ku dengan hujung jari telunjuknya. sentuhan sejuk itu buat aku bergerak sedikit menjauh!
Aku kembali membuka mata, wajah persis
Qaisara itu buat aku sedikit tersentak. Nia atau Qaisara? Hah pasti Qaisara
tidak akan lepaskan aku kali ni!
“Kau nak apa?” soal ku kuat dan bahu itu sedikit terhinjut
akibat terkejut dengan suara keras ku. Aku mahu Qaisara pergi jauh dan tidak
sesekali menggangu aku lagi. Aku sudah berubah dan aku juga sudah bertaubat!
“Aku tak buat kerja tu, jangan ganggu aku lagi...” ucap ku
buat kening itu bercantum satu.
“Kerja apa?’ soal Qaisara. hah sudah dia mula bersoal jawab dengan aku. Aku raup wajah kasar!
“Kerja tu.” Aku tidak sanggup meneruskan kata terasa cukup terhina
diriku saat mengenangkan perbuatan lampau dahulu.
“Jangan ganggu aku lagi, aku dah kawen dengan adik kau! Aku
janji aku akan bahagiakan dia, sekarang kau pergi dari sini! Jangan kacau aku!”
gumam ku sedikit tertunduk tidak sanggup melihat andai tubuh Qaisara melayang
terbang keluar dari kamar ku nanti. Bukan setakat pengsan, silap-silap dengan
aku sekali out!
Aku angkat wajah berharap Qaisara sudah berlalu pergi namun wajah itu masih lagi tepat memandangku tapi kali ini pandangan itu cukup tajam. Marah
sangatkah Qaisara pada aku hingga tiada ruang aku memohon maaf darinya?
Aku tundukkan wajah
sekali lagi, ekor mata ini sempat mencuri pandang pada tubuh yang tersalut pijama.
Pijama? Kemana pula hilangnya selendang dengan baju kurung putih yang
tersarung tadi, hebat jugak Qaisara berbuat magik. Aku tahan ketawa yang mula
menjentik hati, hantu pun pandai berlawak! Tawa yang ku tahan akhirnya terlepas
juga!
Tiba-tiba pipi kanan ku terasa pedih, langsung ku angkat
wajah melihat apa ayang terjadi. Wajah mencerlung Nia tepat memanah wajah ku
saat ini.
“Abang ni kenapa? Mamai pulak? Bangun dah maghrib, tidur
senja-senja nak gila ya?” ucapnya sambil berlalu pergi. Aku sentuh wajah yang
terasa pijar, Nia lempang aku? Huh! Mimpi rupanya.... selimut ku tolak ke
tepi lantas langkah kaki ku atur menuju ke bilik air.
“Nak tumpang mandi,” ucap ku agar Nia di dalam sana
mendengar.
“Tak boleh, dah lewat! Tunggu turn!” tuturnya buat aku
terkesima seketika lantas aku atur kembali langkah kaki menuju ke birai katil.
Aku labuhkan duduk di situ sambil merenung ke arah pintu
lungsur yang terbuka luas. Wajah Qaisara tersenyum kembali menggamit hati ku.
Maafkan aku Qaisara! Maafkan aku yang pernah berlaku kejam pada kau dahulu!
“Abang, kenapa termenung lagi? Itu la tidur senja-senja,
tengok abang pun dah jadi lain macam. Pergi mandi cepat, Nia tunggu abang
imamkan solat Nia.” ucap Nia yang sudah siap bertelekung. Entah bila dia keluar
dari bilik air, aku tidak sedar sama sekali.
Aku angguk sekali dan pandangan kasih dan sayang yang cukup
menggunung tinggi ini aku hamparkan buat tatapan wanita yang sudah dua tahun
bergelar isteri ku ini.
p/s: sila la komen.
oh lupa terima kasih pada yg memberi pendapat di entry sebelum ini. jasa mu amat dihargai tata :)
Comments