CINTA DIHUJUNG NODA 25
“Neesa kau buat apa ni hah?” jerkahku saat mama ku lihat
sudah terduduk di anak tangga terakhir sambil di pinggir bibir itu kelihatan
cecair merah sedang mengalir perlahan.
“Kau buat apa pada mama aku? Kau buat apa ni Neesa?” bahunya
ku goncang kuat namun reaksi Neesa sama sekali tidak membalas segala pertanyaan
aku, hanya senyum sinis yang terpamer di riak wajahnya. Sedikit pun tiada rasa
bersalah!
“Hei kau dah pekak ke? kau buat apa pada mama aku? Kau buat
apa?” berulang kali aku menyoal namun dia masih enggan membuka mulut. Amarah ku sudah sampai ke
kemuncak bila wajah keruh mama yang berkerut menahan sakit singgah pada
pandangan mata. Perempuan bernama An Neesa memang wajar mendapat penangan dari
aku agaknya!
“Sakitlah!” jeritnya kuat sambil tangan kanan menyentuh pipi
yang pijar ku lempang tadi.
“Tahu sakit? Apa yang kau dah buat pada mama aku hah? Kau
buat apa????” sekali lagi aku membentak dan Nia pula hanya diam tidak mahu masuk
campur antara aku dan Neesa. Mama?
Wanita itu sedang dibantu oleh Nia naik semula ke kerusi roda yang tadinya
tertangkup ke lantai. Dan darah pekat yang mengalir dari luka di pinggir bibir
itu telah diseka dan dibersihkan oleh Nia. Sejuk sedikit hati ku melihat Nia
masih mampu bersabar melayani karenah mama yang masih belum mampu menerima diri
itu dengan sepenuhnya.
“Aku tolak perempuan tua ni dari atas, lembab sangat!
Cerewet! Kau ingat aku orang gaji rumah ni, nak kena jaga makan minum dia
bagai? Hei, please.....” ejek Neesa sambil berpeluk tubuh. Pandangannya
dijeling ke arah aku sambil jari-jemarinya bermain dengan hujung rambut yang
lepas bebas.
“Menyusahkan aku, aku tak ingin nak jadi baby sitter
perempuan tua ni! Kalau dia jadi mama aku, dah lama aku humban dekat rumah
kebajikan! Kau tahu kenapa aku nak humban dia ke sana?” Neesa hentikan tutur
katanya sambil tersenyum dan memintal hujung rambut dengan jari telunjuknya
pula.
“Sebabnya, perempuan tak guna ni dah tak adakepentingan lagi
pada aku! Tak ada faedah, so buat apa aku nak simpan lama-lama. Silap hari
bulan mati dalam rumah ni jadi puntianak pulak, aku jugak yang susah! Heh,
gerun!”
“Kau jangan nak kurang ajar Neesa, aku lempang nanti!” ugut
ku cuba mengingatkan dia yang aku tidak sukakan tutur katanya itu. Biadab!
“Aku tak kurang ajar, betullah apa yang aku kata! Kau ingat
mama kau mati confirm nanti masuk syurgalah? Sembahyang pun tak pernah, jangan
nak berangan ya! Lagipun aku just tolak dari atas tangga tingkat satu bukan
tangga tingkat tiga! Lagipun aku tolak kerusi roda dia, bukan aku humban dia ke
apa.” Gumam Neesa sambil ketawa sinis. Sakitnya hati aku dengan perangai
perempuan yang gemar menaikan darah aku setiap kali aku bertembung muka
dengannya! Entah apa yang didik oleh ibu bapanya sampai tahap biadab Neesa
sudah tidak dapat dibendung lagi!
“Agak-agaklah, yang kau tak ada hati perut buat mama aku
macam ni kenapa?” aku menapak menghampiri tubuh yang semakin gempal. Kandungan
berusia lima bulan itu ku tatap lama dan Neesa masih beriak selamba sedikit pun
tidak gerun melihat amarah ku kali ini.
“Apasal pulak tak ada hati perut, jaga mulut kau sikit!”
bentak Neesa sambil mencerlung tajam ke arah aku suami yang terperangkap dengan
permainan kotornya.
“Kau dah gila ke apa sampai sanggup buat mama aku macam ni? Hei
perempuan gila, kalau kau ada otak, kau tak buat macam ni. Perempuan yang tak
ada otak dan gila macam kau je yang sanggup buat perkara yang tak
berperikemanusiaan.
Hei Neesa, aku nak kau mintak maaf pada mama aku sekarang!”
arah ku namun dia senyap tidak menunjukkan sebarang respon.
“Mintak maaf sekarang!” bentakk ku lagi sambil bahunya ku
tolak sedikit.
“Sakitlah!” berkerut wajah itu menahan sakit. Dan aku peduli
apa pada dia, sakit ke apa ke aku tak nak ambil tahu lagi!
“Perempaun gila, kau dengar ke tidak apa yang aku cakap!” aku
jerkah dia sekali.
“Hello Muhammad Fiqri Attar, tengok siapa yang gila sekarang
ni? Aku ke mama kau? Orang tua ni dah nyanyuk tahu tak? Bercakap sorang-sorang
macam orang gila, apa kes?” jerkah Neesa sambil bercekak pinggang.
Aku diam sebentar,
mencerna bait-bait tutur kata Neesa tadi. Adakah benar yang dikatakan oleh
Neesa? benarkah mama nyanyuk, tak mungkin!
“Yang kau diam kenapa? Hah tengok tu dia sorok baju dalam
plastik sampah! Tengok tu, mama kau dah gila!” Jerit Neesa kuat sambil jari
telunjukknya mengunjuk ke arah plastik hitam yang di pangku oleh mama. Aku
turut perhatikan apa yang dikatakan oleh Neesa, ya mama sedang memangku beg
plastik berisi pakaian. Milik siapakah pakaian itu agaknya!
“Mama, nak buat dengan beg palstik ni? Mama nak ke mana ni?”
soal ku lembut agar mama tidak terasa hati apatah lagi dituduh gila oleh
menantunya sendiri sambil beg plastik itu ku regangkan talinya melihat isi di
dalam. Ya memang adanya beberapa helai pakaian milik mama di dalamnya!
“Mama nak keluar,
mama tak nak duduk dekat sini!” perlahan dan sayu nada yang dituturkan oleh
mama. Aku telan liur, kenapakah dengan mama? Apa yang terjadi hingga mama
mengambil keputusan untuk keluar dari rumah kesayangannya ini? Aku buntu dan
sesuatu harus aku lakukan kini. Ya aku perlu menyiasat disebalik semua yang
terjadi dalam rumah yang semakin aneh saban hari.
“Ni rumah mama, kenapa mama nak keluar pulak?” aku soal mama
yang nampak sedikit kebingungan.
“Mama nak solat,” sepatah tutur kata mama buat aku terkedu.
Mama ni biar betul, dah bertaubat ke?
“See, mama kau dah gila! Tak pernah-pernah solat tiba-tiba
hari ni nak solat bagai! Buang tabiat agaknya,” perli Neesa sambil memandang
siling sekilas. Riak sinis sengaja dipamerkan buat tatapan Attar yang sedang
cuba bertabah melayani tiga wanita di sisinya.
“Diamlah! Tak boleh senyap sikit? Mulut kau ni memang mulut
longkang! Perasan bagus!” sinis ku buat dia rasa sebal.
“Hei, tengok mama kau ni? Bodoh, biul..... sebab harta
sanggup kahwinkan aku dengan kau. Tengok muka perempuan tak sedar diri ni?
Tengok puas-puas, dia yang rancang perkahwinan ni! Bukan aku yang
terhegeh-hegeh mahukan kau Attar? Sedar diri sikit!” jerit Neesa sudah bergema
satu rumah. Aku angkat wajah dari menatap wajah mama yang sudah mendung.
“Kau ingat aku hegeh sangat dengan perempuan macam kau? Hadap
sangat? Pleaselah Neesa, cermin diri sikit! Kalau kau tak main kotor, sampai
kiamat pun belum tentu aku kahwin dengan kau!” aku turut sama naik angin dan
Nia mengisyaratkan agar aku bersabar sahaja. Entah apa yang aku rasa, kali ini
aku sudah tidak mampu bersabar dan bertahan dengan apa yang terjadi sepanjang
hidup beberapa bulan ini.
“Hello, apa yang bising-bising ni? Sampai ke pagar I dengar
you all berbual,” senyumam kecil dihadiahkan oleh seorang lelaki yang bertubuh
tegap. Entah siapa-siapa pulak yang datang menyibuk hal rumah tangga aku waktu
perang mulut masih berlangsung!
“Opps... sorry! Bukan berbual sebenarnya, tapi bertikam
lidah bukan?” sekali lagi dia menyampuk buat aku yang mula panas hati semakin
panas terbakar.
“Oh lupa aku nak perkenalkan, yang ni Ady! Dia akan jaga
kebajikan dan keselematan aku dalam rumah ni? Oh lupa sekali lagi aku terlupa, sekejap
lagi kita ada parti, ingat tak apa yang aku cakap semalam? Aku nak umumkan
sesuatu yang penting hari ni, so pastikan kau Nia dan mama kau datang sekali.
Ingat!” jari telunjuk Neesa tepat menunjuk ke arah wajah ku.
“Apasal kau suka-suka hati bawak jantan lain masuk dalam
rumah aku ni? Apasal hah?” bidas ku buat Neesa senyum meleret begitu juga
pengawal peribadinya.
“Kau dah lupa ya Attar, kesian..... sekarang rumah ni atas
nama aku! Dan ikut suka hatilah aku nak bawak jantan ke.... betina ke..... apa
masalahnya dan apa kaitan kau dengan personal life aku? Tak ada kan?????”
“So, kau jaga diri kau! Aku pulak suruh pengawal aku jaga
diri aku!” ketawa Neesa bergema serentak.
“Neesa, anak papa buat apa tu?” aku toleh pada satu suara
dari pintu hadapan rumah yang terbuka luas.
Papa dan mama Neesa pun ada! Apa yang mereka buat di sini? Apa
yang mereka mahukan sebenarnya!
“Mulai hari ni, papa dan mama aku akan tinggal dalam rumah
ni! Ini rumah aku, jadi suka hati akulah nak bawak sesiapa yang aku suka. Jadi
kau pandai-pandailah bawak diri kalau dah hidup menumpang!” herdik Neesa sambil
senyuman sinis masih tidak lekang dari kedua ulas bibirnya.
“Hai menantu mama, kenapa muka masam je? Tak makan lagi?”
pertanyaan Datin Azimah buat aku kembang tekak. Jelingan sinis ku persembahkan
dihadapan matanya.
“Jangan nak biadab dengan mak mertua sendiri, berdosa!”
tuturnya sambil ketawa kecil dan aku pandang dia dengan pandangan tajam bagai
sebilah pedang yang mahu dihunus ke tubuh perempuan tua tak sedar diri itu! Dah
tua-tua masih perasan muda, skrit paras lutut yang pamer betis yang mulai
berkedut itu ku perhatikan sekilas.
“Berdosa, ingat tu!” dia ingatkan aku tentang dosa pahala bagai
aku tak pernah bersekolah sahaja lagaknya.
Kurang ajar punya mak mertua, heh kau ingat aku hegeh sangat
nak jadi menantu kau? Cermin diri sikit perempuan kerepot! Wanita itu ku sumpah
dalam hati. Tak sedar diri!
“Datin pun berdosa jugak pakai skrit, dah tua buat cara dah
tua! Jangan perasan muda pulak,” selarku sambil senyum sinis.
“Jaga mulut kau sikit Attar, kau ingat nak suruh mama aku
berkelubung macam bini kau tu? Hei, tak panas ke? Meruap kulit, entah-entah
macam-macam penyakit yang bini kau sorokkan!” provok Neesa masih tidak mampu
membakar hati Nia yang masih selamba dan tidak masuk campur pergaduhan antara
aku dan Neesa.
Dan aku juga hairan
bagaimana Nia mampu bersabar dan tenang dilayan dan dihina oleh rakan baiknya
sendiri. Tiada perasaankah isteri ku ini?
“Daripada datin, budget muda! Perasaan umur 26 tahun! Common
datin, umur datin dah 62 tahun! Patutlah anak datin pun perangai lebih kurang
macam datin! Rupanya emak dia pun sama tak senonoh!” bidas ku yang sudah sakit
hati tahap tak ingat!
“Kau jangan nak biadab sangat dengan mama aku? Hei, kurang
ajar!” Neesa layang tapak tangannya dan belum sempat mengenai wajah, tangan Nia
sudah menyambar lengan itu kejap!
“Hei Nia, kau apasal hah masuk campur urusan aku dengan
jantan tak guna ni?” bentak Neesa garang.
“Jantan tak guna ni suami aku, tolong hormatkan suami aku
dan tolong hormatkan mama dia kalau kau nak orang lain hormatkan mama kau!”
tegas suara Nia buat Neesa semakin baran.
“Kau jangan nak jadi penyibuklah!”bentak Neesa meminta
pengawal peribadinya datang membantu melepaskan pegangan kejap itu.
“Kau jangan nak masuk campur! Ini antara perempuan dengan
perempuan, kalau kau lelaki dan kau ada maruah, tolong ke tepi!” cabar Nia buat
lelaki bernama Ady kembali semula ke tempat di mana dia berdiri tadi.
“Hei Ady, kau apasal hah tercegat dekat situ?” soal Neesa
masih cuba meloloskan diri dari pegangan Nia yang kejap. Ady yang mula mahu menapak
menghampiri Neesa ku dekati laju!
“Kau jangan nak masuk campur hal rumah tangga aku, kalau tak
nak lebam bijik mata! Baik kau berambus sekarang!” ugut ku pula. Seumur hidup
aku masih belum pernah bertumbuk , jangan dia menjadi mangsa pertama aku
sudahlah!
“Hei lepaslah, sakit tahu tak!” rontaan Neesa masih belum
mampu melepaskan pegangan kejap Nia di lengan yang sudah kelihatan sedikit
kemerah-merahan.
“Kau buat apa pada Attar? Kau yang sebabkan aku gugur! Ini semua
perbuatan kau kan? Baik kau mengaku Neesa!” soal Nia sambil tarik tubuh Neesa
menjauhi aku. Aku masih diam tidak mampu bersuara, tergamam melihat Nia dalam
keadaan sebegitu!
“Baik kau mengaku, apa yang kau letak dalam makanan Attar? Mengaku
cepat!” arah Nia sambil tubuh Neesa ditolak hingga terduduk ke sofa. Laju-laju
kedua ibu bapa Neesa datang mempertahankan anak mereka.
“Hei, yang kau nak backup jantan tak guna ni kenapa?”
pertanyaan Datin Azimah buat Nia yang sedang memakai purdah merenung tajam
wajah itu. Kening yang terbentuk cantik diangkat tinggi bagi membalas segala
pertanyaan yang keluar dari kedua ulas bibir wanita awal enam puluhan itu
hingga wajah itu sedikit tertunduk tidak berani mengangkat wajah melawan
pandangan tajam Nia.
“Jantan tak guna ni suami saya, dan datin jangan masuk
campur! Ini antara saya, Attar dan madu saya, An Neesa!
“Yang kau sibuk nak tahu apasal? Tak ada kena mengena dengan
kau!” Neesa tegakkan tubuhnya melawan pandang ke arah Nia yang berdiri tegak
dihadapannya. Tangan Datin Azimah yang cuba menarik tubuh itu kembali duduk
semula ke sofa ditepis kasar.
“Mama diam, jangan masuk campur! Ni antara Neesa dengan Nia!”
arah Neesa kasar dan Datin Azimah hanya dia dan menurut sahaja kehendak anaknya
itu.
“Aku tahu kau guna benda tak elok untuk tundukkan Attar! Yang
ni apa dia!” satu bungkus kain bewarna kuning dilempar ke atas meja kopi
berbentuk empat segi tepat. Kali ini aku sendiri yang tergamam melihat tangkal
dan beberapa bilah jarum bersepah di situ.
“Hei, kau ceroboh barang peribadi aku! Kurang ajar kau Nia! Kurang
ajar!!!!” jerit Neesa tidak sudah-sudah.
“Sekarang kau berambus! Berambus!” jerkah Neesa sambil
bercekak pinggang. Sebelah tangannya pula tepat terarah ke muka pintu yang
terbuka luas. Dan Nia hanya pamer pandangan kosong membalas jerit pekik Neesa
yang tidak sudah-sudah itu.
“Berambus!” jerkah
Neesa kuat kedengaran menyapa pendengaran seluruh isi rumah.
“Neesa... Neesa.... tak tahu lagi rupanya! Hmmm...” Nia
kelilingin Neesa yang sedang tegak berdiri dan aku serta yang lain masih
menjadi pemerhati adegan pertikaman lidah antara kedua isteri ku dan salah
seorangnya cukup aku sayangi!
“Kau yang sepatutnya berambus!” ujar Nia sungguh berani dan
kali ini aku melihat sisi lain wanita yang kini baru sahaja keguguran buah
cinta kami.
“Tengok? Semua aset dan perniagaan kau aku dah beli! Kau dah tak ada apa-apa Neesa! kau dah
muflis!” tegas suara Nia buat aku telan liur. Sungguh aku kecut perut melihat
perubahan Nia yang tampak berbeza benar dengan karakter sebenar wanita itu.
“Nah, tengok! Aku nak kau tengok dan faham betul-betul apa
yang ada dalam S&P tu! Baca dan faham!” fail tertera perkataan sale and
purchase agreement jelas menerpa ke wajah aku dan seluruh penghuni yang ada
dalam rumah mama waktu ini.
Papa dan mama Neesa juga turut menerpa melihat kandungan
perjanjian jual beli yang telah ditanda tangani oleh mereka. Terduduk keduanya melihat kesemua aset mereka
termasuk aset mama sudah berpindah milik kepada nama seoarang wnaita. Nor
Farhanatul Nadia, dan wanita yang diamksudkan adalah isteri ku sendiri!
Terkedu aku buat
seketika! Siapa Nia yang sebenarnya, bagaimana dia mampu memiliki hartanah
bernilai jutaan ringgit ini? Setahu aku, nilai pasaran untuk tanah dikawasan
lot banglo mewah seperti rumah mama mencecah harga lapan hingga ke sembilan
juta. Dari mana Nia mendapat kekayaan yang melimpah ruah ini. Sejujurnya aku
belum cukup mengenali siapakah Nia yang sebenarnya!
“Kau main kotor, kau main kotor Nia! Aku tak sangka
perempuan berpurdah macam kau yang kononya ada hati yang bersih hanya berlakon dan
berpura-pura baik! Hei tak guna, kau memang tak guna!” pekik Neesa bagai orang
hilang akal. Aku angkat wajah seketika dari terus menatap kandungan yang
tertera di dalam perjanjian itu dan sekilas aku melihat Neesa sedang meluru ke
arah Nia yang sedang membelakanginya!
“Aku bunuh kau Nia, aku bunuh kau!” jerit Neesa sambil
ditangannya kelihatan sebilah pisau yang entah dari mana diperolehinya. Dan aku
yang yang melihat segera meluru ke arah Nia!
P/S: saya busy hehe... curi2 masa siapkan entry ini. hurmmm drop komen okey! agak2 siapa yang terkorban? anda mahukan korban? sila pilih..... hoho.
Comments
mcm 2 la boleh hadapi rintangan bersama...
masukn neesa kat rumah sakit jiwa je....
mama attar nak berubah eh...
bgs la attar n nia pertahankan maruah mama diorg...
neesa 2 mmg x patut di beri peluang ke 2...
hope nia & attar selamat dari perempuan giler tue...
bila attar nak lafaz cerai ni?
i followwwwwwwwwwwwwwww
post next n3 cpt ea....
attar n nia hidup bahagia ye.... jangan apa - apa kan diorang....
padamuka neesa 2