CINTA DIHUJUNG NODA 24
CDN 24
“Mama tidur ya ma, Attar nak tidur ni.... letih sangat ma.
Kalau mama nak apa-apa mama call phone Attar ya.” Ucap ku sejurus tubuh mama
aku selimutkan.
“Mama tidur ya ma,” aku kuntum senyum pada mama lantas
langkah kaki ku atur keluar menuju ke bilik tidur ku pula. Neesa hanya menjadi
pemerhati tingkah ku sedari tadi lagi, entah apa yang perempuan itu fikirkan
aku sendiri tidak tahu sama sekali.
“I nak tidur dengan you, jangan nak mengelak pulak!” tutur
Neesa aku pekakkan sahaja. Ah, letih kepala otak dan seluruh urat saraf ku hari
ini. Sudah tiada daya upaya lagi untuk membuka mata.
“I nak tidur dengan you, dengar ke tidak?” jerit Neesa kuat
bergema. Aku palingkan muka mencari wajah itu . Heh, ada jugak yang kena
penampar kejap lagi!
“Hei betina, kau tak faham bahasa ke? Aku letih, aku
penat.... aku dah tak larat! Jangan nak buat aku naik angin pulak, silap hari
bulan kalau aku humban kau ke bawah, jangan nak salahkan aku pulak!” tutur kata tanpa
nada aku hamburkan tepat dihadapannya dan dia menelan liur mendengar ugutan
tanpa reaksi dari aku yang tampak garang tiba-tiba.
“I bukan nak apa, I just nak tidur dengan you! Salah ke?”
soalnya sambil turut panjat katil tempat di mana aku sudah berbaring.
“Haih.... lantak kaulah Neesa!” aku hela nafas sambil bantal
ku tekup ke wajah. Ingin segera tidur, mata ini sudah tidak mampu lagi bertahan
sementalah esok hari yang panjang bakal dilalui dengan pelbagai lagi perkara
yang dia sendiri tidak pasti.
“Esok you teman I buat check up ya Attar,” gumam Neesa aku
biarkan tidak bersambut. Lantaklah dia, banyak songeh!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Attar, you tengok mama you buat apa? Tengok cepat!” jerit
Neesa buat aku yang terlena bingkas bangun dari katil, mata yang terpejam tadi
ku pisat beberapa kali.
“Ada apa ni Neesa?” soal ku kembali baring semula, bantal ku
ambil dan ku tekup ke wajah.
“Hei bangunlah, mama you buang air merata-rata! Tengok mama
you tu,” bentak Neesa ku biarkan sepi.
“Bangunlah! Bangun!” Neesa menjerit dengan lebih kuat. Aku
yang baru sahaja terlelap kembali tersedar.
“Hei, perempuan kau nak apa hah? Kau tak faham bahasa ke?
Aku nak tidur, nak tidur! Jerkah ku kuat bergema dalam ruang bilik buat Neesa
mengundur langkahnya setapak. Aku bingkas bangun dari katil tubuh itu ku
hampiri lantas rambut itu ku cengkam kuta. Sabar ku sudah habis dalam melayan
karenah Neesa yang semakin mengada-ngada!
“Sakitlah Attar, sakit! Lepaskan I!” Neesa menjerit dalam
esak tangisnya.
“Tahu sakit ya, aku cakap kau buat pekak! Kau jerit sana kau
jerit sini macam aku hamba kau! Macam aku kuli kau! Hei..... kau memang nak
mati agaknya, nak mati!!!” aku tolak tubuh itu jatuh terjelepuk ke lantai.
“Sakitlah Attar,” wajah basah Neesa ku pandang bengis. Aku
sudah hilang rasa kasihan padanya, kali ini entah apa yang merasuk rasa tidak
sampai hati ku padanya sudah bertukar sebaliknya. Aku tidak lagi tunduk pada
tutur kata dan arahan yang keluar dari kedua bibir itu.
“Siap you Attar, you akan menyesal dengan perbuatan you pada
I.” Jerit Neesa membalas semula marah ku. Tubuh itu sudah kembali tegak berdiri
lantas aku dekatinya lalu ku tolak tubuh yang sudah kelihatan berisi jatuh ke
atas tilam.
“Kau nak tidur sangat dengan aku? Kau nak tidur sangat kan!
Sekarang kau layan aku. Layan!” pakaian yang tersarung ditubuhnya ku rentap
kasar hingga sebahagian dada itu terdedah.
“You jangan nak apa-apa kan I, jangan! I kata jangan....”
Neesa mengesot sedikit ke hujung katil.
“Peduli apa aku? Kau nak sangat, aku tunaikan permintaan
kau!” selar ku sambil mencerlung tajam ke arahnya.
“Jangan cari nahas dengan I Attar, you menyesal nanti!
Menyesal!” Neesa beri amaran pada aku yang sedang mendekati tubuhnya.
“Sekarang cakap kau nak buat apa? Pada siapa kau nak mintak
tolong? Cakaplah,” kedua tangannya ku pegang erat hingga dia tidak dapat
bergerak lagi.
“I tak suka you sentuh I dalam keadaan macam ni? I tak
suka!” bentaknya minta aku lepaskan pegangan yang kejap di kedua belah tangan
itu. Sebaik mendengar tutur bicaranya itu, aku kembali tersenyum dan ku
lepaskan pegangan di tangan yang kejap tadi serentak. Ketawa ku pecah bergema
seluruh ruang bilik tidur. Dan Neesa perhatikan aku tidak berkedip. Tubuh itu
ku hampiri lagi dan kali ini aku mahu dia tahu apa perasaan ku terhadapanya.
“Hei, kau ingat aku hadap sangat nak sentuh kau? Kau ingat
aku gilakan tubuh kau? Kau silap besar Neesa!” dagunya ku paut kuat lantas aku
lepaskan kasar.
“Sakitlah! Berambus!” arahnya minta aku keluar dari kamar
tidur ku.
“Kau yang berambus, get lost!” jerkah ku kuat melawan
jeritannya. Pantas Neesa segera bangkit meninggalkan aku sendirian di dalam
kamar yang penuh hangat dengan pertikaman lidah di awal pagi begitu.
Aku jeling
jam di meja kecil, nah sudah sepuluh pagi. Ini bukan awal lagi tapi dah jauh
terlewat, sesaat aku sudah berada di dalam bilik air. Mandi ala kadar dan
bersiap juga ala kadar, tentang pejabat biarlah pengurus-pengurus kanan yang
uruskan, aku ada misi penting hari ini. Dan mama pula aku jenguk dia sekejap, selesai membersihkan mama aku bingkas keluar dari bilik itu.
Keadaan Nia yang masih dalam tekanan
perlu aku perhatikan dan sokongan juga harus ku berikan kepadanya tanpa
berbelah bahagi.
Langkah kaki ku atur menuju ke garaj kereta, BMW milik mama
ku hampiri lantas pintu kereta ku buka dari luar. Semerbak haruman ambipure
buat aku tenang seketika. Kicau burung juga sudah kedengaran menyanyi kecil
bagai ada berita baik yang akan mengiringi ku nanti.
Perkarangan poliklinik itu ku hampiri, wajah jururawat yang
mesra silih berganti menyapa pandangan ku sepanjang laluan menuju ke bilik Nia
ditempatkan.
"Morning sayang, sorry abang lewat sikit! Dah breakfast?”
pertanyaan ku buat Nia angguk sekali. Hari ini keadaan Nia tampak sedikit sihat
berbanding awal pagi tadi ketika selesai menjalani proses membersihkan rahim.
“Abang, Nia nak balik.... jemu.” Gumamnya sambil tarik jari
jemari ku rapat ke dalam genggaman tangan itu lantas punggung ku labuhkan di
sisinya.
“Doktor bagi balik ke?” aku soal dia sepatah dan dia senyum
sedikit walaupun kelihatan sukar untuk berbuat demikian.
“Kata doktor, tunggu check up sekejap lagi. Kalau keadaan
Nia tak ada masalah, bolehlah Nia balik!” ucapnya sambil lentok sedikit kepala
ke bahu ku.
“Sayang, nak balik apartment atau rumah abah?” pertanyaan ku
buat Nia senyap seketika. Tubuh itu ku usap perlahan sambil kedua tangannya
masih lagi bermain dengan jari jemari.
“Nia nak balik duduk dengan abang!” gumamnya buat aku tersentak.
Sesungguhnya aku tidak mahu keadaan yang sama berulang buat kali kedua tentang
apa yang berlaku tempoh hari masih lagi menjadi tanda tanya di hati. Entah apa
dan mengapa semua itu terjadi aku taidak pasti, namun kesan yang harus ku
tanggung cukup besar terutama pada Nia yang amat mengharapkan kehadiran cahaya
mata dalam hubungan ini.
“Nop, tak boleh sayang! Sayang kena tinggal dengan abah,
abang tak sanggup perkara macam tu berulang lagi. Abang tak nak apa-apa jadi
pada isteri abang,” ucap ku sambil wajahnya ku elus dengan hujung jari. Dia
pandang wajah ku sekilas sebelum kembali menancap cincin yang tersarung di jari
manis ku semula.
“Nia yang salah, Nia fikir bukan-bukan.... sebenarnya
perasaan Nia je.” Aku tahu Nia cuba menyembunyikan sesuatu dari aku, sejujurnya
aku tahu rumah itu sudah dikuasai ilmu hitam untuk menundukkan aku mendegar
setiap kata dan arahan seseorang. Siapa individu tersebut, itu tidak penting
tetapi yang menjadi mangsanya bukan aku tetapi Nia dan buah cinta kami berdua.
“Lepas ni abang kena usaha keras sikit, kena cukup tidur dan
paling penting kena sentiasa bernafsu pandang isteri abang ni!” gumam ku cuba
mencetuskan suasana dan mood ceria dan Nia jegilkan sedikit matanya saat
perkataan nafsu ku lontarkan tadi.
“Abang memang tak malu, ishh orang dengar tak elok!”
tuturnya sambil tarik aku rapat dalam pelukan. “Sekarang siapa yang tak malu?
Abang just cakap tapi sayang siap peluk lagi. Hmmm... takpe abang rela sayang!”
Nia jerit sedikit tatkala usikan ku mengenakan dirinya pula.
“Yang, rindulah....” gumam ku sengaja mengusik dan Nia
perhatikan aku tidak berkedip. Apa lagi aku kuyukan mata memohon simpati
darinya yang aku bagai benar-benar sudah kerinduan tahap tak boleh blah.
“Abang.... sekarang kita di hospital okey.” Ucap Nia buat
aku diam mencari idea untuk kenakan dia sekali lagi.
“Langsirkan ada sayang, sekejap pun okey kot!” dalam hati
aku sudah gelak besar dengan tutur bicara sendiri. Tak senonoh!
“Abang kalau bergurau boleh tak jangan sentuh isu sensitif
serupa isu yang abang tengah cakap ni?” Nia tegakkan tubuhnya menjauhkan diri
dari pelukanku. Aku senyap mahu melihat reaksi Nia yang sedang berwajah serius.
“Mana ada sensitif yang, normal untuk orang dah kahwin macam
kita,” aku tambah perencah untuk menyedapkan lagi alasan yang ku utarakan
dihadapannya.
“Ishhhh.... sayang ni garanglah!” dia mencebik buat aku
ketawa kecil.
“Hmmm memang dah boleh jadi mak orang! Nampaknya sayang dah
matang!” aku mula merapu yang bukan-bukan.
“Kenapa pulak garang dikaitkan dengan sesuai jadi mak
orang?” Nia soal aku dengan pamer wajah polosnya.
“Sebab, nanti boleh marah dan didik anak. Kalau tak reti
marah, anak pun tak takut dan tak hormat kita. Contohnya macam abang, biadab
pada mama!” ucap ku dalam nada perlahan. Sekilas kau tunduk menekur hujung kaki
yang sedang memijak lantai simen beralas karpet nipis bewarna merah.
“Abang, itu dulu! Sekarang abang dah tak macam tu kan?” aku
angguk sambil kuntum senyum ke arah Nia.
“Ya sayang, tambah-tambah mama dah sakit dan mama dah jadi
tanggungjawab abang sekarang ni!” ucap ku disambut anggukan kecil oleh Nia.
“Morning Puan Nia, how today?” pertanyaan doktor yang
merawat Nia disambut dengan senyuman dan anggukan kecil dari isteri ku yang
sudah kelihatan ceria.
“Alhamdulillah baik doktor, boleh saya balik hari ni?” Nia
tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah. Doktor itu ketawa kecil dan persoalan
seumpama itu sering kali diterimanya setiap kali pesakit sudah berasa bosan dan
jemu berada di hospital.
“Bergantung kepada pemeriksaan, kalau kesihatan Puan berada
ditahap memuaskan why not kami benarkan puan balik? Oh ya, encik tunggu di luar
sebentar ya.” Aku diarahkan keluar oleh doktor itu. sebal pula rasa hati sedang
aku mahu bersama Nia sepanjang hari tetapi memikirkan Nia hanya diperiksa
seketika, rasa sebal kembali surut dan hilang tiba-tiba.
“Abang happy sangat sayang dapat balik hari ni, yang penting
kesihatan sayang perlu diutamakan. Kalau dah sihat abang janji kita buat baby
lagi okey,” Nia pandang aku dengan tajam sebelum dia kembali ketawa.
“Abang memang teruk tahu, benda itu je yang abang ingatkan!
Cuba abang fikirkan saudara kita dekat Palestin ke... tak pun fikirkan isu
politik atau apa-apa lah asalkan abang tak ingat benda tut!” cubitan kecil
mendarat ke lengan buat aku menyeringai menahan pedih.
“Sayang janganlah cubit, sakit kut!” gerutu ku tidak
habis-habis menggosok lengan yang memerah di ketip oleh jari runcing Nia.
“Kalau tak nak sakit, abang jangan sebut pasal tu lagi ya.
Janji, janji!” jari telunjuk Nia tepat dilayangkan dihadapan mata ku.
“Ya sayang, janji.” Tutur ku cuba menahan ketawa.
“Abang nak gelak-gelak ni kenapa?” masam mencuka riak wajah Nia.
“Abang tak tahu boleh pegang janji ke tidak, sayang
janganlah marah! Nanti abang merajuk, hantar abang balik rumah mama!” gurau ku
lagi.
“Eii.... tak malu! Anak emak rupanya abang ni!” ejek Nia
sambil lentok kepala ke bahu ku.
“Sayang, janganlah goda abang! Abang tak tahan nanti,”
sekali lagi aku usik dia lantas tubuh itu ditegakkan semula lalu bersandar ke
seat.
“Nia tak goda abang pun, abang je rasa diri digoda...”
rungut Nia sambil menarik jari telunjuk antara satu sama lain.
“Haisyyy... merajuk pulak! Abang gurau je sayang,” dagu itu
ku sentuh dan niqab yang dipakai ku singkap sedikit lantas kucupan yang ku
sasar ke bibir hanya sempat menyinggah ke pipi.
“Abang bahayalah,” rungut Nia jeling tajam ke arah ku dan
aku ketawa kecil menutup rasa malu yang menerpa ke wajah!
P/S: MAAF XSEMPAT EDIT. drop komen ya tq darling :)
SILA LIKE KE PAGE HIKAYAT PENGLHIPURLARA AULIA IMAN. BARU JE
CREATE. TQ.
http://www.facebook.com/pages/Hikayat-Penglipurlara-Aulia-Iman/260773954030371
Comments
mmg ada yang dengki ngan attar n nia....
cian nia dah xde baby....
neesa 2 patut di beri peringatan....
abah attar tlg la bg attar cara tuk lepaskan diri attar dari neesa